Sunday, April 28, 2013

Tangan Sekular hancurkan bendera Parti Islam di Batu Gajah

28 April 2013- Batu Gajah

Laporan polis telah dibuat oleh Saudara Rosdy Abdullah apabila beliau menyaksikan beberapa bendera besar dan billboard kempen PAS di Batu Gajah dimusnahkan.

Rosdy yang juga merupakan Timbalan YDP Pas Batu Gajah merangkap Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak juga menyatakan sekitar jam 6 pagi tadi, asap kesan bakar bendera besar tersebut masih kelihatan.

Justeru jentera PAS Sungai rapat telah mengeluar arahan agar penyokong dan petugas PAS bersabar serta memperbanyakkan wirid yang disaranklan oleh lajnah tarbiah negeri untuk menjadikan dosa dan kezaliman musuh sebagai asbab kemenangan kempen PAS.

Jentera juga meminta ahli dan petugas agar jangan termain dengan agenda provokasi lawan yang telah dilatih untuk menjadi samseng jalanan walaupun billboard kempen sepanjang lebuhraya membuat kempen dusta bahawa kerajaan BN membawa agenda kemamuran, mengikut undang-undang dan membawa keamanan sebaliknya pembangkan mengikut undang-undang rimba.

"Kita megikut undang-undang kerajaan , semangat federalisme dan semangat demokrasi. Jadi kami hadir ke Balai Polis batu Gajah dan membuat laporan polis menurut saluran yang betul. kami berharap rakyat akan semakian mengenali siapa yang membawa agenda samseng dengan siapa yang sebenarnya mengikut undang-undang" jelas Tuan Haji Ismail YDP PAS Batu Gajah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan majlis Tindakan DUN PAS  (MTD) Sungai Rapat





Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)