Tuesday, December 23, 2014

LAWAN TPPA KERANA CANGGAH NILAI ISLAM

LAWAN TPPA KERANA CANGGAH NILAI ISLAM
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit RnD Lajnah Penerangan DPPM


Menentang agenda penjajahan semula (neo kolonialisasi/ al judud al- isti’mar) seumpama jembalang bernama TPPA bukan suatu perkara yang mudah, tambah-tambah ia dipacu oleh polis dunia yang cukup ‘arrogant’ bernama Amerika Syarikat.

Menentang TPPA menjadi lebih sukar jika perlawanan ini tidak disertakan dengan ilmu dan kefahaman yang sebenar.

Bagi penulis yang mengikuti aliran juang Islam, penulis cukup optimis bahawa TPPA yang bercanggah dengan Islam mudah dicetus gelombang besar di kalangan aktivis jamaah, NGO dan ketumbukan Islam jika aspek yang bercanggah dengan Islam itu digariskan, dipopularkan dan difahamkan di kalangan aktivis.

TPPA bukan sekadar gelombang penjajahan melalui kuasa ekonomi, tetapi ia adalah pakej lengkap ideologi kapitalis yang datang bagai tsunami melalui kuasa ekonomi, politik, teknologi dan pengurusan.

Bermula hasil daripada rundingan sampingan persidangan ketua-ketua Negara APEC 2002 diMexico diantara New Zealand, Singapura danChile. Brunei menyertai rundingan pada tahun2005. Perjanjian perdagangan bebas menyeluruh dimeterai pada 2006. Sehingga2010, 10 negara bersetuju menyertai rundinganini yang secara dirasmi dipanggil TPP (Trans-Pacific Partnership). Sehingga Mac 2013, 15rundingan TPPA telah berjaya diadakan.
•TPPA bertujuan meliberisasi ekonomi negara-negara anggota melalui perdaganganhasil, penambahbaikan sistem, mengawalkekangan teknikal, harta intelek, perolehan kerajaan dan polisi persaingan.
•TPPA juga menuntut penurunan tarif antaraanggota sepenuhnya menjelang 2015. TPPA sebenarnya adalah suatu gagasan besar Asia-Pasifik yang mahu mencorak halatuju dan cabaran perdagangan antarabangsa abad ke-21.

Ideologi lawan ideologi
Menentang TPPA selalunya didominasi pemikiran sosialis dan memang kelompok pemikiran inilah yang tegar berdialektika dengan kapitalis zaman berzaman.

Apabila kelompok Islamisme sepakat menentang WTO, FTA dan kemudiannya TPPA, kelompok ini mengimport semangat daripada sosialisme dengan keadaan separa sedar bahawa Islam juga menentang neo-kolonialisasi dalam apa bentuk sekalipun.

TPPA membawa agenda neo libertarian. Penganut neo libertian menekankan peri pentingnya hak-hak individu dan kesaksamaan peluang. Mereka juga menekankan kepada perlunya kebebasan berfikir dan bersuara, pembatasan kuasa-kuasa kerajaan, peraturan undang-undang dan ketelusan dalam sistem kerajaan. Mereka menyokong pasaran bebas tanpa campurtangan kerajaan. Lawan bagi pihak ini adalah sosialis / komunis klasik yang berhujah bahawa kerajaan perlu memastikan kesamarataan kebendaan/kekayaan dalam masyarakat. Mereka menolak liberalisme. Selepas runtuhnya tembok blok komunis / sosialis, pandangan ini semakin lemah dan berkurangan.

Hari ini aktivis pro sosialis rata-rata merujuk ALBA, (Alternatif Bolivarian bagi Amerika) sebagai alternatif kepada fahaman neo-libertian dan kapitalisme kerana sedar juga bahawa pure-marxism juga tidak realistik untuk dilaksanakan.

Sebaliknya Islam lebih kukuh teoretikalnya daripada khazanah fiqh dan nas-nasnya dalam aspek menentang agenda liberalisme ekonomi yang membawa pekej mudharat dan mafsadah dalam negara.

Perhatikan tulisan Dr Hassan Muhammad Hassan dalam bukunya Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam (terjemahan YADIM) pada muka surat 74 “ Agak mustahil untuk menggerakkan penentangan terhadap serangan dengan bergantung kepada pemikiran yang diimport dan teori-teori yang dipinjam...ada sesetengah kalangan yang beranggapan penentangan terhadap idea asing boleh dilakukan dengan idea asing yang lain, umapanya komunis boleh ditentang dengan existence dan Zionis boleh ditentang denga marxisme dan sebagainya...”

Beliau juga memberi contoh bagaimana sesetengah negara Afrika dan Arab yang bergantung harapan kepada Britain untuk menghadapi Perancis yang sebenarnya menatijahkan perjanjian sulit pula diantara Britain dan Perancis pada tahun 1904 untuk dibahagikan negara Arab sesama mereka.

Kekecewaan yang sama dihadapi Tengku Muhyideen (waris Patani Darussalam) yang cuba bergantung harap kepada Britain untuk menuntut wilayah Patani daripada Siam. Sebenarnya Britain hanya memperguna beliau untuk memperkuat Force 136 sahaja, selepas habis hajat, Tengku ditipu dan negeri Patani pula terus diserahkan kepada pengaruh Siam selepas Perang Dunia Kedua.

Islam melindungi negara daripada agenda jahat TPPA

Ruang lingkup syariah dan Islam adalah menjaga kosmos negara ini daripada sebarang tindakan yang merugikan :
  1. Agama rakyat dan warganegara (Islam)
  2. Nyawa rakyat (tanpa mengira agama)
  3. Akal warganegara
  4. Maruah warganegara
  5. Harta warganegara daripada dicabul dan dimanipulasi oleh sebarang pihak.

Inilah 5 perinsip Dharuriat dalam siasah Islam dalam hal ehwal politik dan pemerintahan.

Secara umum TPPA datang ke Malaysia untuk menyanggah 5 perinsip asas ini.
Bagi menceritakan bagaimana syariah menjaga kosmos malaysia daripada agenda neo-kolonialisasi yang berimpak besar ini, penulis memetik ilmu daripada tulisan YAB Presiden PAS Tuan Guru Abd Hadi dalam kitabnya Bagaimana Islam memerintah Negara pada Bab kelima bertajuk Perinsip-perinsip Amali dalam Negara Islam dan beberapa rujukan lain.

