Tuesday, November 24, 2015

SAMBUTAN TRAGEDI MEMALI 30 TAHUN; MENYEMARAK ISTIQAMAH ANAK MUDA

SAMBUTAN TRAGEDI MEMALI 30 TAHUN; MENYEMARAK ISTIQAMAH ANAK MUDA

BALING- 23 Nov 2015

Bagi sesetengah masyarakat yang masih ingat di saat hayatnya As Syahid Ustaz Ibrahim Libya, kata-kata keramat beliau agar generasi akan datang mempertahankan insititusi Madrasah islahiyah Memali. Inilah nilai istiqamah yang disemai oleh As Syahid bagi anak-anak muda dan kanak-kanak yang biasa menerima asuhan dan didikan beliau.

Namun era perang Dingin di saat dunia menerima pengaruh global yang membuta tuli menentang komunisme sehingga mengaitkan amalan beragama masyarakat Memali sebagai ganas dan berunsur komunis sehingga mengakibatkan tragedi berdarah Memali pada tahun 1985 dahulu.
Dewan pemuda PAS Kedah sempena meraikan 30 tahun tragedi bersejarah yang utuh terpahat di minda balu, anak dan jiran mangsa telah mengadakan Program Memperingati 30 tahun Syuhada Memali bertempat di Madrasah Islahiah Diuniah Memali Baling pada 19 November pagi hinggalah 20 November malam.

Program diisi dengan Majlis Ihtifal Madrasah Islahiah dan kali ini disambut oleh segenap pemuda Islam negeri Kedah.
Sukan sukeneka pula diadakan pada petang 18 November yang diserikan juga dengan program Sembang Petang bersama Muslimat PAS bersama YB Dato’ Ustazah Aisyah Hj Ghazali dan Prof Madya Wan Maseri Wan Mohd..

Pada malamnya diadakan ceramah umum oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden PAS, Haji Azmi bin Abd Hamid Presiden MAPIM serta YB ustaz Mohd Azam Abd Samat selaku Ketua Pemuda PAS Kedah mengimbau sejarah perjuangan memartabatkan islam oleh As Syahid Ibrahim Libya yang pernah mengeluarkan idea penubuhan Pusat Islam Malaysia suatu ketika dahulu.

“ Kami cuba mempelbagaikan program agar masyarakat mengenali tradisi kuat beragama masyarakat Memali dan lebih kepada meperomosi semangat istiqamah para pejuang islam di Memali. Konvoi motor anak muda adalah antara program yang pada pandangan kami mampu menggamit hati anak muda agarterpaut hati dengan kampung Memali”, jelas Ustaz Ahmad tarmizi Sulaiman selaku Pengarah Program ini sambil memperomosi Dana Pembinaan Kompleks PAS Baling yang boleh disalurkan melalui Dewan pemuda PAS Kedah.

Selain kuliah Dhuha dan kuliah Maghrib, sambutan ini ditamat dengan acara kemuncak pidato oleh Presiden PAS YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang yang juga meraikan balu dan anak-anak syuhada dengan penyampaian cenderahati khas.

Sambutan ini mencakupi majlis ilmiah kerana disediakan juga pameran sejarah peristiwa Memali, pameran kepedulian ummah - MAPIM, Pameran daripada Muassasah Darul Ulum dan PASTI Negeri Kedah. Malah Timbalan Presiden Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah merasmikan Buku Koleksi Emas Doa dan Amalan Ulama’ Kedah untuk diamalkan oleh para anak muda.

“Kami mendoakan agar ruh para syuhada’ dicucuri rahmat serta semnagat menggemilangkan islam diteruskan oleh anak muda negeri Kedah amnya” tambah Ahmad Tarmizi menutup bicara.







Friday, November 06, 2015

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI RAYU SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH DHOIF

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI RAYU SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH DHOIF

SUNGAI PETANI - 6 November 2015

Jabatan Amal akan mengadakan projek amal membaiki rumah di Kampung Sungai Emas Kota Kuala Muda dalam masa terdekat. Justeru Jabatan Amal Sungai Petani masih memerlukan dana sekitar RM 1000 untuk penyediaan bahan-bahan pembinaan rumah kos rendah.

