Sunday, September 14, 2008

Jalan Maut Balik Pulau ( Bahagian I )

Jalan Maut ke Balik Balik. Inilah antara tajuk penting yang perlu rakyat Pulau Pinang perhatikan. Bagi rakyat Balik Pulau, berjalan di Bukit Teluk Kumbar adalah seperti berlumba ala-ala camel trophy.

Siapa punya angkara? Siapa mulakan? Mengapa mulakan projek perlebaran jalan jika enggan bertanggungjawab? Kerajaan Koh Tsu Kon tau Lim Guan Eng yang bersalah? Atau Guan Eng menjadi kambing hitam kepada pusaka bala peninggalan kerajaan BN dahulu? Ataupun mungkin Guan Eng sendiri belum mengambil langkah utama dan efektf untuk memastikan kontraktor lama kembali bekerja dan menjaga naywa kami rakyat Balik Pulau.

Dikatakan tiada duit? Mengapa mulakan projek berisiko ini walaupun ada NGO alam sekitar yang membantah!

Kerajaan pakatan raklyat juga perlu menjawab persoalan ini dengan menjadikan ini agenda utama mereka dan bukannya bantuan kebajikan lain yang terlalu remeh berbanding projek maut ini. Ingin rasai sendiri ngerinya berjalan di tanahair sendiri? Silalah datang ke Balik Pulau melalui jalan Teluk Kumbar.

gambar 1 : gambar ini adalah lereng yang sepatutnya terisi dengan tanah, batu dan tar dan ia menjadi asas kepada pengukuhan lereng jalan bukit ini. Tetapi?


Gambar 2: lihat simen yang terhakis selepas 2 bulan kontraktor jalan ini melarikan diri. hampir 40% simennya telaah terhakis.


gambar 3 (di atas) : jambatan hantu yang sepatutnya dilalui oleh kenderaan, tetapi separuh jalan dan ia mengelirukan kenderaan orang luar Balik Pulau kerana tiada papan tanda atau palang penghalang.



Gambar 4: Penghalang jalan plastik yang kian reput serta berselerak selepas banjir dan hakisan jalan ini. Pemandu mudah untuk menjengah ke dalam gaung!

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)