Thursday, October 25, 2012

BUKTI-BUKTI BN BUKAN KERAJAAN BERKEBAJIKAN


BUKTI-BUKTI BN BUKAN KERAJAAN BERKEBAJIKAN
REV 0 : 20 Jun 2012
Salah guna kuasa BN
1.       Skandal rasuah  PKFZ  ‘lebihan belanja (over cost) sebanyak RM 3.5 billion (kos sepatutnya RM 1.845 billion sahaja) tidak termasuk salah laku pembelian tanah. (sumber : didedah PAC/ Public Accounts Committees semasa perjumpaan dengan Port Klang Authoraity
2.       Skandal Lembu Feedlot dana RM 250 juta diberi kepada syarikat tanpa kepakaran menjaga lembu .
“Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006. Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar.” ( sumber : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar, di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011)
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa kelemahan yang menyebabkan syarikat itu tidak mampu memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan oleh kerajaan. (Sumber : Laporan Ketua Audit Negara 2010)
3.       Skandal melibatkan Ketua Menteri Sarawak, yang didakwa memiliki harta sebanyak RM4.6 billion (Sumber : NGO Dana Bruno manser berpengkalan di Switzland)
4.       Ketua Menteri sarawak telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online. (Sumber : The Japan Times Online)
5.       Skandal penggunaan wang zakat menyeleweng wang Zakat berjumlah RM63,650. membabitkan Jami Khir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk kos guaman.(sumber : Laporan Audit Negara 2010)
6.       Skandal bekas Menteri Besar Selangor. Dalam perbicaraan kes Mohamad Muhd Taib diberitahu bahawa harta bernilai RM30,811,306 melebihi kemampuan beliau sebagai Menteri Besar dan Menteri Kabinet. (Sumber :
7.       Rasuah Scorpene. Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion) Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002. Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011.  RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene.  RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
8.       Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dipetik sebagai berkata dana dari KWSP itu akan digunakan untuk 20,000 penyewa rumah di ibu kota bagi membeli rumah. (sumber : Akhbar The Sun pada 30 Januari 2011)
9.       Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP. Menurutnya, RM7.30 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad. KWSP turut meluluskan 15 pinjaman yang memerlukan jaminan kerajaan berjumlah RM35.69 bilion dan dua pinjaman kepada syarikat bukan subsidiari RM6.24 bilion. (Sumber : Laporan Audit negara 2010)
Kemiskinan rakyat
1.       Data purata pendapatan bulanan kumpulan etnik utama pada tahun 2009 Purata pendapatan bulanan Melayu ialah RM 3,624, Cina RM 5,011 dan India RM 3,999. (sumber: Unit Perancang Ekonomi)
2.       Kemiskinan Melayu 5.3%, Cina 0.6% dan India 2.5% pada tahun 2009 ( sumber : Unit Perancang Ekonomi)
3.       Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 % dan bukannya 5.7 % seperti yang diumumkan oleh kerajaan,  kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat., kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambil kira taraf hidup isi rumah. (sumber: kenyataan media bekas presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria/ juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, dalam Malaysiakini 17 Jun 2008)

Ketirisan kerajaan BN

1.       RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2008. Hanya 2 buah makmal yang siap. Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tiada. (Sumber : Laporan Audit Negara 2010).

2.       KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)
Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran. (Sumber : Audit Negara 2010)
·         Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
·         LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
·         Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
·         Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
·         Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
·         Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal.

3.       Wang haram (modal dilarikan ke luar negara) terkumpul sebanyak RM 1077 Bilion.  Malaysia ditangg ake-5 dari aspek pelarian modal ke luar negara. (Sumber : Global Finacial Integrity GFI 2009)
Hak rakyat dipermain BN

Pembaziran BN
1.       Kerajaan Najib anjur Himpunan sejuta Belia 23-27 Mei 2012 dengan kos bayaran kepada K-Pop (Seksi) sebanyak RM 2 juta! (sumber : Surat tuntutan pihak Stadium Fist yang mengelola Himpunan itu kepada Dato’ Mohid Mohamed Setiausaha Agung Kementerian Belia dan Sukan bertarikh 21 Mei 2012)
2.       Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air. (Sumber : Jawapan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).
 

Krisis akhlak dan jenayah kerajaan bukan berkebajikan
1.       Menurut  Tan Sri Musa Hasan = Indeks jenayah meningkat dari 7082 pada 1980 kepada 198, 622 kes pada tahun 2006 (sumber: Berita Harian 1 November 2007)
2.        
Khianat Agama pemimpin BN

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)