7 MAC — Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya.
Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.
Agendanya adalah untuk memperlihatkan kepada orang Melayu, terutamanya mereka yang berada di luar Pulau Pinang, betapa kejam dan zalim kerajaan negeri pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang telah dituduh anti-Melayu dan anti-Islam.
Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan ketuanan kaum telah mengetepikan fakta di mana DAP disokong oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat, walau pun ada seorang dua masih tidak faham hasrat rakyat. Kumpulan ini juga menyembunyikan hakikat di mana kerajaan negeri Pakatan mendapat kerjasama penuh daripada perkhidmatan awam negeri dan pihak berkuasa tempatan yang mana majoriti pegawai dan anggotanya adalah kalangan Melayu.
Malah, juara-juara kaum ini membisu dengan apa yang telah berlaku kepada orang Melayu sebelum Mac 8, 2008 di mana Barisan Nasional, dan sebelum itu Perikatan, telah memerintah Pulau Pinang sejak 1957.
Sepanjang 51 tahun, Pulau Pinang diterajui oleh Ketua Menteri dari kaum Cina atas dasar majoriti kaum, sebagaimana Melayu menjadi Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia atas dasar yang sama. Walau pun MCA atau Gerakan yang memimpin kerajaan negeri, mereka sentiasa bersama dengan Umno dan turut dipantau oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno.
Sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi baru hingga menjelang tahun 1990-an, Pulau Pinang telah dibekalkan dengan infrastruktur pembangunan khusus untuk Melayu semata-mata melalui Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Koperasi Gabungan Negeri serta bantuan dana kepada badan-badan seperti Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan berkaitan.
Pada tahun 1993, Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, anak Pulau Pinang yang pertama memegang jawatan itu. Setelah Anwar dipecat dan dipenjarakan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 1998, anak Pulau Pinang kedua Abdullah Ahmad Badawi pula menjawat kedudukan itu. Malah Abdullah menjadi anak negeri pertama yang menjadi Perdana Menteri pada 2003 sehingga terpaksa meletak jawatan pada awal 2009.
Ini bererti dalam masa 16 tahun lalu, dengan kedudukan jawatan tinggi sedemikian, sepatutnya membolehkan Melayu Pulau Pinang, khususnya yang miskin, diberi lebih keutamaan untuk menyelesaikan masalah kepinggiran mereka. Tetapi rungutan yang sama juga kedengaran.
Sebenarnya secara purata indeks kemiskinan Pulau Pinang adalah yang paling rendah di Malaysia dengan kadar 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah, mengikut kajian 2004. Menurut laporan kajian Rancangan Malaysia Kesembilan, negeri-negeri yang paling teruk dilanda kemiskinan ialah Sabah dengan 23 peratus, Terengganu 15.4 peratus dan Kelantan 10.6 peratus.
Sekadar menyimpang sedikit, dalam kes Kelantan, ia adalah “kemajuan” kerana kadar kemiskinan pada tahun 1999 adalah 25.2 peratus, merupakan negeri paling miskin di negara ini. Kerajaan negeri pimpinan Pas telah berjaya menurunkan kadar itu sebanyak 14.6 peratus. Sebaliknya Sabah yang diambil alih pimpinan negeri oleh Umno dan Barisan Nasional pada 1994 hingga sekarang, kadar kemiskinan sejak 1999 hingga 2004 tidak banyak berubah, iaitu turun sedikit dari 23.4 peratus ke 23 peratus sahaja.
Secara am, lebih ramai Melayu miskin di negeri-negeri majoriti penduduk Melayu khususnya di bawah pentadbiran Umno dan Barisan Nasional.
Walau pun tidak dinafikan wujudnya kemiskinan Melayu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar serta masalah-masalah berkaitan perniagaan kecil, pemilikan rumah dan hartanah serta penguasaan bidang-bidang kerja, Umno mempunyai lebih 50 tahun untuk membantu menyelesaikan masalah itu atas dasar pegangan kuasa di peringkat pusat. Atau setidak-tidaknya 20 tahun untuk Umno menanganinya sewaktu Malaysia berkembang pesat dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.
Namun, mengikut kajian Umno Pulau Pinang sendiri pada awal tahun-tahun 2000-an, walau pun ekonomi negeri berkembang, kedudukan orang Melayu dikatakan masih berada di takuk lama.
Isu-isu remeh yang dibesar-besarkan sekarang sudah pun berlaku sewaktu Umno berkongsi kuasa dengan Gerakan di Pulau Pinang; malah semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya, ketegasan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sekarang dalam usaha menguatkuasakan undang-undang dijadikan propaganda untuk menonjolkan apa yang dikatakan kononnya kezaliman kerajaan negeri.
Mengimbas kembali, pada tahun 2005 di mana Umno dan Gerakan berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah pun menghantar notis terhadap lebih 12,000 pemilik unit rumah kos rendah kerana gagal menjelaskan sewa sejak 10 tahun tinggal di kediaman mereka.
Bukankah majoriti pemilik rumah kos rendah di negeri itu adalah orang Melayu? Bukankah exco kerajaan negeri pada masa itu wakil dari Umno? Bayangkan tindakan juara-juara ketuanan kaum jika keputusan itu dibuat oleh pimpinan negeri hari ini.
