Sunday, August 24, 2014

MAS dan Syariah adakah tiada keserasian?

MAS dan Syariah adakah tiada keserasian?
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)

Mengulas isu syariah dalam MAS seolah mencurah air ke daun keladi. Juga umpama tiada kaitan langsung sebuah syarikat penerbangan terkemuka dengan perkara yang kita namakan sebagai syariah Islam.

Menyediakan kemudahan berasas Islam bukan sekadar kemudahan surau, penyediaan tempat berwuduk, menyediakan maklumat waktu solat dan arah kiblat, ia besar daripada itu. Hal -hal seperti kibat dan surau jika itu dianggap telah melaksanakan syariah terserlahlah bahawa agama rasmi persekutuan ini hanya sekadar aama ritual semata-mata.

Sedangkan kemungkaran dan ketidakselarian perlaksanaan kerja dengan SOP syariah masih berlaku. Hal inilah yang masih diwacanakan baik secara ilmiah mahpun emosi di kalangan rakyat Malaysia.

Penulis suka untuk memetik tulisan Haji Subky Latif bertajuk Tragedi MH 17: Pesawat Guna Laluan Biasa dalam kolum beliau dalam Harakah baru-baru ini. Kata beliau apabila mengulas beberapa aspek berkenaan tragedi ini ialah ,

Setiap yang Islam itu hidup mesti diiringi oleh unsur dakwah. Orang yang menggunakan MAS patut terasa ada keselesaan yang disebabkan oleh Islam. Tetapi MAS tidak pernah membawa lambang Islam itu selain daripada menunjukkan arah Mekah di mana sahaja ia terbang. .... Saya pernah menimbulkan pengedaran arak dalam MAS di masa masa lalu. Ketika MH 370 hilang empat bulan lalu saya ada sebutkan kecelakaan itu juga antara gara-gara menghidangkan arak....Reaksi saya ialah MAS tidak belajar daripada laknat yang menimpanya bulan lalu.Arak itu bukan laknat kepada kaki botol itu sahaja, ia laknat bagi penanam anggur untuk buat arak, pengilang, pengedar, pelayan termasuk syarikat penerbangan yang menghidangkannya secara percuma atau berbayar...”

Itulah kata-kata keras muktamad daripada Haji Subky yang kiranya boleh penulis anggap mentor penulisan pojok yang penulis kagumi. Mungkin beliau hanya menulis pojok bukannya kenyataan media yang rasmi bagi pihak Parti PAS atau NGO. Tulisan beliau tidak dikritik dan susuk beliau tidak dicerca oleh masyarakat sekular yang ‘berbulu’ apabila arak dan aurat serta mana-mana aspek syariah dikaitkan dengan MAS suatu badan korporat yang bukan bersifat keagamaan pada mereka.

Namun berbeza apabila Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah mengulas tragedi ini dengan kemurkaan Allah akibat nasihat arak dan aurat yang tidak diambil endah oleh kerajaan serta pihak pengurusan MAS. Beliau bernama Tarmizi Sulaiman dihentam keras oleh ramai pihak.

Antara intipati tulisan beliau adalah ;

  • Apabila pada bulan Mac kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang lesap begitu sahaja, kini pesawat MH17 pula yang dilaporkan terkena tembakan ‘syubhah’ sama ada pihak Rusia mahupun Ukraine yang tidak mengakui kesilapan menembak pesawat yang memuatkan lebih 200 penumpang awam.Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbangan sebuah negara umat Islam.
  • Dengan hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan, malah aspek aurat serta pakaian yang terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.Menaiki pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini dikendalikan oleh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum Al Quran.
  • Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah.Firman Allah:"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah 208). Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab al-Quran, firman Allah:"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Alkitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan ​​dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan.” (Al-Baqarah 85)
  • Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong teguh kenyataan teguran Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin1 berkenaan jualan arak dalam pesawat MAS.Pada Mac tahun ini juga beliau pernah menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH370. Malah teguran itu adalah suara rakyat yang cintakan Islam.
  • Kerajaan juga perlu rasa malu dengan kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF),2 Alfred Tais bahawa ajaran Kristian sendiri tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekali gus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS walaupun beliau mengakui masalah untuk pelaksanaan pemansuhan tersebut ialah kerana pesawat MAS tidak hanya dinaiki oleh penumpang dari Malaysia.
  • Jika benar kerajaan berhasrat bermuhasabah dan ingin meraih reda Allah semula, apa salahnya jika diadakan soal selidik dan kajian peratusan penumpang yang enggan menaiki pesawat MAS hanya kerana tiada jualan arak dan kerana pramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat lagi.

Mengapa beliau dihentam sejurus kenyataan beliau disiar oleh Malaysiakini, Malaysia Insider dan Sinar Harian? Jawapannya kerana alasan;
  1. Tidak kena dengan tempat dan masa. Hal ini ditegaskan oleh ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Ahmad dalam kenyataan medianya pada 22 Julai 2014 sehari selepas kenyataan Tarmizi disiarkan3. Kata beliau: "Tanpa mempertikaikan prinsip yang beliau utarakan, agama kita sentiasa menekankan bahawa Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita diajar untuk redha menerima takdir termasuk musibah."Di dalam menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan – amar ma’aruf nahi munkar – sekalipun, kita patut melakukannya dengan hormat dan tertib apatah lagi pada saat satu tragedi besar dan mengejutkan."Ada masa dan tempat yang sesuai untuk semua perkara,".
  2. Cuba membawa agenda hudud, inginkan publisiti murahan. Kata Pemuda MCA Timbalan Setiausaha Agung Tee Hooi Ling4 : “ komen oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Ahmad Tarmizi Sulaiman adalah satu usaha Pemuda PAS untuk mendapatkan publisiti murah dan menggerakkan agenda hudud itu. "Ia adalah memalukan bahawa ada pihak tidak sensitif yang berada di luar untuk mendapatkan publisiti murah dari kematian 298 orang di atas kapal MAS MH17 Penerbangan. "Oleh itu, Jangan selalu menuduh MCA menghina Islam, ia adalah jelas bahawa PAS sendiri yang menghina Islam dengan memburukkan imej wanita dan menggunakan tragedi untuk mewajarkan pelaksanaannya undang-undang hudud."
  3. Mengatakan beliau mengkambing hitamkan pakaian pramugari, menghina wanita dan Islam. Kata Tee Hooi Ling 5"Dari semasa ke semasa PAS sentiasa dilihat wanita sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan bagi banyak jenayah. Dia tidak menghormati kaum wanita dan mewujudkan sekatan terhadap hak-hak wanita. "Bagaimana, untuk menyalahkan seragam wanita untuk apa yang berlaku kepada Penerbangan MH17 ?.
  4. Ingin Islamkan MAS : rujuk komen-komen pembaca Malaysiakini, Malaysia Insider, Harakahdaily dlll portal berita semasa.

