Friday, May 03, 2013

Desak BN dan SPR tunjuk bukti sewa Dewan Orang Ramai sebagai Bilik Gerakan BN


3 Mei 2013- Gopeng

PAS Gopeng telah mendesak pihak SPR untuk memberikan bukti-bukti yang menunjukkan Dewan Orang ramai sekitar kawasan Parlimen Gopeng telah disewakan kepada pihak UMNO-Barisan Nasional.

Pihak Majlis Tindakan DUN Sg rapat (PAS) telah kerapkali mengeluarkan kenyataan dan berita berkenaan salahguna Dewan Orang ramai oleh pihak BN.

BN parti yang memerintah selama 55 tahun tetapi masih msikin untuk memiliki npremis sendiri. Setakat hari ini tiada pilihanraya yang BN sertai tanpoa memperguna harta awam atau harta rakyat.

Pihak PAS Kawasan Gopeng telah meminta kepada Encik mahathir b Mohd Isa Suffian Ketua PP-KPR Parlimen Gopeng untuk memberi bukti salina resit sewa, surat kelulusan serta tempoh sewaan, surat permohonan sewa daripada barisna Nasional serta surat penyerahan kuasa pejabat daerah kepada JKKK yang membenarkan Dewan Orang ramai diperguna oleh BN.

Sikap SPR yang berat sebelah membuktikan bahawa korupsi dan kerosakan sistem masih berlaku, parti menguasai JKKK, polis dan SPR. Hal inilah yang disuarakan selama ini oleh PAS. 

PAS menyeru rakyat memilih calon PAS N43 DUN Sungai rapat iaitu Radzi Zainon dalam PRU kali ini kerana PAS tegar dan konsisten dalam isu pemilikan harta awam serta konsep pembahagian prasarana parti dan kerajaan. Hal ini telah ditunjukkan melalui teladan Saidina Umar Al Khattab dan Umar Ibnu Aziz suatu ketika dahulu.

Keadilan dan Ihsan adalah teras kemajuan tamadun manusia yang berteraskan akhlak dan kebajikan.

Semoga pengundi sekalian dapat membuat pilihan yang tepat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sg Rapat 



Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)