Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat
Pihak Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang diketuai oleh YB Dr Lee Boon Chye telah turun padang untuk melihat sendiri masalah pengaliran limpahan air kumbahan di Kampung Changkat Larang. Lawatan ini disertai juga oleh Pusat Khidmat DUN Sg Rapat yang diwakili oleh Mejar (B) Yaakob, Unit Penerangan DUN Sungai Rapat En Muhd Nuruddin Bashah, wakil penduduk Taman Desa Pinji serta wakil rumah-rumah mangsa iaitu En Parvis Bin Isa.
Menurut En Parvis, masalah limpahan air kumbahan ke Kampung Changkat Larang yang berpunca daripada Loji Kumbahan Desa Pinji itu telah sekian lama menyukarkan kehidupan rakyat di kampong berkenaan. Loji yang terletak di Taman Desa Pinji itu terletak bertentangan dengan penduduk kampong. Masalah ini akan semakin serius apabila musim hujan.
Semasa tinjauan dibuat oleh pihak yang terbabit, air kumbahan kelihatan memenuhi jalan raya berhadapan kampong dan taman tersebut. Menurut YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng yang juga seorang Doktor pakar, air kumbahan yang memenuhi halaman rumah dan jalan raa sebegini cukup sesuai untuk pembiakan bacteria sekaligus menjadikan kawasan tersebut tidak selamat.
Menurut Cikgu Shahrin selaku penduduk asal Kampung Changkat Larang, suatu protes rakyat pernah diadakan pada tahun 1985 apabila MBI ingin memulakan projek itu tanpa pelan aliran air longkang atau limpahan air kumbahan yang sesuai. Malah sejak kehilangan motor pam sedutan air di loji berkenaan hilang, masalah limpahan ini semakin tidak terkawal.
Dato’ Hamidah Osman selaku ADUN yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat perlu memainkan perananmendesak pihak kerajaan tempatan mengambil langkah pantas untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini.
Pihak penduduk tempatan bersetuju untuk terus menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan termasuk MBI, JPS dan Indah water Konsortium untuk turun padang menyaksikan sendiri masalah rakyat dan membuat pelan penyelesaian yang sesuai.
Air najis bercampur air longkang melimpahi longkang dan jalan raya serta dipenuhi dengan sampah sarap.
Air najis melimpahi jalan hadapan rumah penduduk kampung dan memenuhi hutan belukar kampung.
En Parvis Isa , Majer (B) Yaakob dan Muhd Nuruddin Bashah
YB Dr Lee sedang berbincang langkah penyelesaian kepada kes kumbahan
Pelbagai Kaum meriahkan Dialog Rakyat di DUN di Sungai Rapat
Dialog Rakyat yang melibatkan 4 orang ahli panel mewakili komponen parti dalam Pakatan Rakyat telah diadakan di UPU Desa Pelancongan pada 12 Februari 2012 baru-baru ini. Menurut Penyelia DUN Sungai rapat (PAS) Ustaz Radzi Zainon, dialog ini antara yang paling berjaya diadakan di kawasan Parlimen Gopeng kerana melibatkan kehadiran pelbagai kaum terutama kaum India.
Ahli-ahli panel yang diundang ialah Ustaz Radhi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Sg Rapat, YB Dr Lee Boon Chye (ahli parlimen Gopeng), YB Sivakumar (ADUN Tronoh) dan YB Thomas Soo (ADUN Ipoh Timur). Dialog Rakyat ini dipengerusikan oleh Muhammad Nuruddin Bashah yang bertindak sebagai moderator.
Majlis ini berjaya menarik pendengar yang bukan sahaja dari kaum Melayu malah kaum India dan Cina turut hadir.
Hujan renyai yang turun di awal majlis tidak menghalang masyarakat di sekitar kawasan Desa Pelancongan hadir dan mendengar penerangan isu rakyat dari ahli-ahli panel yang bersedia turun padang pada bila-bila masa.
Pada pusingan pertama Dialog Rakyat, setiap ahli panel diajukan soalan oleh moderator berkenaan pemberian RM500 kepada rakyat serta permasalahan setinggan yang dihadapi masyarakat setempat. YB Sivakumar pula diminta menjelaskan kepada pendengar yang hadir berkenaan sikap dan ucapan Perdana Menteri yang seperti cuba ‘mengugut’ dan ‘merasuah’ masyarakat India ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves berlangsung baru-baru ini.
Pusingan kedua dialog bertambah hangat apabila pendengar dari kalangan kaum India bangun bertanyakan soalan kepada ahli panel dan mmberi pandangan mereka tentang hak mereka terhadap wang RM 500 berkenaan.
