KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.
------------------------------------------------------------------------ Perempuan ini suruh orang bertaubat?
Rambut hang tu amacam?
Fitnah hang tu macam mana plak?
kalau ikut perkembangan statement dia ni....sah dia meroyan....
NOTA: Azhari Shaari (tengah) menujukkan laporan polis menentang `Kempen Bebaskan Anuar 901’ sambil wakil-wakil sayap Barisan Nasional berdemostrasi membantah kempen berkenaan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.
77 LAPORAN POLIS LUAH BANTAHAN - meloya
Sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’.
Daripada jumlah itu, sebanyak 49 laporan polis dibuat di Selangor apabila Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mengetuai beberapa pertubuhan politik dan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Turut membuat laporan di Selangor adalah beberapa pertubuhan di daerah Kuala Langat yang mengemukakan 11 laporan polis.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Putera MIC Selangor, A. Arvind; Timbalan Setiausaha Putera MIC Shah Alam, A. Prevrnavan dan Naib Ketua Pemuda PPP Selangor, Azli Rahman.
“Kami tunai solat sunat berjemaah dan berdoa Alalh SWT memberi kekuatan kepada pejuang ini. “Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. Klik disini untuk membaca berita penuh.
Ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 7 Julai 2011, Ibrahim Ali dan Perkasa memberikan ugutan yang sama. Namun apabila tiba hari perhimpunan, "habuk" pun tiada. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ini badut UMNO yang bernama Ibrahim Ali kelihatan masih tunjuk lagak walaupun takut bini.
BERSIH 2.0 pengikut PERKASA hanya menonton TV di tasik Perdana, Badut pula tak keluar rumah kerana isterinya larang.
Orang tak berhimpun dia pun sibuk......poooorah....!
Khutbah ingatkan umat Islam tak sertai himpunan 901
2:55PM Jan 6, 2012
Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.
Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.
Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.
“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.
“Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.
“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah,” petik khutbah yang dibacakan itu.
Menurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.
“Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.
“Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara,” petik khutbah itu lagi.
Saya secara peribadi menilai kenyataan terkini Dr Hassan sebagai terlalu nakal dan kebudak-budakan jikloa dibandingkan dengan tahap keilmuan beliau.
Selepas ditegur secara mahabbah oleh Presiden dan pimpinan PAS, beliau kelihatan ghairah untuk membuat ‘comeback’ apabila terlebih ‘jack’ pimpinan sehingga mengeluar kenyataan ala ahli Syura Parti bahawa Presiden PAS dan Mursyidul AM boleh dilantik menjadi PM jika DSAI dipenjara.
Isu perlantikan PM adalah isu terlalu klimaks dan ia merupakan isu yang paling perlu dibincangkan secara serisu bukan melalui kenyataan media mudah seperrti yang Dr Hassan amalkan. Pujian beliau yang mengatakan Tuan Guru yang berserban juga layak menjadi PM pada saya bukan pujian yang kena pada tempatnya. Jika tidak telah lama majlis syura desak Pakatan rakyat menamakan pimpinan PAS sebagai PM.
Semua ahli parti tertentu inginkan Presidennya dipilih menjadi menteri. Tetapi sifir politik dan adat berkawan dalam Pakatan rakyat tidak gopoh seperti itu.
Saya juga kesal dengan kenyataan beliau yang seolah-olah membunyikan nyanyian UMNO apabila mengatakan urusan pembicaraan Kes Liwat II sebagai kes peribadi DSAI dan tidak perlu membabaitkan para mahasiswa.
Tidak salah jika beliau ingin beri nasihat tersebut secara terteutup mungkin untuk menasihati keluarga beliau sendiri agar tidak ditangkap polis, tetapi bukan dengan mengeluar fatwa umum sebegitu. Beliau mengatakan tiada arahan pimpinan untuk turun ke 901 sedangkan mengapa beliau berada di celahan HIMPUN walaupun pimpinan pernah mengarahkan ahli agar tidak sertai atas maslahah lebih besar?