Penulis akan cuba menjawab persoalan ini secara terbatas dengan pengetahuan dan ilmu yang penulis miliki.

  1. Tidak kena dengan tempat dan masa

Di saat kenyataan beliau disiarkan, suasana luar negara dan dalam negara sibuk membincangkan hal teknikal, isu-isu diplomasi, pertikaian penyelerasan penggunaan ruang udara, isu melibatkan keselamatan bukti utama isitu mayat dan kotak hitam serta menyaksikan tangisan para keluarga mangsa MH 17.

Jika dibaca sepintas lalu, maka ramai pihak pasti tersentap kerana seolah-olah dengan mudahnya pihak beliau menghumban sebab musabab tragedi ini kepada isu taqdir, isu ketentuan Allah atau suratanNya yang menyebabkan pihak yang mungkin kurang ‘beragama’, kurang menghayati hidup beragama serta pihak bukan Islam melatah dan marah dengan kenyataan beliau.

Namun begitu perlu diingatkan, mengaitkan tragedi musibah besar ini dengan kemurkaan dan kemarahan Allah bukan isu baharu malah ia kerap kali dikumandangkan sejak isu MH 370 lagi berlarutan sehingga beberapa hari sebelum tragedi. Bermakna isu ini dibahaskan dalam persepstif agama dengan meriahnya terutama dalam media sosial dan maya. Cuma, adakah kerana beliau PAS atau ‘Ustaz biasa’ maka hal ini menampakkan kegopohan beliau, seolah-olah kenyataannya ‘garib’ pelik dan tidak masuk akal?

Lihat bukti-bukti isu ini dibahas kencang sebelum tragedi berlaku dan perhatikan klausa, istilah yang mereka gunakan;

1.1 Kenyataan Dr Ridhuan Tee 17 hari selepas kehilangan MH 370 (isu masih panas)6 :
  • Menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
  • Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya,”.
  • Mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.
  • Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara,”.
  • tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan dengan jiwa kerohanian Islam.
  • Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.
1.2 Kenyataan Dr Asri Zainal Abidin beberapa hari selepas tragedi MH 177

  • membangkitkan persoalan-persoalan tentang cadangan memberhentikan penjualan arak dalam pesawat yang sudah lama dibangkitkan.
  • Banyak keputusan yang kerajaan kita buat yang kadang-kala merugikan negara berpuluh dan beratus juta (ringgit).
  • Walaupun keputusan sebegitu dibuat atas alasan tertentu. Tidak bolehkah, sejak sekian lama rungutan dan cadangan agar kerajaan menamatkan perkhidmatan arak dalam MAS dilaksanakan?,”
  • Berapa kerat manusia yang tidak mahu naik kapal terbang kerana tiada arak? Berapa kerat manusia yang tidak boleh ‘travel’ jika tidak dalam keadaan 'tipsy'?“Masa MH370 saya telah cadangkan hal ini. Ini MH17, saya mohon cadangkan kepada kerajaan sekali lagi. Hentikan arak dalam MAS moga kita dirahmati ALLAH

1.3 Kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais 8
  • Ajaran Kristian tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekaligus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS.
  • .“Pesawat MAS dinaiki oleh penumpang dari pelbagai negara dan budaya. Terdapat sesetengah penumpang sudah terbiasa dengan minuman itu. Justeru tidak adil untuk menghalang mereka minum arak.“Jadi amat sukar untuk henti MAS hidang arak.
  • Langkah terbaik ialah pramugari yang berada dalam pesawat tersebut perlu sensitif dan hanya menghidangkan minuman tersebut kepada penumpang yang tiada larangan untuk meminumnya,".
  • Hidangan arak juga merupakan tindakan tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam pesawat.“Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang agak lama, apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.
  • Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," .

1.4 Kenyataan YB Zailah dalam Parlimen di saat YB lain membincang pampasan dan gantirugi MH 17.9
  • MP Rantau Panjang Siti Zailah Yusof meminta kerajaan supaya mengambil perhatian berhubung persoalan hidangan arak dan pramugari yang tidak menutup aurat dalam pesawat MAS.
  • Kita tidak mahu mati dalam keadaan maksiat. (Kerajaan perlu) ambil berat perkara yang menjadi asas syariat (Islam).
  • Harap ia diberi perhatian oleh kerajaan. Jangan pandang kecil walaupun dengan kecanggihan teknologi, ia tidak dapat halang kuasa Allah

1.5 Sikap Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar menentang arak dalam MAS yang diceritakan oleh rakan-rakannya10.
  • Seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.
  • "Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.
  • Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
  • Pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

Dari kenyataan-kenyataan di atas jelas bahawa ramai pihak mengaitkan tragedi besar ini dengan syariat Allah yang tidak tertunai dalam MAS. Ianya tidak diendahkan malah dicari pula seorang individu dijadikan ‘punching bag’ melepaskan kemarahan terhadap syariah Islam.

