Sunday, November 28, 2010

Gesa Kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI

Gesa Kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI

Suatu ketika dahulu saya pernah mengikuti program tarbiah di sebuah Madrasah di Melaka. Madrasah tersebut juga dilengkapi dengan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk pentarbiahan seawal 5 tahun bagi masyarakat sekitar kawasan madrasah berkenaan.

Hebatnya kanak-kanak Pasti tersebut, mereka mampu membaca doa wehdah dengan cukup fasih, lantang dan bersemangat walaupun masih kecil. Doa yang dibaca oleh para sahabat Rasulullah dan para mujahidin Islam sejak zaman khulafa’ Islam cukup meruntun jiwa kita jika berpeluang menyaksikannya.

Saya yang tidak pernah berpeluang menjadi pelajar PASTI juga berasa ketinggalan mengenangkan betapa bersedianya mereka memikul tanggungjawab menjaga ummah pada umur yang akan datang.

Pada pandangan saya, disebabkan itulah kerajaan negeri Melaka cukup ‘jaki’ dan anti terhadap PASTI di sana. Ya, generasi Al Quran yang diasuh melalui PASTI bakal menghumban jauh ideologi sekular dan kerosakan aqidah di sekuruh Melaka jika mereka terus menerima tarbiah berpanjangan selepas selamat berkonvokesyen di PASTI.

Lihat sahaja nasib 4 PASTI (Bukit Rambai, Krubong, Ayer Keroh dan Teluk Mas pernah dihadapkan ke Mahkamah sejak 2003 lagi demi mengesahkan aktiviti perobohan insttusi mulia tersebut. Namun kerajaan gagal mendapat perintah merobohkannya pada 2009 kerana hakim memutuskan operasi PASTI berkenaan adalah SAH menurut undang-undang negeri. Bayangkan 3 hakim bertukar ganti, 23 kali kes berlegar di mahkamah semata-mata mencari keabsahan untuk merobohkan PASTI sebuah tadika Islam. Kini Pasti Jaya Ihsan Bukit Katil pula menjadi mangsa kerahan kerajaan negeri untuk dirobohkan atas nama Akta Pengambilan Tanah.

Usaha menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat ahli PAS dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan.

Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) dan kemudiannya berdikari atas nama PASTI .

Di Perak, para pemuda PAS perlu bersedia mempertahan institusi ini bersedia atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap PASTI di negeri ini.

Justeru PASTI wajib dipertahankan oleh seluruh masyarakat Islam atas jasa dan kurikulumnya yang bercita tinggi untuk agama dan negara.

Muhamad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Saturday, November 13, 2010

Umat islam tidak perlu bersetuju dengan Gerakan Sederhana Global Malaysia

Disiar dalam Harakah 22-25 November 2010

Umat islam tidak perlu bersetuju dengan Gerakan Sederhana Global Malaysia

Tidak terkejut jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pada 2 November yang lalu menyatakan sokongan kepada falsafah Gerakan Kesederhanaan Global (GKM) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Hujah beliau lagi, sejarah membuktikan semua agama mempunyai golongan pelampau yang boleh mencetuskan konflik walaupun tidak berupaya menggugat kestabilan, keamanan dan demokrasi.

Memang kini, malaysia antara destinasi hab pemikiran Amerikanisasi yang mendokong tinggi cara pandang sarwa ala barat-sekular. Pertemuan demi pertemuan antara pemimpin dua negara ini cukup menjelaskan bahawa kitab sekular Amerika masih belum dikhatamkan oleh pemimpin-pamimpin tempatan kita.

PM juga ada memberi cadangan supaya diwujudkan “Pergerakan Kesederhanaan Global” adalah bertujuan mengajak pemimpin, ulama serta cerdik pandai dunia Islam tampil secara berani untuk menyuarakan pendirian secara terbuka dan tegas, sekali gus mengekang fahaman ekstremis. Cadangan ini telah disuarakan di Perhimpunan PBB di New York dan Sidang ASEAN ke 17 yang baru berlalu baru-baru ini.

Persoalannya sekarang, adakah Malaysia ingin mempopularkan aliran pemikiran baru? Dalam teks ucapan Datuk Seri Najib ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke 50 PERKIM pada 6 November, beliau mengambil PERKIM sebagai contoh kumpulan sederhana. Apakah kayu ukur sebenar gerakan sederhana yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib? Adakah cara perjuangan NGO islam atau gerakan dakwah selain PERKIM adalah ekstrim?

