Wednesday, September 16, 2009

Ceramah Gaza di Dewan Bandaran Ipoh


Ceramah Isu Gaza telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh Perak malam ini, 15 September 2009. Saya hanya menyedari adanya ceramah yang bermula jam 9.45 malam ini selepas saya bersolat Isyak di Masjid Ipoh dan dimaklumkan oleh salah seorang jamaah masjid yang ingin ke sana selepas solat terawih.

Sheikh Dr Mahmud As Siam dari Palestin menyampaikan ceramah berbahasa Arabnya selepas didahului dengan kata aluan daripada Pesuruhjaya PAS Perak.

Program ini adalah anjuran Muslim Care yang mana semua NGO dan pertubuhan politik Perak dijemput hadir.

Sayang apabila UMNO yang mengisytihar diri sebagai parti Islam itu (selepas kes kuil) tidak menghantar seorang wakil pun. Yang ada hanya wakil dari PKR dan Menteri Besar ‘sahih’ sendiri iaitu YAB Ir Nizar. Saya pun hanya menyedari kehadiran beliau selepas terlanggar beliau semasa asyik berebut untuk bersalaman dengan Sheikh Mahmud. Sempat juga melatah ‘ Eh YB…tak perasan’ terus saya salam tangan beliau.

Alhamdulillah, dapat bersalam dan mengucup tangan Sheikh Mahmud yang banyak mempromosi isu Palestin di serata dunia.

Beliau menceritakan bagaimana anak muda Palestin menyambut Ramadhan. Selain ibadah wajib, golongan gadis belajar berjihad dan bersedia meletupkan diri. Yang lelaki belajar menggunakan roket dan senapang di siang hari.

Sebab tu saya memandang rendah kepada ibu bapa yang membenarkan anak mereka bermain mercun (bukan salah anak-anak kita). Ibu bapa di Palestin mengajar anak mereka untuk tidak mengkudungkan tangan dan membutakan mata dengan 'jihad mercun', sebaliknya meletupkan senjata yang benar, serta meletupkan diri sendiri demi membunuh Yahudi yang ganas.

Wakil JAMAIY yang ke Palestin tidak berjaya masuk ke Gaza kerana halangan kerajaan Mesir! Sebab itu individu seperti Sheikh Mahmud perlu menjelajah sendiri serata dunia memungut duit derma untuk dimasukkan ke dalam Gaza. Jika ada duit sekalipun sekatan ekonomi Amerika-Israel terlalu ampuh untuk menukarkan wang menjadi makanan dan ubat.

Berpuluh ribu ringgit telah diserahkan pada malam itu, malah derma kilat pada malam itu sahaja berjaya memungut RM 5000 ringgit (dikutip oleh petugas Unit Amal dan Muslim Care).

Kesedaran untuk mengikuti isu Palestin membuak kerana pengaruh ceramah santai tetapi berisi kepada rakyat Perak ini.Insya Allah.

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Teras Perak.






Sheikh sedang dikerumuni...
Sempat beli dua buah buku baru karangan Tuan Guru Presiden PAS. Bayangkan dicelahan kesibukan beliau, mampu lagi menulis!

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)