  1. Cuba membawa agenda hudud, inginkan publisiti murahan.

MCA yang cuba meraih publisiti murahan apabila menyelar teruk nasihat Tarmizi Sulaiman berkenaan isu arak dan aurat. Kejahilan mereka yang paranoid dengan hukum Hudud sehinggakan mereka menganggap menggesa menutup aurat dan menghalang penjualan arak sebagai suatu perleksanaan hudud. MCA yang sekian lama berada dalam BN tidak mampu didakwah dan diberi kefahaman oleh rakan politik Islamnya menyebabkan sikap anti Islam mereka bertambah-tambah.

  1. Mengatakan beliau mengkambing hitamkan pakaian pramugari, menghina wanita dan Islam.

Persepsi Liberalisme terhadap aurat sememamgnya menganggap perlaksanaan kod berpakaian menutup aurat sebagai suatu ancaman kepada hak asasi wanita. Bagaimana dengan hak asasi pekerja untuk menutup aurat? Bagaimana dengan hak asasi pekerja yang tidak mahu arak? Yang terjadi kini para pekerja tiada pilihan melainkan terpaksa meliatkan diri dengan arak dan membuka aurat sekaligus melanggar syariah. Kehadiran syariah Islam adalah untuk menjaga maruah wanita Islam. Jika benar anda MCA membela maruah wanita, mengapa tidak dibantah wanita dijadikan objek iklan di papantanda? Menjadi pengapit dalam Formula One, apa peranan wanita dalam melariskan produk melainkan hanya eksploitasi tubuh wanita untuk pelanggan bernama lelaki. Itu isu nya.

  1. Ingin Islamkan MAS
Ada komentar yang menyelar agenda mengaitkan syariat dengan tragedi MH 17 sehingga berkata kalau inginkan Islam sangat adakan azan dalam kapal terbang.
Perhatikan komentar-komentar di bawah:
David David · Jaga PAS dulu adakah semua betul dalam islam adalah salah kutup atau hina orang lain .kalau kamu tak naik kapal terbang MAS tak rugi pun MAS. July 24 at 4:16pm

Yong Chun Wah · mas patut adakan 2 jenis perjalanan, islam dan bukan islam... Haha July 23 at 5:17pm

Yong Chun Wah · korang jika tak tahan nafsu (akibat dedah aurat) , tolong masuk ke hutan semula :) July 23 at 5:13pm

Hasruldusun Alqoni Assabaniyyah · betul juga sebab AIR ASIA yang pramugarinya berpakaian seperti itu pun tidak juga Allah timpakan kemurkaanNya? Jadi mesti ada sebab lain MENGAPA hanya MAS yang diuji berulang dalam tempoh yang dekat. Tidak mungkin Allah tidak murka kepada Air Asia? Tetapi bukankah kita percaya apa sahaja yang berlaku di dunia ini semuanya dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah SWT? Lambat atau cepat sesuatu itu berlaku sama ada kebaikan atau keburukan telah ditentukan dalam Qada dan Qadar Allah SWT. Manusia telah diberikan akal untuk menganalisanya. Itulah kelebihan manusia daripada makhluk yang lain. Wallahu alam. July 22 at 12:23pm

Alwee Yusoff · ·( Universiti Kebangsaan Malaysia )Mungkin kena wat mcm ni ler baru buat penerbangan 100% halal baru terjamin perjalanan ..
livery mas kena ada cop halal jakim bebesar ...dan pilot orang isele je bleh bawak serta cabin crew 100% ...cover aurah..kalo boleh lagi penumpang kena islam aje ....baru
penerbangan syariah compliance , movie movie hollywood tak bleh tayang, harommm...channel radio ditukar kepada channel bacaan quran quran dan yassin..movie pula berunsurkan keagamaan seperti tanah kubur, kifarah, etc lagi adakan bacaan doa dibaca, masa bagi makan, ada doa makan, semua, makanan 100% halal...ada azan, selawat, pendek kata 100% shariah compliance... Only islam ...can fly ...takbir
July 22 at 1:58pm

Menggesa agar dilaksanakan larangan jualan arak dan menggesa agar membenar pekerja menutup aurat bukan bermakna menjadikan pesawat sebuah masjid seperti yang digambarkan oleh segelintir pihak termasuk yang beragama Islam.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah meletakkan perlaksanaan undang-undang ini adalah absah dan rralistik dalam rangka perlembagaan negara. Adapun pihak yang ghairah menggunakan hujah bahawa agama rasmi bermakna agama ritual semata-mata dan menggunakan tafsiran pada tahun 1988 sebenarnya boleh dianggap gagal kerana ia tidak perlu dijadi rujukan mahkamah hari ini dalam menafsir Perkara 3 (Islam agama Persekutuan). Hal ini kerana Perlembagaan adalah ‘sui juris’ iaitu undang-undang yang berdiri sendiri dan ‘Stare Decisis’11 (keputusan mahkamah mengikat) tidak terpakai dalam penafsiran Perlembagaan Persekutuan. Jadi ia tidak membelenggu mahkamah lain untuk menafsir semula Perkara 3. Jika mahkamah pun tidak terikat menafsirkan erti agama rasmi persekutuan, inikan pula rakyat biasa, pengurusan MAS, eksekutif mahupun ahli akademik. Perlembagaan meletak perbahasan maksud Islam yang luas bagi agama rasmi ermasuk melaksanakan syariat paling asas dalam kapal terbang iaitu menghentikan jualan arak dan membenarkan pekerja Islam menutup aurat.

Ramai rakyat Malaysia menghargai tindakan drastik kerajaan dan MAS yang mebuat respon berunsur keagamaan selepas insiden MH 17 ini antaranya;

  • Perdana Menteri menggesa rakyat mengambil iktibar 12.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada beberapa tragedi yang melanda Malaysia. Najib berkata semua ujian dan rintangan yang kebetulan berlaku dalam bulan Ramadan itu memberi pengajaran berguna tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam negara ini dalam menempuh pelbagai cabaran.