Perdana Menteri sendiri telah melabelkan Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana dan progresif, ketika sidang media hari terakhir lawatan kerja beliau menghadiri Perhimpunan Agung PBB, mesyuarat ke-2 ASEAN-Amerika Syarikat serta pertemuan dua hala dengan pemimpin asing dan rundingan bersama sektor perniagaan di New York sejak Khamis lalu. Lawatan ini disifatkan sebagai global bagi Malaysia untuk menampilkan peranan dalam isu antarabangsa seperti Islamphobia dan penyelesaian konflik antarabangsa. Dengan itu, penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global juga dilihat sebagai salah satu metod utama bagi merealisasikan ‘konsep sederhana’ yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sederhana? Adakah sama dengan konsep wasatiyah atau istilah ummatan wasatan yang Islam gariskan?

Sederhana di mata Datuk Seri Najib adalah berlawanan dengan ekstrim. Adakah ekstrim yang dikempenkan oleh kerajaan Malaysia sejajar dengan kempen Obama boleh disamakan pula dengan perbuatan ghulluw atau melampau batas di dalam Islam?

Meletakkan kayu ukur perbuatan yang melampaui batas bukanlah suatu perkara yang mudah biarpun perbuatan ini ada disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran. Menurut Imam Al-Qurtubi, di dalam Surah Al-Maidah, ayat 99, Allah s.w.t. telah mengharamkan sikap ghuluw dengan memberi contoh sikap Yahudi yang menuduh Maryam binti Imran berzina dan sikap Nasrani yang menganggap Maryam pula sebagai Tuhan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.:

‘Wahai manusia, waspadalah kamu sekalian terhadap ghulluw di dalam Islam. Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu hanyalah sikap ghulluw dalam agama mereka.’

Ghulluw semestinya telah terpesong daripada cara pandang Islam yang meletakkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras sesuatu perbuatan Muslim. Berlawanan pula dengan tahasul yang membawa maksud terlalu beringan-ringan dalam meletak hukum, sikap ini turut tidak berlandaskan hukum syarak hingga kelihatan memperlekehkan agama yang telah tersedia dengan rukhsahnya. Tasahul boleh membawa kepada perilaku fasiq kerana memudahkan syariah dan fatwa.

Idea yang dilontarkan Perdana Menteri kelihatannya seperti ingin menjernihkan atau membetulkan pandangan Barat yang kurang memahami Islam dan melabel Islam dengan istilah pengganas atau ekstrimis. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, seperti ada perkara yang tidak kena berlaku ketika penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, Monaco pada Ogos lalu yang telah menimbulkan bantahan dan kecaman dari ramai pihak. Festival ini dalam konteks Islam adalah memudahkan agama sehingga merosakan pandangan kaum bukan islam terhadap syariah islam. Tiada beza syariah islam dengan perilaku kaum bukan islam.

Adakah Datuk Seri Najib ingin menjustifikasikan tindakan Datin Seri Rosmah sebagai selari dengan fahaman beliau tentang konsep ‘bersederhana’ dalam Islam, Malaysia adalah negara yang sederhana atau sebenarnya disebabkan dasar ingin menjaga hati negara Barat, festival dengan pakaian sedemikian dianjurkan? Adakah ini yang dikatakan tidak ekstrim dan tidak melampau dalam beragama?

Apa yang berlaku kini, apabila berlangsungka festival Busana Muslim di Malaysia yang cukup memalukan agama, dicadangkan pula Malaysia sebagai Hab Hiburan Malam antarabangsa menunjukkan gerakan sederhana ini bukan gerakan wasatiyyah. Gerakan sederhana ini termasuk ketegori tasahul dan terkeluar daripada kayu ukur wasatiyyah-ghulluw. Ia tidak layak dibahas secara islamis melainkan menggelarkan gerakan ini sebagai gerakan sekular yang ingin menjinakkan gerakan dakwah Malaysia.

Apalah yang dipentingkan sangat dengan labelan Barat jika dibandingkan dengan tindakan umat Islam sendiri yang sanggup merendah-rendahkan martabat Islam dengan mengabaikan syarat pemakaian Islam agar sesuai dengan pakaian Barat dengan harapan Barat akan melihat Islam itu dengan cara yang lebih baik. Realitinya, pandangan Barat tetap tidak akan berubah kerana mereka sendiri yang mencipta istilah ekstrimis tersebut.