Dialog ini lebih berkesan apabila Moderator dan peganjur membenarkan hadirin dan para panel berucap dalam bahasa ibunda untuk menjadikan komunikasi dan mesej disampai secara berkesan. Hal ini diambil pelung oleh YB Sivakumar untuk bercakap dalam bahasa tamil hamper 20 minit semasa penggulungan akhir hujah beliau.
Kehadiran ahli panel yang berbilang kaum benar-benar membuat masyarakat yang hadir teruja untuk bertanya soalan berkenaan situasi yang berlegar di sekeliling mereka. Ahli panel turut menjawab soalan dalam bahasa ibunda masing-masing bagi memudahkan pemahaman masyarakat. Antara topic yang sepakat ditolak oleh para panel da hadirin ialah DAP tidak pernah menunggang PAS dan PAS tidak pernah terdetik untuk mempergunakan DAP. Malah dari aspek komposisi kaum dan jumlah kerusi ternyata propaganda DAP ingin menubuh kerajaan dan merebut jawata terteinggi adalah pembohongan UMNO dan BN yang paranoid dengan kemesraan politik DAP-PAS.
Sebelum sesi penggulungan dialog, Cikgu Khairuddin, aktivis masyarakat yang banyak berjuang untuk kepentingan peniaga di TEMAN diberi penghormatan untuk menceritakan kronologi permasalahan di TEMAN yang kini dilihat sebagai projek ‘gajah putih’ kerajaan BN. Sehingga kini, TEMAN telah bertukar nama sebanyak tiga kali sedangkan permasalahan dalaman peniaga dilihat tetap tidak selesai walaupun beberapa majlis besar yang dihadiri Menteri telah diadakan beberapa kali di tempat tersebut. Terbaru, PM akan hadir pada 14 Februari ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) iaitu nama terbaru yang diberikan kepada TEMAN.
Di akhir majlis, sesi cabutan bertuah diadakan. Semua ahli panel turut menyumbang cenderahati buah-buahan yang sepatutnya diterima mereka untuk dijadikan hadiah tambahan cabutan bertuah.
Selain ceramah perdana dan ziarah rakyat, Dialog rakyat adalah suatu produk Lajnah Penerangan yang paling laris di DUN Sungai Rapat sejak ia diperkenalkan pada bulan Februari 2011 tahun lalu.
Sikap kebudak-budakan jentera UMNO Gopeng kembali terserlah di mata rakyat apabila sekali lagi UMNO Gopeng di bawah arahan YB Dato’ Hamidah Osman mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini, 1 Februari 2012.
Sehingga kini, hanya UMNO Perak dan Melaka sahaja yang melaksanakan dasar pembutaan maklumat kepada rakyat melalui usaha menutup kehadiran rakyat ke majlis ceramah Pakatan Rakyat dengan mengadakan program ceramah serentak atau boleh dikatakan sebagai ceramah berkembar.
Jika di Barat, kita melihat demokrasi matang mereka mengakibatkan pembangkang bebas berceramah dan berpidato di merata tempat. Pihak parti lain pula akan menghormati pihak yang sedang berceramah dengan tidak menimbulkan gangguan seperti apa yang UMNO ajar kepada anak muda di Perak.
Rakyat Batu Gajah dan Gopeng dapat menilai insiden malam ini yang dimeriahkan dengan ceramah oleh Bob Lokman dan YAB Dato’ Seri Ir Nizar sebagai simbol paranoid ADUN Sg Rapat (YB Dato’ Hamidah Osman) terhadap kebangkitan rakyat Gopeng dan Batu Gajah yang bakal menolak beliau dalam PRU-13 nanti.
UMNO mengekalkan prestasi sebagai parti yang tidak membangunkan generasi berakhlak apabila sanggup mengupah remaja bermotor untuk membuat bising sambil memegang bendera BN di kawasan ceramah Pakatan Rakyat. Lebih lucu, beberapa remaja telah ditahan oleh polis yang berkawal di tapak ceramah kerana menunggang sambil memegang bendera.
Sekitar 300 orang yang menghadiri ceramah UMNO tanpa permit ini kelihatannya lebih tertarik dengan jamuan makan percuma, wang kopi dan duit minyak bagi remaja motosikal yang ditaja oleh UMNO. Malah ada yang sanggup menunggu hingga 11.30 malam semata-mata untuk pengumuman keputusan cabutan bertuah!
Adakah UMNO menilai majlis malam ini di Kampung Pisang sebagai majlis penerangan jika kehadiran di khemah-khemah UMNO hanya disertai oleh wanita-wanita Melayu, kanak-kanak, pelajar sekolah dan para penunggang motosikal remaja bawah umur? Adakah strategi UMNO memberi penerangan dengan diupah dengan cabutan bertuah?