  • Batal rumah terbuka13

Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri sempena Aidilfitri 2014 dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17. Majlis itu pada asalnya dijadual berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

  • MAS telah anjurkan majlis bacaan doa untuk mangsa MH1714

Di Masjid Petra, Kelana Jaya pada 6.30 petang ini, manakala satu majlis khas bacaan doa antara agama akan diadakan di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya dan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Cumanya majlis-majlis dan bentuk keagamaan yang dilaksanakan hanya bersifat sementara dan sekadar bertafakur, mengenang nasib yang menimpa. Menangani isu ini dalam konsep Islam selain insaf, menenangkan keluarga mangsa, menghulur bantuan dan mengucap takziah juga adalah dengan menerapkan syariat serta menghapuskan kemungkaran dalam syarikat MAS. Hal ini bukan sekadar untuk MAS, malah mana-mana agensi penerbangan seperti Air Asia, Fire Fly, perkapalan, feri, kenderaan awam lain umpama KTM, Monorel dan sebagainya juga perlu menjadikan syariah sebagai agenda besar mereka.

Jitra
3 Ogos 2014




11 ‘Doktrin Duluan Mengikat’ atau ‘stare decisis’ adalah suatu kaedah di mana prinsip keputusan sesebuah mahkamah yang lebih tinggi terpaksa diikut oleh mahkamah bawahan tanpa mengambil kira sama ada keputusan terdahulu itu betul atau sebaliknya. Doktrin itu bertujuan memastikan keseragaman keputusan mahkamah. Ia juga bagi menjamin mahkamah bawahan mengikuti keputusan mahkamah atasan. Prinsip ‘stare decisis’ ini tidak terpakai di Mahkamah Syariah. Namun dalam membuat sebarang keputusan di Mahkamah Syariah, hakim mahkamah bawahan perlu menghormati prinsip kes yang diputuskan mahkamah lebih tinggi. Tahap penghormatan itu pula tidak sampai mengikat mereka membuat keputusan tetapi mempunyai nilai mempengaruhi keputusan mahkamah bawahan saja.

PEMUDA PAS KEDAH SERU AHLI AKUR DAN TAAT DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT



KENYATAAN MEDIA 19 OGOS 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

PEMUDA PAS KEDAH SERU AHLI AKUR DAN TAAT DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT

Dewan Pemuda PAS Kedah senada dengan sikap dan pendirian Pemuda Pusat untuk menyeru para ahli dan penyokong PAS agar akur dan menerima keputusan Mesyuarat khas PAS Pusat pada 17 Ogos yang lalu.

Detik lebih seminggu yang ditunggu bukan sahaja oleh ahli PAS dan penyokong malah pihak lawan politik juga menanti-nantikan keputusan PAS berkenaan isu Menteri Besar Selangor. Hal ini membuktikan kedudukan PAS yang merupakan salah satu suara besar dalam landskap politik tanahair.



Kami menganggap keputusan Presiden dalam mesyuarat berkenaan sebagai keputusan yang amat berhemah, bijak serta membawa kebaikan bukan sahaja kepada parti malah kepada Pakatan Rakyat yang didokongi bersama.

Keputusan ini juga boleh dianggap ‘knock out’ kepada pihak atau penyokong yang mungkin ragu-ragu dengan komitmen PAS dalam bertahaluf siasay bersama Pakatan Rakyat. Ini jelas bahawa PAS memegang janji dan bertekad untuk berpolitik atas pentas kebenaran, istiqamah, adil dan ihsan kepada rakyat.

Isu ‘U-Turn’ juga tidak wajar dibangkitkan memandangkan pihak Presiden dan Mursyidul Am teah menjelaskan sebab musabab keputusan itu dibuat dalam mengambil kira faktor semasa yang berlaku rancak sebelum keputusan 17 Ogos mampu dilakukan.

Pemuda PAS menyeru para ahli dan pendokong agar membawa keputusan besar ini ke akar ubi dan diwacanakan secara adil dan sahih. Jangan sesekali maklumat media sosial yang diperpanjangkan kerana penulisan media sosial tidak terikat dengan etika jurnalisme atau kewartawanan. Ambillah maklumat daripada sumber parti yang sah.

Semoga keputusan ini akan mengembalikan semarak semangat para petugas PAS untuk menjayakan agenda kebajikan kepada rakyat.

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPNK


Wednesday, July 23, 2014

UMAT ISLAM PERLU POSITIF DENGAN TEGURAN MUHASABAH

UMAT ISLAM PERLU POSITIF DENGAN TEGURAN MUHASABAH
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)

Penulis mengikuti isu teguran sajian arak dan isu aurat bukan bermula hari ini malah sejak tahun 1990an lagi apabila teguran demi teguran isu arak dalam pesawat MAS diabaikan dengan alasan komersial. Isu ini bukan sahaja ditegur oleh Dr Asri, malah Dr Ridwan Tee, NGO-NGO Islam serta para ulama' berdekad lamanya.

Malah penulis cukup berbangga dengan kewujudan susuk hebat seperti Allayarham Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar yang telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengislamisasikan suasana kerja dan perniagaan dalam MAS.

Antara usaha murni beliau adalah:
  1. Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
  2. pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.


Saya agak terkejut dengan reaksi ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Ahmad yang menyatakan rasa kesal beliau dengan kenyataan Pemuda PAS Kedah baru baru ini yang cuba membawa isu muhasabah ke arah bersyariat dalam MAS sejurus selepas nahas MH 17.

Malah usaha pemuda PAS mengajak pihak kerajaan Malaysia dan pihak MAS menilai semula teguran ramai pihak berkenaan penyediaan arak dalam pesawat serta isu aurat pramugarinya dianggap seperti bercakap di masa yang salah serta di tempat yang salah sedangkan rakyat kita yang bermain dengan media sosial tidak seterkilan beliau kerana isu ini juga dibahas meriah di dalam media sosial.