Label yang diberikan Barat tidak harus terlalu diambil berat kerana menurut catatan rasmi FBI, hanya 6% dari serangan pengganas di wilayah AS (1980-2005) dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain). Data yang dikumpulkan oleh Europol lebih menguatkan bukti dengan terbitnya laporan ‘EU Terrorism Situation and Trend’. Di lama web rasmi Europol, laporan seawal tahun 1998 hingga 2010 boleh diakses dengan mudah.

Hasilnya jelas, dan tegas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok non-Muslim dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai hubung kait dengan Islam. Maksudnya, hanya sejumlah 0.4% kes sahaja mempunyai kaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan dan lain-lain.

Perlebalan umat Islam sering dilakukan melalui cara fikir dan pandang akademik cara barat. Fundamentalisme Islam merupakan satu terma popular dan lumrah diguna pakai sama ada di kalangan pelajar, pengkaji, sarjana, dan ulama baik di dunia Timur mahu pun Barat. Kalimah fundamentalisme Islam bukan berasal daripada dunia Islam tetapi ia diberikan oleh dunia Barat (tidak merujuk pada keseluruhan Barat) kepada penganut Islam. Istilah ini sebenarnya berasal dari bahasa Inggeris, begitu juga dengan termanya bukan berasal dari dunia Islam, ia merujuk kepada golongan Kristian, American Protestant, yang menentang dengan kekerasan pemikiran modenisme dan liberalisme, khususnya evolusionisme dan Darwinisme.

Asal-usul kelahiran dan doktrin pegangan fundamentalisme (Kristian) berkait langsung dengan sejarah dan pengalaman yang berlaku dalam agama Kristian Protestan di Amerika Syarikat. Fundamentalisme seperti yang disebutkan di atas adalah gerakan militan dan (ultra) konservatif Protestan yang muncul di Amerika Syarikat sebagai satu tindakbalas terhadap kemajuan Kristian moden dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia juga sebagai respon menentang teori evolusi dan pengkajian secara sejarah kitab Bible serta pentafsiran. Ini jelas berdasarkan petikan berikut:

‘During the 1920s fundamentalists actively fought against medernism in their churches and against evolution in their schools. They lost those battles but retreated and reorganized into a network of instituitions that has housed much of the conservative wing of American Protestantism ever since.’’

Jelas di sini, fundamentalisme dalam konteks asalnya (Kristian) merupakan satu nama yang digunakan bagi merujuk kepada satu golongan penganut agama Kristian yang muncul sebagai satu tindakbalas terhadap kemajuan Kristian moden dalam abad ke-19 terutamanya di Amerika Syarikat.

Ulama’ Islam yang tegar mempertahankan syariah secara kaffah (holistik) bukannya fundementalis. Mereka adalah pejuang ummatan wasatan yang erat menggenggam sunnah bukannya ekstrim menurut kayu ukur sekular.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Monday, October 18, 2010

Gesaan Transformasikan pendidikan negara melalui Bajet 2011

Disiar dalam Harakah 29-31 Oktober 2010

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Gopeng

Gesaan Transformasikan pendidikan negara melalui Bajet 2011

Dewan Pemuda PAS Gopeng memandang serius mengenai pembentangan Bajet 2011 terutama skop yang meliputi sektor pendidikan. Pendidikan bukan suatu institusi yang bersifat kilang untuk menghasilkan tenaga manusia berkemahiran sahaja, malah pendidikan di Malaysia masih jauh daripada menyelami hasrat sebenar mendidik manusia ke arah komuniti yang beradab. Sebagaimana saranan Prof Naquib Al Attas, ta’dib atau mendidik ke arab peradaban, kesopanan dan ketatasusilaan adalah matlamat mutlak pendidikan menurut Islam.

Pemuda PAS Gopeng meneliti gagasan kerajaan dalam bidang pendidikan dengan penuh kerisauan memandangkan kerajaan masih lagi berbahas soal infrastruktur, material (maddiyyah) dan latihan sekadar jangka pendek untuk para guru dan tenaga pendidik.

Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. Adalah diharapkan, kerajaan memperuntukkan dana yang tersendiri untuk ramai tenaga intelegensia dan cendiakawan tempatan meneliti dan mengkaji perjalanan falsafah pendidikan negara dan implimentasinya. ‘Retreat’ dalam pendidikan adalah satu kemestian.

Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin, pembentukan modal insan yang disasarkan adalah melalui pembangunan daya inovasi dan kreativiti pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajara (P&P). Warganegara yang dinamik dan progresif juga dijadikan sasaran untuk dicapai melalui transformasi pendidikan yang dipacu melalui Bajet 2011 dan Model ekonomi baru yang mengimpikan status Negara yang berpendapatan tinggi.

Inovasi dan kreativiti bukanlah perlambangan sesuatu masyarakat yang berpeadaban malah ia hanya salah satu cabang minor untuk mengukuhkan peradaban. Peradaban yang diimpikan melalui pemerkasaan negara Malaysia perlu difikirkan melalui pemugaran sistem moral dan kemanusiaan agar bajet dan belanjawan berjaya memanusiakan rakyat dan pemimpinnya.

Belanjawan yang boros untuk mengurus PLKN sebagai salah satu struktur pendidikan juga amat dikesali oleh rakyat. PLKN masih jauh daripada menghasilkan manusia berakhlak berdasarkan banyak testimoni rakyat. Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh beberapa NGO sosial, hanya 15% peserta PLKN solat 5 waktu. Dengan ketiadaan undang-undang mewajibkan solat berjemaah dan mendengar kuliah agama di PLKN ditambahi dengan jadual kem yang bermula seawal 6 pagi menyebabkan institusi solat menjadi murah dalam PLKN. Peruntukan PLKN kini mencecah RM 500 juta setahun kerana kos penyelenggaraan tinggi. Namun baget sebegini tinggi masih gagal menepati hasrat kerangka pendidikan jangka panjang negara. Jurulatih PLKN yang dilatih juga tidak berjaya menjadi contoh baik kepada pelatih.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dwn Pemuda PAS Gopeng

18 Oktober 2010

Tuesday, October 12, 2010

Public talk: Mampukah Malaysia Menuju Demokrasi Matang?

'Direct Election' -
Mampukah Malaysia Menuju Demokrasi Matang?


These are the details of the programme:

Tarikh: 30 Oktober 2010
Masa: 8mlm
Hari: Sabtu (malam Ahad)
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH)
Penganjur: Free Public Forum (FPF) & KLSCAH Youth Section


Panelist:
1- Prof Aziz Bari (UIAM)
2- Hishamuddin Rais (a.k.a Tukar Tiub)
3- Khalid Jaafar (Institut Kajian Dasar-IKD)
4- YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor MP)



Sincere,
SHAKE-Free Public Forum (FPF)
013-2965724

Saturday, October 09, 2010

Program PAS For All; misi penerangan dan dakwah PAS

PAS Kawasan Gopeng berjaya melaksanakan siri program PAS FOR ALL di DUN Sungai Rapat untuk menjayakan misi penerangan dan semarak datar pemilih di kawasan yang ditandingi oleh PAS.

Program ini dijalankan selama seminggu bermula pada 4 Oktober melalui beberapa siri ceramah kelompok dan kuliah maghrib untuk menerangkan misi perjuangan PAS berlandaskan syariat Islam.

Kemuncak program ini adalah semasa Ceramah Perdana (9 Oktober) yang dimeriahkan oleh penceramah seperti Richard Wong (Timbalan Ketua DHPP), Ustaz Zakaria Ahmad, Ustaz radzi Zainon (Calon DUN Sg Rapat) dan Dr Raja Iskandar. Ceramah bertempat di Taman Desa Aman.

Pada 10 Oktober pula acara Sukaneka PAS For All dijalankan serentak dengan Sukaneka PAS Taman Pinji Mewah. Acara yang bersifat santai ini diisi juga dengan edaran risalah bertemakan Sukan Menurut Islam.

Unit Penerangan JPK DUN Sg Rapat berjaya menyediakan dan menghabiskan edaran risalah sebanyak hampir 1100 keping (4 jenis tajuk) sepanjang seminggu program berjalan. Alhamdulillah sokongan petugas PAS dan Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat berjaya merealisasikan hasrat penerangan untuk menyebarkan tulisan bertemakan perjuangan PAS berlandaskan islam kepada masyarakat.

Risalah juga berjaya diedar kepada kaum bukan Islam semasa Jamuan Hari Raya Pengkalan Barat (9 Oktober).