Kebenaran (Al Haq)
Menurut Tuan Guru Presiden, Islam menolak sebarang ideologi yang bercanggah dengan Islam. Ideologi ciptaan manusia yang bersifat gergasi hari ini pasca kejauhan Warsaw Pact 1991 adalah ideologi dunia unipolar iaitu kapitalisme dan sahabat karibnya globalisasi. Hari ini, zaman milenium, kapitalis dan globalisasi yang bergabung bukan hadi melalui pengaruh media, media sosial, bahan cetak, sebaliknya globalisasi+kapitalis ini datang melalui perjanjian, polisi politik, ekonomi secara rasmi dan terhormat bernama TPPA. TPPA yang merupakan penjelmaan semula intpati kapitalis amat bercanggah dengan kebenaran agama yang menjaga 5 perinsip asas siasah yang dinyatakan diatas.

Kata Allah;

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)

Keadilan
Kata Allah lagi ;


Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(Al-Nahl 16:90)

Tanpa merujuk contoh, perlu diketahui dengan TPPA, kerajaan kita mudah disaman oleh syarikat gergasi TNC/kapitalis. Hanya kerana kerajaan kita laksanakan dasar Eskpropriasi iaitu dasar undnag-undang tertentu yang dibuat untuk mengelak mudarat kepada pengguna tempatan , iklan bahaya rokok, penamatan produk tertentu yang boleh merosakkan kesihatan dan sebagainya yang dianggap memberi kerugian kepada syarikat Trans National Company (TNC), maka mereka boleh menyaman kerajaan kita. Adakah ini adil kepada generasi kita?

Adilkah kepada rakyat yang susah untuk menerima kenaikan harga ubat yang mahal selepas ubat generik disukarkan penghasilannya selepas undang-undang pemanjangan paten dan hakcipta dilaksanakan. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat yang dipaten (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.

TPPA bakal menzalimi umat Islam khususnya walaupun secara umum ia menghancurkan masa depan semua warganegara tanpa mengira agama. Namun kesan kepada umat Islam lebih parah di negara ini. Mengapa gelombang TPPA ini memberi kesan lebih besar kepada bumiputera-Islam?

Menurut Persatuan Pengguna Islam adalah kerana ;
1. Pemilikan ekuiti semasa Melayu masih rendah (19%), sedangkan diantara bukan Melayu dan pemilik asing hampir sama (40%)
2. Pemilikan syarikat Melayu Islam masih kecil (20%)
3. Jawatan tertinggi pengurusan korporat masih didominasi bukan Islam (73%).
4. Pengangguran dikalangan Melayu Islam masih terlalu tinggi (73%).
5. Tahap sosioekonomi Melayu juga adalah yang paling rendah (76%).
6. Pendapatan isi rumah Melayu cuma RM2700 berbanding Cina(RM4500) dan India (RM3400).
7. 42% perniagaan orang Melayu masih pada tahap peniaga kecil dengan kakitangan kurang 5 orang.
8. Cuma 25% syarikat dikuasai usahawan Melayu dengan peganganekuiti melebihi 51%.

Ini bukan fakta bernada perkauman/chauvinis. Ini hakikat keadaan umat Islam Malaysia selepas sekian lama diperintah BN-UMNO. TPPA juga direstui BN. Maka TPPA ini akan menyusahkan kaum Melayu Islam yang juga ramai dalam kelompok BN. Ini isunya.
Kebebasan
Kerajaan tidak bebas membuat polisi untuk kemaslahatan (kebaikan) rakyatnya. Kerajaan tidak mampu mengawal harga tanah, harga produk tertentu malah tidak mampu mengekalkan sosio budaya berteras Islam kerana lambakan budaya akan dimasukkan ke dalam negara kita atas nama perniagaan dan perdagangan.

NGO BANTAH menyatakan dengan TPPA syarikat kapitalis luar negara bakal memegang lebih 80 % industri di Malaysia.

Misalnya dalam hal industri juga isu SOE (State Own Enterprise) TTPA menghakis pengaruh kerajaan terhadap saham tempatan. Mana-mana SOE dimana kerajaan punya saham didalamnya, TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menentukan dasar secara bersendirian. Negara tidak bebas. Ia juga ancaman besar kepada pengusaha industri kecil dan sederhana. Suntikan modal banyak dalam produk tertentu akan menjadikan produk luar negara jauh lebih murah daripada tempatan. Usahawan majoritinya muslim akan terkesan dengan serangan TPPA!


Mesyuarat (Syura)


“Dan bagi Allah orang-orang yang mematuhi seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki mereka yang kami berikan kepada mereka. “ (Asy-Syura: 38

Menurut Tuan Guru Presiden, budaya syura adalah suatu mekanisme membaiki dan mengeratkan hubungan pemimpin dengan rakyat di mana polisi terhadap rakyat dibuat melalui kerelaan rakyat tambah-tambah jika impak polisi itu menggugat hak asasi rakyat, kepentingan dan masa depan ekonomi rakyat malah mampu mengancam nilai agama di kalangan rakyat seumpama TPPA.

TPPA diacu kepada rakyat dalam keadaan tiada nilai syura sesama pemipin dan rakyat. Pemimpin lebih mahu menunjukkan autokrasi mereka terhadap rakyat sendiri dalam usaha mereka berlembut dengan dunia kapitalis antarabangsa.

15 kali rundingan TPP yang telah berlangsung secara tertutup dan penuh rahsia tidakmencerminkan keikhlasan untuk membantu mencipta ‘win-win situation’.

Menurut Pengarah Eksekutif MTEM Saudara Nizam Masyar, terlalu banyak kerahsiaan disebalik perjanjian TPPA. Malah perjanjian ini sukar dicelah oleh rakyat kerana intipatinya hanya bersifat ramalan berdasarkan pengalaman negara-negara yang terlibat dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) sebelum ini.

Ada pengulas menggelar TPPA sebagai perjanjian paling rahsia di abad ke-21.

Malah persoalan TPPA memberi keuntungan kepada siapa kapitalis gergasi atau rakyat tempatan juga tidak mampu dijawab oleh wakil Amerika sesama ditemubual MTEM sebelum ini. Bukankah konsep perjanjian sebegini bercanggah daripada kehendak Islam?

Jaminan Islam terhadap hak mengusaha

Keusahawanan dalam Islam mencakupi bidang yang sangat luas. Aktiviti keusahawanan dikaitakan dengan syariah melalui hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hunungan sesama manusia (habluminannas). Terlalu banyak hadis yang menceritakan bagaimana Islam mengambil berat soal keusahawanan, keadilan terhadap penjual dan pembeli. Malah Islam tidak menerima konsep customer is always right yang boleh menzalimi pihak usahawan.