Ia bukan suatu kenyataan bernilai pukulan yang meresahkan keluarga mangsa kerana tiada unsur penghinaan atau isu mengabaikan perasaan keluarga mangsa dalam kenyataan Pemuda PAS Kedah yang disiar penuh dalam Malaysiakini dan Malaysia Insider. Kenyataan itu dimulakan dengan simpati terhadap keluarga mangsa dan haraapan agar usaha menyelamat berjalan dengan lancar. Cumanya diselitkan muhasabah kepada pihak MAS dan kerajaan agar melihat aspek agama dalam perlaksanaan industri berkenaan memandangkan MAS berada di dalam sebuah negara beragama rasmi Islam berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan muhasabah sebegitu sama sahaja dengan amalan umat Islam berkata , ‘bersabarlah dan takziah, ia adalah ujian atau kifarah kepada kesilapan lampau kita’. Umat Islam diajar selain mengucapkan takziah, kita juga diajar mengingatkan muhasabah kepada sesiapa yang ditimpa malapetaka dan musibah kerana itulah antara cara Allah menaikkan taraf umat islam atau menghapuskan dosa lampau. Itulah maksud muhasabah.

Cuma pada pandangan penulis, Nik Nazmi yang juga calon Ketua AMK itu hanya membaca ulasan ringkas Malaysiakini tanpa membaca tulisan penuh pemuda PAS dalam bahagian rencana. Sebelum beliau menilai sesuatu kenyataan itu sebagai kenyataan tak kena tempat, perhatikan nilai ungkapan dalam kenyataan tersebut, kepada siapa ditujukan, kesannya benarkah ia mengguris hati keluarga mangsa atau hanya memanaskan hati pihak yang pesemis dengan perlaksanaan syariah dalam perkhidmatan MAS.



Tidak rugi MAS hentikan hidangan arak

KENYATAAN MEDIA 21 JULAI 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Setiap rakyat Malaysia telah merakamkan kesedihan dan rasa terkejut dengan tragedi MH 17 yang ditembak jatuh pada pertengahan Ramadhan tahun ini. Dewan Pemuda PAS kedah juga turut melahirkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa di dalam pesawat berkenaan serta ahli keluarga yang terlibat.

Selaku sayap utama sebuah Parti Islam yang berjuang atas landasan dakwah dan saling memperingati antara kita, Kami merasakan telah tiba masanya kerajaan Malaysia serta pihak pengurusan tertinggi MAS melihat permasahan yang menimpa MAS mutakhir ini dalam sudut pandang paling asas iaitu unusr ketuhanan dan kehambaan.

Apabila pada bulan Mac kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370 yang lesap begitu sahaja, kini pesawat MH 17 pula yang dilaporkan terkena tembakan ‘syubhah’ samada pihak Rusia mahupu Ukraine yang tidak mengakui kesilapan menembak pesewat yang memuatkan lebih 200 penumpang awam.

Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbanag sebuah negara umat islam.

Dengan hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan, malah aspek aurat serta pakaian yang terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.

Menaiki pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini dikendalikan leh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan Musabaqah Al Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum Al Quran. Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat Al Quran yang ddialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah.
Firman Allah,
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. "(QS Al-Baqarah 208)

Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab, Firman Allah,
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan ​​dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan.” (QS Al-Baqarah 85)

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong teguh kenyataan teguran Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkenaan jualan arak dalam pesawat MAS.

Pada Mac tahun ini juga beliau pernah menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH 370. Malah teguran itu adalah suara rakyat yang cintakan Islam.

Kerajaan juga perlu rasa malu dengan kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais bahawa ajaran Kristian sendiri tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekaligus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS walaupun beliau mengakui masalah untuk pelaksanaan pemansuhan tersebut ialah kerana pesawat MAS tidak hanya dinaiki oleh penumpang dari Malaysia.

Jika benar kerajaan berhasrat bermuhasabah dan ingin meraih redha Allah semula, apa salahnya jika diadakan soal selidik dan kajian peratusan penumpang yang enggan menaiki pesawat MAS hanya kerana tiada jualan arak dan kerana paramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat lagi.

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ketua Penerangan DPPN Kedah

Saturday, July 12, 2014

DEKLERASI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK GAZA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DEKLERASI HIMPUNAN SOLIDARITI UNTUK GAZA
DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
11 Julai 2014
Perkarangan masjid Padang Temusu

Kami yang menghadiri Solidariti Untuk Gaza pada hari ini di Masjid Padang Temusu bertarikh 11 Julai 2014 bertekad dan bersatu hati untuk bersama -sama mengutuk tindakan kejam dan zalim yang sedang di lakukan oleh regim Zionis di Gaza.


 Kami sebagai umat islam juga amat marah dan kesal dengan serangan yang seolah-olah sengaja dilakukan pada bulan Ramadhan, bulan di mana umat islam diuji dengan lapar dan dahaga. Ini jelas menunjukkan yahudi Laknatullah kekal sebagai bangsa biadab sepanjang peradaban manusia.

Kami ingin menjelaskan secara jelas kepada masyarakat bahawa kini Israel yang telah melancaran perang " Operation Protective Edge " dalam bulan Ramadhan tahun ini. Serangan udara yang tidak mengenal warga awam kini membunuh lebih angkat yang kian meningkat di kalangan orang rakyat Gaza dan mencedera ratusan orang.









Jika pada tahun 2012 Yahudi laknat ini juga telah melancarkan oeprasi Pillar Of Defense yang mengorbankan ramai pemimpin HAMAS kini hal yang sama cuba dilakukan.

Kami juga sedar dengan pengakuan jurucakap Rumah Putih Amerika Syarikat yang menyatakan sokongan terhadap tindakan Israel itu menjadikan operasi penghapusan Muslim di Gaza akan berlaku dengan lebih lancar tanpa sekatan mana-mana pihak lagi.





