LAPORAN - ISU ASAP BUSUK DARI KILANG HARAM MEMPROSES MAKANAN
HAIWAN DI SUNGAI PETANI
Laporan daripada : Dewan Pemuda PAS Sungai Petani & DPPN Kedah
Lawatan Dewan Pemuda PAS Sg Petani
Maklumat lawatan
Peserta lawatan:
Mohd Sani Bin Mohd Md Sod Ketua Pemuda Cawangan Permatang Berangan
Mohd Farhan Bin Omar Setiausaha Pemuda Cawangan
Mohd Izwan Ismail Ketua Dewn Pemuda PAS Sg Petani
Shafirol Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Sg Petani
Beberapa penduduk tempatan yang telah lama perjuangkan isu ini.
Masa: 6.30 petang
Tarikh: 23 April 2015
Tujuan: Menyiasat bersama penduduk tempatan selepas dimaklumkan isu
oleh pemuda cawangan Permatang Berangan.
Tujuan Laporan :
Tindakan pohak berkuasa untuk menutup kilang berkenaan jika terbukti
ia kilang tanpa pendaftaran berdasarkan akta dan peruntukan
undnag-undang yang sah.
Jika memiliki permit dan lesen, diminta pihak berwajib pastikan
tiada lagi perlepasan bau busuk ke persekitaran awam sebegaimana
peruntukan undang-undang Akta Kilang dan Jentera dan Akta Kualiti
Alam Sekeliling.
Latar belakang isu
Antara pemilik Beh Eng Chuan
Lokasi kilang haram (tanpa lesen perkilangan) di Kampung Pulau
Tengah.
Nama syarikat Enterprise sahaja - Sin Xing Long Enterprise tertera
pada pintu lori.
Tiada papan tanda seperti kilang-kilang lain.
GPS code : 5 darjah 35’ 17 “ N dan 100 darjah 29’ 27” E
Bahan mentah bulu ayam, kepala ayam dan sisa perut ayam
Bau busuk dilepas tanpa mengira masa termasuk waktu malam.
5 sekolah terjejas - antaranya SM Pinang Tunggal, SRK Pinang
Tunggal, Sekolah agama dan 5 buah Tabika.
Kampung terjejas
Permatang Berangan
Kampung Pulau Tengah,
Pinang Tunggal
Kampung Kilang Makau
Tama Seraya
Taman Kempas I dan II.
Jika asma atau lelah apabila bau keluar keadaan akan jadi lebih
parah
Tindakan penduduk dan hasil
Himpunan bantahan NGO - 24 Ogos 2014
Telah disiar TV9
Telah disiar dalam RTM - 5 September 2014
Telah disiar dalam Sinar
Tarikh 25 Ogos 2014
2000 penduduk tempatan terjejas.
Waktu paling busuk 6 ptg hingga 12 malam.
Telah diajukan kepada Majlis Bandaran
Surat ditulis pada 8 September 2014 oleh JKKK merangkumi JKKK
Kapung Kilang Makau, kampung Pulau Tengah, Kampung Permatang
Berangan.
Disertakan aduan rakyat, plan kilang dan tandatangan penduduk yang
terjejas.
Tiada tindakan sewajarnya.
Telah dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar
Berjumpa Exco Alam Sekitar
Pada 26 Ogos 2015 perteuan dengan Exco Alam Sekitar Dato’ Dr
Leong.
Pengusaha kilang juga hadir.
Berjanji akan selesaikan isu bau dalam sebulan. (sehingga laporan
ini ditulis bau masih dilepaskan)
Surat kepada Menteri Besar Kedah
Bertarikh 15 Feb 2015 oleh Azhar Bin Hamat (Pengerusi JKKK
Permatang Berangan)
Belum ada maklum balas
Isu-isu perundangan dan akta
Salah guna tanah persendirian
Seksyen 127 (1A) Akta Kanun Tanah Negara 1965 Pelanggaran Syarat
Tanah
Denda tidak kurang RM500.00 dalam kes perlanggaran berterusan,
tambahan RM100.00 bagi tiap-tiap hari tempoh perlanggaran
berterusan atau tanah boleh dirampas.
Jika ubah status tanah perlu ada dokumen.
Melepas bahan kimia atau bau busuk di udara
Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Seksyen 25(1) Mengeluar, melepas atau
meletakkan apa‐apa benda berbahaya kepada alam
sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam mana‐mana
perairan daratan tanpasuatu lesen.