Dengan TPPA, proses liberalisasi dalam perdagangan dan perlaburan berlaku, maka banyaklah organisasi yang akan menghadapi tekanan persaingan yang lebih sengit. Akibatnya akan wujud syarikat tempatan yang terpaksa ditutup kerana tewas dalam persaingan..

Jika komunisme mengehadkan hak milik mengusaha dan mengeluar, kapitalis pulamembenarkan aktivii mengusaha secara terlalu bebas sehingga persaingan zalim boleh berlaku. Islam adalah agama yang menjaga kebajikan semua lapisan rakyat baik pengusaha besar , sederhana mahupun kecil-kecilan.

Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. TPPA meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara besar terutamanya Amerika Syarikat untuk mencereboh ekonomi negara kita.

TPPA asasnya ekonomi liberal- bebas untuk mereka (TNC, kapitalis) tetapi tidak bebasnya kepada kita peniaga kecil, usahawan tempatan kerana dasar industri dan perdagangan mereka yang menentukan polisi keusahawanan tempatan. Siapa yang BEBAS? Siapa yang kononnya mendapat manfaat?

Kemuflisan syarikat perniagaan serta pengangguran yang tinggi akibat dari perdagangan bebas adalah sebenarnya hasil dari fenomena Hiper-persaingan yang sedang berlaku dalam dunia perniagaan antarabangsa. Persaingan yang terlampau sengit ini bermakna mana-mana syarikat yang tidak mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa akan berada dalam keadaan kewangan yang sukar dan mungkin muflis bila-bila masa dan pada masa yang sama akan mengakibatkan mereka terpaksa membuang pekerja besar-besaran.

Islam menjaga agama dan akhlak warganegara

Kesan terakhir ialah berkaitan belia dan budaya. Globalisasi adalah dunia tanpa sempadan yang akan membawa masuk budaya luar secara tidak langsung. Namun dengan kehadiran TPPA akan melegitimasikan usaha melambak budaya asing yang sekiranya ditentang, berpotensi memberi kesan buruk kepada Kerajaan Malaysia seperti kemungkinan di saman oleh syarikat pengendalian acara yang menganjurkan konsert konsert hiburan melampau. Tanpa TPPA pun statistik anak luar nikah telah meningkat, bayangkan jika TPPA ditandantangani, maka ia lebih menakutkan. Ini jelas merupakan agenda de-Islamisasi yang tersembunyi bakal mengundang malapetaka kepada akhlak dan moral generasi muda.

Islam menjaga masa depan kedaulatan negara


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” ( an-Nisa ayat 58)

Menurut pandangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah bahawa: “Mempertahankan negara adalah wajib ke atas setiap muslim.” Hukum ini dinyatakan dengan jelas dalam kitab-kitab fiqh bahawa ianya sama ada fardhu kifayah atau fardhu ain bergantung kepada sejauh mana ancaman yang dihadapi oleh sesebuah negara itu.

Masa depan sebuah negara umat Islam wajib diserah kepada pihak yang dapat menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara bukannya sekelompok elit, aristokrat, kapitalis yang hanya melihat manusia sebagai modal, sebagai komoditi yang membawa laba dan wang.

600 buah Syarikat Multinational Amerika telah menentukan rupabentuk TPPA ini dan akan menentukan bagaimana 11 negara menjalankan perniagaan. Perjanjian TPPA bagaikan menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada 600 buah syarikat ini.

Jaminan perkara asasi kepada rakyat

Penulis menyenaraikan sedikit perkara penting yang mengganggu perkara asas rakyat Malaysia selepas dipaparkan sejulah besar hujah di atas.

  1. Harga tanah akan melambung- Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang berkata, apabila kerajaan menyertai TPPA, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh lagi mengawal aliran keluar masuk wang dari luar negara untuk pelaburan di negara ini kerana antara klausa dalam perjanjian itu ialah aliran modal yang bebas. Hari ini haratanah dan rumah dijadikan satu barangan komoditi untuk dispekulasi oleh spekulator tempatan. Bayangkan jika spekulator luar masuk campur?
  2. Krisis pekerjaan - Di bawah TPPA akan berlaku peliberalan (liberalisasi) pelaburan. Oleh itu, pelabur asing akan lebih bebas untuk melabur di negara yang mempunyai tenaga buruh yang mahir dan murah seperti Malaysia. Namun apakah ia satu jaminan rakyat tempatan akan diberi peluang atau syarikat TNC akan melambakkan lagi warga asing ke negara kita?
  3. Krisis makanan asasi - Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Dengan TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari Amerika yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas dengan TPPA

Prof Dr Abdul Muin Salim dalam kitabnya Fiqh al-Siasah menjelaskan bahawa:”Mewujudkan suasana yang tidak stabil dalam sesebuah negara yang aman damai adalah haram. Sengaja mewujudkan suasana porak peranda seterusnya mengundang kepada mudharat kepada orang awam hukumnya adalah haram.”.

Jelas TPPA yang bakal mengundang petaka terkeluar daripada kehendak syariah Islam dan umat Islam khususnya WAJIB menentang TPPA.




Poster Risalah - Subsidi Bodoh


Poster Risalah - Hutang Negara zaman Najib


Poster Risalah - Keparahan Ekonomi Malaysia


kenyataan media- KERAJAAN MALAYSIA DIDESAK TUNJUK SOKONGAN MENENTANG KEZALIMAN TERHADAP AL QARADHAWI



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
23 DISEMBER 2013

KERAJAAN MALAYSIA DIDESAK TUNJUK SOKONGAN MENENTANG KEZALIMAN TERHADAP AL QARADHAWI

Dewan Pemuda PAS Kedah mendesak kerajaan Malaysia agar menyatakan pendirian tegas membela tohmahan dan siri baru kekerasan terhadap ulama tersohor dunia Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi yang baru dikeluarkan notis merah oleh INTERPOL pada 4 Disember 2014.

Tindakan notis yang bertujuan untuk menahan Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia ini adalah merupakan salah satu agenda Kerajaan Regim As Sisi Mesir terhadap inspirasi besar Ikhwanul Muslimin.

