Thursday, November 29, 2012

Santuni masyarakat Tionghua bersama Richard Wong








Lajnah Penerangan PAS Kawasan Gopeng telah berjaya menganjurkan majlis ramah mesra bersama kaum tionghua hasil kerjasama dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak yang diwakili oleh Saudara Richard Wong.

Program edaran risalah dan santuni rakyat ini mendapat sambutan baik daripada UPU Taman Taufik selaku tuan rumah serta sambutan masyarakat tionghua yang hangat menyuntik semnagat kepada petugas PAS untuk meneruskan aktiviti sebegini.

Rata-rata kaum bukan melayu telah celik politik, malah ada seorang wanita tionghua yang berusia emas menunding jari pada gambar Shahrizat pada akhbar cina dengan mengatakan beliau perompak wang rakyat. malah kalimah-kalimah perkauman yang diungkap sepanjang Persidangan UMNO baru-baru ini amat memberi kesan kepada mereka.

Menurut Richard yang juga timbalan Pengerusi DHPP Perak merangkap Pengerusi DHPP Pasir Salak, kaum Cina telah faham politik dan memilih pembangkang. Isunya kita sebagai PAS wajib menerangkan pula apa itu PAS pada mereka. Mereka pelru kenal PAS dan Islam. Inilah antara pesanan Richard sebelum menyelesaikan tugasannya mengetuai program tersebut.

Di sebuah kedai makan, ada seorang lelaki berbangsa Tionghua agak emosi apabila menceritakan ketidak puas hatiannya terhadap PAS hanya dalam satu isu iaitu isu salon, sedangkan beliau menerima kesemua aspek perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Isu yang kini hangat bermula apabila seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Di sini memerlukan kekerapan pihak PAS menilai pandangan kaum bukan Islam terhadap isu yang melibatkan sensitiviti mereka dan memerlukan kita berfikir kaedah terbaik menyelesaikan sebarang polemik atau kontroversi.

Antara yang terlibat pada petang tadi adalah Ketua UPU Taman Taufik iaitu Imam Zul, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng dan ajk UPU Taman Taufik.

Aktiviti yang bermula pada jam 6.30 petang itu tamat tepat semasa azan maghrib dengan menyelesaikan edaran 100 risalah DHPP tulisan cina.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat






Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)