Tuesday, September 22, 2009

Perhubungan erat antara kaum di majlis Rumah Terbuka Raya

YB Zainuddin (Pak Din) bos kami...

Pagi-pagi lagi saya telah bertolak dari Pulau Pinang terus ke Lubok Merbau untuk berkunjung ke majlis rumah terbuka YB Haji Zainuddin, ADUN Lubok Merbau merangkap bos saya dalam Lajnah Perpaduan Nasional Perak.

Sampai di sana seperti yang saya jangka, majlis tersebut benar-benar mencerminkan hasrat Lajnah Perpaduan Nasional iaitu integrasi dan kebersamaan semua kaum walaupun dalam majlis perayaan Hari Raya kita. Begitu ramai pengunjung yang hadir, Cina kampung, Hindu pekan, semua ada, golongan bukan Melayu elit hingga ke pekerja am, semua berada di sana untuk meraikan YB yang mereka sayangi.

Betul, Padang Rengas adalah kubu UMNO. Semua berkata begitu kepada YB sebelum beliau bertanding. Tetapi daripada apa yang beliau ceritakan kepada saya, walaupun banglo beliau besar, beliau mewah kerana bekas PTD yang tersohor hingga ke luar negara, tetapi beliau mengkaji sosio budaya masyarakat Lubok Merbau terlebih dahulu. Di situ masyarakat mementingkan hubungan kekeluargaan dan kekitaan yang tinggi. Jadi beliau ‘tackel’ cara kekeluargaan. Turun berjumpa adik beradik sendiri. Ikat persaudaraan cara kampung. Beliau juga lebih senang dipanggil Pak Din sahaja. Akibatnya, walaupun menang tipis, ia tetap merealisasikan PAS menang.

Gerombolan DAP Sg Siput hadir bersama YB Sivakumar, YB Nga Kor Meng dan beberapa lagi YB yang tidak sempat saya amati.

Kelab Penyokong PAS Cina juga hadir dan saya sempat berbual-bual dengan mereka. Namun begitu saya tetap merasakan majlis ini berjaya kerana kaum bukan Islam yang hadir bukan semuanya dari Kelab Penyokong PAS tetapi 80% adalah rakyat Lubok Merbau sendiri.

Saya dan Abg Man Kasut (Penyelaras Kelab Penyokong PAS Perak) berbual-bual tadi. Kami merancang untuk mengadakan jamuan makan malam bersama kaum Cina sempena Gong Xi Fat Choi akan datang di Restoren Laksamana Cheng Ho Ipoh. Ya, kami akan cuba menjemput sama Amy Search untuk memeriahkan sambutan antara kaum ini kerana Amy adalah pengusaha restoren rangkaian ini di Kuala Lumpur.

Kami terus mengambil saudara Khalilul Rahman, Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan PAS Perak untuk bersama-sama ke rumah terbuka YDP PAS Lenggong.

Subhanallah….ini sahaja kami bertiga dapat lafaz tadi….Lenggong satu tempat terpencil berhampiran Gerik. Tetapi majlis rumah terbuka di tepi sungai Perak itu cukup padat dihadiri oleh kaum Cina dan India!

Hampir 45% hadirin adalah dari kaum Cina. Rumah terbuka ini dianjur oleh Haji Razman Zakaria, YDP PAS Kawasan Lenggong. Beliau adalah usahawan yang baru kembali dari Kuala Lumpur untuk menetap di kawasan sendiri. Sahih benar pilihan ahli PAS Lenggong melantik beliau sebagai YDP.

Lebih menarik lagi, semua orang Cina yang hadir ke situ memanggil beliau YDP….mana YDP kami. Seolah-olah mereka juga ahli PAS mengiktiraf Haji Razman sebagai YDP.

‘Public relation’ dan personaliti beliau cukup kemas dan berpengaruh. Saya juga mendapat tahu majoriti Cina yang hadir adalah kaum kerabat Datuk Ong Ka Chuan, salah seorang menteri Kabinet.

Sememangnya pimpinan PAS kawasan-kawasan perlu memiliki hubungan interaksi kaum dan hubungan rakyat yang luas dan fleksibel. Nama PAS dan bayang-bayang PAS tidak lagi menghantui rakyat sebagai parti asing, malah ia menjadi tempat aduan rakyat, pentas politik alternatif dan medium saluran kehendak rakyat yang efisien.

Bukan sahaja kaum bukan Islam, golongan yang mungkin asing dengan tuntutan menutup aurat juga tidak canggung ke rumah terbuka pemimpin PAS hari ini kerana keterbukaan kita menerima mereka. Ini yang dapat dilihat di dua rumah terbuka pemimpin PAS yang kami hadiri hari ini.


Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak







Yang serban tu Ustaz NorAzli Taliban, mantan Ketua Pemuda PAS Perak


Saudara Khalilul Rahman, saya dan Abg Man Kasut Taiping

Kiri sekali, Haji Razman Zakaria YDP PAS Lenggong


Kiri sekali Abg Adnan (Pak Nan) dia cukup fasih cakap Cina. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Lenggong. Memang padan dengan sifat dia. Lepas ini beliau akan bantu KPP Negeri pulak.


No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)