Thursday, May 02, 2013

Rayuan dan Ucapan KHAS Radzi Zainon untuk Pengundi Sungai Rapat


Assalamualaikum Dan Salam Hormat

Salam Perjuangan untuk semua pengundi N43 DUN Sungai Rapat.

Saya Radzi Bin Zainon, calon N43 Sungai Rapat menyeru dan merayu agar para pengundi sekalian mambuat pilihan undi yang tepat untuk kesejahteraan kita dan generasi yang akan datang.

Saya selaku calon bagi Parti islam Semalaysia PAS telah diamanahkan oleh pihak parti dan Pakatan Rakyat untuk memikul amanah memimpin rakyat Sungai rapat dalam usaha membina suatu Negara yang berkebajikan untuk rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang dan keturunan.

Islam yang memegangh konsep al adlu wal Ihsan akan sentiasa konsisten membawa agenda keadilan kekayaan Negara, kesejahteraan pembangunan berasaskan kelestarian  alam sekitar, kemajuan dan pembangunan infrastruktur yang tidak mengabaikan pembangunan insane dan akhlak.

Saya juga berjanji Insya Allah akan sentiasa berjuang dan berusaha agar pembangunan akhlak yang dijadikan teras perjuangan PAS dapat memacu keadilan kepada rakyat kerana akhlak lah yang mampu menjadi seseorang manusia itu sebagai insan yang berjiwa insan.

Berilah sokongan padu anda kepada saya selaku calon Pakatan rakyat dan PAS untuk  bersama-sama membangunkan Sungai rapat. Dari rakyat Untuk Rakyat.

Saya yang bertugas kerana Allah untuk Rakyat

Radzi Zainon
Calon (PAS) N43 Sungai Rapat 




Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)