KAJIAN – HUJAH KELANTAN BERHAK LAKSANA HUDUD BERDASARKAN SPESIFIKASI
SYARIAH
Disediakan oleh : Muhammad
Nuruddin Bashah
1.
Justifikasi kajian hujah ini
dibuat;
- PAS kelihatan
membawa imej hudud malah istilah hudud cukup popular dengan dasar kempen
PAS pada sekitar tahun 1980an hingga UMNO Cuba memalitkan tomahan bahawa
PAS tiada tawaran lain selain Hudud.
- Pembawaan
manifesto dan kempen Negara Berkebajikan tidak difahami oleh rakyat
sebagai pakej lengkep Islam selain hudud sebagai salah satu elemen penting
dalam pensyariatan jenayah dalam hukum Islam.
- PAS dianggap
penghukum dan hanya tahu menghukum kerana aktiviti kebajikan, pendidikan,
ekonomi dan pembaikan akhlak PAS tidak dipopularkan malah mengalami
‘distortion’ berikutan kempen UMNO yang mahu masyarakat menilai PAS dengan
labelan perjuangan hudud sahaja.
- PAS dianggap
gopoh mungkion segelintir pihak intelegensia yang berhujah pembinaan hukum
jenayah adalah pemilihan terakhir selepas sempurna pembinaan sesebuah
sistem negara Islam.
- PAS dianggap
tidak mengikuti fasa pembinaan Hudud dan dianggap ‘by pass’ terus kepada
perlaksanaan hukum tanpa ada pembawaan sistem Islam yang holistik.
Penulis menamakan segala fakta
di atas sebagai syubhah yang terpalit pada PAS
sepanjang proses propaganda dan jawab silang tomahan oleh pimpinan PAS
sehingga musuh berjaya membina paradigma bahawa Hudud PAS bukan hudud Islam
kerana PAS ditomah tidak mengikuti fasa
perlaksanaan yang tepat. Walhal kelulusan enakmen Hudud di kelantan dan
Terengganu dilakukan selepas pihak kerajaan negeri menilai kondisi dalaman,
keupayaan, serta perleksanaan seberapa banyak asas-asas pembinaan masyarakat
Islam sebelum ingin melaksanakan Hudud.
Sebuah Batu Bersurat tulisan
jawi di Kampung Buluh Kuala Berang bertarikh 22 Feb 1303 bersamaan 4 rejab 702
h, ‘orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata maha raya
jika merdehika bujang palu 100 rotan jika merdihika beristeri atau perempuan bersuami
ditanam hinggakan pinggang di hambalang dengan batu manikan’
2.
Hujah Dr Asri
a)
Tidak boleh mempertikaikan
hukum Allah, tetapi boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum
berkenaan oleh manusia.
b)
Contoh: kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji,
tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak
bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan
Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi
dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak
menepati semangat Islam yang sebenar.
c)
Tujuannya hendaklah untuk
memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.
d)
Ramai orang salah sangka
apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang
tidak mematuhi syariat.
e)
Aktiviti tajassus dalam
perlaksanaan hudud adalah ditegah oleh syarak.
f)
Gambaran negara yang islamik
sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang
hudud adalah gambaran yang silap.
g)
Hudud hanya makanisme untuk mengatasi
jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan
hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.
h)
Banyak lagi jenayah yang tidak
tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di
zaman ini berada di bawah takzir
i)
Usaha menggambarkan negara
Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah
gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk. Hudud bukan asas
kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam
mencegah jenayah. Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan
maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
3.
Kesimpulan seminar Persatuan
Ulama’ Pulau Pinang.
a) PUM P.Pinang telah menganjurkan Forum
Bersama Ulama' - Hukum Hudud:Konsep Dan Penghayatan bersama barisan panel Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor (YDP PUMPP), Dato' Haji Salleh bin Ahmad (Ahli Majlis Fatwa
P. Pinang) dan En. Munir Faeed (Peguam Syar'ie) pada 24 Okt. 2012 (Rabu) di Masjid
At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
b) PUM menyokong dan membela hukum
Allah ini secara total.
c) PUM mengingatkan bahawa Hudud
bukan satu-satunya langkah penyelesaian dan tidak menjadikan Hudud sebagai
slogan indah tanpa usaha memartabatkan syariat secara total.