Serangan ke atas Gaza dijangka akan berlarutan kerana Perdana Menteri Israel , Benjamin Natanyahu telah mengumumkan bahawa operasi Israel akan berterusan untuk menghapuskan Hamas .

Dengan semangat persaudaraan seAqidah dan semangat mempertahan negara yang memili Kiblat Pertama umat Islam ini kami menegaskan bahawa:

1- Bumi Palestin adalah hak mutlak rakyat Palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya termasuk perumahan haram di tebing Barat.

2- Menjadi hak syarie kepada rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan PBB serta mempertahankan diri mereka apabila kerap kali jumlah penculikan anak-anak Palestin semakin bertambah kian hari. Penculikan oleh regim Zionis ini seolah-olah mencabar kesabaran kita.

3- Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan selama ini di kalangan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.

4- Mengutuk PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar tambahan pula dengan okongan White House terhadap misi terkini Israel.

5- Menggesa negara-negara Islam bersatu dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah dan jangan hanya khayal dengan Piala Dunia semata-mata.

6- Menggesa umat Islam seluruhnya menjadikan isu Palestin isu bersama dan melaksanakan agenda untuk membantu Umat Islam di Gaza dan Tebing Barat.

7- Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

8- Menggesa Parlimen Malaysia untuk membawa usul mengutuk tindakan Israel ini secara keras.


9- Menggesa negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan ke atas rejim Israel dari segi diplomatik, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan negara Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

Friday, July 11, 2014

Kenyataan Media DPPN Kedah - UGUTAN KERAJAAN KEDAH TARIK LESEN NIAGA PERLU RELEVAN DAN RASIONAL

 KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
8 Julai 2014

UGUTAN KERAJAAN KEDAH  TARIK LESEN NIAGA PERLU RELEVAN DAN RASIONAL

Dewan pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merujuk kenyataan  oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim bahawa restoran atau premis perniagaan yang menjalankan operasi sebelum jam 3.00 petang sepanjang bulan ramadhan akan dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan atau disita jika melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kedah.


1. DPPNK mengalu-alukan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Kedah bagi menghalang umat Islam daripada tidak berpuasa.

2. DPPNK merasakan pengecualian yang diberikan kepada sebuah restoran mamak di Kuah dan restoran makanan segera daripada termasuk di dalam larangan tersebuat adalah tidak rasional, memalukan dan menggelikan hati.

3. DPPNK ingin menasihatkan exco berkenaan agar berhati-hati mengeluarkan arahan agar tidak di pandang sinis dan menjadi bahan lawak oleh masyarakat. Arahan seperti itu hanya seolah-olah mewujudkan dua set undang-undang atau peraturan dalam negeri Kedah. Malah sudah ada komen dari Ketua Pemuda Gerakan yang merasa lucu dengan arahan tersebut.

4. Bagi DPPNK, pengecualian bagi restoren francais makanan segera yang dibenar beroperasi serta sebuah restoran mamak amat mengguris perasaan peniaga melayu Islam yang lain yang seolah-olah dipinggir oleh kerajaan negeri. Sekiranya mahu laksanakan undang-undang, laksanakanlah tanpa memilih bulu.

5. Bagi DPPNK adalah penting bagi kerajaan dilihat berwibawa dan adil. Laksanakan sahaja peraturan tanpa kira siapa. Ambil sahaja tindakan bagi yang melakukan kesalahan ataupun batalkan sahaja undang-undang tersebut.

6. DPPNK mendapati sudah ramai komen yang negatif yang dilontar oleh pelbagai pihak berhubung isu ini. Ramai yang tidak faham semakin tidak faham dengan peraturan pelik dan ajaib seperti ini. 

Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan pemuda PAS Kedah

Monday, July 07, 2014

KENYATAAN MEDIA DPPN KEDAH 6 JULAI 2014 - PEMUDA PAS KEDAH SELAR KENYATAAN DR MASYITAH ISU PONDOK SARANG MILITAN


KENYATAAN MEDIA DPPN KEDAH
6 JULAI 2014

PEMUDA PAS KEDAH SELAR KENYATAAN DR MASYITAH ISU PONDOK SARANG MILITAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin UMNO Dr Masyitah Ibrahim berhubung isu militan.

Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikataka berpotensi menghasilkan pengganas militan. Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi. Kata beliau juga ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan ‘jihad’ yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Masyitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.

Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ketika itu.

Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada 'track record' baik kerajaan Umno terhadap institusi pondok.

Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun temurun mengganas dalam negara kita.

Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.

Pemuda PAS Kedah ingin mengingatkan Dr Masyitah dan pemimpin UMNO yang antikan pondok bahawa institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini.

Antaranya termasuk bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bekas senator itu juga jangan lupa, datuk kepada Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran UMNO sehinggakan beliau menegur UMNO dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950an dahulu. Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang digunakan oleh UMNO itu adalah haram. Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. Tokoh ulama berprinsip ini telah mengasaskan pondok di Pulau Pinang dan kekal sehingga kini?

Pemuda PAS Kedah juga menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Yahya yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) iaitu penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu berbeza yang tiada kaitan dengan fahaman sekolah pondok, dan ia perlu ditangani pihak berkuasa secara telus serta yakin mereka berkeupayaan memantau isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah bersepakat untuk mengambil saranan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin iaitu tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya. Pandangan Dr Masyitah mengenai jihad perlu diperbetulkan selain menilai sekolah pondok secara fakta.

Ustaz Ahmad Tarmzi Bin Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah


Saturday, July 05, 2014

KEGAGALAN FIQH DAKWAH KERAJAAN UMNO SEPANJANG RAMADHAN TAHUN INI

KEGAGALAN FIQH DAKWAH KERAJAAN UMNO SEPANJANG RAMADHAN TAHUN INI.
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah


Rasanya tiada kutukan atau bantahan rasmi dibuat oleh kerajaan Malaysia apabila Kerajaan China yang secara berani cuba menghalang umat Islam Uighur untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Polisi pemerintah Cina, melalui Partai Komunis China (PKC) jelas melanggar Konvensyen Hak Asasi manusia (HAM) tentang kebebasan beragama.

