Wednesday, December 02, 2009

Marhalah Tanfizd dalam PAS, bertuah kepada yang melaluinya

Program tarbiah sering menjadi topik kepada individu yang ingin menjadi 'baik', bermanfaat atau lebih baik daripada sebelumnya. Apabila PAS termasuk dikalangan jamaah yang ada, semestinya ada juga terbit topik apakah bentuk program tarbiah PAS?

Semalam selepas saya selesai berijtima' Tarbawi PAS Gopeng di markaz kawasan, saya menerima surat jemputan ke program Seminar Penerangan Menghadapi Pilihanraya pada 6 Disember ini di Taiping. malam tadi juga saya sedar saya telah dilantik sebagai Setiausaha Penerangan MTD Sg Rapat Parlimen Gopeng. Jadi saya wajib hadir. Saya menerima perlantikan dengan hati terbuka kerana penyertaan saya dalam mana-mana sektor, lajnah atau apa sahaja dalam parti mengabsahkan saya untuk berada dalam pelbagai program tarbiah parti!

Seminar penerangan tersebut adalah tarbiah, di mana saya akan diajar semula konsep penerangan (walaupun sebelum ini saya pernah memegang Setiausaha Penerangan PAS P.Pinang), akan ditekankan konsep kesepaduan amal kerja, prioriti isu, ukhuwah dan semestinya saya akan lebih taaruf dan tafahum dengan ahli PAS lain. Inilah tarbiah dan kita wajib lalauinya walau sehebat mana pun persepsi orang terhadap kita (seperti pesanan Dr Fathi yakan).

Sehari sebelum seminar tersebut saya akan menghadapi Taklimat dan Seminar Pemerkasaan Kelab Penyokong PAS Perak dan program ini saya adalah antara penganjurnya. dalam program sebegini, tarbiah keterbukaan dan dakwah terhadap kaum bukan Islam akan diterapkan. Bukan mudah kita memahami tarbiah ini jika tidak berada dalam Lajnah Perpaduan Nasional.

Semalam, saya juga dimaklumkan saya diminta mewakili PAS Gopeng menyertai Bengkel Blogger PAS di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti iaitu sehari selepas kenduri nikah saya di Pulau Pinang.

Ilmu tarbiah blogger ini akan disalur pula kepada PAS kawasan saya nanti. Semoga semangat da tekad semakin kuat walaupun ada banyak progra perlu diselesaikan sebelum dan selepas kenduri nikah saya. Dan piawaian istiqamah dan istimrar kita akan dinilai sebelum dan selepas perkahwinan kita kelak.

Pekerja dan petugas jamaah yang telah bekerja akan sedar, betapa tarbiah yang parti berikan kepada kita buka lagi dalam bentuk 'lecturing' semata-mata.

Tarbiah secara onseptual dan ritual masih diteruskan, tamrim dan usrah adalah perkara asasi. Namun begitu penyertaan kita ke bengkel-bengkel, seminar, taklimat dan ijtima' adalah sau proses tarbiah tanfizd yang telah digembar gemburkan dalam tarbiah mahasiswa di kampus. Kepada yang aktif di kampus tetapi tidak mahu terlibat dalam lapangan sebenar kemuncak jamaah, mereka hanya termati di marhalah taarif da takwin sahaja. Tanfizd inilah yang paling sukar kerana marhalah perlaksanaan ini memerlukan kita cakna da terima bentuk tarbiah 'indirectly', senyap dan menyeluruh. Tanfizd dalam parti tisak sama dengan tanfizd di kampus yang berbentuk praktikal di alam kampus sahaja.

Semenjak di dalam parti, saya masih berjaya mengaut sejumlah besar tarbiah saqafiyyah, talimiyah dan sebagainya yang berbentuk konsep dan teori. Dalam masa yang sama, saya dibenarkan menyertai pelbagai tarbiah tanfizd disamping digesa mengharungi /melawan kehendak naluri untuk menjadi 'malas', 'ego' atau 'jemu' dalam melakukan sesuatu kerja jamaah.

Jika anda mampu berlapang dada sesama anggota gerakan, menerima kelemahan merek dan mengambil kebaikan dan kemahiran mereka, bersabar dengan kemunduran fikrah sahabat sepjamaah, itulah petanda anda memahami tarbiah dalam PAS. Inilah tarbiah adab da sikap yag paling sukar dilalui oleh anggota petugas parti walapun hebat di kampus dahulu.

Muhammad Nuruddin Bashah
Amilin PAS Gopeng

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)