Thursday, December 25, 2008

Adunan konsep kepimpinan Amanah, Adil dan Berkebajikan

Mengapa Pakatan Rakyat boleh menjalinkan kerja dengan lancar di Perak? Jawab Menteri Besar Ir Nizar Jamaluddin, atas perinsip Al Quran juga. Dalam Al Quran ada beberapa prinsip umum yang boleh digunakan dalam usaha bekerjasama dengan kelompok bukan Islam serta golongan berideologi lain. Al Quran membawa prinsip Amanah, Adil dan Kebajikan. 3 elemen ini terdapat pelbagai dalilnya di dalam AlQuran mahupun khazanah Hadis dan fiqh yang muktabar. Utamakan konsep ini berbanding konsep lain jika kita bekerjasama politik dengan kaum bukan muslim.

Saya meneliti dan mendengar dengan berdebar-debar ceramah Menteri Besar Perak di Stadium Mini Bota Kanan Perak (22 Disember) yang lalu terutama huraian beliau bagaimana DAP boleh bersetuju dengan perlantikannya. Be Somebody (jadi seseorang) serta memiliki kharisma 'memberi' lebih daripada menerima menyebabkan ahli DUN lain akan menerima hujah-hujah dan kepimpinan Islam daripada kita. Majoriti dan kemenangan besar Pilihanraya bukan lagi syarat utama kepada kelestrian kepimpinan Islam, walaupun usaha untuk menjadi majoriti perlu diteruskan.

Beliau menyanyikan lagu sepohon kayu. Beliau mengajak penyokong Pakatan Rakyat bersolat dan menggesa ahli PAS berdakwah dalam hal solat. Beliau telah bercadang mengadakan kempen solat walaupun disekat oleh pihak tertentu.

Sahabat-sahabat saya yang masih menjadi guru di sekolah-sekolah agama persendirian telah lama bercerita bahawa kerajaan Perak telah menaikkan elaun KAFA dan guru sekolah agama rakyat. Malah sekolah persendirian Islam dan Cina diberi tanah yang besar untuk masing-masing usahakan agar mendapat pembiayaan sendiri dengan lebih berdikari. Sebuah sekolah agama yang dibina oleh Ahli Majlis Fatwa negeri telah sekian lama tidak mendapat bantuan walaupun ada kaitannya dengan pihak kerajaan. Kini sekolah berkenaan di Pangkalan Hulu juga menikmati tanah sendiri yang diberi oleh kerajaan. Nyatalah sikap kepimpinan lama yang memberi 30 00 setahun kepada setiap sekolah persndirian Cina di Perak adalah sikap yang berat sebelah dan tidak menggalakkan berdikari. Kini semua kaum mendapat agihan yang sama.

Konsep kebajikan, konsep amanah, konsep adil adalah 3 konsep kepimpinan cara Al Quran. Kepimpinan ini cuba di bawa oleh YAB Ir Nizar di Perak bersama rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Soal Hudud? Ia bukan soal baru. Mana-mana harakah Islamiyyah termasuk PAS akan perjuangan kesemua konsep keadilan Islam. Dalam bidang ekonomi pula, kini ekonomi Islam telah diterima oleh semua bank tempatan. Tidak mustahil suatu hari nanti berkat dakwah berterusan serta kesabaran amilin-amilin Islam, pihak bukan Islam dan pendokong sekularisme boleh menerima Hudud dan undang-undang kehakiman cara Islam walaupun hanya sedikit.

Imamah adalah konsep yang perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam. Imamah adalah paksi kepada penjagaan agama kata Imam Mawardi dalam muqaddimah kitab Ahkam Al Sultaniyyah.

Pendita Bitara
USM Penang




No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)