Tidak hairan jika regim zalim di mesir memusuhi Al Qaradhawi kerana ulama’ ini sememangnya diharamkan daripada menjejakkan kaki ke Mesir apabila keilmuan besar beliau berjaya menyuntik semnagat gerakan Isla IKhwan yang menggunakan jalan demokrasi dalam berdakwah.

Tindakan Regim As Sisi meletakkan pertuduhan “ merestui, menghasut, dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri” adalah satu tidakan gila yang paling tidak masuk akal bagi seorang ulama’ yang mencecah usia 88 tahun. Vandalisme dan mencuri umpamanya adalah pertuduhan yang cukup cela dikenakan kepada tokoh Maal Hijrah Malaysia ini.

Kami berharap janganlah selepas Persidnagan UMNO yang cukup ghairah menyokong Akta Hasutan menjadikan kerajaan mengiyakan tuduhan Mesir terhadap ulama rujukan dunia ini yang dituduh sebagai penghasut.

Justeru jika menceritakan kebenaran itu sebagai hasutan, maka tiada perlunya wujud ulama’ yang mengajar masyarakat.

Dewan pemuda PAS Kedah juga menyokong pandangan Presiden MAPIM Hj Mohd Azmi Abd Hamid sebelum ini bahawa tindakan INTERPOL kelihatan bias, cenderung kepada regim As Sisi walaupun regim itu sedang disiasat dan dipantau oleh banyak badan hak asasi yang menyaksikan kezaliman, penipuan dan kerosakan yang dibuat oleh kerajaan Mesir terhadap musuh politiknya. Tidakan INTERPOL yang bias serta melulu menerima arahan Mesir seolah-olah mencabul Artikel (3) Perlembagaan Interpol yang melarang INTERPOL mengambil tindakan yang bersifat politik, militari, agama atau perkauman.

Dunia menyaksikan betapa regim As Sisi tajaan Barat biar sejauh mana bertentangan dengan demokrasi ciptaan Barat ia akan didiamkan kerana itulah cara Amerika dan sekutunya, demokrasi hanya untuk mereka, negara umat islam dibiarkan tenggelam dalam arus totalitarian dan autokrasi.

Tunjukkan semnagat wasatiyyah yang benar, sikap ekstrim Mesir dan INTERPOL pelru ditegur oleh kerajaan Malaysia jika benar moderat dan wasatiyyah jadi pegangan. Kini Wasatiyyah hanya sekadar konsep demi melunakkan agenda dakwah, keagamaan, sebaliknya kekerasan terhadap ulama’ dan umat Islam tidak pula diwasatiyyahkan.

Ahmad Tirmizi Sulaiman

Ketua Penerangan DPPN Kedah

Wednesday, December 17, 2014

kenyatan media - Miss Tourism ARAH TUJU KERAJAAN KEDAH BN MENUJU NEGERI MAKSIAT



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

16 DISEMBER 2014

ARAH TUJU KERAJAAN KEDAH BN MENUJU NEGERI MAKSIAT


Dewan Pemuda Pas Kedah kesal dan menyelar keras tindakan mengutamakan maksiat atas nama laba dan keuntunga ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN melalui program Miss Tourism di Langkawi. Walaupun Dato’ Mukhriz tidak berkaitan secara langsung dengan penganjuran ini, tetapi program maksiat yang mendapat sokongan padu kemnetrian Kebudayaan Dan Perlancongan ini pastilah mendapat kerjasama erat daripada pihak BN Kedah sebelum Langkawi dijadikan destinasi program berkenaan.


Kami juga menyokong kuat kenyataan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah yang mengkritik penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember kerana mencampuradukkan segala kegiatan maaruf atau kebaikan dengan aktiviti munkar.

Miss Tourism International adalah pertandingan ratu cantik antarabangsa tahunan yang dikendalikan oleh D 'Touch International Sdn Bhd Foundation. Peraduan ini bermula pada tahun 1994 di Kuching, Malaysia. Malaysia menjadi tuan rumah kepada Ratu Pelancongan Antarabangsa setiap tahun, kecuali pada tahun 2006 ia telah diadakan di luar Malaysia buat kali pertama, di Guangzhou, China.

Kami berasa kecewa kerana sebelum ini Menteri Besar Kedah baru cukup ghairah mengajurkan program berselawat, berzikir dan menjemput para habib mengumandangkan qasidah.

Malah Beliau juga kelihatan positif di mata rakyat apabila sanggup mendengar kuliah maghrib di beberap amasjid dan surau.

Adakah imej keagamaan ini hanya untuk meraih sokongan dan undi rakyat semata-mata.

Adakah dato’ Mukjriz hanya memperguna sentimen dan semangat primordialisme di kalangan rakyat berbangsa Melayu yang cendenrung kepada kebudayaan serta nilai keagamaan untuk kepentingan survival politik BN Kedah?


Tindak tanduk Menteri Besar Kedah ini mencerminkan betapa ‘arrogantnya’ UMNO dan BN melanggar fatwa-fatwa ulama’ berkenaan penganjuran majlis ratu cantik dan majlis maksiat.

Pada kami penganjuran program sebegini adalah sebagai sokongan Dato’ Mukhriz dengan saranan dan hasrat kerajaan BN Pusat seperti yang dinyatakan pada 10 November 2013 lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan terus membangunkan industri pelancongan di pulau Langkawi "ke tahap lebih tinggi" dengan menjadikannya sebagai destinasi percutian dunia berkonsepkan nautika mewah.

Perdana Mneteri juga pernah berkata bahawa industri pelancongan di Langkawi perlu dibawa ke fasa seterusnya, dan ini memerlukan "beberapa pelabur besar dan jenama terkemuka" untuk menarik minat lebih ramai pelancong luar, termasuk yang berpendapatan tinggi.


Selain melanjutkan sambutan yang hangat kepada semua perwakilan ratu, Berjaya Langkawi Resort yang akan menjadi tuan rumah salah satu daripada Ratu Pelancongan Antarabangsa 2014 Extravaganza pada 17 Disember menyatakan bakal hadir penyertaan daripada 62 buah negara dari seluruh dunia. Acara ini akan berlangsung 23 hari bermula dari kedatangan para peserta di Malaysia pada 9 Disember dan akan diakhiri dengan pertabalan baru Ratu Pelancongan Antarabangsa 2014/2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Presint 5, Putrajaya pada 31 Disember nanti.

Inilah kemuncak tahun 2014 yang ditutup dengan acara maksiat.

Berjaya Langkawi Resort juga menyatakan rasa adalah bangga kerana mendapat kerjasama pihak Kementerian Pelancongan & Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.


Meninggikan industri perlancongan menurut sifir parti sekular seperti UMNO adalah menambahkan elemen hiburan tanpa batasan termasuk berunsur ghairah, seksi dan sebagainya.

Langkawi telah sarat dengan gejala maksiat dari penjualan arak secara bebas, budaya tempata yang bercampur budaya liberal antarabangsa, kerosakan moral remaja dan kini hiburan melampau melalui program ratu cantik.

PAS bukan sahaja menentang pesta hiburan maksiat sebegini di Kedah malah konsisten di serta Malaysia kerana PAS komited dengan seruan menolak maksiat dan kemungkaran.

Selain disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, antara penaja ‘gold’ program ini adalah :
1. Asia Universiti Metropolitan - Universiti Rasmi

2. Balai Seni Visual Negara - Galeri Seni Rasmi

3. Coronar - Rasmi Media Power House

4. Focus Point - Eyewear Rasmi Chain Store

Produk Penjagaan Kesihatan Rasmi -
5. GINTELL

6. Sogo KL - Rasmi Departmental Store

7. Pusat Pergigian Kuala Lumpur International - Pusat Penjagaan Pergigian Rasmi

8. KLIA 2 - Lapangan Terbang Rasmi

Hub Logistik Rasmi - 9. PKT Logistics Group

10. Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa - Dunia Rasmi Final Tempat

11. Putrajaya Marriott Hotel & Spa - Residence Rasmi

12. Upper East @ Tiger Lane - Gaya Hidup Official Home

  1. Watatime - jam tangan rasmi


Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Tuesday, December 16, 2014

Anak Muda Simpor dan Alor Bemban bersama Qaryah anjur Sukaneka Rakyat



Anak Muda Simpor dan Alor Bemban bersama Qaryah anjur Sukaneka Rakyat
Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah
SIMPOR - 14 Disember 2014
Kerjasama anak muda bersama pihak Kolej Komuniti Sungai Petani dan Qaryah Masjid Batu Simpor berjaya menganjurkan Sukaneka Rakyat Rakyat Qariah Masjid Batu Simpor pada 14 disember 2014 lalu.

Bertempat di Padang Awam Kampung Simpor berjaya menghimpun sejumlah besar penduduk tempatan penduduk Qariah dan ia suatu usaha untuk meningkatkan semangat motivasi baru terhadap gaya hidup bermasyarakat serta mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat kampung.

Saudara Hazlan bin Desa selaku pengarah program telah berucap menggalakan masyarakat supaya mengamalkan budaya hidup dengan lebih sihat serta menyeru supaya belia-belia supaya tidak terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat. Beliau juga mengajak penduduk kampung supaya sentiasa mengambil berat diantara satu sama lain.

Para penduduk kampung juga bersyukur kerana Kolej Komuniti Sungai Petani cukup aktif dan perihatin dengan progra kemasyarakatan dan menjadi pemangkin perlaksanaan program berfaedah untuk masyarakat tempatan.


Inilah rukun hidup dalam suasana desa yang penuh dengan nilai persaudaraan, kerjasama, gotong royong disamping dipupuk nilai keislaman dan syariah dalam bersukan dan bersuka ria.  







Sunday, December 14, 2014

Konvoi Ziarah Pondok Ustaz Sidek : suntik cintakan ilmu dan ulama’ dikalangan anak muda


Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

BERUAS - 14 Disember 2014

Seramai 30 anak muda dikalangan UNit Amal Sungai Petani dengan kerjasama Belia Sejahtera Sungai Peani telah menyertai Konvoi & Ziarah Amal ke Pondok Tuan Guru Sidek Noor di Beruas semalam.

Program yang bermula pada 12 Disember pada hari Jumaat dan berakhir pada 13 Dec 2014 sebenarnya bertujuan untuk mengeratkn kerjasama antara ahli-ahli Unit Amal dgn masyarakat dan memandangkan Ustaz Sidek adalah natara guru yang kerap hadir ke Sungai Petani, pihak Unit Amal dan Belia Sejahtera mengambil inisiatif untuk berbakti di pondok beliau.

Ia juga bertujuan mendedahkan kepada anak muda kehebatan institusi pendidikan islam tradisional yang paling ama kekal di Malaysia yang telah menghasilan ribuah tokoh pekjuang bangsa, kemerdekaan, keilmuan dan pemimpin tempatan.

Pihak anak muda ini juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1840 hasil sumbangan masjid antaranya Masjid Bakar Arang, Masjid Padang Temusu, Masjid Kariah Matang Berangan dan Masjid Kpg Raja

Selain berqiamulail, berzikir dan mendengar kuliah Subuh khas oleh Ustaz Sidek Nor, para anak muda ini telah menyumbang tenaga memasang 5 buah awning pada pondok jemaah muslimat yang selalu terkena tempias air hujan. Mereka juga mengecat bangunan 2 tigkat asrama pelajar tahfiz serta membersihkn kawasan persekitaran pondok.




Ustaz Sidek selaku mudir Madrasahnya sendiri telah merakamkan perhargaan atas sumbangan ahli Amal. Beliau juga menjemput untuk belajar di pondok berkenaan dan rata-rata pelajar dalam tempoh 5 tahun jika tekun mampu untuk menjadi daie (pendakwah) dan mampu mengajar kitab-kitab thurat (lama) kepada masyarakat malah pengajian disediakan secara percuma sahaja.


Semoga program sebegini mampu menghasilkan generasi ilmu, generasi yang sedia berbakti kepada institusi keilmuan Islam agar kerja buat ini berterusan sehingga hari kiamat.






Masalah jalan raya dan keselamatan jalan raya? Pemuda Pas Kedah bersama anda


Ingin belajar ilmu media, akhbar dan jurnalisme? Jom sertai kami



Wednesday, December 10, 2014

KENYATAAN MEDIA-KERAJAAN PERLU UBAH SIKAP- MAS MILIK RAKYAT BUKAN MILIK ARISTOKRAT TERTENTU


                                                                                      
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
  10 Disember  2014  


KERAJAAN PERLU UBAH SIKAP- MAS MILIK RAKYAT BUKAN MILIK ARISTOKRAT  TERTENTU


Dewan Pemuda PAS Kedah tegas mendesak kerajaan Malaysia menjadikan syarikat penting Malaysia Airlines sebagai syarikat bersama, syarikat rakyat dan benar-benar berstatus syarikat negara. Hari ini kelihatan syarikat itu seperti kepunya sekelompok elit bangsawan atau aristokrat yang mana sebarang keptusan untung rugi kepada penumpang, pekerja MAS tidak dapat ditegur rakyat.

Baru-baru ini pihak kami dimaklumkan bahawa kesemua kesatuan kakitangan MAS ingin   mendesak Kerajaan Malaysia mengutamakan dan menyelamatkan 6,000 kakitangan MAS yang bakal dibuang di atas keputusan yang dibuat oleh YBhg Tan Sri Haji Azman Mokhtar, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional.

Khazanah Nasional sebagai pemegang saham terbesar MAS kelihatan mampu melaksanakan pelbagai wewenang yang merugikan pekerja MAS.

MAS dan kerajaan Malaysia bukan sahaja menafikan hak asasi beragama umat islam apabila menyelitkan pembayara arak dalam tiket penumpang, menafikan hak pekerja menutup aurat di sebuah negara ‘Islam’ serta menjadikan staf MAS sebagai penyumbang sektor arak apabila arak terus ingin dihidang dalam pesawat, malah MAS ingin bertindak lebih jauh apabila mengkambing hitamkan pekerja MAS atas alasan kerugian demi kerugian yang dialami.



Malah dengan wujudnya Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 yang  baharu yang diluluskan, kelihatannya ia bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955 dan beri kekebalan mutlak kepada MAS dalam hal ehwal pekerja.

Sebelum ini Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman juga menyatakan akta baharu itu menghapuskan sama sekali hak pekerja untuk membuat apa-apa tuntutan atau memfailkan kes mahkamah terhadap MAS atau erti lain ia memberi imuniti sepenuhnya kepada MAS.
 
Natijah MAS diaristokratkan menyebabkan semua sumbangsaran untuk memajukan dan menguntungkan MAS sukar dilaksanakan. Hal kerugian dan kepincangan syarikat GLC besar ini tidak di bawa ke Parlimen secara serius mengakibatkan isu ini berlarutan hinggakan MAS mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.


Khazanah Nasional atau MAS mahupun BN tidak boleh memberi alasan tragedi MH 17 dan MH 370 sebagai punca kerugian RM 2 bilion dan punca ingin membuang pekerja sebaliknya tradisi rugi MAS adalah konsisten sejak belasan tahun lalu.
Khazanah Nasional Berhad sebenarnya  telah gagal menguruskan MAS selepas 12 tahun melalui 4 suntikan dana kerajaan hasil cukai rakyatsehingga mencecah RM17.0 billion.

Ubah sikap, insaf diri, lihat amanah rakyat yang ada pada MAS.
 
 
 ‘ TERUS BERISTIQAMAH
‘ PEMUDA  BERSAMA RAKYAT ’
Yang benar,
 
                              t.t
 
AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Tuesday, December 09, 2014

TPPA BAHANA NEGARA; CUKUP TERDIDIKKAH ANAK MUDA MENGENAINYA



TPPA BAHANA NEGARA; CUKUP TERDIDIKKAH ANAK MUDA MENGENAINYA
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

Tulisan ini ditaip sepanjang penulis berada di hadapan televisen menonton siaran langsung Persidangan UMNO 2014 yang sarat dengan dogma Malaysia itu UMNO dan UMNO itu Malaysia. Malah mungkin kena dengan tajuk yang penulis ingin coretkan disini iaitu apabila Presiden UMNO tercinta menyatakan “kukuhnya negara dengan kukuhnya UMNO”, “Negara akan makmur dan maju jika rakyat cintakan UMNO” jika telinga penulis tidak tuli.

Cukup meluap dan lahap ucapannya namun penulis menguap dan lali kerana tiada wacana mencabar minda yang dilontarkan melainkan amaran, ugutan dan paranoid ilusi yang dicipta untuk membuatkan peserta persidangan tidak senang tidur.

Penulis menantikan lontaran cabaran bagaimana bangsa etnik majoriti Melayu menghadapi pasca kolonialimse dan neo kolonialisasi yang dihidang dalam bentuk baru. Baik dari aspek hidangan pemikiran baru yang mengubah landskap politik, masa depan rakyat mahupun dihidang melalui kelicikan perjanjian dan usaha ekonomi yang mengancam masa depan rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India.

TPPA adalah perkara yang ingin penulis gariskan dalam tulisan ini lantaran isu ini tidak menghasilkan amarah rakyat amhupun pemimpin politik. Apabila isu tidak menghasilkan reaksi kerajaan melalui Akta Hasutan sudah memadai menandakan isu TPPA belum dipanaskan dan belum cukup menggugat keselesaan Putrajaya.


Perjanjian ini bukan sahaja bakal menguak satu lembaran baru dunia ekonomi tanpa sempadan yang mana menyaksikan negara kita akan menjadi ‘alat remote control’ kuasa besar kapitalis, ia juga sebenarnya bakal menyaksikan generasi muda yang hari ini masih belum memiliki kereta, belum berkeluarga, masih kerja part-time di kedai serbaneka, masih sambung pengajian sarjana, masih belum memiliki rumah suatu hari nanti selepas melepas usia yang memerlukan semua kemudahan berkenaan, sudah matang berkeluarga, mereka semua akan terperangkap dalam perangkap ekonomi liberal yang menghancurkan status quo yang sedang mereka nikmati sekarang ini.

Anak muda sudah tidak boleh dilayan sebagai pak pacak dan aktor tamabahan penambah peserta sahaja dalam himpunan atau gerakan mendesak bantahan TPPA,. Anak muda perlu dipartisipasikan dari aspek ilmiah dan intelektual. Sekurangnya jika tidak belajar tinggi, mereka peru difahamkan fakta asas kebejatan TPPA yang sedang merobek lelangit sosial mereka.

Penulis menyaksikan anak muda yang amarah dalam isu TPPA ada yang hanya bersemangat tetapi dengan minda yang separuh penuh. Bergaya dengan T-Shirt Che Guevera ke sana ke mari, berkumpul berarak dengan topeng muka V for Vendetta, atau T shirt bersuara dengan tulisan maki hamun kapitalis dalam keadaan mereka tidak difahamkan secara adil apa realiti kapitalis dan apa altenatif terbaik kepada kapitalisme yang menjerut leher mereka kelak.

Bagi penulis yang mengambil medan juang PAS, amat berbesar hati jika PAS menggerakkan seluruh jentera dan lajnahnya yang memiliki ketumbukan, kemahiran dan kepakaran tersendiri memacu isu agar rakyat bangun menghumban TPPA jauh dari kosmos Malaysia.

