Saturday, April 20, 2013

Doa dan munajat iringi penamaan Calon PAS N43 Sungai Rapat

20 April 2013- Gopeng

Calun DUN  Sungai  Rapat N43  memasuki  DEWAN untuk membuat Pendaftaran dengan diiringi alunan masing-masing. Menarik apabila Pakatan Rakyat  mengiringi calon dengan   Berzikir dan munajat manakala Parti UMNO yang menggunakan logo pekandanq (dacing)  mereka nyanyikan lagu Lahat Datu 'Pahlawan ku tanda semangat patriotik mereka di bumi Gopeng ini. 

Datuk Hamidah pula berbohong pada hari pertama penamaan Calon apabila menulis dalam tweeter bahawa penyokong BN sekitar 3000 orang manakala penyokong PAS seramai 300 orang. 

Menurut maklumat, penyokong BN teah hadir ke Dewan sekitar jam 8 pagi dan selepas memenuhi ruang, jalan ditutup dan ribuan penyokong PAS dan PKR tidak dapat memasuki kawasan. Kiraan peninjau Pakatan rakyat mendapati penyokong BN dan Pakatan sama banyak sekitar 2000 hingga 2500 sahaja setiap pihak.


 


Bagi DUN Sungai rapat juga akan menyaksikan pertarungan 3 penjuru kerana selain Datuk Hamidah yang berjaya melobi Perdana Menteri untuk mempertahan kerusi Sungai rapat serta Ustaz radzi bakal pemegang kerusi DUN, Saudara Mior seorang blogger juga bertanding atas tiket Bebas. beliau hadir berpakaian putih dengan diiringi wakil calon beliau.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat








Radzi Zainon, calon pilihan rakyat


Gambar belakang Datuk hamidah sahaja yang sempat ditangkap oleh jurugambar


Saudara Mior calon bebas






Saudara Nazrul anggota Jabatan Amal Negeri Perak bersama petugas BN



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)