Rata-rata rakyat menyatakan negeri Perak boleh bangkrap kerana penerangan UMNO sebegini terpaksa menelan wang belanja sebanyak RM 60 000 hanya dalam tempoh semalam! Sedangkan ceramah Pakatan Rakyat bersebelahan hanya menggunakan modal RM 1000 sahaja!
Dari jeritan dan laungan serak suara ADUN Sg Rapat melaungkan ‘Hidup UMNO’ pada jam 11.45 malam melambangkan kehampaan beliau kerana majlis penerangan UMNO itu hanya dipenuhi dengan penceramah (termasuk ADUN) yang bukan berceramah sebaliknya menjerit dan menempik sehingga beberapa remaja menutup telinga di belakang khemah.
Disebabkan mereka menjerit dan melalak dengan dahsyat dengan harapan menutup pembesar suara Pakatan Rakyat, mereka hanya mampu berceramah sehingga jam 11.30 malam sahaja, manakala Pakatan Rakyat yang berceramah tenang mampu bertahan sehingga 12.20 malam. Malah 20 minit tambahan selepas jam 12 tengah malam diberi atas kebenaran OCPD Balai Polis Batu Gajah kerana awal ceramah terganggu akibat hujan.
OCPD yang bersimpati dengan penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berhujan semata-mata mempertahankan majlis yang sah mendapat permit polis telah dipuji sendiri oleh YAB Dato’ Seri pada muqaddimah ceramahnya.
Ternyata paranoid UMNO Gopeng akan terus mencengkam kerana ternyata sasaran mereka untuk mengatasi majlis Pakatan Rakyat memberi maklumat dan memahamkan rakyat tidak berjaya.
Jika dibincang dari aspek majmuk kaum, ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan status sebagai majlis ceramah multi-kaum yang berkesan. Sebaliknya cukup memalukan apabila ADUN Sg Rapat mengarahkan pihak urusetia majlis UMNO memasang lagu 1 Malaysia dengan kuat sedangkan majlis mereka hanya dipenuhi dengan kaum Melayu serta ceramah yang sarat dengan perkauman dan sorakan Hidup Melayu.
Kecerdikan rakyat Gopeng dan Batu Gajah kian nampak melalui kehadiran pendengar yang semakin ramai serta konsisten sehingga tamat majlis.
PANAS! Hamidah Macam Budak2!! - Buat Ceramah dekat dengan Ceramah PAS esok!
Aku mendapat berita YB Hamidah Osman akan buat ceramah berdekatan Program Ceramah PAS (banner diatas) jaraknya kurang daripada 100 meter. Tetamu undangannya ialah 2 Adun Si katak Lompat Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi..
Semalam pihak PAS call pihak polis dan mengatakan Pihak Umno tidak membuat permohonan permit. Pihak PAS sudah memohon lebih seminggu lepas..
Hamidah buat perangai budak2.. sebijik macam kanak-kanak riang..
khabarnya lebih 60 ribu digunakan utk program ini dan semua kawasan diseluruh negeri Perak wajib menghantar 50 orang bermotor...
Beberapa bulan dahulu hamidah pernah buat perangai bodoh macam ni. lihat gambar diatas...
Jom ramai-ramai.. kita turun dan lihat apa yang berlaku!
UMNO terdesak lagi.....seks adalah darah daging UMNO
Video seks 2.0: Satu lagi percubaan cemarkan Anwar'
11:42AM Jan 28, 2012
Laporan muka depan di akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam yang memetik salah seorang anggota Trio 'Datuk T' mengenai video seks baru yang didakwanya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi percubaan untuk mencemarkan reputasi ketua pembangkang itu, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.
Katanya, kenyataan Datuk Shuib Lazim yang juga bekas bendahari PERKASA, dalam Utusan Malaysia adalah satu percubaan yang jelas untuk meletakkan asas bagi video seks baru yang direka bertujuan untuk mencemarkan reputasi Anwar.
"Kami menjangkakan lebih banyak pita lucah seumpama itu akan direka dan diedarkan memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir," kata Surendran berkata dalam satu kenyataan lewat semalam, sambil mendakwa ia adalah taktik "kotor dan tidak bertamadun" Umno dan BN.
Mac tahun lalu, Trio 'Datuk T' - Shuib, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik - telah menayangkan kepada wartawan di Kuala Lumpur sebuah video aksi seks seorang lelaki yang mirip Anwar dengan seorang wanita.
Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video tersebut, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.
Mengenai cabaran Shuib supaya Anwar membuktikan yang mereka salah melalui ujian forensik atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat", Surendran menyifatkannya sebagai satu taktik "yang memalukan dan terdesak" Umno.
Semalam, 'Trio Datuk T' mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".
Dalam laporan muka Utusan Malaysia itu, Shuib dilaporkan berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay.
Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac tahun lalu, adalah bukan Anwar.
Selepas siri penerangandan pendedahan berkenaan isu setinggan yang belum selesai di bebrapa kampung di DUN Sungai Rapat di buat oleh Pihak Khidmat Masyarakat DUN Sg rapat (PAS) , pihak YB Dato’ Hamidah kelihatan telah turun padang untuk menjengah sendiri penduduk kampung berkenaan.
Terdahulu pihak kami telah menyantuni rakyat yang masih berada di status setinggan dan mengeluarkan kenyataan media berkenaan pada 8 januari 2012 yang bertajuk Isu Setinggan yang berlarutan di DUN Sungai Rapat.
Apa yang amat dikesalkan oleh pihak kami adalah kenyataan ‘penghasut rakyat’ yang telah dilabelkan kepada pihak kami sepanjang pendedahan masalah rakyat dilakukan. Pihak YB hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebutdalam lamanpengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk Radhi Zainon Penghasut Rakyat serta keenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012 bertajuk Selesai dalam Tempoh terdekat (halaman 17).
Perlu diperjelaskan pihak Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat bukan mempertikai usaha dan penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak YB sebaliknya cuba mempamerkan kekesalan rakyat bawahan berkenaan retorik ‘setinggan sifar di Sungai Rapat’yang pernah diwar-warkan oleh pihak YB ADUN Sg rapat tersebut.
Bagi rakyat setinggan sifar bermaksud semua penduduk telah mendapat geran tanah dan bukan sekadar borang 5A dan pelbagai surat yang diberi. Malah pihak YB hanya turun padang secara responsif apabila pihak lain cuba membantu rakyat bersuara isu keperluan asasi rakyat iaitu tanah dan rumah.
Adakah cukup sekadar respon kepada kerja buat pembangkang sedangkan tugas tetap pihak ADUN adalah turun meneliti setiap masalah secara kerap dan menyelesaikannya bukan hanya pada setiap menjelangnya pilihanraya.
Pihak kami juga ingin mengucapkan tahniah atas keperihatinan pihak YB ADUN Sg rapat yang cukup cakna dengan setiap isu yang kami perjuangkan dan sebagai pulangannya, proses penerimaan geran terhadap rakyat akan dipercepatkan. Perkara yang penting bagi kami adalah kebajikan rakyat dan jika setiap siri pendedahan kami mendapat tindakan posistif sebegini ia membuahkan hubungan antara pihak kerajaan dengan pembangkang yang baik.
Beliau ini ghairah benar nak cari siapa pasang bom semasa 901.
Apa rahsia dan pemasangan bom itu di sebalik keghairahan beliau? b
Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 9 Jan
8:07PM Jan 13, 2012
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaunnya sebagai ahli parlimen untuk membantu mengesan dalang letupan bom ketika perhimpunan di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari lalu.
Dalam SMSnya kepada akhbar Sinar Harian hari ini, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas dari Pasir Mas, mengalu-alukan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.
"Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok ahli parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000.
"Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana-mana individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat," katanya dalam SMS tersebut.
Menurut Sinar Harian, buat masa sekarang, anggota Dewan Rakyat menerima elaun bulanan asas sekitar RM6,500. Selain itu, mereka juga layak menerima elaun lain seperti hiburan, pengangkutan dan telefon.
Secara total mereka akan menerima dalam lingkungan RM13,000.
Sementara itu, Bernama melaporkan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tiga letupan tersebit supaya menyalurkannya kepada polis untuk membantu siasatan.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai oleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-470 8946, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di talian 03-2146 0584/0585, dan Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 dan 03-2266 3444.
Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku di perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.
Dalam suasana hampir dengan pilihanraya, pelbagai isu luaran dan dalaman yang akan timbul untuk mengganggu kelancaran gerak-kerja parti.
Gangguan ini melibatkan berita bohong/fitnah/mengelirukan/niat jahat/provokasi yang dihebah oleh media perdana dengan agenda untuk mengelirukan ahli-ahli PAS di samping melaga-lagakan antara pimpinan parti.
Terbaru media perdana dilaporkan sebagai membayangkan Dato Dr Harun Din, YB Ustaz Taib Azamuddin, Ustaz Dato' Ismail Kamus antara yang hadir dalam penjelasan di rumah Dato Dr Hasan Ali malam Ahad yang lalu.
Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.
Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Dato Dr Harun Din sedang bermesyuarat di Majlis Syura Ulama'
'
'di pejabat agong PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan.
Manakala bagi Ustaz Nasharudin Mat Isa, beliau yang baru kembali dari luar negara ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya ke rumah Dato Dr Hasan Ali.
Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.
Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti. Semua ahli dan pimpinan parti juga diseru menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.
Dalam suasana mencabar ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir.