Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, November 15, 2009

Bukit Merah berasap kembali!

Disiarkan dalam Harakah 27-29 November 2009

Bukit Merah berasap kembali!

Bukit Merah Menglembu Ipoh kini hangat kembali dengan isu pencemaran yang dikeluarkan oleh kilang berhampiran.

Penduduk komuniti Bukit Merah yang merangkumi Taman Bukit Merah, Taman Badrishah dan Taman Impiana Adril pernah berjaya berjuang sehingga kilang ARE yang mengeluarkan sisa nuklear ditutup pada tahun 1995. Pihak pemaju taman berkenaan telah berjanji untuk memastikan kawasan berkenaan bebas dari pencemaran asap toksik dan bunyi. Jika diperhatikan secara dekat taman berkenaan begitu kurang pokok hiasan dan pokok taman yang subur akibat pencemaran nuklear dan toksik berdekad lamanya.

Hari ini pada era millennium, kilang mulai tumbuh pesat disekitar kawasan penduduk nerkenaan serta kembali mengeluarkan pencemaran aktif.

Suatu ketika dahulu MBI pernah mengeluar kenyataan ( 20 November 2008) bahawa jarak kilang dengan kawasan penduduk adalah mesti melebihi 500 meter. Namun yang terjadi kini ialah jarak mereka dengan kilang berhampiran hanya 50 meter!

Pihak kerajaan tempatan Perak perlu lebih atif dan peka dengan kehendak penduduk yang kini telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan penduduk Bukit Merah dengan kerjasama Parti Sosialis Malaysia.

Kilang berkaitan pernah menghentikan seketika pengeluaran asap dan bunyi kuat semasa lawatan siasatan Jabatan Alam Sekitar pada sekitar 22 Ogos 2008.

Persoalan yang timbul, bagaimana projek perancangan komuniti berkenaan boleh diluluskan dalam hal jarak kedudukan mereka yang terlalu hampir dengan kilang-kilang berbahaya. Malah megapa kehadiran kilang baru dibenarkan sedangkan kedudukan mereka terlalu hampir?

Dr Masura dan Dr Norlela dari UKM pernah membuat anggaran kos yang amat tinggi ( 16 Jun 2009) sekiranya ujian udara di awasan berkenaan ingin diadakan. Disebabkan kajian ‘black and white’ tiada, malah bukti emperikal juga kurang menyebabkan permasalahan ini bakal berlarutan. Tidak hairan jika pasar borong dan pasar harian di taman Impiana Adril kosong tiada penjual mahupun pembeli. Tidak hairan juga terlalu banyak rumah kosong yang ditinggalkan oleh ‘pembeli’ sendiri akibat tidak tahan dengan masalah kesihatan yang berlaku.

Pihak NGO Perak perlu cakna dengan isu ini serta bekerjasama dengan penduduk setempat untuk menyelesaikan masalah ini.

PAS kawasan berhampiran boleh mengambil perhatian lanjut untuk memperjuangkan isu ini kerana Islam adalah agama yang memiliki dharuri tersendiri antaranya menjaga nyawa, akal dan harta manusia dan semestinya Islam optimis melindungi alam sekitar.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Lajnah Penerangan Pemuda PAS Gopeng.

Saturday, March 15, 2008

Jangan Percaya Fitnah BN terhadap Kerajaan Pulau Pinang !!


Oleh Bernama
Jumaat, 14 Mac 2008
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta rakyat Pulau Pinang tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan semangat muhibah antara kaum di negeri ini.
Beliau berkata tindakan golongan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan pelbagai khabar angin itu boleh menjejaskan usaha kerajaan baru mewujudkan keharmonian di negeri ini.


"Kerajaan baru ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang tidak kira latar belakang politik, kaum dan agama. Kami memang hendak mewakili semua rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri I dan II iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof Dr P.Ramasamy.

Pada pertemuan itu, Lim sekali lagi mengulangi jaminannya bahawa kerajaan gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu dan penganut agama Islam.

"Kedudukan Islam tidak dipertikaikan dan semua khabar angin tentang azan tidak boleh dilaungkan adalah tidak benar, ini pertama kali saya dengar cerita seperti ini.
"Kita mahu dengar suara rakyat jadi jika suara rakyat nak didengar maka suara azan juga nak didengar," katanya.

Pada pertemuan itu, Lim juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Mohammad Fairus mengenai kedudukan orang Melayu di Tanjung Tokong.
"Tanjong Tokong adalah kawasan penempatan Melayu pertama yang saya lawati sebelum mengangkat sumpah jawatan dan saya beritahu penduduk di sana bahawa mereka ada kawan di pejabat Ketua Menteri," katanya.

Sementara itu penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang Dr Danial Zainal Abidin yang mengetuai 21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Lim berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan penganut agama Islam di negeri ini.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)