Apabila beliau mengeluar kenyataan begitu, rasanya ramai ahli gerakan islam akan terungkit kisah Abdullah Bin Ubai yang pernah menarik keluar sekelompok tentera nabi semasa persediaan ke Perang Uhud diadakan. Sedangkan dalam majlis mesyuarat Nabi, Abdullahlah yang beria ingin berperang daripada celahan rumah-rumah di Madinah.
Juga peristiwa Abdullah Bin Ubai yang menghasut beberapa sahabat besar seperti Kaab Bin Malik daripada menyertai Perang Tabuk. Akibatnya Kaab dipulau Nabi selepas Perang tersebut.
"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," kata beliau yang seolah-olah tidak faham bahawa Kes Liwat II adalah konspirasi UMNO. Ucapan sebegini mirip benar dengan ucapan Ezam semasa penghujung hayat beliau dalam PKR.
Saya berharap ada suatu sekatan untuk beliau bebas mengeluar kenyataan yang seolah-olah mewakili Parti.
Hari ini 4 Januari 2012 tersiar satu muka penuh laporan wawancara SINAR HARIAN dengan bakal calon DUN Sg rapat ustaz radzi Zainon.
Laporan yang cukup optimis melambangkan kesediaan ustaz radzi untuyk menerajui DUN Sg rapat cukup membuatkan team Dato' hamidah berbulu hingga kedengaran berita mereka menalifon SINAR.
Membantai mahasiswa sehingga berdarah dan cedera seumpama kerajaan BN mengisytihar perang terhadap bukan sahaja mahasiswa atau kelompok pelajar, malah kepada semua anak muda.
Inilah bukti kerajaan kerdil dan lemah kerana hanya sanggup memukul anak sendiri berlebih-lebihan.
Penahanan 20 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman dalam keadaan menutup aurat tanpa ada alkohol dan kondom pada malam tahun baru 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa membuktikan betapa bebalnya kerajaanBN dan polis dalam memahami dikotomi bermoral dan tidak bermoral. Kerajaan ini umpama Disnasti Akhir Empayar Rom Barat yang hampir tumbang suatu ketika dahulu akibat jahil dalam membezakan perkara yang bermoral atau sebaliknya.
Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, Muhammad Safwan Anang yang cedera di dada serta Amar Rasyidi yang cedera akan menjadi parut bernanah dalam gerakan mahasiswa. Kesannya, kerajaan BN perlu mengerahkan pemuda UMNO dan Puteri UMNO bekerja lebih masa jika ingin meraih kembali sokongan anak muda.
Tergamakkah UMNO isytihar perang atau benci kepada mahasiswa? Jika ini layanan yang diberi, jelas BN mengisytihar BENCI kepada kelompok mahasiswa.
Kelompok SMM dan BEBAS bukan kelompok pelajar ‘huha-huha’ yang berkumpul dengan motor rempit seperti kelompok remaja bandar dan pinggir bandar. Polis cukup ‘takut’ dengan kelompok anak muda rempit dan tidak bermoral menyambut tahun baru dalam keadaan yang sangat teruk setiap tahun.
Kelompok ini bukan juga kelompok pelajar yang membuat perkara tidak bermoral di luar negara selepas mendapat biasiswa Petronas atau kerajaan. Mereka golongan terpelajar. Cuma yang membezakan mereka dengan pelajar lain adalah mereka cakna dan sensitif dengan kezaliman kerajaan.
Hanya disebabkan turun bendera bermuka PM, UMNO sanggup kerahkan para polis untuk berkeras terhadap mahasiswa. Sedangkan mahasiswa dalam sesebuah kerajaan umpama anak kandung yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan. Bayangkan anak kita terpijak baju atau terkotorkan baju kerja kita, sanggupkah kita tumpahkan darah mereka? Sanggupkah kita bantai anak kita separuh nyawa sehingga dihantar ke hospital? Insiden ini menampakkan betapa bencinya pemerintah terhadap mahasiswa hanya kerana menurunkan bendera muka manusia bukan bendera daulat atau bertulis nama Allah.