Denda tidak melebihi RM100,000 atau
dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua‐duanya dan denda tambahan tidak
lebih daripada RM1000 sehari bagi
tiap‐ tiap hari kesalahan itu
diteruskan selepas disampaikan kepadanya
suatu notis yang diberi oleh Ketu
Pengarah menghendakinya menmberhentikan
perbuatan yang dinyatakan di dalamnya
itu.
Memiliki premis kilang tanpa memaklum Pemeriksa Jentera
Seksyen 34 (1) Akta Kilang dan Jentera
1967
Tiap-tiap orang yang pada mula kuat kuasa Akta ini
menduduki atau mengguna mana-mana
premis sebagai suatu kilang hendaklah—
(a) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu mengemukakan
kepada Ketua Pemeriksa apa-apa
butir sebagaimana yang boleh ditetapkan;
dan selepas itu;
(b) dalam tempoh enam bulan apabila dikehendaki berbuat
demikian oleh Ketua Pemeriksa
mengemukakan apa-apa butir lanjut
sebagaimana yang ditetapkan.
(2) (a) Tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis
Pemeriksa, mula menggunakan
mana-mana premis sebagai kilang sehingga
satu bulan selepas dia menyampaikan kepada
Pemeriksa suatu notis bertulis mengikut
bentuk yang ditetapkan.
(b) Subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang
mengambil alih sesuatu kilang
daripada orang lain jika tiada perubahan
dalam sifat kerja yang dijalankan di dalam
kilang itu dengan syarat bahawa orang
pertama itu hendaklah dalam tempoh
satu bulan dari pengambilalihan itu menyampaikan kepada
Pemeriksa notis bertulis mengikut bentuk
yang ditetapkan.
Memasang mesin tanpa kebenaran
Seksyen 36. (1) Akta Kilang dan Jentera
1967 Tiada seorang pun boleh memasang
atau menyebabkan supaya dipasang apa-apa
jentera kecuali dengan kelulusan bertulis
Pemeriksa dan bagi maksud mendapatkan kelulusan itu maka
hendaklah dikemukakan kepada Pemeriksa apa-apa butir
sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Apabila mana-mana jentera yang berkenaan dengannya suatu
perakuan kelayakan ditetapkan telah
dipasang, notis bertulis hendaklah
disampaikan kepada Pemeriksa yang
hendaklah dengan seberapa segera yang boleh
membuat suatu pemeriksaan ke atasnya
dan, jika jentera itu mematuhi Akta ini, mengeluarkan suatu perakuan
kelayakan mengikut bentuk yang
ditetapkan apabila dibayar fi yang
ditetapkan.
(3) Notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan itu hendaklah
disampaikan kepada Pemeriksa
sebelum mana-mana jentera selain jentera
yang berkenaan dengannya suatu perakuan
kelayakan ditetapkan atau yang telah
dinyatakan dalam mana-mana notis
bertulis yang disampaikan kepada Pemeriksa menurut seksyen 34
mula-mula digunakan di dalam suatu
kilang dan tiada jentera boleh, kecuali
dengan kebenaran bertulis Pemeriksa,
digunakan sehingga habis tempoh satu bulan
selepas penyampaian notis bertulis di
bawah subseksyen ini.
B) Borang JKJ 106 perlu diisi oleh pengusaha dan penduduk boleh
meminta pengusaha keluarkan salinan surat berkenaan.
Tidak menyedian persekitaran selamat kepada pekerjannya sendiri
Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Mengadakan dan menyenggara setakat yang praktik tempat kerja dan
sistem kerja yang selamat
Menyediakan kaedah atau cara yang boleh menjamin keselamatan dan
kesihatan semasa pengendalian, penggunaan, simpanan dan
pengangkutan bahan
Dari pemerhatian, lawatan kami, suasana busuk dan pekerja menghadap
bau busuk tanpa PPE (personal protective equipment), tanpa ada
sistem ventilasi yang menghalang pekerja terdedah bau busuk.
Undang-undang tort - kacau ganggu
Penduduk boleh memohon injunksi mahkamah untuk menyekat bau
tersebut.
Usaha Dewan Pemuda PAS
Memaklum kepada ahli parimen Sungai Petani untuk tindakan lanjut
Membuat laporan kepada Persatua Pengguna
Menghantar laporan kepada Sinar dan Harakah.
Membuat lawatan susulan akan datang memandangkan pihak penguasaha
berjanji menyiapkan sistem penapis bau serta cerobong khas.
Laporan oleh :
Muhammad Nuruddin Bashah
(Ketua Penerangan DPPK Sungai Petani, Exco DPPN Kedah)
10 Mei 2015