Semoga program bermanfaat sebegini akan terus diadakan kerana ia bukan sahaja meagktifkan semula para petugas PAS malah memastikan masyarakat memahami hasrat dan hala tuju perjuangan PAS.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Saturday, October 02, 2010

Tangani Islamofobia; ikut tarian Barat?

Tangani Islamofobia; ikut tarian Barat?

Jelas, Amerika Syarikat tidak memerlukan tazkirah atau penerangan berkenaan apa itu islam daripada Perdana Menteri Malaysia. Malah sejak berlakunya pertembungan peradaban di Andalus sehinggalah berlakunya reconquista (penaklukan semula) pada 1492M, orientalis barat cukup kenal apa itu islam serta hikmah di sebalik syariatnya.

Apa yang diidamkan oleh Washington dan Tel Aviv adalah pengekalan hegemoni yang mereka pusakai daripada Empayar Britain sejak 1945 lagi.

Untuk memupuk dialog peradaban budaya antara benua dan Negara yang sihat atau menuju kea rah convivencia sejagat kata Anwar Ibrahim, pemimpin islam tidak semestinya perlu menampilkan imej west-friendly (mesra barat) yang tunduk kepada kempen keganasan barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan pandangan kepada Presiden Barack Obama pada mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-AS, di Hotel Waldorf-Astoria, agar rakyat Amerika memahami umat islam dengan lebih mendalam.

Hari ini, gejala islamofobia berlaku akibat akurnya pemimpin umat islam untuk berkempen secara apologatik bahawa umat islam tidak perlu mengikuti jalan ekstrimis sebaliknya mengejar kesederhanaan. Kempen-kempen pemimpin umat islam cukup popular sering menyalahkan umat islam berbenading menegur keganasan da kerakusan kuasa yang dilakukan oleh AS dan isreal secara terbuka seumpama dilakukan oleh Iran dan Turki.
Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada rasa takut terhadap Islam dan penganutnya. Rasa takut atau benci ketidaksukaan terhadap Islam. Istilah ini muncul di awal tahun 1980-an, tetapi menjadi lebih popular pada tahun 2001, sejak tragedy WTC. Islamofobia menjadikan orang islam mengalami diskriminasi di berbagai bidang, seperti ekonomi, sosial, budaya dan politik.

Kerja menangani islamofobia tidak boleh bermula dengan hanya mengistihar kerjasama di peringkat global untuk membasminya. Fobia ini adalah satu psikologi yang terhasil akibat scenario ciptaan barat. Malah pemimpin umat islam yang ingin membasmi fobia ini perlu menunjukkan teladan baik dahulu untuk menanganinya di dalam Negara sendiri!

Adakah semua pemimpin Negara islam memahami syariat islam serta menobatkan Al Quran sebagai sandaran utama pemerintahan? Isu serangan terhadap kaum bukan islam yang ingin mendalami Al Quran, penghinaan hukum islam di kalangan pemimpin, gejala penghinaan hukum islam dan memepersendakan aurat di kalangan artis dan selebriti, isu tuduhan dan diskriminasi terhadap mahasiswa islam di kampus-kampus cukup mengambarkan betapa malaysia juga belum menyekesaikan hutang islamofobianya. Bagaimana pula Malaysia mampu membantu AS yang merupakan perancang islamofobia untuk memahami islam dan bertoleransi.

Peranan yang lebih bijak perlu dimainkan. Pemimpin OIC dan ASEAN perlu bercakap di perhimpunan besar seperti PBB dan sebagainya untuk mengupas akar umbi terjadinya keganasan dan islamofobia. Adakah si ketua perang yang ingin membasmi keganasan itu tidak mengganas? Jangan cepat menunding jari ke arah umat islam semata-mata ingin membina imej toleransi yang akhirnya akan menjadi imej ‘budak Amerika’ yang merugikan ummah.
Perdana Menteri Malaysia amat berharap jika rakyat Amerika yang majoritinya bukan beragama Islam untuk memahami Islam dan syariahnya. Ironinya, gejala ketidakfahaman islam paling dahsyat juga berlaku di kalangan melayu-Islam di Malaysia. Tambahan pula, sikap anti syariah islam, tidak menutup aurat dan menghina ulama’ juga berlaku di kalangan pemimpin melayu-islam. Inilah krisis terbesar islamofobia, fobia yang berpuncaa akibat kemelesetan pegangan islam kaum islam itu sendiri, bukannya disebabkan ketidakfahaman kaum bukan slam sahaja.

