Sunday, February 17, 2013

Tayangan slide dan Video di Pengkalan Gate-berjaya tarik anak muda


16 Feb 2013-Pengkalan Gate

Tayangan slide isu-isu Perak dan isu nasional diadakan di kedai Ketua Cawangan PAS Pengkalan Gate.

Selepas sedikit preview CD ceramah Us Azhar Idrus, tayangan slide dibentang oleh Muhammad Nuruddin memandangkan Ustaz Radzi tidak berkesempatan ke sana semalam.

Menurut saudara Shamsuri yang bekerja keras untuk menjayakan program itu, beliau tidak akan putus asa malahan kejayaan malam itu akan membakar semangat beliau untuk menganjur lagi tayangan sebegini.

"Hari-hari anak muda menerima maklumat palsu dalam TV dan akhbar..malah pemimpin UMNO bebas berceramah tak kan kita buat kecil-kecilan macam ni pun salah", ulas Rosman selaku ketua cawangan.

Slide banyak menggunakan gambar dan poster untuk memudahkan remaja dan belia yang hadir malam itu faham dan hadam. Mereka berjanji akan membawa ramai lagi rakan-rakan untuk mendengar siri penerangan sebegini jika diadakan lagi kelak.

Tayangan video menjawab fitnah isu kalimah Allah disambung selepas itu serta terakhir video isu air di selangor ditayang untuk membuka mata belia agar tidak terpedaya dengan sihir TV3.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat










Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)