Begitu juga pengakuan exco kerajaan negeri Umno yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal pelancongan pada tahun 2005 yang mengakui penyertaan operator dan pemandu pelancong Melayu di Pulau Pinang hanya mencapai 10 peratus.
Pada tahun 2006 pula, hampir 30 peratus daripada 350 ahli persatuan peniaga Melayu dilaporkan dalam keadaan tenat, malah hampir semua yang menjalankan perniagaan di Komtar telah merosot teruk.
Abdullah sebagai Perdana Menteri selama lebih satu penggal juga gagal berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah Melayu yang Umno sendiri katakan sebagai terpinggir. Sama ada benar-benar terpinggir atau hanya propaganda politik, ia memerlukan kajian lain yang lebih mendalam.
Mungkin ada baiknya kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang mendedahkan secara terperinci butir-butir dan perangkaan di samping peruntukan serta perbelanjaan untuk kemajuan orang Melayu sejak Merdeka, atau sekurang-kurangnya sejak DEB dilaksanakan.
Ini adalah penting kerana segala masalah yang berlaku sewaktu Umno menerajui kepimpinan negeri bersama Gerakan telah dikumpulkan oleh wira-wira kaum untuk disimbah terhadap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng. Keadaan ini digambarkan pula sebagai krisis kepimpinan negeri oleh kebanyakan media arus perdana.
Di tengah-tengah “krisis” ini, negara baru-baru ini digemparkan dengan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap seorang setiausaha politik Menteri yang berpusat di Pulau Pinang yang ditahan di sebuah pangsapuri dengan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.
Bandingkan jumlah wang tunai yang bertaburan di dalam pangsapuri itu dengan usaha kerajaan negeri pimpinan Guan Eng mengumpul dana dalam jumlah yang sama, iaitu kira-kira RM2 juta, untuk membantu lebih 700 keluarga miskin tegar – berpendapatan kurang dari RM400 sebulan - di Pulau Pinang tahun lalu.
Ke mana perginya berjuta-juta, malah berbilion ringgit lagi, yang diperuntukkan khusus untuk orang Melayu Pulau Pinang, sama ada dari dana kerajaan negeri atau kerajaan pusat, sejak bertahun-tahun lamanya sebelum ini?
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Diskusi: Penyertaan ANAK MUDA dalam proses Demokrasi
Diskusi ini diinisiatif oleh sekumpulan anak muda yang ingin anak muda hari ini lebih tahu perkara-perkara yang kita harus lakukan dan peranan yang kita harus memainkan demi memperkasa proses demokratik negara.
Diskusi ini menjemput penulis-penulis Warung Idea Diskopi yang jauh datang dari Lembah Klang, mahasiswa-mahasiswi, dan anak-anak muda di Utara Malaysia untuk hadir bersama.
Saya nampak Diskusi ini merupakan satu diskusi tak formal untuk anak-anak muda yang pelbagai latar belakang dari segi bangsa dan agama, untuk berkongsi pandangan mereka sendiri, mendapat pandangan orang lain mengenai peranan anak muda dan ke arah mana Malaysia yang seharusnya kita pimpin.
Di sini saya ingin kongsi Slogan USM yang saya masih ingat iaitu: Kami Memimpin
Maklumat mengenai Diskusi: Tarikh: 19hb Mac 2010 Masa: 8.15mlm Tempat: Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Cawangan Pulau Pinang 63B-01-07, University Heights, Jalan Sungai Dua, 11700 Penang (Di depan Pintu Sungai Dua USM, tingkat atas kedai S&J, iaitu pejabat bersama Persekutuan Persatuan-persatuan Bekas Pelajar-pelajar Sekolah Tionghua Negeri Pulau Pinang)
Saya berharap semua anak-anak muda yang berjiwa muda dapat menghadir untuk memanaskan diskusi ini.
Sebarang soalan boleh menghubungi Sdr Ong Jing Cheng 012-7583779 atau Sdr Ng Eng Kiat 017-3607277.
Perhatian: Untuk hadirin yang tak biasa bercakap dalam Bahasa Malaysia, terjemahan Bahasa Mandarin akan disedia.
UMNO betul betul ingin jadi juara isu agama. Tambah kasihan apabila ada beberapa YB yang melompat parti keluar daripada PKR menggunakan alas an mauled nabi (konon Pakatan Rakyat sisihkan amalan Islam di P.Pinang) serta isu kalimah Allah (konon PKR restu Kristian guna nama Allah). Dua isu ini cukup untuk menukar perjuangan YB-YB katak tersebut.
Wahai YB-YB katak yang konon perjuangkan Islam…
Kalau betul ingin perjuangan Islam sila tampil keluar kenyataan bantah
1.Iseri para pemimpin UMNO ramai tidak bertudung sedangka aurat itu wajib.
2.Para menteri perempuan UMNO tidak menutup aurat.
3.Keluar kenyataan maki judi yang menjadi pendapatan Negara ini.
4.Buat kenyataan marah UMNO yang banyak merestui kilang-kilang arak yang bersepah di Malaysia.
