Tuesday, July 16, 2013

Majlis rasmi Pusat Khidmat Parlimen Gopeng dan ramah mesra dengan para YB Pakatan Rakyat

14 Julai 13 - Ipoh Jaya

Perasmian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye telah diadakan pagi ahad lalu.

Cuaca sejuk dan mendung menyelesakan para hadirin yang berpusu hadir untuk mendengar ulasan para YB pasca pilihanraya kontroversi tahun ini.

Majlis yang bermula jam 11 pagi ini dihadiri oleh YB Dr  Lee B. Chye, YB Thomas Su MP Ipoh Timur, YB Tan Kar Hing dan ADUN Sg Rapat, Ust Radzi Zainon dan pemimpin lain termasuk lebih 100 hadirin lain dari pelbagai kaum.

Semua pemimpin yang hadir telah diberi peluang berucap dan pelbagai isu terkini merangkumi isu Perak dan nasional telah disebut dalam ucapan mereka masing-masing.




Ramai di kalangan masyarakat berbangsa cina yang hadir mengambil kesempatan berjumpa dan berkenalan dengan ADUN Sg Rapat yang baru, dan tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah YB Ust Radzi kerana berjaya mengalahkan "iron lady" Umno di Sg Rapat yang telah kelam kesamsengannya selepas tidak berjaya mengekalkan kerusi beliau.

Selain itu, beberapa orang kelihatan berkali kali mengucapkan terima kasih kepada Ust Radzi kerana aduan dan masalah mereka telah berjaya diselesaikan melalui khidmat dan bantuan YB ADUN Sg Rapat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Team Media ADUN Sg Rapat


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)