Pelbagai Kaum meriahkan Dialog Rakyat di DUN di Sungai Rapat
Dialog Rakyat yang melibatkan 4 orang ahli panel mewakili komponen parti dalam Pakatan Rakyat telah diadakan di UPU Desa Pelancongan pada 12 Februari 2012 baru-baru ini. Menurut Penyelia DUN Sungai rapat (PAS) Ustaz Radzi Zainon, dialog ini antara yang paling berjaya diadakan di kawasan Parlimen Gopeng kerana melibatkan kehadiran pelbagai kaum terutama kaum India.
Ahli-ahli panel yang diundang ialah Ustaz Radhi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Sg Rapat, YB Dr Lee Boon Chye (ahli parlimen Gopeng), YB Sivakumar (ADUN Tronoh) dan YB Thomas Soo (ADUN Ipoh Timur). Dialog Rakyat ini dipengerusikan oleh Muhammad Nuruddin Bashah yang bertindak sebagai moderator.
Majlis ini berjaya menarik pendengar yang bukan sahaja dari kaum Melayu malah kaum India dan Cina turut hadir.
Hujan renyai yang turun di awal majlis tidak menghalang masyarakat di sekitar kawasan Desa Pelancongan hadir dan mendengar penerangan isu rakyat dari ahli-ahli panel yang bersedia turun padang pada bila-bila masa.
Pada pusingan pertama Dialog Rakyat, setiap ahli panel diajukan soalan oleh moderator berkenaan pemberian RM500 kepada rakyat serta permasalahan setinggan yang dihadapi masyarakat setempat. YB Sivakumar pula diminta menjelaskan kepada pendengar yang hadir berkenaan sikap dan ucapan Perdana Menteri yang seperti cuba ‘mengugut’ dan ‘merasuah’ masyarakat India ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves berlangsung baru-baru ini.
Pusingan kedua dialog bertambah hangat apabila pendengar dari kalangan kaum India bangun bertanyakan soalan kepada ahli panel dan mmberi pandangan mereka tentang hak mereka terhadap wang RM 500 berkenaan.
Dialog ini lebih berkesan apabila Moderator dan peganjur membenarkan hadirin dan para panel berucap dalam bahasa ibunda untuk menjadikan komunikasi dan mesej disampai secara berkesan. Hal ini diambil pelung oleh YB Sivakumar untuk bercakap dalam bahasa tamil hamper 20 minit semasa penggulungan akhir hujah beliau.
Kehadiran ahli panel yang berbilang kaum benar-benar membuat masyarakat yang hadir teruja untuk bertanya soalan berkenaan situasi yang berlegar di sekeliling mereka. Ahli panel turut menjawab soalan dalam bahasa ibunda masing-masing bagi memudahkan pemahaman masyarakat. Antara topic yang sepakat ditolak oleh para panel da hadirin ialah DAP tidak pernah menunggang PAS dan PAS tidak pernah terdetik untuk mempergunakan DAP. Malah dari aspek komposisi kaum dan jumlah kerusi ternyata propaganda DAP ingin menubuh kerajaan dan merebut jawata terteinggi adalah pembohongan UMNO dan BN yang paranoid dengan kemesraan politik DAP-PAS.
Sebelum sesi penggulungan dialog, Cikgu Khairuddin, aktivis masyarakat yang banyak berjuang untuk kepentingan peniaga di TEMAN diberi penghormatan untuk menceritakan kronologi permasalahan di TEMAN yang kini dilihat sebagai projek ‘gajah putih’ kerajaan BN. Sehingga kini, TEMAN telah bertukar nama sebanyak tiga kali sedangkan permasalahan dalaman peniaga dilihat tetap tidak selesai walaupun beberapa majlis besar yang dihadiri Menteri telah diadakan beberapa kali di tempat tersebut. Terbaru, PM akan hadir pada 14 Februari ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) iaitu nama terbaru yang diberikan kepada TEMAN.
Di akhir majlis, sesi cabutan bertuah diadakan. Semua ahli panel turut menyumbang cenderahati buah-buahan yang sepatutnya diterima mereka untuk dijadikan hadiah tambahan cabutan bertuah.
Selain ceramah perdana dan ziarah rakyat, Dialog rakyat adalah suatu produk Lajnah Penerangan yang paling laris di DUN Sungai Rapat sejak ia diperkenalkan pada bulan Februari 2011 tahun lalu.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
No comments:
Post a Comment