Sunday, September 14, 2008

Kenyataan Media terhadap tangkapan ISA terkini

Kenyataan Media terhadap tangkapan ISA terkini
Gerakan mansuhkan ISA (GMI) menentang keras penangkapan mangsa baru Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam iaitu Tan Boon Cheng di rumahnya kira-kira pada pukul 8.30 malam 12 September 2008.

Beliau yang dikatakan dalam keadaan cemas dan gagal menghubungi rakan sekerjanya, telah ditahan di Balai Polis Bukit Mertajam dan kemudiannya dikatakan berpindah ke Balai Polis daerah. Terbaru, beliau kini berada di Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang.

Beliau yang bertugas sebagai wartawan di akhbar harian Sin Chew daily, telah menjadi mangsa akta zalim ini selepas tangkapan lain iaitu Raja Petra dan Y.B Teressa Kok di Kuala Lumpur.

Insiden yang sama berlaku terhadap Y.B Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh, yang ditahan pada pukul 11.18 malam, semasa dalam perjalanan pulang makan malam pada hari yang sama. Teresa dan Tan ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA.

Sebagaimana kenyataan media Perdana Menteri iaitu, tangkapan di bawah ISA adalah disebabkan adanya sebab musabab yang kukuh, GMI ingin meminta pula pihak Menteri dalam Negeri serta pihak Ketua Polis mengeluarkan sebab yang kukuh yang menyebabkan tangkapan. Jika mereka melakukan jenayah, tangkapan perlulah dilakukan dengan mengeluarkan waran dan perintah mahkamah.

Sebagaimana rutin perlaksanaan akta zalim ini, tahanan ISA yang bermula semalam dan berkemungkinan berakhir sesi pertama selepas 60 hari, dikhuatiri akan berlaku pencabulan hak asasi, penderaan dan menafian hak guaman terhadap tahanan ISA.

GMI menentang tangkapan dengan akta yang tidak bertamadun ini serta menggesa akta ini disekat perlaksanaannya sekaligus membebaskan tahanan serta didakwa di mahkamah jika sabit kesalahan dan pertuduhan. GMI yang sejak sekian lamanya menentang akta ini juga menggesa ahli politik, ahli parlimen serta NGO yang sedar agar bersama menentang dan melaungkan pembebasan mangsa-mangsa terkini ini.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
Pulau Pinang
13 September 2008

suarampg@gmail.com

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)