Saturday, February 23, 2013

Jamuan dan Silaturrahim bersama ahli PAS Pengkalan Gate-menangkis hasutan dan rasuah UMNO


22 Februari 2013-Pengkalan Gate

Majlis Silaturrahim Ahli PAS dan Bacaan tahlil serta jamuan diadakan di Kampung Pengkalan Gate Tambahan 21 Feb semalam. 

Majlis yang bermula dengan tahlil, disusuli dengan jamuan dan ceramah ringkas oleh YDP PAS Kawasan Gopeng, Ustaz Radzi selaku bakal calon PAS N43 Sungai Rapat, Ucapan ringkas Ketua Penerangan PAS Gopeng Ustaz Omar Nasarfudin serta dipengerusikan oleh Saudara Kamarulzaman Ketua Penerangan Bt gajah (mantan Ketua Cawangan Kg Pengkalan gate Tambahan).

UMNO kelihatan berminat dengan ahli Pengkalan Gate yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan tidak tetap. Dikhabarkan Dato' Hamzah dan YB Adun Sungai rapat cuba membina koloni masing-masing di kalangan ahli PAS di sini. Lantas majlis ini diadakan untuk sesi taujihat dan penguatan tekad untuk terus bersama gerakan Islam dan tidak tertipu dengan lambakan rasuah yang bakal diedar kepada ahli PAS kampung berkenaan.

Kini UMNO menggunakan kempen murahan iaitu PAS hilang jatidiri kerana ditunggang DAP. malah hujah mengatakan PAS dann UMNO sama-sama melayu dan sama sesama Islam berjaya menggoyahkan beberapa masyarakat di kampung seperti Pengkalan Gate, Ara Payung dan Kampung Pisang.

Penerangan MTD dan Kawasan Gopeng akan memperhebatkan siri penerangan, tayangan slide dan video untuk memberi penjelasan kepada rakyat bahawa UMNO parti sekular, menolak Islam, mengamalkan rasuah yang diharamkan Islam serta tidak menjaga aurat dan batas syarak. Inilah beza besar antara PAS dengan UMNO yang kian luntur kefahaman di kalangan masyarakat kampung khususnya.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat



















Di adakan di perkarangan kedai Rosman Bin Abdullah Ketua Cawangan PAS Pengkalan Gate



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)