Lihat, yang benar tetap benar. Ada kenyataan dalam Akhbar I LUv Islam edisi 1-14 Mac terbitan Karangkraf ( ada hubungan dengan kerajaan) yang menyatakan suasana di Pulau Pinang tidak seperti yang digambarkan oleh media jahat BN. Rakyat P.Pianng tak kisah pun perarakan diadakan kerana membazir masa dan menyusahkan agensi kerajaan menyediaka pasukan perarakan. Sebaliknya kerajaan Guan Eng menambah aktiviti dalam sambutan utama maulid Nabi di P.Pinang.
Akhbar itu juga menyiarkan pandangan Dr Asri bekas Mufti Perlis bahawa perrakan boleh diadakan tetapi jangan di jalan raya seperti yang menjadi amalan kerajaan BN. Adakah Islam UMNO ingin bersaing dengan Hindu menggunakan jalan? Malah Dr Asri berhujah ramai rakyat membayar cukai jalan untuk menggunakan jalan dengan selesa bukan untuk berarak dan mencipta kesesakan atas nama agama.
Jelas akhbar ini menhuraikan suasana di Pulau Pinang man dan tenang sahaja tanpa ketegangan kaum.
Malah mereka mendedahkan Pahang dan Johor juga tiada perarakan Maulid nabi!
Mana media BN tampil menghentam Menteri Besar Johor dan Pahang yang anti Nabi Muhammad itu? Nyata YB katak yang lompat parti itu semua adalah disebabkan masalah peribadi, rakus dan ketagihkan nasi kangkang UMNO BN.
Rakyat Bagan Serai, teruskan solat hajat untuk memohon pembalasan Allah terhadap pengkhianat rakyat di Perak!
Memecah gejala politik fobia rakyat, antara obligasi Pakatan Rakyat
Rakyat Malaysia semakin takut dengan politik Malaysia yang ganas membaham sesiapa sahaja. Politik Malaysia kini dikuasai oleh golongan diktator yang tidak dapat menerima dan takut akan kekalahan. Kini sindrom politikfobia menjalar di kalangan masyarakat awam.
Rakyat kecut perut bila melihat kes kemenangan YAB Ir Nizar sebagai Menteri Besar yang sah bertukar menjadi sebaliknya selepas Zambry membuat rayuan. Rakyat sangsi apabila pembedahan awal Dr Pornthip Rojanasunand daripada Thailand terhadap mayat Teo Beng Hock menyatakan ia pernah dipukul bertukar menjadi tiada kesan pukulan selepas pembedahan oleh doktor daripada Malaysia.
Rakyat geleng kepada apabila enjin jet jutaan ringgit hanya dilarikan oleh para sarjan dan koperal yang entah bila mampu berurusan dengan orang Uruguay.
Rakyat berderau darah apabila melihat sesiapa sahaja mampu dibubuh dengan bom C-4 yang hanya boleh digunakan untuk misi khas, kerana pegawai rendah polis pun boleh sewenang-wenangnya membuka almari balai polis dan meletupkan rakyat dengan bom itu tanpa kebenaran pegawai atasan.
Rakyat tertanya-tanya arah politik negara apabila kehakiman Malaysia dikritik oleh 50 ahli Parlimen Australia sedangkan logiknya berapa sangat duit DSAI dan PKR untuk merahsuah 50 orang ahli parlimen Australia tersebut!
Rakyat menjadi serik mengundi dan berpolitik dalam gelanggang demokrasi apabila wakil rakyat mereka mudah melompat parti tanpa mengosongkan kerusi. Sedangkan mereka dipilih disebabkan nama parti tertentu yang mereka sokongi dasar dan polisi parti tersebut. Itulah demokrasi iaitu membenarkan rakyat campur tangan dengan polisi negara dengan membenarkan rakyat memilih wakil yag bakal membawa polisi negara idaman mereka.
Apa jawapan yang sesuai untuk kita berikan kepada rakyat berkenaan makna politik yang mereka lihat secara ‘live’ di bumi Malaysia ini.
Sebenarnya BN telah, ingin, sedang dan selamanya akan memperbodohkan rakyat berkenaan erti politik sejati. Rakyat Malaysia dungu sungguh dengan erti demokrasi. Lihat sahaja rakyat mudah percaya Guan Eng anti Islam bila ada ura-ura membatalkan perarakan maulidur rasul. Ramai percaya Pulau Pinang mula menghakis nilai Islam bila mereka hanya disuap dengan maklumat TV dan akhbar pro pemerintah. Tetapi rakyat diam sahaja bila akhbar I Luv Islam (terbitan Karangkraf) menyiarankan bahawa Pahang dan Johor juga tidak ada perarakan maulid. Kenapa tidak tuduh dua orang menteri besar ‘Melayu’ tersebut sebagai anti Islam? Sebab rakyat malaysia taksub dengan media yang sedia ada, gila TV dan ketagihkan Utusan Malaysia dan Berita Harian sahaja. Akhbar lain? Tak tahu pun.
Politik adalah ilmu yang perlu diajar oleh para pejuang kebenaran. Pakatan Rakyat wajib mengadakan banyak bengkel politik dan berbincang dalam skop yang luas diluar kerangka fikir label kepartian. Politik kini banyak merujuk teori barat. Sehingga akhir abad ke-19, perkembangan ilmu politik di Barat sudah mencapai tahap puncak. Bagaimanapun perkembangannya seiring dengan perkembangan ilmu sains sosial, antropologi,psikologi, sejarah dan ekonomi sehinggakan ilmu politik barat tidak ‘sekular’ dengan keilmuan tersenarai di atas.