Kini Obama cukup pening dan sibuk ke hulu ke hilir menjelaskan bahawa beliau bukan beragama islam seperti yang disangka oleh 45% rakyatnya. Majalah Times (September 2010) memetik kata-kata beliau, ‘I can’t spend all my tme with my birth certificate plastered on my forehead. Daripada memahamkan rakyat AS tentang Islam, lebih baik beliau memahamkan rakyat AS bahawa beliau adalah Kristian asli dan bukannya muslim!
Menangani islamofobia memerlukan penampilan amalan dan keeratan syariah islam dengan kehidupan dan bukannya menampikan statistik ekonomi mahupun kenaikan KDNK semata-mata. Hari ini negara umat Islam yang mengalami pertumbuhan ekonomi hebat akan dianggap juara yang mampu menghakis prejudis barat.

Menurut laporan Buletin OIC bulanan, selepas satu soal selidik dilakukan di Scotland, 60% rakyatnya bersetuju bahawa syariat islam sesuai dengan rutin harian rakyat Scotland berbanding England walaupun masih ada keterbatasan untuk bergaul di pesta arak atau jamuan minum. Inilah syariah islam yang perlu difahamkan.

Laporan Tahunan ketiga OIC merangkumi tempoh dari Mei 2009 hingga April 2010 ada membuat kesimpulan berkenaan keadaan islamofobia terkini di Eropah Barat dan Utara Amerika. Hak asasi umat islam masih dilanggar dan kebebasan beragama masih terhad. Label umat Islam sebagai "pengganas, agama kekerasan , tragedi bias dalam liputan media dan sebagainya. Mengapa takrifan ekstrim masih dirujuk daripada penggunaan AS dan sekutunya?

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri bersempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama’ dan Umara’ Pada 5 Feb 2010 (Jumaat), PICC Putrajaya, beliau cukup menekankan aspek wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai lawan kepada sikap ekstrim. Kalimah ekstrim kebanyakkan difahami berdasarkan kamus korpus barat yang menuduh umat islam yang tegar mengamalkan syariah sebagai ekstrim secara melulu. Kalimah ini tidak dihurai secara saksama. Akibat terdorong dengan konotasi Barat, kalimah ekstrim diperangi oleh pemimpin umat Islam dengan membantai para alim ulama’ ,mendiskriminasi pelajar pengajian islam dan sekolah agama, menangkap dan menyeksa dengan ISA terhadap umat Islam tanpa soal selidik secara perundangan yang sah. Inilah layanan yang dilaksanakan di Guantanamo tajaan AS yang kini ingin didampingi oleh Perdana Menteri Malaysia. Adakah ini menyumbang ke arah pengurangan islamofobia?

Islamofobia datang dari sikap Barat. Ia juga disumbang akibat sikap umat Islam yang mengucupkan kerja dakwah sehingga islam tidak menyinar kepada kaum bukan islam. Ia juga diakibatkan konspirasi media atau politik antarabangsa untuk menampilkan keburukan Islam semata-mata. Lantaran itu, menghapuskan islamofobia perlu mendasar kepada puncanya dan bukan hanya menemplak umat islam yang mengamalkan syariah sebagai kaum yang ekstrim walaupun Islam tetap melarang perbuatan iabadah secara ghuluw (melampau).

Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA-TERAS

Tuesday, September 28, 2010

Iran tampar muka Amerika, iktibar juga untuk melayu

Disiar dalam Harakah 4 Oktober 2010

Iran tampar muka Amerika, iktibar juga untuk melayu

Benar kata-kata Mahmoud Ahmadinejad semasa membedal Amerika dan tuan guru nya iaitu regi Zionis baru-baru ini, “Penyembahan modal dan hegemoni telah menggantikan monoteisme yang menjadi rahasia persatuan dan cinta”.

Inilah dunia yang diidamkan oleh Zionis dan muridnya iaitu menyembah modal, menjadi penganut kapitalis dunia da melebarkan hegemoni baik daripada aspek politik, sosial, budaya dan ekonomi mengantikan sikap cinta, toleransi, berlapang dada dan jiwa kehambaan kepada tuhan.

Ahamadinejad benar-benar menampar muka Amerika dan sekutunya Israel serta seluruh rangkaianya apabila memberitahu PBB bahawa sebilangan besar manusiua serata dunia termasuk rakyat Amerika percaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001, menyebabkan delegasi AS meninggalkan persidangan sebagai tanda protes.

