Thursday, June 21, 2012

Felda oh Felda : Saat kejatuhan sebuah empayar kerajaan tirani...

Dulu Abbasiyah jatuh masa pemerintahan Al Musta'sim apabila lantik pemimpin ada rekod rasuah jaga jabatan dan gabenor wilayah...akibatnya bukan orang luar yang jahanamkan Baghdad tetapi orang 'dalam'...Bila pemimpin rasuah diberi mandat terajui Felda...maka benar kata Nabi Idza-wusidal amru min-ghairi ahlihi fantazirus-sa'ah....tak payah nak paranoid kata ada ejen asing atau ejen yahudi....semua dalam punya anai-anai....
 Isa Samad digantung keahlian dalam KPF
Tarikh : Tuesday, June 19 @ 09:00:00 PDT
Topik : Berita


Mazlan Aliman

Alhamdulillah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim ptg ini telah membenarkan permohonan semakan kehakiman mengenai status Isa Samad dlm Koperasi Permodalan Felda (KPF). Permohonan dibuat oleh 4 orang Peneroka Felda melalui Lawyer Hanipa Maidin. Hakim telah menolak bantahan awal peguam Isa Samad dan berpendapat ianya ada merit dan berkepentingan utk diputuskan.

Sementara menunggu semakan kehakiman di bicarakan pd suatu tarikh yg akan diputuskan; Isa Samad digantung keahliannya dlm KPF dan tidak dibenarkan utk hadir dan dilantik sebagai Lembaga Pengarah serta Pengerusi KPF dlm Mesyuarat Agung KPF 9 pg esok di Dewan Perdana Felda.

Suatu keputusan yang amat menggembirakan 220,000 pemegang saham KPF kerana terselamat dari petaka besar jika KPF diketuai Isa Samad. Lobi dan konspirasi Isa utk kuasai KPF gagal. Saya mendapat maklumat Isa mengamuk habis dgn keputusan Mahkamah ini.

Alhamdulillah, ini pertolongan Allah. Telah ANAK katakan dpd awal lagi, Isa tidak layak jd ahli KPF kerana dia tiada kelayakan di bawah Akta Koperasi dan Undang2 kecil KPF. Menteri berkaitan, Ismail Sabri Yaakob membantu Isa dengan mengecualikan Isa dpd peruntukan Akta tsb, kononnya atas kuasa Menteri. Ismail Sabri telah menyalahgunakan kuasanya walhal tiada keperluan langsung pengecualian tsb sebab KPF berjln baik dan tiada dlm krisis utk sebarang campurtangan luar.

Adalah diharapkan dengan keputusan ini, AGM KPF esok berjln lancar dan menambah keyakinan pemegang sahamnya. Kepada Isa dan kuncu2nya, berhentilah dpd membuat onar di Felda. Penyenaraian FGVH di Bursa Msia akan gagal. Kembalikan hak warga Felda. Dasar yg digagaskan Tun Razak mesti di pertahankan.


Sumber: berantogisify.blogspot.com
 

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)