Friday, September 25, 2009

Sekat arak di kawasan majoriti melayu DUN Sungai Rapat

Di siar dalam Harakah Jumaat 2-4 Oktober 2009

Masyarakat Malaysia baru tersentak dengan kontroversi isu arak di Selangor walaupun permasalahan arak adalah permasalahan paling kuno masyarakat dunia sejak manusia tahu bagaimana cara untuk menghasilkan alcohol daripada makanan berkarbohidrat. Isu arak dan permasalahan arak di Selangor bukan dimulakan oleh PAS, DAP mahupun PKR, sebaliknya kilang-kilang arak mega di sepanjang Lebuhraya Shah Alam telah ‘diberkati’ dan direstui oleh kerajaan Barisan Nasional sejak zaman berzaman.

Rentetan serangan UMNO terhadap isu arak di Selangor, Anak sulung Dr Mahathir pula didedahkan baru dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (bukan pengurus bawahan) San Miguel Corp yang merupakan pemegang syarikat San Miguel Brewery Inc yang mengeluarkan arak. Syarikat ini juga adalah pengeluar terbesar seluruh Filipina dan penyertaan Mirzan Mahathir ke dalam syarikat itu bakal ‘memajukan’ lagi serta menyemarakkan lagi pengedaran arak secaraa terancang dan meluas, sekaligus UMNO yang merupakan ‘parti Islam’ baru menyumbang idea dan tenaga ke arah dosa menjual arak.

Ahli PAS di Perak tidak hairan dengan tindakan ahli UMNO yang terlibat dalam demo kepala lembu yang menjerit-jerit ‘take beer’ untuk menghina laungan ‘takbir’ (Allah Maha Besar) yang selalu dilaungkan oleh PAS sejak awal penubuhannya lagi. Allah Maha Besar amat bercanggah dengan istilah ‘Ambil Arak’ yang UMNO ajar kepada rakyat. Dengan terserlah berita penyertaan Mirzan ini semakin yakin rakyat bahawa UMNO adalah Parti penyebar arak yang cukup hebat.

Bagi negeri Perak terutama di Parlimen Gopeng DUN Sg Rapat, pemuda PAS Gopeng turut cakna dalam isu arak ini serta telah lama memerhatikan pengedaran arak di kawasan DUN Sg Rapat terutamanya. DUN ini diselia oleh Ustaaz radzi yang merupakan bekas calon PAS yang kini masih kental komitmennya di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di Medan Gopeng.

Arak kelihatannya dijual bebas di Seven-Eleven Medan Gopeng dan kelihatannya dijual juga oleh pekerja melayu.

Seperti hadits yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah : "Rasullah SAW melaknat sepuluh golongan orang yang terlibat dalam arak:Orang yang memerasnya (arak), Orang yang meminta diperaskan, Orang yang meminumnya, Orang yang membawanya, Orang yang minta dihantarkannya, Orang yang menuangkannya, Orang yang menjualnya, Orang yang membelinya, Orang yang makan harganya, Orang yang minta dibelikannya."

Kawasan Medan Gopeng juga merupakan kawasan yang hampir dengan kediaman Mufti Perak dan semestinya pihak Mufti peka dan bertindak terhadap pengurusan Seven Eleven tersebut kerana kawasan itu majoritinya Melayu Islam.

Pengguna kawasan Medan Gopeng majoritinya datang dari kawasan majoriti melayu iaitu dari Sungai Rapat (90% melayu), Rapat Jaya ( 81% melayu) dan Sungai Rokam (86% melayu). Nyata kawasan ini adalah kawasan tumpuan melayu dan jualan arak daripada pekerja melayu kepada pelanggan melayu mudah terjadi.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom ( Dipetik dari makalah oleh Ustaz zaharuddin Abd Rahman), Alcohol-related crime adalah seperti berikut :- Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak). Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali. 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak) Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak.

Hebahan isu ini bertujuan menggerak rakyat Perak pula menolak UMNO-BN yang juga menjadi punca penyebaran dan perluasan arak di kawasan majoriti melayu tanpa sekatan. Pihak mufti dan pihak Majlis Agama digesa memperhebah dan menguatkuasakan enakmen syariaha Perak yang berkaitan dengan arak sebelum ia menjadi barah dalam negeri bertuah ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

PAS Kawasan Gopeng

Media DUN Sungai Rapat

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)