4.
Pandangan dan Fatwa Prof.
Yusuf Al Qaradhawi
a)
Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi
Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang
disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas
berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.
b)
Sebelum Nabi SAW melaksanakan
hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya,
yakni menegakkan kehidupan Islam’.
c)
Jelas tersurat, fakta ini
bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir
dalam agenda perlaksanaan Islam.
d)
Dalam buku Masyarakat Islam
yang Unggul (Malamih Al Majtama’ Al Muslim) Al Qaradhawi menegaskan bahawa
Hudud itu pagar iaitu suatu deklerasi bahawa kerajaan menentang jenayah
habis-habisan bukan bertujuan mencari-cari kesalahan rakyat. Memaafkan dan
merahsiakan jenayah Hud adalah digalakkan. Beliau juga menegaskan masyarakat
Islam tidak ditegakkan semata-mata berdasarkan perundangan jenayah sahaja.
Melaksanakan perundangan Islam juga membuktikan ketulenan dan kejatian umat
Islam.
e)
Tetapi beliau tidak menafikan
wajibnya kita menyediakan fasa tadarruj untuk memastikan hukum islam dilaksana
juga akhirnya. (Madkhal Li Dirasah al-Syariah al-Islamiyyah (1993), cet.
pertama, Beirut : Muassasah al-Risalah, ms.249) : Terjemahan : "Sesungguhnya,
[satu kemestian] atas kita-agar perundangan Islam berjaya [berperanan] dalam
kehidupan kita masa kini-menyediakan individu muslim yang meyakini
keadilan perundangan ini berhukum dengannya dengan redha dan sepenuh hati. [Juga
menyediakan] hakim muslim yang meyakini kesucian perundangan ini dan tidak mempermain-mainkan
nas-nasnya…[dan satu kemestian ke atas kita menyediakan] kuasa eksekutif
Islam yang memelihara perundangan ini dan melaksanakannya tanpa pilih kasih,
mengampu dan gentar”
5.
Hujah Mufti Mesir
a)
Hukum hudud adalah sempurna
dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang
membolehkan ia dilaksanakan. Tidak kondusif.
b)
Hujah beliau : Dalam karyanya,
Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan
tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau
mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini],
ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi
yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan
(accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila
memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua
orang [yang layak menjadi] saksi”.
6.
Jawapan Ketua Pemuda PAS
Malaysia
“ Salam, benar hudud bukan satu-satunya
penyelesaian. Bahkan ia satu penyelesaian yang datang dalam satu pakej syariat
yang lengkap dann syumul. Kita pun tidak pernah menyebut hudud satu-satunya
penyelesaian. Kita juga tidak hanya memperjuangkan hudud semata-mata. Sebab itu
dalam perlembagaan PAS tidak menyebut perkataan hudud tetapi disebut sebagai
(perjuangan menegak) Al Quran dan Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh
agenda PAS. Rujuk perlembagaan Fasal 5(1) dan fasal 7(1). Hudud hanya
undang-undang dalam aspek jenayah. Hanya melibatkan jenayah zina, curi, arak,
murtad dan rompak. Namun ia suatu alternatif
yang muktamad kepada kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Ia juga
perlu dilaksanakan sungguhpun aspeknya kecil. Sama seperti tayamum. Hanya ada 2
ayat tayamum dalam Al Quran. Namun ia wajib dilaksanakan sebagai alternatif
apabila ketiadaan air atau anggota wudhuk uzur dan terhalang untuk sampai air.
