Monday, June 11, 2012

KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT GOPENG: MENJAWAB FITNAH BERKENAAN ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN


KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT GOPENG
TARIKH: 6 Jun 2012

MENJAWAB FITNAH BERKENAAN ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN DESA AMAN

Latar Belakang
Mendapati pihak tertentu telah menyebarkan bahan sebaran fitnah yang bertajuk ‘Jihad Mempertahan Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Di Taman Desa Aman’ yang telah diedar di seluruh kawasan Parlimen Gopeng, kami pihak Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng mengambil sikap untuk menjelaskan isu fitnah yang menuduh pemimpin Pakatan Rakyat membuat kolaborasi menentang pembinaan sebuah sekolah agama rakyat. Menyedari pemimpin PAS iaitu Saudara Radzi Zainon difitnah sebagai petualang menghalang pembinaan sekolah agama merupakan fitnah terbesar memandangkan teras perjuangan PAS sejak zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri lagi adalah membela SAR walaupun dasar Dr Mahathir adalah menindas dan mendiskriminasi SAR.
Menyedari fitnah yang juga membabitkan PKR dan istilah ‘kafir harbi’ telah dihebahkan secara berleluasa tanpa takrifan yang sebenar memerlukan pihak kami untuk menjawab tuduhan liar ini untuk kefahaman rakyat Kawasan Gopeng.

Sejarah Sekolah Agama Rakyat Desa Aman
Sekolah  Agama Rakyat Desa Aman pada asalnya menggunakan ruang bawah Surau Desa Aman iaitu sebuah bangunan lama yang menempatkan hampir 200 orang pelajar. Pada tahun 2009, telah dibina bangunan surau yang  baru serta para pelajar dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh  dan pada saat itu pelajar merosot ke jumlah 80 orang pelajar sahaja(telah 3 tahun beroperasi di Dewan Orang Ramai)
Jumlah pelajar menjadi merosot kerana keselesaan yang kurang dan para pelajar hanya dilonggok tanpa pengagihan kelas yang sempurna.

Pelajar dihalau ke khemah sementara
Namun begitu isu ini sebenarnya bermula apabila pada  Mac 2012 apabila pelajar dipindah ke bawah khemah di perkarangan surau atas arahan Ketua Cawangan UMNO Desa Aman.





UMNO salahguna Dewan Orang Ramai

Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya. Lebih misteri selang dua minggu pelajar tergesa-gesa dipindahkan  semula ke Dewan Orang Ramai.  Isu ini berpunca daripada sikap salahguna harta awam untuk kegunaan politik parti UMNO.
Telah menjadi lumrah UMNO untuk menggunakan bangunan KEMAS, Dewan Orang Ramai atau balai raya untuk kegunaan parti kerana UMNO adalah parti yang tiada dana untuk membina markaz sendiri! Hal ini amat memalukan kerana mereka telah berjaya memgang kerajaan lebih setengah abad.
Rombongan Pakatan Rakyat, Saudara Radzi Zainon, En Megat Ikmal , Mejer (B) Yaakub, En Alias, telah  mengadakan 2 kali lawatan untuk mendengar rintihan pelajar dan guru yang dihalau keluar ke khemah tersebut selama 2 minggu.
Datuk Hamidah tergesa-gesa mengarahkan guru dan pelajar berpindah semula ke Dewan Orang Ramai kerana terkesan dengan gerak kilat Pakatan Rakyat mengunjungi khemah berkenaan. Tindakan Pakatan Rakyat yang menerjah ke khemah berkenaan sebenarnya telah membantutkan niat UMNO untuk menggunakan Dewan tersebut untuk tujuan kepartian. 

Projek bangunan ‘mee segera’

Pihak kami juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah  mengumumkan perutukan RM 100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa.
Dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa  Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang biasa, tanpa prosedur MBI, JKR, Bomba  (tanpa pagar keselamatan/papan tanda signboard projek) yang selalunya mengambil masa 6 bulan hingga setahun.  Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina.
Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun.




Tiada tembok penghadang keselamatan kawasan
Pembinaan secara terbuka dan keadaan ini pasti membahayakan
orang ramai.


Tidak ada papan tanda serahan kerja (nama Kontraktor dan
Akitek) atau kelulusan pihak kerajaan tempatan


Tujuan projek ‘mee segera’ Hamidah adalah kerana untuk mengambil juga Dewan Orang Ramai untuk tujuan kepartian. UMNO tidak boleh mendapat peruntukan kerajaan negeri untuk peruntukan bilik gerakan UMNO, disebabkan itulah sekolah agama segera perlu dibina untuk mengambil alih Dewan Orang Ramai secepat mungkin. Datuk Hamidah telah menyerah urusan projek bangunan misteri ini kepada sebuah syarikat kroninya tanpa melalui tender terbuka!