Disebabkan terlalu banyak tafsiran politik, mendorong UNESCO di bawah PBB untuk menyeragamkan fahaman politik seluruh dunia dengan mengatur satu kajian dan soal selidik berkenaan kedudukan ilmu politik dalam 30 buah Negara yang dipimpin oleh W. Ebenstein dari Amerika Syarikat dan akhirnya telah melahirkan buku Contemporary Political Science (1948).
Pada 1952 pula UNESSCO mengumpulkan banyak laporan berkaitan fahaman politik dan dihimpun dalam Persidangan di Cambridge England dan hasilnya disusun oleh WA Robson serta diterbit oleh UNESSCO pada tahun 1954.
Dengan tersebar buku-buku terbitan UNESCO, buku ini semua menjadi rujukan pelajar di IPT serata dunia serta membentuk satu komuniti global dengan satu fahaman politik sekular yang sama atas nama pendidikan dan sosial ala PBB. Kesemua insiden kediktatoran di celahan demokrasi atau tirani di sebalik topeng demokrasi adalah rekod kerja UNESCO yang semestinya direstui oleh yahudi sedunia. PBB adalah hasil cetusan dua ideologi warisan yahudi iaitu komunis dan kapitalis. Tidak hairan jika PBB bakal merestui kesemua pemerintah yang zalim.
Rakyat yang buta politik di negara ini juga mulai kabur tentang erti demokrasi. Hal ini kerana tiada langsung teladan negara yang mengamalkan demokrasi 100%. Yang ada hanya negara demokrasi tetapi berkaptenkan diktator. Begitu juga negara Islam. Tiada langsung negara di dunia hari ini menuruti 100% sistem negara Islam yang dipiawaikan oleh para ulama’. Yang ada hanya mengambil Islam dalam beberapa juzuk sahaja.
Demokrasi adalah suatu bentuk kerajaan yang dicetus oleh rakyat, untuk rakyat dan diperintah oleh rakyat baik secara langsung atau tidak langsung. Secara umumnya rakyat di negara demokrasi tidak diajar untuk mengenal fungsi pemerintahan mereka secara tidak langsung. Ya, rakyat ada peranan secara tidak langsung dalam mencipta polisi negara.
Peranan pertama adalah mengundi parti tertentu yang memperjuangkan sesuatu polisi yang kena dengan kecenderungan pengundi tersebut. Dalam hal ini kerajaan tidak boleh menyekat hak rakyat untuk memilih parti mana yang bakal merealisasikan polisi idaman mereka.
Peranan kedua adalah melalui desakan oleh rakyat untuk kerajaan menilai polisi mereka iaitu rakyat berhak menghantar memorandum, menulis dalam media, berjumpa pemimpin negara serta menyuarakan idea mereka dalam semua pentas yang sah dalam undang-undang. Kerajaan wajib cakna dan mendengar suara rakyat kerana demokrasi bermakna kerajaan rakyat. Pemimpin adalah juga rakyat sebelum menjadi pemimpin, setelah dipilih mereka mesti menunaikan hasrat rakyat jelata.
Negara demokrasi selalunya memiliki perlembagaan bertulis. Perlembagaan ini selalunya ditulis oleh golongan yang pernah merasai perit diperintah secara monarki. Hal inilah yang menerbitkan perlembagaan Britain dan Perancis. Namun begitu perlembagaan selalu juga digunakan oleh pemimpin demokrasi yang bertukar menjadi diktator untuk memuaskan kehendak mereka. Untuk meneruskan kemampuan kuasa tanpa batasan Ordinan Darurat 1948, kerajaan BN telah mengusul pula ISA pada 1960 untuk melegitimasikan wewenang kuasa mereka. Sejak tahun 1957, telah banyak kali perlembagaan dipinda.
Kemudian diikuti dengan pindaan akta secara kerap oleh kerajaan Malaysia. Menurut Senator Amaluddin Darus dalam bukunya Demokrasi dan Diktator (1988) , antara ciri kerajaan diktator adalah mengubah perlembagaan secara kerap untuk menyesuaikan dengan unjuran polisi zalim negara tersebut. Malah ia melambangkan keterhakisan nilai agama dan bertuhan di kalangan pemimpin tersebut yang meletak diri lebih berkuasa daripada Tuhan sehingga gemar menukar perlembagaan negara. Situasi Malaysia yang hakimnya boleh ditentukan oleh seorang peguam, kes tuduhan liwat yang boleh dipinda-pinda (sejak kes tuduhaliwat DSAI 1998), kecurian enjin jet yang dilindungi siasatannya, kes pengeboman sadis terhadap wanita Monggolia yang kesemua kes ini hanya dikatakan melibatkan staf bawahan keselamatan negara mengambarkan kerajaan Malaysia mengarah kepada sistem diktator!
Yahudi melalui UNESCO telah mengacu otak dunia untuk memahami politik dalam acuan mereka sahaja.
