Friday, December 31, 2010

Mr Bean dan maher Zain datang rumah saya!



Semalam tak disangka-sangka sahabat baik saya Muhammad (Muslim Aid) datang berkunjung ke rumah saya bersama 'maher Zain'. Ya, terkejut juga saya ingat betul-betul Maher Zain datang rumah saya, rupanya Yusuf (orang Ireland) yang wajah menyerupai maher Zain. Muhammad pula macam Mr Bean.

Kebetulan Muhammad memang dok handle Jamuan Makan Malam bersama Maher Zain di KL...

Yusuf adalah pensyarah British Council KL dan berhijrah ke Afrika Selatan sebelum datang ke Malaysia untuk mengajar bahasa Inggeris. bliau pernah juga mengajar di merata negara termasuk Palestin.

Beliau menganut Islam sejak 5 tahun yang lalu. kami semalam bincang-bincag tentang aktiviti NGO dan isu pelarian. Dan saya bersetuju untuk aktifkan semula kerja-kerja pendidikan dan pengupayaan kaum Rohingya di Pulau Pinang (zon Pulau).

Yusuf juga merupakan salah seorang aktivis Muslim Aid di KL.

Semoga gerak kerja kami suami isteri dalam NGO akan terus berkekalan dalam pelbagai aspek dan bidang.

Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)