Sunday, May 12, 2013

TERAS selar kenyataan MB Terengganu hina rakyat pilih Pakatan Rakyat


Kenyataan Media TERAS
12hb Mei 2013

ANGKAT SUMPAH MB TRENGGANU DIHADAPAN SULTAN DKHIANATI

TERAS Pengupayaan Melayu kesal MB Terengganu telah menyatakan tidak ada pembangunan perumahan mampu milik  disediakan dikawasan dimana BN kalah. 

Bermakna beliau bukan menjadi MB kepada hampir 48.48% rakyat Trengganu.yang telah menolak BN.Bermakna juga beliau seolah mengatakankan hanya separuh sahaja Trengganu yang akan dibangunkan iaitu di kawasan yang BN menang sahaja.

Malah beliau mengumumkan kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Inilah sikap pemimpin BN yang bebal dengan rakyat yang menolak BN. Sikap yang sama juga dizahirkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Sri Ali Rustam bila kalah di Parlimen Bukit Katil yang merakamkan kekesalan kepada rakyat yang menolak beliau dalam PRU 13.

Kami sangat kesal dengan sikap bebal yang jelas menunjukkan bahawa sebenarnya BN-lah yang tidak boleh menerima kekalahan lalu rakyat menjadi mangsa. 

Sikap mendera rakyat bila tidak menyokong BN semacam menjadi sebati dalam pemikiran politik pemimpin BN.

Jelas sekali sikap tidak demokratik malah sangat berbau politik tidak berrtamadun ini terserlah bila seorang MB yang baru mengangkat sumpah akan berkhidmat kepada seluruh rakyat dihadapan Sultan , tiba- tiba mangatakan  "Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," 

Ini bermakna lafaz sumpah perlantikan MB untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Trengganu yang terkandung dalam lafaz angkat sumpah perlantikan MB Trengganu dihadapan Sultan adalah suatu pembohongan dan pengkhianatan.  Bukan sahaja beliau menyalahi Perlembagaan Negeri malah mengkhianati Sultan sendiri.

Ini adalah pengkhianatan kepada janji yang pertama dilafazkan oleh seorang MB yang merasa terancam bila hampir separuh rakyat Trengganu yang mengundi di PRU 13 menolak BN.

Perdana Menteri harus menjelaskan adakah ini dasar pembangunan yang akan dilaksanakan di negeri-negeri yang diperintah oleh BN. Sikap yang di tunjukkan oleh pemimpin BN ini menandakan , natijah dari keputusan PRU 13  telah menonjolkan pendirian dendam kepada rakyat. 

Bila Ahmad Said berkata demikian , sikap  BN semakin terserlah . Ketika PAS memerintah , BN memangsakan seluruh rakyat Trengganu dan kini bila sebahagian BN kalah , kawasan yang Pakatan Rakyat menang pula dimangsakan , termasuk pengundi yang menyokong BN yang berada di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat .

Ini bermakna slogan rakyat diutamakan adalah satu retorik kosong. Sikap Ahmad Said itu  yang diterjemahkan sebagai polisi negeri  dalam pembangunan adalah suatu percanggahan kepada sistem persekutuan negara ini.

Apa sahaja peruntukan per kapita dari Kerajaan Pusat adalah hak seluruh rakyat negeri. Demikian juga segala cukai yang dikutip di negeri adalah juga hak rakyat seluruh negeri tanpa mengira pendirian politik .

Slogan rakyat diutamakan bukanlah rakyat tetapi ialah rakyat yang terpilih sahaja. Dengan demikian kenyataan pemimpin BN itu berimplikasi , tidak semua rakyat Trengganu diiktiraf sebagai rakyat yang sah untuk mendapat nikmat pembangunan.

Kami mendesak samada PM memperbetulkan sikap Ahmad Said ini dan mengarahkan kenyataan itu ditarik balik atau mengesahkan bahawa inilah sikap yang diamal oleh semua pemimpin BN di negeri yang ditadbir oleh BN.

Berdalih bahawa kenyataan Ahmad Said disalahfahami dan diputarbelit tidak akan menyelesaikan isu ini selagi pendirian yang jelas dari PM tidak dikeluarkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)