Sebenarnya UNESCO banyak menerbitkan fahaman tirani disebalik penakrifan demokrasi dan politik mereka. Contohnya kenyataan UNESCO pada tahun 1949 dahulu,
“ Mungkin untuk pertama kali dalam sejarah demokrasi dinyatakan sebagai nama yang paling baik dan munasabah atau wajar untuk semua sistem politik dan sosial yang diperjuang oleh pendokong-pendokong yang berpengaruh”.
Klausa ini cukup untuk melegitimasi sebarang sistem pemerintahan yang zalim asalkan mereka didokongi oleh golongan ‘berpengaruh’. Lantaran itu kita lihat kerajaan Komunis Korea Utara dan China juga mengambarkan mereka sebagai kerajaan demokrasi rakyat atau demoktrasi nasional untuk menutup agenda sosialis-komunis mereka.
Telah nyata kini banyak negara atas nama demokrasi telah menyalahguna terma tersebut sehingga menjadi diktator atas nama keselamatan dan keamanan misalnya polisi anti keganasan Amerika. Hal ini sama sahaja dengan Malaysia yang semberono menggunakan ISA serta OSA untuk mengangkap sesiapa sahaja tanpa alasan dan bukti.
Orang Melayu sebelum merdeka telah lama tidak menikmati apa yang dikatakan sebagai pemerintahan rakyat. Pemerintahan monarki raja-raja melayu hanya menjadi adil bergantung kepada Sultan yang memerintah. Kedatangan Portugis dan Belanda serta Inggeris juga tidak membawa sinar demokrasi kepada rakyat Melayu. Inggeris datang secara halus untuk berniaga dan meratah hasil tanah di Tanah Melayu. Mereka memerintah secara diktator kepada orang melayu sehingga memaksa Melayu menerima segala polisi England. Hanya selepas insiden Malayan Union, Malaya mula menerima tempiasan demokrasi dan belajar memilih pemerintah sendiri. Raja menjadi ketua negara manakala Perdana Menteri menjadi ketua eksekutif. Rakyat sudah ada harapan untuk mengubah polisi negara menurut kehendak majoriti.
Namun situasi diktator menjadi semula apabila parti pemerintah di Malaya tidak berani kalah malah sombong dengan kuasa yang mereka perolehi. Lantaran itu kebebasan media disekat, pidato umum diharamkan,akhbar pembangkang dirampas, ahli pembangkang secara mudah dihumban di Kem Kamunting atas alasan hasutan dan ideologi komunis sedangkan UMNO juga pernah menyimpan individu pro sosialis.
Akibatnya rakyat kembali menjadi dungu. British tidak mewariskan demokrasi mereka yang tulen kepada Malaysia. Di England masih ada sehingga kini aktiviti speaker corner baik di kampus atau di jalan raya. Malaysia jangan harap ia berlaku kerana Akta Polis Seksyen 27 akan membaham semua rakyat yang menyuarakan suara mereka. British ada pengalaman menentang monarki Engkand yang mengongkong rakyat. Tanah Melayu tidak pernah berlaku revolusi. Kita dipaksa menelan demokrasi ala British sahaja.
Akibat lebih malang apabila kini timbul banyak gerakan menentang politik secara pukal. Mereka juga menetang demokrasi yang kononnya sistem kafir yang diamalkan di negara ini. Akibat malang apabila parti Islam yang berjuang atas landasan demokrasi di Malaysia turut dimusuhi mereka. Mereka faham politik yang kaku, isolated, konseptual serta idealistik yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat. Rakyat yang mendengar ceramah mereka hanya kagum dengan senarai ayat Al Quran yang dibacakan tetapi kosong daripada tafsiran yang membina. Akibatnya rakyat kembali membenci politik dan demokrasi tanpa alasan yang kuat.
Nah, ini satu malapetaka kepada politik Islam yang ingin dibawa oleh PAS. PAS tidak beriman dengan demokrasi, tetapi PAS menggunakan medan demokrasi untuk membawa kedaulatan Islam dan keadilan sejagat. Sistem pilihanraya di Basrah dan Baghdad yang difatwakan oleh Imam Mawardi menampilkan keanjalan syariah menerbitkan sistem politik yang seiring dengan zaman. Akibat mereka membenci politik, mereka sebenarnya membenci politik Islam dan sistem syariah Islam kerana mereka menolak sebarang usaha menerbitkan syariah secara pemerintahan seperti mana yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.
Berbalik kepada kediktatoran di Malaysia, Tun Dr Ismail di Dewan Negara atau di luar Dewan Negara kerap berucap, “Saya tidak akan membenarkan sesiapa yang menggunakan demokrasi untuk menghancurkan demokrasi”. Ucapan pelik yang berbaur ancaman kepada rakyat yang berani bersuara terhadap kerajaan demokrasi menampilkan idea diktator BN oleh Tun yang pada saat itu adalah Menteri Dalam Negeri.