Polis kini dikerah pula untuk membuat ‘home work’ untuk jawab isu keganasan polis. Saban tahun PDRM berusaha menampilkan imej yang bersih dan baik, tetapi dirosakkan oleh UMNO kerana UMNO kerap memaksa polis berkasar dengan rakyat.
Dahulu, polis diminta ambil masa seminggu untuk ‘edit’ dan tunjuk jawapan bahawa polis tidak berkasar dengan peserta BERSIH, sedangkan rakyat ambil masa hanya 10 minit untuk ‘upload’ kejadian sebenar ke dalam Youtube.
Kini polis terpaksa bekerja keras lagi untuk menyiapkan video terkini menampilkan jawapan bahawa mereka ‘berlembut’ terhadap mahasiswa pada 1 januari 2012 yang lalu sedangkan mahasiswa menyebar video tulen dalam masa setengah jam sahaja tanpa sempat diaudit oleh pelajar MMU atau jurusan IT daripada IPTA lain.
UMNO tak serik dengan kejatuhan Mesir dan bagaimana pemuda mengguling Suharto selepas mahasiswa mulai dikasari dan dilayan seperti binatang.
Usaha Datuk Saifuddin Abdullah(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) untuk membantu mahasiswa mendapat sedikit kelonggaran dalam menyuarakan pandangan dan sebagai komponen aksi yang sihat dalam negara cuba dihalang oleh UMNO sehingga menggasak mahasiswa pro-UMNO mendesak Saifuddin meletak jawatan.
Mahasiswa ASPIRASI (ahli UMNO) adalah kelompok pelajar yang dianggap bakal meneruskan legasi rasuah UMNO kerana mereka tidak pula mendesak menteri rasuah seperti Shahrizat untuk letak jawatan sebaliknya menteri yang tidak rasuah dan intelek seperti Saifuddin pula menjadi sasaran ‘intelektual’ mereka.
Kelompok inilah yang bakal menjadi komoditi alat kapitalis yang hanya bangga digelar ‘modal insan’ (modal manusia) dalam sistem ekonomi tanpa ada sahsiah dan sikap sensitif atas kezaliman dan penyelewengan kerajaan.
Benar kata sesetengah blogger dan pemimpin mahasiswa, mahasiswa dan isu Adam Adli dijadikan 'punching bag' UMNO apabila UMNO terjerat dengan isu salah guna wang Feedlot, isu Khir Toyo yang diketahui keputusanya dalam jangka waktu hampir pilihanraya, terjerat dengan kenyanyukan Mahathir yang menipu rakyat berkenaan siapa yang berhutang dengan Bank Dunia serta UMNO cukup geram apabila isu haji mazhab Najib dijadikan isu para pembangkang untuk mengupas kejahilan Ulama’ UMNO.
Biar apapun yang berlaku, kejadian berdarah ini adalah titik mula kebangkitan mahasiswa seperti era tahun 1970an.
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.
Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.
Jelasnya lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.
"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.
Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.
Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan.
"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.
"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Islam memang dijanjikan akan bangkit semula.
Pada petugas Islam dinasihati jangan ghairah dengan kemenagan sehingga menjadi rongga kecil perencanaan musuh.
Israel pening kepala Ikhwan (Parti Hurriyah wa adalah ) serta parti salafi menang besar Pilihanraya Mesir....pusingan pertama Islam menang...pusingan kedua macam mana?
US dah hantar peninjau dan pelobi untuk desak SPR Mesir buat 'sesuatu'....Parti Hurriyah hanya menang kerana kerjasama erat dengan kaum Kristian dan agama lain...aplikasi tahaluf siasiy yang bijak di Mesir....
"Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.
Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama.
Kemenangan ini juga amat mengejutkan Amerika Syarikat yang terpaksa menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir, yang dianggap sebagai satu usaha negara polis dunia itu untuk campur tangan dalam PRU Mesir.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel.