Reaksi Rakyat

Rakyat yang terdiri dari kaum Melayu dan Cina di kawasan berkenaan amat terkejut kerana kawasan padang mereka telah diceroboh. Mereka tidak tahu menahu berkenaan projek sekolah agama. Jika benarpun ingin membina sekolah agama selalunya jawatankuasa dibentuk dahulu dan penduduk tempatan akan dimaklumkan tambahan pula melibatkan penggunaan tanah padang rakyat.

Memorandum bertarikh 4 Mei 2012 ditujukan kepada Dato’ Hamidah Osman, Datuk Haji Roshidi Datuk Bandar Ipoh yang disediakan  oleh Penduduk Taman Pegoh Aman.
Antara isi memorandum adalah:
·         Bantahan projek ‘bangunan’ di Taman Permainan Taman Pegoh Aman.
·         Penduduk berhadapan padang telah membayar RM 1000 semasa membeli rumah untuk kemudahan padang.
·         Dahulu TNB mengambil sedikit ruang kini bangunan pula dibina ‘dipercayai’ adalah Sekolah Agama Rakyat.
·         Tidak BERNIAT membantah pembinaan sekolah sebaliknya mohon pertimbangkan alternatif lain agar kepentingan penduduk asal tidak terabai.
·         Mohon adakan sesi dialog dengan penduduk (Datuk Hamidah tidak pernah turun berdialog)

Pada 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng), En. Megat Ikmal (Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.

Gambar penduduk Taman  Pegoh Aman terdiri dari kaum Melayu dan Cina yang membantah pembinaan bangunan misteri (haram) yang menggunakan tanah padang rakyat. Kerjasama penduduk ini dikatakan sebagai kerjasama kaum Islam dengan kafir harbi (non muslim yang wajib diperangi). Suatu tuduhan yang cukup rasis dan melampau.


Memorandum penduduk Taman Pegoh Aman

Image

Peta menunjukkan tanah lapang untuk kegunaan penduduk taman.


Bukti Ahli Parlimen Gopeng membuat surat susulan Memorandum apabila Datuk hamidah hanya mendiamkan diri tanpa jawapan untuk berdialog.

Reaksi UMNO dan pendukungnya.

Dalam  Sinar Harian bertarikh  31 Mei 2012 pula, UMNO yang menggunakan nama penduduk Taman Pegoh Aman telah menyelar YB Lee Bon Chai atas tuduhan menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Lebih melucukan gambar memaparkan wakil penduduk yang dimaksudkan adalah pemimpin UMNO sekitar Pengkalan gate, Pengkalan Pegoh dan Desa Aman bukannya penduduk Taman Pegoh Aman yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Keratan Sinar Harian 31 Mei 2012

Isu ini menjadi bahan eksploitasi simpatism UMNO apabila risalah haram tanpa penerbit diedarkan sekitar masjid dan tempat awam Parlimen Gopeng. Istilah simpatism UMNO digunakan kerana tiada bukti nama UMNO yang menerbitkan risalah haram berkenaan walaupun pihak kami percaya isi risalah yang sarat dengan seruan perkauman dan jihad yang melucukan adalah idea pemimpin UMNO.


Risalah ini terang-terang adalah fitnah dan lebih kepada taktik biasa UMNO menerbitkan isu perkauman walaupun umum jelas bahawa UMNO tidak pernah berjuang mempertahan Sekolah Agama Rakyat sebelum ini. Mereka hanya menangguk di air yang keruh untuk mengambil kesempatan atas ketidakpastian dan kekeliruan rakyat terhadap pembinaan bangunan misteri tersebut.
Lebih menarik Ustaz Haji Jamaluddin Mudir SAR tersebut mengaku tidak pernah mengatakan sanggup mati demi mempertahankan bangunan misteri tersebut apabila dimeuramah oleh pihak Pakatan Rakyat.

Pada 2 Jun 2012 pula, Datuk Hamidah Osman telah mengeluar pula kenyataan melalui Sinar Harian bertajuk ‘Mereka Tidak Sensitif agama’ menyelar pembangkang yang dikatakan tidak menghargai usaha kerajaan negeri membina sekolah agama malah cuba menghasut rakyat berdemostrasi. Isu tidak menghargai usaha kerajaan tidak timbul memandangkan datuk hamidah sendiri tidak menceritakan kronologi isu sekolah berkenaan secara terperinci bermula isu pengusiran pelajar sekolah berkenaan dari Dewan Orang ramai ke dalam khemah ala pelarian selama 2 minggu. Datuk Hamidah juga tidak mendedahkan pula kenyataan pihak Sungai rapat Online (web UMNO) yang mengaku bahawa UMNO memerlukan Dewan Orang ramai untuk kegunaan parti UMNO menjelang pilihanraya. Inilah isu pengkhianatan yang sebenarnya. Datuk Hamidah hanya berani mengeluar kenyataan akhbar tetapi pengecut untuk berdepan dengan rakyat yang bersedia berdialog dengan beliau melalui Memorandum 4 Mei 2012 yang lalu.