Hal ini rentetan beberapa siri bantuan Jabatan Amal dan Pemuda PAS Sungai Petani di sekitar Kuala Muda awal Ramadhan yang lalu dan didapati beberapa kes ibu tunggal, kes ketua rumah sakit kronik (si bapa) dan penanggung anak OKU yang memerlukan kso yang agak tinggi bagi mereka yang hanya bekerja kampung.



Rumah berkenaan kini separa siap dan masih menunggu dana untuk diseesaikan.

“ Kami memohon dan merayu para dermawan sekitar negeri Kedah untuk membantu menyalurkan bantuan kepada projek ini yang bukan sahaja tamat di sini sebaliknya banyak lagi rumah-rumah dhoif akan kami bantu dengan kepakaran sebahagian besar anggota Jabatan Amal Sungai Petani” ulas Mohd Izzwan ismail selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Petani merangkap penasihat projek ini.

Pihak dermawan boleh menghubungi :

En Huzairi (Bendahari ) : 013-5083792 atau En Khairul (Ketua Amal) : 012-5976511


Atau salur terus ke Bank Islam Pemuda PAS Sungai Petani : 02020010059108

Sunday, October 11, 2015

PROGRAM AMAL DI MASJID KUALA TSUNAMI SEBAR KEBAJIKAN UNTUK MASYARAKAT

 PROGRAM AMAL DI MASJID KUALA TSUNAMI SEBAR KEBAJIKAN UNTUK MASYARAKAT

SUNGAI PETANI- 10 OKT

Kejayaan Jabatan Amal Sungai Petani menghantar misi bantuan ke Kelantan tahu lalu masih hangat di jiwa anak muda Sungai Petani menatijahkan mereka menyusun beberapa siri aktiviti gotong royong menabur budi di beberapa masjid sekitar Sungai Petani.

Program amal ini bermula seawal 8 pagi dan tamat pada jam 2 petang selepas solat Zohor.

Bertempat dan memulakan siri amal di Masjid Kuala Muda (Tsunami) pada Sabtu lalu, Jabatan amal berjaya mengumpul aktivis seramai 30 orang.


Menurut saudara Izwan Ismail, misi gotong royong yang disusun di beberapa masjid akan datang juga bertujuan untuk menyediakan pemuda yang peka dengan kebersihan masjid selain menekankan aspek kesatuan fikrah dan amal. Ia juga diharapkan mempu memupuk silaturahim serta menonjolkan Jabatan Amal kepada masyaraat sebagai organisasi yang komited dengan kebajikan.


Menariknya ada beberapa petugas yang mahir menggunting rambut menyediakan khidmat gunting rambu percuma bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.








Monday, October 05, 2015

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI EDAR TOPENG JEREBU PERCUMA

JABATAN AMAL SUNGAI PETANI EDAR TOPENG JEREBU PERCUMA

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI-4 Oktober 2015

Sejumlah 300 topeng jerebu percuma diedar kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan di sekitar Taman Jubli Perak dan SP Plaza kelmarin.

Program yang bermula pada jam 5 petang itu dianjur oleh Jabatan Amal Sungai Petani dengan penyertaan anak muda dan Dewan Pemuda PAS Sungai Petani.

“ Ini adalah permulaan untuk aktiviti kebajikan kami sempena musibah jerebu yang melanda negara kita umumnya, Insya Allah, ada penyumbang yang akan memberi sumbangan untuk kami mengedar lagi topeng jerebu ini untuk rakyat Sungai Petani” jelas Saudara Izwan Ismail selaku pengarah Program edaran topeng.

PAS yang membawa misi Khairat iaitu kebajikan akan mensasarkan aktoviti sebegini sebagai core business di peringkat pemuda PAS kawasan.







Sunday, October 04, 2015

Jabatan Amal Sg Petani - jom edar mask jerebu


BANTUAN AMILIN DIPERLUKAN UTK EDARAN PENUTUP HIDUNG.