Dalam ucapannya kepada Knesset (Parlimen Israel) bulan lepas, Netanyahu berkata, "Pada bulan Februari, apabila berjuta rakyat Mesir berdemontrasi di Kaherah, ada kalangan pemimpin Israel yang berkata, kita akan menghadapi era liberalisasi dan progres."
Kebimbangan Netanyahu itu ditegaskannya kerana beliau tahu bahawa kebanyakan rakyat Mesir tidak menerima kewujudan Israel, dengan perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic yang begitu subur di negara Arab itu.
Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas diktator Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat Mesir.
Kebimbangan Israel bukan hanya setakat perkembangan di Mesir sahaja. Mereka terpaksa menganalisis dengan terperinci kebangkitan Islam di Tunisia, Libya dan Maghribi, di mana, satu persata ketua-ketua negara Arab yang lunak dengan mereka tumbang.
Keputusan rasmi PRU peringkat pertama
Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (PJF) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan.
Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas PJF dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan).
PJF akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012.
Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam.
Isu undang-undang Islam, hudud,pelancongan, kebebasan berpakaian, isu kebebasan agama, hubungan luar dan ekonomi cuba diapi-apikan didalam sekmen bincang politik saluran-saluran media. Akan tetapi, semuanya dapat dijelaskan dengan baik oleh wakil-wakil parti seterusnya menyakinkan pengundi untuk terus menyokong mereka membentuk kerajaan.
Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama PJF. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. PJF juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti.
Pecahan 112 kerusi yang dimenangi secara berkumpulan seperti berikut:
- Parti al-Huriyyah wal Adalah, 44 kerusi - Parti an-Nur Assalafi, 27 kerusi - Kerusi berbaki dikongsi oleh 8 parti lain seperti; o Parti Alwafd o Parti Almisriyyin Alahrar o Parti Aladl o Parti Attajammuk o Parti Misr alQaumy o Parti Alhuriyyah o Parti Almuwaten Almisry o Parti Misry Alhurrah
56 kerusi Individu seperti berikut:
- Parti al-Huriyyah wal Adalah 36 kerusi - Parti an-Nur Assalafi 6 kerusi - Parti Alwafd satu kerusi - Parti Almisriyyin Alahrar satu kerusi - Parti Aladl satu kerusi - Parti Attajammuk satu kerusi - Parti Misr alQaumy satu kerusi - Parti Alhuriyyah satu kerusi - Parti Almuwaten Almisry satu kerusi - Calon bebas 5 kerusi - (2 kerusi masih menuggu untuk dipertandingkan semula )
Fakta PRU Mesir peringkat pertama
- Melibatkan 9 buah Negeri dari 27 buah negeri ( Kaherah, Port Said, Dumyat, Bahr Alahmar, Assuit, Kafr Syiekh, Alfoyyoum, Luxor dan Iskandariah ) - Mewakili 13.5 juta pengundi - Mempetaruhkan sebanyak 166 kerusi parlimen ( 2/3 atau 112 kerusi berkumpulan & 1/3 atau 56 kerusi individu ). - 2 kerusi daerah pertama di Kaherah dibatalkan dan akan diadakan pilihan raya semula.
Mesyuarat Agung, Perhimpunan Tahunan sesuatu parti adalah medan untuk memperkukuhkan visi dan matlamat parti, mengukuhkan kefahaman da kesatuan pemikiran ahli serta mewar-warkan gagasan dan polisi terkini parti kepada rakyat.
Namun begitu Perhimpunan Agung UMNO kerap kali disalah gunakan untuk meniup semangat perkauman berapi-api malah menunjuk-nunjuk keberanian hanya di kalangan kaum sendiri.
Lebih malang apabila Ketua Wanita Shahrizat menggunakan medan perhimpunan Agung sebagai medan menjawab tuduhan, mengamuk, maki hamun terhadap parti lain. Perhimp[una Agung bukan tempat menjawab skandal dan tuduhan.
Gunalah media dan mediumWanita UMNO hentikan aksi selinsing lengan kerana UMNO parti yang ingin bela akidah perlu juga jaga syariat iaitu jaga aurat.