Apalagi HAM itu sudah menjadi piagam PBB yang telah dterima oleh seluruh negara anggota PBB, termasuk Cina1.
Kerajaan China yang cukup antikan Islam sejak zaman berzaman ini tidak boleh menerapkan diskriminasi perkauman dan membatasi kebebasan beragama bagi penduduk minoritas Muslim di Cina, khususnya di Uighur, Xinjiang namun nasihat pelbagai negara bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Pada Ramadhan tahun ini bersempena bulan yang menguji umat Islam China, telah secara borong melabel semua umat Islam di Uighur sebagai kelompok pemberontak melawan pemerintah. Jika benar mereka pemberontak, mengapa disimpan lagi daerah Xinjiang? Pada pandangan penulis, ia suatu simbol demostrasi bahawa masih ada sample etnik yang engkar dengan fahaman komunisme di simpan untuk ditekan, diseksa sebagai pedoman kepada etnik lain agar terus tunduk dengan rejim zalim mereka.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mempersoal berkenaan Fiqh Dakwah yang gagal dikendalikan oleh kerajaan BN Malaysia.
Dalam hal demostrasi menekan umat Islam yang dilakukan oleh China, tidak adakah sedikit hasrat di pihak kerajaan untuk membuat bantahan baik secara rasmi atau kutukan melalui Parlimen? Pasti ramai yang faham. Kerajaan tidak akan berani tambah-tambah kerajaan kini terpaksa membela 2 ekor Panda untuk meraih perhatian China. Di dalam negara, ideologi komunisme dibantai hebat, hinggakan abu mayat Chin Peng pun ditakuti kerajaan dan penyokong juak UMNO, tetapi tubuh sebenar komunis yang antikan Islam di tanah besar China tidakpula berani ditegur.
Ini menunjukkan kegagalan BN dalam menyeimbangkan polisi luar kerajaan atas nama normalisasi, diplomasi serantau dengan penegasan prinsip dakwah dan siasah yang sebenarnya tiada dalam kamus kerajaan UMNO-BN.
DAP yang dituduh komunis oleh juak-juak peyokong UMNO pula bertindak proaktof mengecam tindakan kerajaan China yang melarang umat Islam negaranya menjalani ibadah puasa kerana ianya bertentangan dengan hak dan kebebasan beragama2.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, tindakan menghalang muslim di wilayah Xinjiang berpuasa pada bulan Ramadan ini sekaligus memaksa mereka untuk tidak melakukan salah satu rukun Islam yang menjadi kewajipan bagi orang Islam.
Mengapa penulis katakan fiqh dakwah-siasah ini tiada dalam kamus kebijakan politik UMNO? Lihat kes seterusnya.


Halang bersedekah lambang kejahilan UMNO
Jika dahulu kenyataan bodoh UMNO berkenaan cawat besi untuk mengelak rogol, juga cadangan picagari percuma untuk penagih dadah mengelakkan HIV kini cadangan pemimpin kerajaan pula untuk menghukum pemberi sedekah.
Baru-baru ini di bulan Ramadhan juga isu berkenaan kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur menjadikan pakej jahil UMNO lengkap3!

Bukan sekadar jahil undang-undang iaitu seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah dan jelas idea ‘majnun’ ini amat bertentang dengan prinsip undang-undang common law Malaysia, malah ia juga jauh bertentangan dengan semangat yang diajar Islam.
Sudahlah hanya NGO yang diberati tanggungjawab membasmi gelandangan, malah ada pihak NGO yang sanggup bermandi embun untuk mengedar makanan demi makanan kepada gelandangan di kota-kota bear negara, pihak kerajaan yang angkuh tidak mahu turun padang ini tergamak cuba menyelesai masalah asasi manusia ini melalui tindakan mendenda. Dalam otak pemimpin UMNO mereka tidak tahu bagaimana perjalanan hidup si gelandangan, mengapa ia terjadi, implikasi jika pengemis dan gelandangan dihumun begitu, malah apa pula reaksi masyarakat Malasia yang terkenal dengan tradisi bersedekah apabila kerajaan UMNO yang dipimpin oleh kaum Melayu ini tergamak mengeluar idea sebegitu rupa?


Pemimpin UMNO tidak lihatkah hadis di bawah?
Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia yang paling pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril ‘alaihissalam (kerana Baginda sangat berbesar hati dengan pengutusan Jibril ‘alaihissalam untuk bertemu dengan Baginda dan kerana kesan bertadarus al-Qur‘an dengan Jibril ‘alaihissalam). Adapun Jibril ‘alaihissalam mendatangi Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan lalu Baginda (Jibril ‘alaihissalam) mengajarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam al-Qur‘an (mentasme‘ dan meneliti bacaan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam). Maka sememangnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup”. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadits ini, maksud “sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup” itu ialah betapa pantas dan ringannya tangan Baginda menghulurkan pemberian serta tidak putusnya limpahan kebajikan yang disalurkan oleh Baginda kepada siapa sahaja tanpa pilih kasih.


Juga hadis ini;
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dan ini;
Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (riwayat al-Bukhari)


Sedangkan si muallaf juga ada peruntukan zakat untuk melembutkan hati mereka dengan Islam, inikan pula si pengemis dan gelandangan yang bukan sahaja kurang makan dan tiada perlindungan malah mereka kurang dari aspek ilmu agama dan kefahaman agama. Bayangkan bagaimana mereka ingin menghadiri kuliah agama di majid dalam keadaan mereka begitu. Lantaran itu penulis menyatakan kemelesetan Fiqh Dakwah berlaku dalam UMNO.
Mengamuk halau Cina di pasar Ramadhan; UMNO buat malu Islam
Awal Julai, gempar apabila sekumpulan petugas yang memakai vest berlogo Umno menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol Tan Hong Pin ketika melawat bazar Ramadhan bandar Kluang atas alsan pihak YB berbangsa Cina ini tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak pengurusan dan dianggap menceroboh kawasan bazar4.


