Monday, May 21, 2012

IKRAM Sokong Parti n Calon Islam


KAJANG: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) membuat ketetapan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, selain mengundi parti menyokong Islam, faktor calon juga perlu diambil kira.

“Kita perlu mengangkat peribadi yang sesuai ke kedudukan yang sesuai dalam memimpin ummat dan negara.

"Memilih wakil rakyat dan ahli majlis syura (peringkat negara) dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, golongan ryang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya ahli Ikram disaran mengundi mengikut prinsip urutan berikut:

1- Menyokong calon yang mendukung agenda Islam

2- Memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia;

3- (Jika) di kalangan calon-calon bukan Islam peribadi calon yang tidak memusuhi Islam.

4- Akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah paling minimum.

Perkara itu ditegaskan Mohd Parid ketika berucap sempena Perhimpunan Ahli Teras Ikram (PAT) yang berlangsung di Bandar Sri Putra di sini, semalam.

Teras tersebut juga katanya prinsip asas penglibatan Ikram dalam politik.

"Politik Machiavelli telah menimbulkan  fenomena yang selalu kita saksikan,  pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun, menerusi berbagai tipu daya yang akan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

"Kepentingan umat, rakyat serta negara diketepikan. Mereka bersedia menindas rakyat dan mencerobohi hak-hak mereka sewenang-wenangnya dengan penuh keangkuhan," katanya lagi.
template joomla


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10449-ikram-isytihar-sokong-parti-calon-sokong-islam

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)