Menolak dan menafikannya tetap merosak dan menggugurkan iman. Walaupun nisbah
yang kecil berbanding keseluruhan Alquran. Sebagaimana ia juga wajib ditegakkan
sekalipun ia bukanlah satu-satunya penyelesaian dalam Islam. Persoalannya kita
mesti melihat spesifik kes. Kalau kita nak cari penyelesaian dalam kes jenayah
seperti zina, buang bayi, rompak samun dan seumpamanya, maka hududlah
penyelesaiannya kerana yang berzian bukan tak tahu hukumnya haram yang mencuri
bukan tak tahu ianya salah dan haram. Maka dalam kes ini bukan pengajian
ilmupenyelesaian sebab mereka sudah tahu sudah ada ilmu, penyelesaiannya pada
undang-undang. Kerana mereka gagal hidup dengan ilmu mereka. Undang-undang perlu
mendidik mereka. Kalau masalah timbul dalam kes rumahtangga seperti bercerai
makapenyelesaiannya ppada munakahat. Begitulah seterusnya. Justeru islam
merangkumi ibadat, munakahat, muamalat dan jenayat. Berjuang untuk
undang-undang sahaja menjadikan kita sempit. Perjuangan kita syumul untuk
tegakkan keseluruhan sistem hidup islam. Rujuk usul pertama dalam Rukum Baiah
Al Fahmu Imam Hassan Al Banna. “
7.
Huraian dan kupasan jawapan
Ketua Pemuda
a.
Tidak pernah menyebut hudud
satu-satunya penyelesaian juga tidak hanya memperjuangkan hudud semata-mata.
i.
Tiada bukti PAS hanya
melaungkan kempen Hudud sebagai perjuangan mutlak (ultimate) dalam pilihanraya.
ii.
Syaikh Abdul Wahab Khalaf
umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga
kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam
Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.
iii.
Hukum Hakam Amali ini pula
terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum
Hakam Muamalat (transaksi).
iv.
Hukum hakam Muamalat pula
dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam
Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam
Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam
Ekonomi.
v.
Pembahagian ini memperlihatkan
dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’
hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu
sendiri.
b.
Perlembagaan PAS tidak
menyebut perkataan hudud tetapi disebut sebagai (perjuangan menegak) Al Quran
dan Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS. Perlembagaan Fasal
5(1) dan fasal 7(1).
Fasal 5. Tujuan PAS
ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di
dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya
bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
(2) Mempertahankan Kesucian
Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan
(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan
PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang
terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu,
kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.
c.
(Hudud) Perlu dilaksanakan
sungguhpun aspeknya kecil umpama hukum tayamum.
i.
Maksud melaksana hudud adalah
dipersiapkan peralatan, enakmen, persiapan mahkamah dan segala keperluan, bukan
bersiap sedia hendak menghukum, mencari salah rakyat.
ii.
PAS ingin melaksana hudud
bermaksud bersiap kearah menyediakan unsang-undang itu adapun jika kes syubhah
atau samar, ia digugur menjadi takzir. Formula ini mudah dan jelas.
iii.
Mempersiap mahkamah bukan
bermakna PAS segera ingin menghukum manusia.
d.
Berjuang untuk undang-undang
sahaja pasti menjadikan PAS sempit. Perjuangan PAS syumul untuk tegakkan
keseluruhan sistem hidup islam.
i.
Hudud hanya satu juzuk yang sangat
kecil dalam Syariat Islam dan diakui sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi. Beliau pernah mengatakan, hudud hanyalah mewakili 0.001% daripada
keseluruhan Syariat Islam.
ii.
Hukum hudud sebagai salah satu
juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan
hukum hakam Islam itu sendiri.
iii.
‘Saiz’ hudud yang sangat kecil
ini juga boleh dilihat melalui nisbah ayat-ayat al-Quran berkenaan hudud (10
ayat), berbanding jumlah keseluruhan ayat-ayat al-Quran (6,236 ayat). Iaitu 10
: 6,236.
8.
Syarat-syarat sesebuah negara
laksanakan hudud (bukti perlaksanaan oleh kerajaan Kelantan)
a.
Ekonomi negeri yang diberi
titik berat untuk menghasilkan masyarakat yang berdikari dan tidak menjadikan
alasan kemiskinan dan kefakiran sebagai punca melakukan jenayah.
i.
Kelantan bukan negeri paling
miskin. Paling miskin adalah Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak, Kedah dan barulah
Kelantan.
b.
Pendidikan dan pencegahan
maksiat bukan sekadar persiapan menghukum.
i.
Litar lumba khas di tebing
Tinggi.
ii.
Baitul taubah
iii.
Haramkan judi dan jualan arak
secara terbuka.
iv.
Iklan menutup aurat
v.
