Monday, April 27, 2015

KEMBARA JEJAK SHUHADA MEMALI SUNTIK SEMANGAT CINTA ULAMA’

 KEMBARA JEJAK SHUHADA MEMALI SUNTIK SEMANGAT CINTA ULAMA’

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 26 April 2015

Pertubuhan Belia Sejahtera Sungai Petani atau nama ringkasnya BERANI sekali lagi menganjur program jejak ulama’ Melayu Utara. Kali ini BERANI berjaya mengumpul 40 orang anak muda untuk berkonvoi dari Sungai Petani ke Kg Memali Baling.

Programyang dicetuskan melalui kerjasama Jawatankuasa Anak Muda Batu Lintang dengan kerjasama Pertubuhan Belia Sejahtera Sg Petani (Berani) kali ini cuba mengimbau zaman kegemilangan tarbiah ulama’ bernama As Syahid Ibrahim Libya yang pernah mentarbiah sebeliangan besr anak muda di bumi Memali bermula pagi 25 April sehingga pagi 26 April.











Program bermula dengan sesi menziarah pusara para syuhada Memali, mendengar taklimat dan sejarah perjuangan Ustaz Ibrahim Libya daripada Pak Anjang Azmi. Majis diselingkan dengan aktiviti kuliah dan tazkirah, berkelah dan masak beramai-ramai di tepi sungai.

Antara jasa besar Allayarham Ustaz Ibrahim Libya adalah pernah membuat kertas kerja untuk penubuhan Pusat Islam yang kini dikenali sebagai JAKIM.

Program ini telah diketuai oleh saudara Izzwan Ismail dan juga saudara Ibrahim Hj ismail selaku pengerusi Belia Sejahtera. Menurut suadra Ibrahim, ada beberapa tempat tinggalan uama’ di utara tanahair akan dijejaki malah beliau berasa amat gembira apabila konvoi yang bersifat tarbawi atau berpendidikan mendapat sambutan ramai namun meeka terpaksa mengehadkan penyertaan untuk kelancaran pihak anak muda Kampung memli yang menyambut mereka.


Program ini adalah sebahagian misi utama BERANI untuk menjalankan riadah dan menjalinkan hubungan dengan anakmuda ulu legong dan pendalaman Kedah. BERANI juga ingin mencungkil bakat kpimpinan dan mempelajari jasa-jasa baik para pendakwah silam di bumi sendiri”, jelas Ibrahim selepas Konvoi bersiap untuk pulang ke Sungai Petani 26 April 2015. 

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)