Jabatan AMAL Sg.Petani akan mengedarkan mask penutup hidung berikutan mslh jerebu yg makin meruncing spt berikut:
📅 Tarikh : 4/10/2015
🕟 Masa : Berkmpl 5ptg
🏠
 Tempat : Tmn Jubli Sg.Petani
👕
 Pakaian : Baju Unit Amal (yg ada)

Semoga kita diberi kekuatan untuk berAMAL.
'Beramal Kerana Allah'

Sembang santai bersama Ijam Kumpulan Madicine

Jom ramai-ramai.....


Pemuda PAS Sungai Petani...Jom cuci Masjid!

Gotong royong AMAL akan diadakan spt berikut:
📅 Tarikh : 10/10/2015
🕟 Masa : 8.00pg hingga 12.00 tgh
🏠 Tempat : Masjid Kuala (Tsunami)
👕 Pakaian : Baju Unit Amal (yg ada)
👦 GUNTING RAMBUT PERCUMA UTK PELAJAR SEKOLAH (9pg~12tgh)
Semoga kita diberi kekuatan untuk berKORBAN & berAMAL
'Beramal Kerana Allah'

PAS Sungai Petani meraikan Mid-Autumn Festival bersama masyarakat Cina

PAS Sungai Petani meraikan Mid-Autumn Festival bersama masyarakat Cina
SUNGAI PETANI - 27 SEPT
Mid-Autumn Festival atau lebih dikenali sebagai Mooncake festival disambut setiap tahun pada hari yg ke 15 pada bulan ke-8 dalam calendar lunar masyarakat Cina. Pada tahun ini, festival ini jatuh pada hari Ahad, 27 Sept 2015.
PAS Kawasan Sungai Petani turut tidak ketinggalan untuk meraikan masyarakat Cina dengan mengedarkan ‘mooncake’ di DUN-DUN dalam kawasan Sg.Petani iaitu di Bakar Arang, Sidam dan Pantai Merdeka. Program yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan Sg.Petani, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim




ini bermula dengan edaran kuih ini di pekan Kota Kuala Muda diikuti dengan pekan Tikam Batu, Taman Permai, Taman Kempas, Taman Petani Jaya dan di Pekan Lama Sg.Petani.
Menurut penyelaras program iaitu En. Azhar Zakaria, selain dari mempersadakan salah satu visi PAS iaitu elemen kebajikan, program ini juga untuk menunjukkan PAS Sg.Petani meraikan masyarakat Cina yang menyambut mid-autumn festival dan mempercayai setiap 15 haribulan ketika bulan penuh dan bercahaya sebagai simbol kebersamaan dalam budaya masyarakat Cina.
Rata-rata masyarakat Cina yang ditemui berasa gembira dengan sumbangan ‘mooncake’ yang diberikan dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan setiap tahun.


Monday, August 03, 2015

JAMUAN AIDILFITRI PAS SUNGAI PETANI RAI RAKYAT DAN MARHAIN TEMPATAN

JAMUAN AIDILFITRI PAS SUNGAI PETANI RAI RAKYAT DAN MARHAIN TEMPATAN

1 Ogos 2015- TIKAM BATU
Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Sekitar  1500 orang hadirin telah memeriahkan sambutan aidilfitri Pas Kawasan Sg Petani sabtu lalu yang diadakan di Balai Islam Tikam Batu.

Antara pimpiman yang hadir adalah pimpinan Pas kawasan, pimpinan Dewan Pemuda , Muslimat dan Ulama Pas Kedah, Ust Hasan Razak danYB Robert Adun Sidam.

Majlis yang diadakan saban tahun ini kali ini bertujuan mengerat hubungan dgn rakyat marhain yg memerlukan bantuan.
Antara sajian utama adalah, kambing golek, nasi, ayam goreng, laksa, bihun sup, lemang dan kuih muih.

Majlis diserikan dengan  ucapan raya oleh para pimpinan, persembahan nasyid dan qasidah pelajar tahfiz serta sumbangan duit raya kepada anak kecil yang hadir.

Dewan Pemuda Pas telah membuka  kaunter daftar ahli PAS, dan berjaya mendaftar 30 orang daftar dalam masa 3 jam.