Pemisahan kaunter
lelaki/perempuan
c.
Perlaksanaan syariat Ibadat
i.
Bulan Sembahyang.
ii.
Larangan pasar malam
beroperasi waktu maghrib.
d.
Perlaksanaan syariat munakahat
i.
Pernikahan beramai-ramai untuk
golongan kurang mampu.
ii.
Sistem kad pintar nikah-elak
fitnah
e.
Perlaksanaan syariat muamalat
i.
Sistem gadaian Islam Al Rahnu
sehingga ditiru oleh BN
ii.
Perbankan Islam diilhamkan
apabila Kelantan membuat tindakan drastik mengeluar akaun daripada bank riba
kepada Bank islam.
iii.
Dinar Emas Kelantan ingin
dilaksana secara meluas bukan sekadar beli-simpan.
f.
Perlaksanaan syariat pendidikan
dan tarbiah
i.
Kurikulum YIK yang diiktiraf
sekolah agama negeri lain.
ii.
Sukatan STU diiktiraf Al Azhar
sehingga mengilhamkan BN membuat STAM
iii.
Tazkirah di jabatan kerajaan.
iv.
Mempopularkan tazkirah terawih
sehingga ditiru oleh negeri lain.
g.
Perlaksanaan syariat kebajikan
i.
Peraturan pembinaan rumah 4
bilik elak ikhtilat dan sumbang mahram
ii.
Skim rumah Dhuafa’
iii.
Takaful al Kifalah untuk warga
emas.
iv.
Ladang rakyat
h.
Memperkasa syiar
i.
Isytihar Kota Bahru sebagai
bandaraya Islam pada 2005.
ii.
Memula mesyuarat dengan Al
Fatihah dan menutup dengan tasbih kifarat.
iii.
Kalimah Allahuakhbar
menggantikan istilah Daulat Tuanku suatu kejayaan besar PAS apabila diperkenan
oleh Sultan Muhammad V.
9.
Kelantan dan kelayakannya
melaksana Hudud.
i.
Di Kelantan suasana kondusif
untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga
dengan pentadbiran pusat. Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat
sepenuhnya (dihalang melalui Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965),
tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.
ii.
Selepas itu banyak lagi
perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan.
iii.
Maka, bukan menjadi kesalahan
Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan
keterbatasannya. Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu.
iv.
Walaupun masih terbatas
disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan,
dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi
mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan.
b.
PAS akan melaksanakan hukum
hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada. Malah telah dimulakan sejak
tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen
Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.
c.
PAS bukan gila menghukum.
Presiden PAS berkata tindakan bertaubat di luar mahkamah adalah lebih
digalakkan daripada diheret ke mahkamah.
d.
Kerajaan Negeri Kelantan
pimpinan Pas melaksanakan beberapa aspek hukum Islam di bawah kuasa Majlis
Perbandaran dan Daerah seperti
i.
menghapuskan lesen premis
perjudian serta mengawal penjualan arak bagi rakyat bukan Islam sahaja
ii.
serta membenarkan perkara yang
diizinkan oleh agama masing-masing, termasuk dalam perkara hak penganut agama
bukan Islam yang wajib dilindungi. Bagi undang–undang jenayah Syariat, kerajaan
negeri menyusun daripada nas al-Quran dan Hadis dan dibentang ke dalam Dun
Kelantan.
iii.
Draf cadangannya pula telah
terlebih dahulu dibentangkan dalam satu seminar yang diadakan di Hotel Concorde
Kuala Lumpur di mana semua parti politik dan NGO Islam dan bukan Islam telah
dijemput.
e. Wacana Perlaksanaan Hudud di
Negeri Kelantan 6 Oktober 2011
i.
Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II
(Hudud) 1993.
ii.
Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad - undang-undang itu perlu
dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan. Kelantan
perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan
Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.
10.
Halangan kepada perlaksanaan
Hudud di Kelantan bukan kerana PAS tidak membina syariat lain sebelum ingin
melaksana Hudud tetapi disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti:
a.
Naib Presiden Pas, Salahuddin
Ayub pula berkata, antara halangan besar untuk melaksanakan undang-undang hudud
di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang membataskan bidang kuasa
Mahkamah Syariah membicarakan undang-undang jenayah. (Sinar Harian 25 Ogos 2012)
b.