Beberapa minggu lepas dunia dikejutkan dengan sikap biadab paderi Florida yang ingin mengadaka ritual pembakaran Al Quran secara beramai-ramai untuk mengenangkan ‘keganasan’ islam terhadap rakyat Kristian Amerika. Jika diteliti dengan sikap skeptikal Presiden Iran ini, tidak asing jika kita katakan usaha pembakaran Al Quran baru-baru ini adalah lakonan yang menurut skrip Zionis! Di Amerika, Persatuan Evangelis Kebangsaan (NAE) The National Association of Evangelicals dikatakan turut membantah sikap ekstrim membakar Al Quran. Sedangkan gerakan Evangelis juga merupakan satu gerakan khas di bumi Amerika yang berjuang untuk menokok tambah Bible King James untuk menjustifikasikan usaha Yahudi merampas bumi Palestin.

Walaupun delegasi PBB kebanyakkannya telah keluar memboikot ucapan beliau, ternyata beliau telah menyuarakan suaraa membela islam di tempat yang benar dan tepat malah menepati saranan Nabi untuk menyatakan kebenaran di hadapan raja yang zalim. PBB adalah lambang kerajaan yang diperintah oleh penzalim termaha hebat iaitu Amerika dan Zionis.

Di antara 3 elemen penting kezaliman dunia yang dibina oleh Amerika-Zionis ialah melalui konspirasi 11 September yang dijadikan alasan kambing hita untuk menduduki negara-negara umat islam. Elemen kedua ialah melalui pendudukan haram Zionis di bumi Al qsa selama 60 tahun dengan enuh kezaliman walaupun bukti-bukti hak yahudi mulak di bumi paslestin masih mampu disangkal oleh pengkaji akademik. Elemen ketiga ialah melalui pengawalan tenaga nuklear yang hanya diagihkan jepada negara yang mampu mengikuti telunjuk yahudi sahaja.

Beliau optimis bahawa kebejata dunia hari ini adalah akibat dunia diperintah oleh kelomp-ok yang menang pasca Perang Dunia Kedua yang kini memegang kuasa mutlak majlis Veto PBB. Sebaliknya Majlis UMUM PBB lah yang pelru dijadikan medan wacana dan kolaborasi sihat antara negara anggota dan bukannya diperintah mutlak oleh majlis Veto.

Jika dibahas daripada aspek mazhab, ternyata beliau benar-benar meakili blok Syiah dalam membela Palestin dan menyelar pemohongan AS dalam kes 11 September. Di mana pula wakil Sunnah? Arab saudi lebih rela berdiplomasi dengan Amerika daripada bertindak menegur secara terbuka kekufuran AS itu.

Obama hanya mampu mengadakan sidang media selepas ucapan Iran selepas hanyaa mampu mengaranhkan diplomat Barat dan AS keluar dari Dewan. Sidang tersebut tidak ilmiah dan berkesan untuk menafikan ucapan dan ‘tuduhan’ Iran sebelumnya. Terlalu ramai cendiawakawan dan intelegensia Amerika yang tampil menulis jurnal, berucap serata dunia, membuat laman sesawang dan berkempen secara berfakta berkenaan teori konspirasi 11 September itu. Namun ia tidak cukup ilmiah untuk mendidik para pendokong Zionis di kota New York sana. Obama yang lesu selepas menerima tamparan Iran ini pula menjadi tumpuan Perdana Menteri Malaysia yang kini giat untuk mnegembleng tenaga bersama ‘Amerika’ untuk membasmi islamofobia.

Kelantangan pemimpin Iran dan Turki (Erdogan) baru-baru ini perlu menginsafkan kaum Melayu. Kaum yang hebat serta berani inilah yang banyak diuji oleh Allah dan merekalah yang sebenarnya kaum yang perkasa. Nasib melayu tidak akan hebat dan gemilang dengan hanya ditadbir oleh pemimpin yang kuat sikap kemelayuannya. Perkasanya Melayu bukan dengan hanya melaung-laung hak melayu dengan penuh chauvinistik. Lantaran itu kaum kita tidak diuji seumpama di Palestin kerana Allah tahu tahap kekuatan hambaNya. Kaum yang hebat ialah kaum yang diuji oleh Allah serta mampu menyuaraka kebenaran wala apapun rintangan dan tekanan yang dihadapi.

Muhamad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-TERAS

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)