Jika diintai sejak UMNO berpecah dua, kumpulan Tunku Abdul Rahman dan Team B telah lama dulu menuduh Mahathir sebagai diktator malah melabelkan Malaysia sebagai negara polis. Maka Team A pula membalas dengan menyerang balas mengungkit bahawa pentadbiran Tunku dan selepasnya juga adalah diktator. Bermakna UMNO sendiri tidak yakin bahawa Malaysia benar-benar memahami apa itu demokrasi. Apa yang nyata Tunku juga telah mewarisi kediktatoran British. Malah jika hari ini Parlimen Australia boleh menilai kediktatoran Malaysia sehingga mereka sendiri rasa tidak logik dengan tuduhan liwat terhadap DSAI yang sengaja diadakan selapas pembangkang menang besar (2008), suatu ketika dahulu Filipina juga menggelar Malaysia negara polis sewaktu konfrontasinya dengan Malaysia.
Jelasnya cakap tak serupa bikin di kalangan ahli politik menyebabkan rakyat meminggirkan politik,jahil politik, fobia dengan politik malah menganggap politik itu kotor.
Agak menyedihkan apabila generasi muda kelihatan semakin menuju ke arah ini. Lebih daripada 85% responden Cina berumur 35 tahun ke bawah daripada tinjauan lapangan sebuah akhbar berbahasa Cina pertengahan tahun lepas menganggap politik itu kotor dan tidak berminat untuk mengikutinya. 98% responden berumur 40 tahun ke bawah daripada kajian lapangan Dewan Masyarakat keluaran Mei 2008 memandang negatif kepada politik. Malah, mereka sudah tidak percaya kepada institusi politik. Menghukum pukal politik sebagai kotor adalah salah pemerintah negara ini serta salah pendakwah yang ‘ghuluw’ (melampau) dalam berfatwa.
Hari ini simptom politik sahaja dikenali oleh masyarakat, sedangkan erti politik sebenar tidak diketahui secara mendalam. Bagi yang muslim, mengenal politik haruslah dalam dimensi Islam.
Politik adalah ilmu siyasah (pentadbiran) malah ia mengandungi unsur masalih mursalah iaitu ijtihad yang serba kontekstual untuk kemakmuran syariat. Bermakna politik dalam Islam adalah anjal dan bukannya kaku dengan apa yang berlaku di zaman Nabi sahaja.
Prof Yusuf Al Qaradhawi dalam bukunya Agama dan Politik (2009) menyatakan jika kita mempelajari ilmu fiqh dan meneliti kesemua khazanah fiqh, tidak dapat tidak, kita wajib cakna dan ambil peranan dalam politik kerana syariah itu hanya terzahir selepas politik dipandu dan dipacu. Islam tidak pernah menyarankan kita kononnya untuk menjadi neutral, non partisan sehingga mengabaikan terus politik kepada golongan munafik dan fasiq menguasainya. Lebih malang apabila ada juga golongan menyokong politik Islam tetapi gopoh inginkan sinar Islam segera menjelma dan tidak memahami seni kerjasama dengan golongan bukan pro Islam.
Bagi Al Qaradhawi, bukan sekadar memahamkan rakyat tentang apa itu politik, sebaliknya perlu menerbitkan peribadi politik iaitu individu yang bersiasah atau mengambil peranan dalam politik negara. Menurut beliau lagi, malang bagi umat Islam jika memahami mungkar hanya dalam konteks zina, arak dan judi sahaja sedangkan penyelewengan pilihanraya juga adalah dosa besar, menipu dalam pemerintahan adalah dosa, membazir harta rakyat adalah dosa besar, mencerca pemimpin yang amanah adalah dosa besar, tidak mengambil peranan menjadi saksi politik islam (mengundi untuk kemenangan pro islam) adalah dosa besar serta rasuah dalam ekonomi dan politik adalah dosa besar. Semua ini perlu dijelaskan dalam proses kita mendidik rakyat agar mengambil peranan sebagai kuasa rakyat iaitu menentukan polisi negara melalui wahana politik yang sedia ada.
Jelas ketiadaan contoh pemerintahan adil di Malaysia menyebabkan gejala politikfobia terjadi. Jika ada pun kerja baik kerajaan negeri pembangkang, ia akan disembunyikan daripada pengetahuan awam. Gerakan Islam melampau yang mencerca politik Islam Malaysia dan demokrasi juga merencatkan proses pembelajaran rakyat. Yang berhasil adalah kerjabuat UNESCO mencatur otak kita kepada pemikiran pecah dan perintah. Inilah tanggungjawab Pakatan Rakyat, memecah kejahilan rakyat.
Majalah Malaysian Business mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).
Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:
Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.
Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.
~ Info dipetik daripada dua sumber; Utusan Malaysia Online dan The Sun Daily. Berita asal daripada BERNAMA.
Saya ada dengar pemimpin UMNO dok bohong rakyat batu Kurau seolah olah Guan Eng anti Islam ingin membatalkan maulid Nabi. Kata mereka Perarakan ni budaya Islam, sedangkan yang berucap itu bekas ustaz terkenal. Kitab mana yang dibacanya entah la perarakan Maulid adalah budaya islam. Memalukan bila Perak sebenarnya tidak pernah buat perarakan pun.....
Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.
Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.
Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.
Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?
Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya.
Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.
PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.
Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?
Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.
Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.
Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.
Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.
Kegopohan dan kecetekan akal punca kemusnahan matlamat Pakatan Rakyat
Dalam usaha menggapai kemenangan dan kejayaan dalam perjuangan, terlalu banyak ranjau dan duri yang bakal menapis sebahagian pejuang kebenaran sehingga tapisan ini menjadi indikator pemilihan pejuang yang sejati di kalangan sebilangan besar petugas kebenaran.
