Monday, November 26, 2012

Piala Radzi 2.0...Anak Muda Gang Kita

DUN Sungai Rapat- 25 Nov 2012

Kejohanan Bola sepak Piala radzi Zainon 2.0 berjaya dianjurkan dengan menyaksikan juara menunggu Pasukan Kampung Sengat terpaksa akur dengan Pasukan daripada Batu Gajah. 

Perlawanan yang berlangsung selama 2 hari bermula 24  hingga 25 November 2012 ini diadakan di Padang Taman Lapangan Jaya, suatu usaha sama antara Dewan Pemuda Pas gopeng dengan Jawatankuasa Penduduk Taman  Lapangan Jaya. 

Menurut Saudara Hazimin Bin Basah selaku pengarah program merangkap Pengerusi lajnah Sukan dan Kesenian Islam DPPK Gopeng, perancangan selama 2 bulan antara pihak Dewan dengan penduduk yang diketuai oleh Saudara Rahim Bin Omar itu bukan sekadar menatijahkan aktiviti sukan biasa, malah ia suatu usaha serius pihak PAS untuk merealisasikan konsep Orang Muda Gang Kita yang dilancarkan oleh Pemuda Pas Pusat.

"Melalui kerjasama sukan dan aktiviti riadah, masyarakat tahu bahawa PAS adalah Parti yang manusiawi, realiti dan faham kehendak anak muda. Malah ia suatu cara Islam mendidik pemain agar faham batas-batas dalambersukan melalui Islam", jelas Hazimin kepada Media Sungai Rapat.

Ustaz Radzi Zainon selaku Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat telah menyumbang Piala Radzi Zainon  yang kini kian dianggap prestij oleh rakyat Gopeng-Kinta turut hadir bersama -sama memeriahkan kejohanan tersebut. Beliau juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan anak-anak muda yang rata-rata berasal dari sekitar Gopeng-Kinta.

Penyertaan menjadi meriah dan hebat apabila turut sama disertai oleh pemain paling senior iaitu Saudara Sharinan Bin Harun yang berusia 58 tahun. Pemain paling muda pula adalah saudara Amin manakala penjaga gol paling senior adalah Saudara Mohd Taharin Bin Mohd Nor yang berusi 49 tahun dari Kampung Tawas Ipoh. 

Malah DPPK Gopeng berjaya mendapat penyertaan daripada Dewan Pemuda Pas Kepong Kuala Lumpur. Bagi pemuda Gopeng, ia suatu penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak Pemuda Kepong yang sudi hadir mneyertai kejohanan tersebut.

Saudara Rahim selaku pengerusi penduduk  juga berharap agar padang Taman Lapangan Jaya dimanfaatkan untuk aktioviti riadah dan kesenian Islam. malah belaiu telah berusaha bersama penduduk taman membesarkan padang dan aktif menganjurkan perlawanan persahabatan.

Peserta juga menerima baju dan disediakan dengan makanan dan minuman dan rata-rata berharap agar kejohanan sebegini diteruskan oleh pihak PAS lagi.

Muhammad Nuruddin Bashah
MEDIA Sungai Rapat


Abang Nan pemain senior

Kanan : Abg Rahim Pengerusi Penduduk Taman Lapangan Jaya


Radzi Zainon; santuni rakyat melalui pelbagai wadah

Suasana perlawanan 

Juara : Batu Gajah

Naib Juara : Kg sengat

Piala Radzi Zainon


Wakil Taman Seri Jaya dalam cabutan undi


Pasukan Pekan Razaki


Pengadil profesional












No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)