Umat Islam yang ‘waras’ dengan cepat faham bahawa tidak pernah dinyatakan Pasar Ramadhan sebagai pasar ekslusif untuk kaum Islam sahaja. Inilah kejahilan UMNO dalam dakwah di mana ahli-ahli bawahan tidak diberi pendidikan Islam sewajarnya. Boleh dikatakan hampir 100% himpunan dan perjumpaan UMNO sarat dengan isu perkauman sehingga perkauman menjadi kiblat hidup mereka. Tidak kah mereka sedar dengan berinteraksi dengan baik terhadap kaum bukan Islam terutama daripada pemimpin kaum bukan Islam telah mengislamkan ribuan umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW? Mereka ingat Rasulullah berbangsa melayu agaknya.


Hebatnya UMNO adalah ketika berkuasa pun mereka menzalimi manusia apabila tiada kuasa pun (kalah Parlimen Kluang) mereka tetap mengamalkan cara hidup zalim dan tidak bertamadun.
UMNO tuduh pondok sarang militan.
Kes ketiga yang juga berlaku pada bulan Ramadhan adalah kenyataan liar pemimpin wanita UMNO berkenaan isu militan di pondok-pondok. Bekas Senator yang kini Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim cuba mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan. Malah beliau beranggapan pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan pondok mampu melahirkan kumpulan-kumpulan militan5.


Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap. Mungkinkah kenyataan Masyitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.


Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ketika itu. Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada track record baik kerajaan UMNO terhadap institusi pondok.


Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun temurun mengganas dalam negara kita. Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.
Pemimpin wanita kontroversi ini juga mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang kononnya ada menyebarkan fahaman ekstremis. Bukankah ini juga menampilkan ulama’ wanita UMNO juga gering daripada aspek fiqh dakwah? Kenyataan liar sebegini menjauhkan umat Islam daripada Islam malah membatutkan hasrat pihak melayu elit tertentu yang mungkin berhasrat menghantar anak mereka ke pondok-pondok belajar agama.
Kegagalan seterusnya UMNO yang berfahaman Melayu ini juga ditersukan dengan sikap pemimpin parti ini yang terus mendiamkan diri dicelahan isu-isu penindasan umat islam serantau kian parah. Sepanjang Ramadhan ini juga beberapa isu kezaliamn terhadap Islam berlaku selain di China.
Misalnya tidak tersentuhkan pemimpin UMNO mendengar:
  1. Umat Islam di Assam India bersebelahan Myanmar kini juga sedang menghadapi penghapusan Etnik oleh Etnik Bodo. Sumber-sumber pemerintah India mengatakan para penyerang adalah anggota daripada Front Demokratik Nasional Bodoland (NDFB). Mereka telah menyerang umat Islam sebagai balasan kerana umat Islam bangkang calon mereka terhadap calon NDFB dalam pemilihan parlemen India. JAMAAT-e-Islami India telah mengecam keras pemerintah India yang tidak bertindak terhadap pembantaian terhadap umat Islam di negara bagian timur laut Assam. Etnik Bodo juga menganggap umat Islam Assam sebagai pelarian daripada Bangladesh6.
  2. Polisi Myanmar dilaporkan mengepung pemukiman Muslim Mandalay ratusan ekstrimis Budha yang membawa pisau, pedang dan bambu menjelajahi kota pada Jumaat (4/7/2014) dan membunuh dua orang pada awal pekan ini. Menurut angka rasmi, sekitar 240 orang telah maut dan lebih dari 140.000 menjadi pelarian sejak Jun 2012. Korban adalah kaum Muslim Rohingya ysekitar 5 persen dari populasi Myanmar. Kira-kira 300 ekstrimis Buddha berarak dengan kenderaan di Mandalay sambil menyebut mahu membunuh kaum Islam pada Jumaat itu.
  3. Di Sri Langka pula esktrimis etnik Sinhala Buddha dari kumpulan Bodu Bala Sane (BBS) sudah lama melancarkan kempen kebencian ke atas Muslimin di Sri Langka . kemungkinan adanya hubungan antara dua puak di dua negara ini (Myanmar-Sri Langka) yang mempunyai mesej dan mengembangkan sentimen yang sama . Mereka saling berkait dan mempunyai agenda yang sama . Menurut NGO MAPIM selepas delegasi ke India pulang baru -baru ini menyatakan mesej mereka seiringan iaitu kaum Muslimin adalah ancaman kepada agama Buddha. Operasi mensasar rumah , premis perniagaan dan masjid kaum Muslimin secara tidak bertulis sebagai dasar pihak keselamatan yang memberi laluan kepada militan Buddhis untuk melancarkan serangan kepada orang Islam dimana sahaja mereka ditemui. Bukan suatu kebetulan pada 16 hb Jun 2014 itu , insiden di Sri Langka yang menjadi serangan ganas yang mensasar kaum Muslimin termasuk menyerang premis rumah, perniagaan, sekolah dan masjid , begitu juga kejadian yang sama berlaku di Myanmar dimana 5 buah rumah kaum Muslimin dimusnahkan di desa Kone Zaung , bandar Pwint Phyu, kota Magwe, di Myanmar pada jam 8:30 pagi 16 hb Jun.
Inilah antara isu umat Islam yang menguji kesensitifan umat Islam serta kerajaan umat Islam seperti UMNO. Sekiranya bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan insiden menuduh pelajar pondok, menggelar umat Islam sebagai pengganas, diam dengan isu penindasan umat Islam, halang umat Islam bersedekah dan sebagainya ia jelas mencerminkan UMNO tidak memiliki langsung sisa fiqh ad dakwah yang dilaung-laungkan.


Bertam 5 Julai 2014
7 Ramadhan 1435 H



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)