Sejak pasca merdeka lagi rakyat malaya di perkotak katik minda mereka oleh pihak pemerintah. Kata Ustaz Amaluddin bekas pemimpin pusat PAS, “ Sesungguhnya ini adalah hakikat yang mana rakyat terbanyak tidak mengerti dan memahami kerana tidak cukup penerangan dari pemimpin mahupun kementerian sebagai penerangan sebagai rakyat merdeka….Rakyat tidak tahu tentang politik dan perbezaan faham politik. Rakyat tida tahu membezakan bezanya kerajaan dengan parti politik. Rakyat diajak menganggap bahawa kesemua ucapan menteri adalah baik” Amaluddin Darus dalam Mahu kemana Kita 1979.
Ditambahi dengan benih statik dan pasif terhadap perubahan, kaum melayu di Malaysia lebih senang dengan status quo selagi mana kondisi semasa tidak menganggu periuk nasik mereka, anak isteri mereka atau tepi kain mereka. Biar siapa pun memerintah ia tiada kena mengena dengan hal mereka. Tradisi memperbodoh rakyat ini adalah resepi kebanyak empirelis dunia sejak abad ke19 lagi dan diteruskan oleh parti-parti politik asuhan penjajah.
Akibatnya rakyat Malaysia menjadi ‘jakun’ dan resah jika ada perubahan kerajaan negeri. Belum bercakap soal mengubah perlembagaan, hanya mengubah undang-undang enakmen negeri pun sudah bercelaru teruk. Kita tidak memahami apa itu politik demokrasi yang diterima pakai oleh seluruh masyarakat.
Rakyat diperbodoh oleh UMNO sehingga jika rakyat memilih selain UMNO, mereka akan menolak raja dan sultan sedangkan ia hal yang jau berbeza. Raja dan Sultan itu lambang negara. Parti yang menang pula menguasai negara. Mereka bukan ketua negara, hanya mengetahui kerajaan sahaja. Jika Pakatan rakyat menang sekalipun, mereka tidak akan boleh menghapus Yang Dipertuan Agong apatahlagi melantik Agong secara suka hati sahaja.
Dalam hal ini kita melihat sendiri sindrom gopoh beberapa petugas kebenaran. Selama ini berjuang untuk menentang penyelewengan agama dan kehormatan agama yang dilakukan oleh UMNO. Bersetuju dengan PAS untuk bersama membersihkan agama. Setuju itu menjadi tangga; dan hilang apabila PAS bersetuju bersama PKR dan DAP menubuhkan kerajaan. Beberapa insiden pertembungan islamofobia di kalangan DAP dan PKR, fahaman bukan Islam yang ada di kalangan ahli PKR dan DAP dianaggap merosakkan perjuangan PAS. Lalu mereka mengambil keputusan membantai dasar PAS, menuduh PAS tidak lagi berjuang untuk Islam. Justeru mereka mula ingin menjatuhkan kerajaan PR. Malang lagi bila beberapa kelompok yang mengaku berjuang kebenaran sanggup sei sekata dengan UMNO membantai kerajaan Pulau Pinang.
Tanpa mereka sedari mereka membantu menyubur kuat nilai perkauman dan menjauhkan terus usaha untuk menegakkan ekonomi adil, rasuah sifar serta penghapusan undang-undang zalim dan pembaipulih siste kehakiman negara ini.
Baik, jika PR ingin dijatuhkan, siapa pula ingin mereka naikkan? BN dan UMNO? Bukankah dahulu mereka juga mengiayakan kezaliman BN? Mengapa hanya sedikit kepincangan dalam PR ingin dinaikkan semula hegemoni BN yang jauh lebih zalim? Nyata petugas kebenaran ini pragmatik tidak bertempat. Malah jahil berkenaan masa depan Islam dan sosiobudayanya. Amarah bila ada penghinaan terhadap islam tetapi hanya membela agama untuk jangka pendek.
Rakyat disogok dengan maklumat palsu hampir setiap minit di media perdana negara. Kini bukan sekadar pihak media tunggangan parti BN yang memeprbodoh rakyat, malah ada beberapa pihak pejuang kebenaran juga terkesima dengan fakta-fakta hina yang dikeluarkan oleh media negara kita ini. Daripada isu maulidur rasul sehinggalah kepada nama Allah.
Sepatutnya beberapa petugas kebenaran yang sekian lama memerangi kezaliman bersabar untuk melihat potensi PR membenteras kezaliman dan mengagih kekayaan kepada yang BERHAK. Bukan mereka menjadikan isu Maulid, isu nama Allah, isu gerai roboh sebagai bahan utama untuk mereka hancurkan maslahah yang begitu susah dicapai iaitu menjatuhkan BN di beberpa negeri. Contohnya di Pulau Pinang. Hegemoni BN Gerakan cukup lama di sana. Masakan cukup menilai kerja buat Guan Eng dalam beberapa bulan sahaja? Hebatnya pejuang melayu di Pulau Pinang tak tergamak mereka menawar diri membela gadis melayu yang dirogol seperti Guan Eng seorang Cina lakukan.