Isu TPPA terlalu banyak literasinya disediakan oleh penggerak gerakan NGO aliran kiri dan multi rasial. Namun dalam ketumbukan pasukan Islamis ia masih belum cukup panas dan rasanya cukup masak diwacanakan.

Ia bukan sekadar isu lajnah ekonomi atau Lajnah Penerangan, ia juga boleh dijadikan isu homofili yang disepakati semua segmen dalam PAS, tidak mengira aliran pemikiran, latar belakang pendidikan. TPPA bakal menjahanamkan kesemua sekali ala-ala Perang Amargedon. Jika ia dipacu secara bersama, manual operasi pengurusan berdasarkan objektif boleh disediakan agar semua Jabatan dan Lajnah memainkan isu ini. Lajnah tarbiah dan Dewan Ulama’ boleh berwacana sehingga masak berkenaan serangan neo-kolonial ini dari aspek fiqh Nusus dan Syariah. Ia wajar dibuka kepada semua anak muda untuk diberi maklumat yang absah berkenaan bercanggahnya TTPA daripada aspek syariah Islam.

Jabatan PASTI, Amal dan lajnah Profesional, boleh melarutkan intpati anti TPPA dalam setiap program yang mereka adakan. TPPA boleh dianggap bahana yang perlu dihadapi seara komprehensif, munazzamah dan konsisten. Inilah idea yang cuba dilontar oleh penulis kali ini.

Permudahkan istilah
Bahasa susahnya adalah TPPA didefinasikan sebagai perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA adalah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Bahasa mudahnya selepas ni barang-barang kita dapat masuk pasaran negara ahli yang dinyatakan tadi, dengan BEBAS. Bagi yang selama ni bercita-cita untuk memasarkan produk mereka ke luar negara akhirnya akan tercapai melalui TPPA. Manakala barangan negara lain juga mudah masuk ke negara kita malah dengan harga tertentu (mungkin terlalu rendah) yang menyukarkan peniaga tempatan meletak harga.

Sifir mudah TPPA
Umumnya TPPA meliberalkan serta mengurangkan kuasa kerajaan tempatan serta menaikkan pengaruh syarikat gergasi luar negara dalam perkara :
  1. perkhidmatan,
  2. Pelaburan dan saham tempatan,
  3. peraturan ke atas Korporat Kaitan Kerajaan (GLC),
  4. Peraturan Industri Kecil dan Sederhana (SME)
  5. dan Hak Milik Intelektual.

Kesannya pula secara umum untuk difahami:
  1. Harga ubatan meningkat
  2. Nilai Hartanah meningkat
  3. Kerajaan kurang kedaulatan -mudah disaman syarikat luar
  4. Petani tempatan kurang ruang ekonomi, diasak barangan luar negara
  5. Kesihatan terancam - makanan lambakan remeh/ sintetik.
  6. Industri tempatan, kecil dan sederhana diasak, dikawal peraturan kerana saham dikawal oleh pihak kapitalis luar negara.
  7. Rasuah boleh menjadi-jadi untuk memenuhi kehendak piawaian kapitalis luar negara.
  8. Peniaga kecil musnah- peluang pekerjaan mengucup dan pengangguran mungkin berlaku.
  9. Budaya tempatan, agama terhakis kerana arus global yang menguasai segenap sendi sosial.

Bagaimana kesan-kesan ini berlaku?

Pemimpin generasi akan datang bakal disaman?
Anak muda adalah keompok utama yang perlu diberi kesedaran. Mereka adalah generasi yang bakal menerima impak maksima TPPA. Siapakah yang bakal menerajui negara ini jika bukan anak muda hari ini? Jika TPPA ditandatangani, kemungkinan mereka sebagai pemimpin masa dean berhadapan dengan ancaman disaman oleh syarikat trans nasional gergasi. Lihat sahaja syarikat rokok Philip Moris yang menyaman kerajaan Australia kerana kerajaan Australia mengarahkan rokok dijual dalam kotak kosong bermula 1 Disember 2012. Begitu juga nasib Uruguay kerana kerajaan tersebut mebgarahkan iklan kesihatan diletak pada kotak rokok sebanyak 80 % sehingga menenggelam hiasan kotak yang menggiurkan selera perokok. Hal yang sama bakal berlaku di Malaysia kerana iklan sedemikian juga dilakukan oleh kerajaan malaysia.

Pada Mei 2011 Jerman mengumumkan bakal menamatkan program nuklear menjelang 2022. Akibatnya syarikat Sweden Vattenfall mengumumkan akan menyaman Jerman sebanyak RM 4.6 billion!

Isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur (inventor state dispute settlement ) ISDS yang merestui pelabur mencabar undang-undang dalaman sesebuah negara walaupun diluluskan dalam parlimen dan untuk matlamat kebaikan warganegara negara berkenaan.

Negara-negara TPPA mesti bersetuju untuk membenarkan syarikat luar mengambil tindakan saman di tribunal arbitrasi antarabangsa (International Center for Settlement of Investment Disputes yang bertapak di Washington) untuk menuntut pampasan disebabkan eskpropriasi (expropriation). Eskpropriasi secara mudah untuk anak muda faham didefinasikan sebagai tindakan kerajaan kita yang mungkin merampas harta dan membatalkan kontrak atau tindakan dan polisi kerajaan yang memberi impak pengurangan keuntungan kepada syarikat gergasi luar negara. Maka “Eskpropriasi” inilah musuh kepada kapitalis walaupun tindakan ini menyelamatkan keseihatan, keselamatan, budaya dan agama rakyat tempatan.

Industri di bawah kawalan TTPA

Pengasas bersama Badan Bertindak Bantah TPPA Anas Alam Faizli pernah menyatakan bahawa, generasi muda tidak boleh mengelak diri daripada wacana bencana TTPA. Beliau menggariskan impak TPPA terhadap dunia industri yang menjadi punca pendapatan negara kerana rundingan ini akan akan memberi kesan kepada perolehan kerajaan, industri kecil dan sederhana. Hal ini ini kerana TPPA bakal memegang lebih 80 % industri di Malaysia.

Misalnya dalam hal industri juga isu SOE (State Own Enterprise) TTPA menghakis pengaruh kerajaan terhadap saham tempatan. Mana-mana SOE dimana kerajaan punya saham didalamnya, TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menentukan dasar yang memihak kepada pelabur tempatan.

Kesan parah akan berlaku ke atas syarikat GLC dan SME tempatan. Mengikut TPPA, sebarang layanan istimewa kepada syarikat tempatan untuk mendapat sebarang kontrak kerajaan akan dianggap menyalahi TPPA kerana tidak memberi “fair and equitable treatment”. Anak muda hari inilah yang bakal menerajui GLC dan hak-hak yang wajar mereka perolehi akan terhakis.

Kesihatan generasi akan datang musnah

Tahukah kita mengapa penyakit kenser boleh dikatakan amat kurang zaman dahulu? Perlukah nenek moyang kita memakan deadoran untuk elak bau badan? Rasanya tidak perlu kerana bahan makanan yang tiada bahan sentetik dan bahan kimia boleh menghasilkan badan yang sihat, bau badan yang kurang. Kini dari hujung rambut hingga kaki perlukan pewangi dan pembasuh kerana badan kita menyahkan toksik dan menghasilkan bau tidak menyenangkan.
Akan datang makanan sentetik akan bercambah lagi. Generasi akan datang akan lebih tenat lagi. Dengan termeterainya TPPA, segala bahan asas yang berasaskan kimia akan dibawa masuk ke tanah air kita seperti
GMO (Genetically Modified Organism) yang terkandung dalam beras, kacang soya, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

GMO adalah bahan asas atau makanan yang telah diubah secara genetik menggunakan bahan-bahan kimia yang mampu mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang memakannya. Hari ini kerajaan mungkin masih mampu menghalang bahan- bahan berbahaya ini dijual kepada umum. Akan datang?....

Ubat tidak bersifat ubat lagi
Ubat adalah untuk sesiapa yang perlu dan sakit. Malah menjadi dasar sesebuah negara untuk mengagih ubat secara adil, murah, mudah untuk rakyatnya sendiri. CAP serta banyak NGO lain telah memberi senarai Garis merah berkenaan ancaman TPPA antara yang popular adalah isu kenaikan harga ubat-ubatan kerana pemanjangan tempoh paten atau hak cipta ubat berjenama.

TPPA bersifat melindungi harta intelak dan ia berlaku secara melampau sehingga sesuatu penemuan, kajian itu kelihatan tidak lagi memberi harapan atau manfaat kepada masyarakat dunia sebaliknya tujuan penemuan dan kajian lebih kepada mengumpul kekayaan, laba akibat pemanjangan paten sesuatu penemuan dan kajian. Bukankah tujuan sainstis membuat kajian untuk manfaat masyarakat? Kapitalis telah memesong tujuan asal budaya saintis kepada budaya membolot keyaan peribadi. Anak muda yang sihat wal afiat hari ini suatu hari mungkin akan bergantung dengan ubat kolesterol, buah pinggang, jantung dan sebagainya. Mereka akan berhadapan dengan kos harga ubat yang begitu mahal sehingga kerajaan sendiri tidak mampu menampungnya dengan subsidi.

Satu kajian yang dilakukan oleh Oxfam pada 2007. Dalam tempoh 5 tahun sejak Jordan menguatkuasakan TRIPS-Plus hasil perjanjian US-Jordan Free Trade Agreement (FTA), harga ubat-ubatan dalam pasaran meningkat 20 peratus, tanpa sebarang pembaharuan pun di dalam inovasi ubatan seperti yang didakwa oleh golongan pro-TPPA.

PAS dan gerakan islam perlu sedarkan anak muda apa itu ubat generic (yang murah) yang sedang membantu hayat ibu dan bapa mereka. Suatu hari nanti ubat generic kian sukar diperolehi dan mereka (anak muda) akan terima habuannya.

Harga hartanah akan meningkat

Antara cita-cita besar anak muda tentunya ingin memiliki tanah sendiri, kenderaan sendiri. Hari ini FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini ibebani jumlah hutang yang begitu serius. Malah lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan kerana tidak mampu dan dibebani hutang berpanjangan. Bagaimana dengan keadaan akan datag dengan adanya TPPA?

Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang berkata, apabila kerajaan menyertai TPPA, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh lagi mengawal aliran keluar masuk wang dari luar negara untuk pelaburan di negara ini kerana antara klausa dalam perjanjian itu ialah aliran modal yang bebas.

Hari ini rralitinya ramai anak muda tidak mampu membeli rumah sekarang kerana rumah dijadikan satu barangan komoditi untuk dispekulasi oleh spekulator tempatan kerana kelemahan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kurangnya pengawalan penggunaan duit pasaran gelap dan kelonggaran pinjaman oleh institusi perbankan. Hal ini dianggap serius walaupun baru penangan daripada spekulator tempatan.

Akan datang selepas Malaysia tandatangani TPPA, wang yang besar akan datang dari luar negara. Pelabur asing boleh melabur dalam industri sebenar, pasaran saham dan hartanah. Harga hartanah akan dimanipulasi oleh pelabur asing. Hal ini tidak boleh disangkal lagi.

Ancaman budaya dan agama

Generasi anak muda telah berhadapan dengan suatu perubahan sosial dan penjajahan budaya selepas proses globalisasi berlaku sejak era awal milenium.

TPPA adalah bentuk baru kehadiran globalisasi yang bejat tetapi secara terhormat, rasmi dan berkuasa kerana ia adalah perjanjian. Perjanjian ini adalah janji setia kita untuk menerima tanpa sekatan sebarang lambakan nilai, budaya dan agenda kapitalis antarabangsa. TPPA adalah bentuk batu globalisasi. J A Scholte (2002) dalam bukunya menyimpulkan globalisasi sebagai internasionalisasi, liberasi, universalisasi, westernisasi atau modernisasi (lebih banyak dalam bentuk Americanised) dan globalisasi sebagai penghapusan batas-batas kewilayahan (atau sebagai persebaran supra-teritotorialitas).

Filem tanpa tapisan adalah antara ombak besar yang bakal merosakan generasi muda. Seperti yang dinyatakan diatas, harta intelak dan copyright pengeluar filem dipertahan sehingga sebarang tindakan menapis dan mengurangkan babak yang merosakkan filem asal boleh disaman oleh pengeluar filem berkenaan.

Ternyata daripada sedikit hujah di atas, anak muda adalah antara generasi yang bakal terancam dari segala aspek.
Di sinilah peranan PAS mencelikkan anak muda berkenaan penangan bejat TPPA. Ia isu kita bersama. Ia isu Islam!




Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)