Monday, December 27, 2010

Konsert Masihkah kau mengingati kami -Gaza

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menganjurkan konsert sempena memperingati tahun ke2 serangan Israel ke atas Gaza dan di ambang 2011, di Kompleks Silveritage Galleria Medan Gopeng pada 26 Disember 2010 baru-baru ini. Artis jemputan yang turut menjayakan konsert ini ialah juara Akademi Nasyid TV9, saudara Azhan Atan dan johan final nasyid solo marhaban Astro 2010, saudara Nazrul Izwan. Nyanyian nasyid berselang-seli dengan tayangan slaid multimedia tentang realiti kehidupan penduduk Gaza amat meninggalkan kesan di jiwa. Perjuangan untuk membebaskan Palestin tidak harus malah tidak boleh dilupakan. Sesuai dengan tema konsert,'Masihkah Kau mengingati Kami-Gaza', para hadirin turut diajak menelusuri dan mengutuk kekejaman Israel yang sewenang-wenang merampas tanah milik rakyat Palestin.

Nasyid oleh saudaraNazrul Izwan, johan final nasyid solo marhaban Astro 2010



No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)