Tuesday, May 05, 2009

Perbicaraan kes jagaan anak Muhd Ridzuan

Saya berkesempatan hadir ke perbicaraan kes Muhd Ridzuan ( 5 Mei 2009) di Mahkamah Tinggi Ipoh Perak. Sebenarnya perbicaraan di sini adalah bagi mendengar hujah pihak isteri (Indra) yang menyatakan pihak Ridzuan telah melanggar perintah mahkamah. Apa yang saya faham, pihak peguam Ridzuan berhujah bahawa telah ada perintah mahkamah syariah yang membenarkan pihak Ridzuan mendapat hak jagaan anak. Kes ditangguh hingga 12 Mei.

Saya juga sempat bersama peguam PEMBELA, peguam pemerhati, Pakcik Norman Ghani daripada Muafakat yang mengikuti kes ini dari awal lagi, YDP ABIM Perak serta Ustaz Wan Ahmad Tarmizi, Pengerusi TERAS Perak.

Kami pemerhati muslim tidak dibenarkan masuk, sementara pihak keluarga wanita serta penyokong India dibenarkan masuk. Kami berasa agak tidak berpuas hati.

Satu penjelasan umum tentang kes ini akan diadakan oleh ABIM pada 10 Mei nanti.

TERAS telah mengeluarkan kenyataan media sementara saya akan membuat sedikit kupasan umum kes ini nanti.

Saudara Muhd Ridzuan tidak hadir sendiri atas sebab keselamatan. Saudara Azman (peguam pemerhati) berpendapat semua umat Islam perlu mengetahui selok belok undang-undang sivil demi menjaga kemandirian dan keutuhan Islam. Beliau menceritakan pesanan Saidina Umar mengenai keperluan mengetahui selok belok jahiliyyah. Saya bersetuju dengannya. TERAS Perak akan bekerja sama dengan Muafakat dan ACCIN untuk memahamkan rakyat akan isu ini sekaligus memobilasi penyokong pada masa akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Teras Perak
AJK Media Jamaiy Perak
Koordinator 1 Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)