Tuesday, July 14, 2015

SEMARAK RAMADHAN 2.0 ; PAS SUNGAI PETANI EDAR BUBUR LAMBUK KEPADA PEMANDU

SEMARAK RAMADHAN 2.0 ; PAS SUNGAI PETANI EDAR BUBUR LAMBUK KEPADA PEMANDU

SUNGAI PETANI - 13 Julai 2015

Sebanyak 400 bungkus bubur lambunk berjaya diedar kepada para pemandu yang melalui jalan Taman Sri PInang kelmarin.

Program yang merupakan rentetan Semarak Ramadhan kali kedua di jalankan di Sungai Petani juga berjaya menjejaki 3 keluarga yang dhaif untuk diberi bantuan.












Saturday, July 11, 2015

PASTI SUNGAI PETANI RAI PARA GURU PASTI DAN GOLONGAN SUSAH

PASTI SUNGAI PETANI RAI PARA GURU DAN GOLONGAN SUSAH

TIKAM BATU - 11 Julai 2015
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Seramai 70 orang  insan memerlukan telah mendapat manfaat bantuan sumbangan Ramadhan daripada pihak PASTI Sungai Petani pagi tadi.

Program yang berlangsung di Balai Islam Tikam Batu itu juga sebenarnya merupakan rutin tahunan PASTI merai dan membantu golongan mustadhafin, miskin dan ibu tunggal di sekitar Sungai Petani.

Malah program ini juga elah menyampaikan bantuan khas untuk para gurur PASTI yang istiqamah membangun pendidikan pra sekolah Islam di Sungai Petani sekaligus suatu apresiasi diatas tenaga dan keringat mereka selama ini. Para guru diberi bantuan RM 140 seorang, seekor ayam dan sekampit beras.

Majlis yang bermula seawal jam 8.0 pagi dimulakan dengan tahlil dan zikir. Bantuan diberikan sendiri oleh Pengarah PASTI Sungai Petani Ustaz Muhammad Haikal Bin Abdul Mutalib serta beberapa kepimpinan PASTI yang hadir.

PASTI Sungai Petani juga mengalu-alukan sebarang bantuan untuk siri bantuan PASTI Pasca Raya kelak. Pembaca boleh menghubungi Pengerusi Pasti Kawasan Sg. Petani
#Ust Mohd Haikal B. Abd Mutalib. 019-5425501 atau Pengerusi MGP Pasti Kawasan Sg. Petani #Cikgu Habibon Bt. Othman 019-4570675







SEMARAK RAMADHAN PEMUDA PAS DI SUNGAI PETANI GALAK ANAK MUDA INFAQ BANTUAN

SEMARAK RAMADHAN PEMUDA PAS DI SUNGAI PETANI GALAK ANAK MUDA INFAQ BANTUAN

SUNGAI PETANI - 4 Julai 2015

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Sempena Ramadhan selaku bulan yang disarankan bersedekah, infaq harta dan membantu sesama muslim yang kurang berkemampuan, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengambil inisiatif menagnjurkan siri jelajah bantuan Semarak Ramadhan yang telah dilaksanakan seluruh negeri Kedah.

Di Sungai Petani Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah telah bekerjasama dengan Pemuda PAS Sungai Petani dan pihak Tahfiz Mutmainnah Permatang Berangan Sungai Petani pada 4 Julai 2015 untuk mengagih sejumlah bantuan keada penduduk sekitar Permatang Berangan.

Program bermula dengan edaran bantuan pada jam 5 petang dan diikuti dengan usrah dan pengisian kerohanian bersama-sama pelajar Tahfiz Mutmainnah.

Program tamat selepas solat maghrib dan jamuan berbuka pada 8 malam.

Ustaz Idrus Ahmad Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah mewakili Dewan Pemuda PAS Kedah menyatakan rasa syukur dan tahniah kepada para petugas serta menggalakkan lebih banyak cawangan untuk berusaha mendekati para fuqara dan masakin di sekitar mereka memandangkan PAS membawa misi Islam selaku agama rahmat untuk semua.

Izwan Ismail selaku pengarah Semarak Ramadhan peringkat Sungai Petani menyatakan hasrat untuk melaksanakan lagi siri bantuan disekitar Pulau Sepom dan Pantai Merdeka selain mengucap terima kasih kepada 15 orang petugas yang hadir membantu.










Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)