Wednesday, July 10, 2013

Ahli Gerakan Islam PAS Pengkalan Pegoh, bijak dalam keusahawanan

Mesyuarat Agong Tahunan  PAS Cawangan Pengkalan Pegoh yg berlangsung di Dewan D'Event bermula 9.30 pagi tadi turut diserikan dengan kehadiran usahawan-usahawan kecil muslimat sekitar Kg Pengkalan Pegoh yang mempromosikan pelbagai produk jualan seperti kek, kerepek, dodoi, mee rebus, lemang dan rendang, buku agama dan pelbagai produk kegunaan harian yang lain.

PAS Pengkalan Pegoh memang terkenal dengan pelbagai kegiatan ekonomi, termasuk memiliki koperasi dan modal tunai yg mencecah puluhan ribu ringgit. Antara peneraju utama kegiatan ini ialah Tn Hj Idris, AJK Caw dan mantan Bendahari PAS Kawasan Gopeng di samping Ketua Cawangan dan AJK yg lain.




YB Radzi zainon  yg merasmikan Mesyauarat kali ini turut berbangga dengan pencapaian luar biasa cawangan ini, terutama dalam penganjuran pelbagai kegiatan kemasyarakatan seperti kempen derma darah, khatan perdana, edaran bubur lambuk ketika Ramadan, di samping menjadi pentas utama ceramah dan penerangan PAS Kaw Gopeng.

Dalam ucapannya, Ust Radzi menekankan tiga aspek penting yg mesti diberi perhatian oleh setiap pemimpin dan ahli PAS iaitu, tarbiyyah, dakwah dan siasah ke arah mendepani cabaran akan datang.

Semoga mesyuarat ini berjaya menyuntik semnagat ahli untuk terus konsisten bersama jamaah Islam.

Muhammad Nuruddin Bashah
Team Media ADUN Sungai Rapat

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)