Kini suasana menjadi cukup sedih bila melihat kenyataan gopoh beberapa pejuang kebenaran yang sememangnya memiliki track record memperjuangkan kebenaran. Akibat kegopohan mereka, mereka menajdi alat kepada mudharat BN yang tanpa mereka sedari telah mereka bina semula. Benar sungguh pesan As Syahid Imam Al Banna, jika ingin memetik buah dakwah yang belum masak, jangan bersama Ikhwanul Muslimin. Memang jelas individu gopoh di negara ini tifak berjamaah. Tiada tarbiah yang mengawal pendirian mereka. Melohat kebenaran dalam kaca mata yang cukup dekat, pendek dan singkat. Jika kenal rangka didikan Ikhwan, mereka akan sedar mereka punca kejatuhan kebenaran yang mereka junjung.
Sewajarnya dalam tempoh usia Pakatan Rakyat, para pejuang kebenaran bukan berbincang ingin melihat kepincangan kerajaan baru dan menghukum melulu, jangan pula ambi peluang untuk memperkayakan diri, sebaliknya ambil lah peluang ini untuk belajar memerinta negeri. Enakmen negeri perlu diperhalusi. Selok belok kerajaan tempatan juga perlu difahami. Cara mengurus ekonomi dan membuat cegah rintang perlu dipelajari juga. Inilah peluangnya yang selama ini dikawal oleh BN. Mereka sahaja yang megetahui selok belok kerajaan kerana sejak dibina negara bangsa ini, hanya BN yang memegang komplek pentadbiran di serata negara. Kini marilah belajar. Tidak guna menghafal dan berhujah dengan ribuan hadis jika ilmu praktikal dan seni santuni sosial kita gagal!
Di Amerika dan Britain, peralihan kerajaan adalah hal biasa. Jika ada peralihan kerajaan, kerajaan tempatan boleh akur dengan mudah kerajaan pusat yang baru. Tidak seperti Malaysia. Di sini, jika berubah kerajaan, penghulu, DO dan YDP Majlis Bandaran masih berkiblatkan kerajaan lama serta gila talak dengan pentadbiran lama. Mereka lupa ini negara demokrasi, setiap pilihanraya perlu bersedia untuk pindah kerusi.
Lihat sahaja pendedahan sarjana seperti Barraclough (1984), Case (1993), Jesudason (1995) dan lain-lain bahawa kemenangan Perikatan diikuti oleh barisan Nasional adalah melalui penguatkuasaan beberapa akta yang menajdi imunisasi kepada BN seperti ISA dan OSA. Tidak hairan juga agenda memberi maklumat yang berat sebelah menjadi agenda utama untuk penerusan mandiri legasi BN dan UMNO khususnya.
Akibatnya rakyat menjadi bebal dan sukar berubah terutama kaum melayu. Apabila perubahan mulai menjelma, kaum melayu muda pula diajak untuk menjadi perkauman melalui kempen chauvinistik perkauman dan sebagainya walaupun retorik 1Malaysia dicanangkan.
Jika hanya rakyat biasa terpengaruh mungkin hal biasa, tetapi malang seribu malang apabila pejuang yang mengaku meperjuang kebenaran dan agama turut terjerat dengan kempen indah UMNO yang bermotifkan menggencat sokongan massa kepada PAS dan PR.
Menurut Ir Syamsu Hilal (2001) dari Indonesia, pemerkasaan pembinaan petugas Islam yang terdidik melalui latihan berjemaah adalah wajib untuk mengelak kerosakan matlamat utama gerakan islam. Penyertaan PAS dalam PR pasti memiliki matlamat menjatuhkan kemudaratan UMNO dan BN. Matlamat ini amat dangkal difahami oleh segelintir penyokong atau pemimpin yang tidak masak dengan sistem berjemaah yang diamalkan oleh PAS.
Malang bila petugas kebenaran jahil sunnah siir (kerahsiaan) dan hazar (berhati-hati) yang rasul wariskan. Kelemahan memahami tarbiah amniyyah (keselamatan dan strategik) cara Rasul menyebabkan ramai yang sanggup membelakangkan kehendak parti dan pemimpin hanya semata-mata menjuarai isu tertentu walaupun pada zahirnya kelihatan ia benar. Membelakangkan syura dan suara ramai dalam gerakan menyebabkan segelintir yang cukup ‘kuat beragama’ membelakangan PAS yang kini dikatakan ‘getik’ bergaul dengan PKR dan DAP yang bukan beradasar Islam (kata mereka). Kelemahan ini diambil peluang oleh BN untuk melemahkan saf kekuatan ketumbukan Islam dalam PR. Bukankah ia mudharat yang lebih besar!
Dalam hal melompat parti, selain isu amanah dan pendidikan insan diberikan kepada calon PR, nasihat ustaz Amaluddin Darus dahulu juga boleh diambil kira. Beliau selalu menulis dalam banyak buku dan makalah betapa perlunya calon muslim diajar tahu beragama. Pada beliau tidak faham apa itu agama dan perjuangan mneyebabkan calon mudah dibeli oleh pihak musuh. Sikap mudah dibeli inilah punca keruntuhan kerajaan Abbasiyyah malah pernah meruntuhkan Empayar Melayu pada 1511 dahulu.