Menteri Besar Kelantan Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak melaksakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa
kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk
merampas pentadbiran kerajaan negeri. Beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu
digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara
(Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu. Dr Mahathir (ketika itu perdana
menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan
laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan. (Malaysiakini)
c.
Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kelantan) 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Terengganu) 2003 tidak boleh dilaksanakan kerana sebahagian
kesalahannya tidak berada di bawah kuasa Dewan Negeri. Perkara 74
Perlembagaan Persekutuan membahagikan penggubalan undang-undang kepada
tiga kategori dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Jenayah disebut di dalam
Senarai Persekutuan manakala pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan
oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu terletak di
bawah Senarai Negeri. Berdasarkan Jadual Kesembilan tersebut mendapati kesalahan
hudud seperti mencuri dan merompak berada di bawah Senarai Persekutuan dan
jenayah hudud lain seperti zina, qazaf, meminum arak dan murtad pula
terletak di bawah kuasa negeri. Kesalahan-kesalahan hudud ini tidak boleh
dilaksanakan secara pakej dalam satu undang-undang disebabkan kesalahan
tersebut terjatuh dalam kuasa dua badan perundangan yang berbeza.
i.
sekiranya undang-undang di
atas dipinda maka kesalahan mencuri dan merompak akan dapat dilaksanakan secara
hudud.
ii.
hukuman kesalahan tersebut
disekat oleh Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 yang
memperuntukkan Dewan Negeri boleh mengwujudkan mana-mana kesalahan jenayah
syariah dan hukumannya hendaklah tidak melebihi tiga tahun penjara, RM5,000
denda dan enam kali sebatan. Jika akta ini dimansuhkan empat jenis kesalahan
hudud yang terletak di bawah bidangkuasa negeri boleh dilaksanakan.
iii.
Umat Islam seharusnya mencari
jalan bagaimana hendak melaksanakan undang-undang Islam. Walaupun mungkin
terdapat halangan-halangan tertentu usaha yang mantap perlulah dibuat bagi
mengubah atau membuang halangan tersebut demi melaksanakan undang-undang Islam
ini.
iv.
Dahulu apabila pihak kerajaan
berhasrat untuk melaksanakan perbankan Islam terdapat begitu banyak halangan
dan kritikan yang diterima daripada masyarakat Islam dan bukan Islam. Namun
bermula dengan tingkap-tingkap perbankan tanpa faedah, kemudiannya dinamakan
perbankan Islam kini sistem perbankan Islam bukan sahaja menjadi pilihan umat
Islam tetapi juga orang bukan Islam!
Sekitar jam 3 pagi
26 Oktober 2012 (Pagi Raya Aidil Adha) penulis yang sedang bersiap untuk pulang
ke kampong terfikir suatu persoalan dan
memerlukan jawapan yang segera untuk saya jadikan hujah. Penulis hanya teringat
kepada Ustaz Nasrudin Tantawi (guru dalam talian) sahaja untuk diajukan pertanyaan ‘stand’ dan
persepsi PAS dan Pemuda PAS Malaysia
berkenaan isu yang ingin diutarakan. SMS
kepada beliau pagi itu berbunyi begini:
“ Salam ustaz, Al Qaradhawi ada menulis dalam kitabnya Masyarakat Islam
Yang unggul bahawa Hudud bukan satu-satunya penyelesaian kepada permasalahan
social dan jenayah malah ia ada;ah juzuk daripada perjuangan syariat Islam.
Malah Persatuan Ulama’ P.Pinang juga telah menganjurkan Seminar dan wacana
berkenaan Hudud dan bersetuju Hudud adalah wajib tetapi bukan satau-satunya
penyelesaian. Jadi apa pandangan PAS berkenaan persepsi umum yang mungkin
menganggap PAS hanya membawa matlamat hudud seolah-oleh tiada pakej lain. Kita (PAS) kaffah (berjuang
secara holistik ) tetapi imej dan pembawaan mungkin perlu upgrade…Apa pandangan
ustaz?...” Beliau menjawab SMS dan diterima sekitar jam 7.51
pagi raya.