Keratan Sinar Harian 2 Jun 2012

Apakah Isu sebenar?

·         Penduduk bukan membantah sebaliknya ingin berdialog  kerana awalnya projek mee segera itu tidak diketahui hujung pangkal kerana tiada perundingan/prosedur/papan tanda.
·         Penduduk hanya ingin tahu hak mereka memiliki padang rakyat dan bukannya  menentang sekolah agama.
·         Majoriti penduduk depan padang adalah penduduk Cina yang inginkan padang mereka.
·         Penduduk terkejut dan hanya tahu bangunan itu adalah sekolah agama apabila menerima risalah rasis yang dipercayai diedar oleh UMNO Gopeng dan merasa marah kerana dituduh menentang sekolah agama/Islam sedangkan projek itu tanpa perundingan, tanpa papan tanda.
·         Penduduk memahami bahawa pembinaan bangunan tanpa nama itu bertujuan menghalau para pelajar SAR ke sana dalam usaha UMNO untuk menakluki bangunan Dewan Orang Ramai.
·         UMNO sanggup merampas harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri dan merampaskan tapak padang demi mengaut publisiti murahan.
·         Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
·         YB Datuk Hamidah Osman sebagai Exco Kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
·         Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.
·         Projek tersebut jelas adalah projek mi segera oleh Exco Kanan Perak / ADUN Sungai Rapat, YB Datuk Hamidah Osman. 
·         Setelah meninjau pelan yang didapati di Pejabat Tanah Manjoi dan DBI, tapak pembinaan tersebut masih belum digazetkan sebagai tapak sekolah dan projek pembinaan juga dilaksanakan tanpa kelulusan DBI.

Sebagai sisipan disertakan senarai pengkhianatan UMNO terhadap SAR dan Agama Islam.

·         Melanggar keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan bertafakur depan tugu negara.
·         Menutup Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi yang mendirikan solat Jumaat, Imam ditangkap, tikar digunting.
·         Meroboh Masjid Bujal Kemaman.
·         Roboh surau Berembang Ampang Selangor 30 November 2006.
·         Surau Ar Rahman Sek 8 Shah Alam diarahkan tutup pada 2007.
·         Hapuskan tulisan jawi dalam mata pelajaran bahasa melayu.
·         Sekat bantuan perkapita SAR zaman Dr Mahathir menjadi PM.
·         Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak (Pakatan Rakyat) akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008. Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir.

UMNO perlu malu dengan tindakan sendiri.

Suatu ketika dahulu semasa Ketua Cawangan UMNO Taman Desa Aman, al Marhum Abd Hadi Bin Mat Jasak telah  bersusah payah bersama dengan Tuan Haji jamaludin (Mudir SAR sekarang) turun naik berurusan dengan kerajaan untuk mendapat kawasan lapang sebelah surau untuk membina (kini 12 unit kedai) sekolah SAR dan pembesaran surau.

Namun yang mengecewakan selepas 2 minggu arwah meninggal dunia, secara  tiba-tiba kawasan tersebut telah dimajukan untuk projek lain (kini adalah  rumah kedai 12 unit). UMNO perlu malu dengan usaha Al Marhum  yang sepatutnya diambil kira dan dipandang oleh UMNO jika UMNO benar-benar mengambil berat isu SAR.

Gesaan Kami

UMNO dan pemimpinnya perlu ‘gentlemen’ memohon maaf dengan penduduk yang telah mengeluarkan memorandum kerana beberapa kenyataan media yang dikeluarkan melalui akhbar telah menghina dan memperlekeh tindakan penduduk yang ingin berdialog secara terbuka dan sihat.

Datuk Hamidah perlu mengubah sikap agar bersedia berdialog dengan rakyat. Sikap beliau yang gemar menyerang rakyat dan terutamanya kaum Cina akan menambahkan lagi  sindrom penolakan UMNO-BN dikalangan rakyat bukan Melayu.

Kami juga menggesa UMNO menghentikan tindakan keji menggunakan prasarana awam untuk kegunaan parti kerana ia menampilkan kelemahan utama UMNO iaitu tidak mampu berdikari serta tidak layak bergelar parti pemerintah.



TERBITAN : Sekreteriat Pakatan Rakyat Parlimen Gopeng
37A Medan Lagenda 1, Taman Lapangan Permai, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh Perak.
Tel/Fax : 05-311 4608

1 comment:

fikrah islamiah said...

Sepatutnya sebagai parti pemerintah (di perak) mendirikan Sekolah Agama secara profesional. Kalau tidak ikut prosidur yang sepatutnya seharusnya diambil tindakan oleh pihak berwajib. Rakyat boleh buat aduan kepada spr kalau ada unsur2 rasuah.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)