Saya berperluang mengikuti taklimat wasiat dan faraid di Pejabat JIM Ipoh semalam di Taman Pelangi. Alhamdulillah, penerangan daripada WasiyyahShoppe berkenaan pakej pengurusan hibah, faraid dan wasiat amat bermanfaat dan diperlukan oleh semua umat Islam.
Konsep umum ilmu faraid dijelaskan bersama penerangan pengurusan realiti di Malaysia yang melibatkan mahkamah, Akta Wasiat 1959 serta Majlis Amanah Raya.
Saya akan terus mengikuti program bersama JIM Ipoh kelak.
Terima Kasih Cikgu Khusairi yang menunjuk jalan ke Pejabat JIM Ipoh.
Muhammad Nuruddin Bashah
Showing posts with label NGO_JIM. Show all posts
Showing posts with label NGO_JIM. Show all posts
Saturday, May 23, 2009
Sunday, April 26, 2009
Sukan Bowling bersama Kelab Remaja JIM (KRJ) P.Pinang
Saya berkesempatan bersama KRJ P.Pinang menyertai pertandingan bowling di KBJ kelmarin, 25 April 2009, hari Sabtu. Alhamdulillah, saya ingat promosi Kak Lat berkenaan pertandingan tersebut dan saya cuba ajak beberapa teman USM untuk turut serta.
Saya amat optimis dengan kerja dakwah remaja dan aktiviti santai bersama remaja. Bagi mereka yang serius meneliti masalah remaja, mereka perlu meluangkan masa untuk aktiviti sebegini. Cakna dan hadir. Saya amat menghargai masa saya jika boleh berada dalam aktiviti sebegini. Pengalaman bersama Konsultan Harmony Exellence di KL sekitar tahun 2005-2006 dahulu menyebabkan saya amat suka merapati kelompok ini.
KRJ banyak melakukan promosi melalui poster umum di sekitar KBJ. Akibatnya ramai peserta yang belum mengenali KRJ, JIM atau kelompok Islamik turut sama hadir, mahu bermain bowling dan boleh dikenali kelmarin. Ada pelajar kaum Cina dan India juga. Bukankah ini usaha yang amat positif?


Di samping mencergaskan badan, peserta juga belajar berintegrasi. Pelajar USM pula mula kenal kerja buat JIM melalui saluran aktiviti remaja. Saya katakan kepada mereka, inilah cara JIM mengikat remaja kepada jamaah Islam. Kak Lat selaku pengarah KRJ P.Pinang (berita dan gambarnya disiarkan dalam Sinar Harian 25 April) telah mengedarkan borang KRJ kepada remaja semua. Saya gembira mendengar Kak Lat menyebut remaja bukan Islam juga boleh sertai KRJ. Alhamdulillah.
Saya turut mengambil peluang mengedar Risalah Aura Islam keluaran SPAQ bulan April kepada peserta. KRJ juga mengedarkan risalah dakwah kepada para remaja untuk diberikan kepada rakan-rakan dan pengunjung KBJ yang lain. Alhamdulillah, bukan senang nak dengar tasbih Kifarah dan Surah Al Asr dibaca beramai-ramai di tempat bowling sebegitu. Tahniah KRJ, tahniah JIM P.Pinang.
Muhammad Nuruddin Bashah
AJK KRJ (tapi tidak aktif)
Monday, April 13, 2009
Sekilas pandang Bengkel Blogger JIM P.Pinang (Gambar)
Kelmarin, 12 April 2009 bertempat di Pejabat JIM P.Pinang, blogger-blogger JIM yang bersemangat berkumpul untuk turut bersama dalam arus media alternatif dunia hari ini. Apakah matlamat blog dibina? Saya belum sempat berkongsi persepsi dan pandangan hati saya yang telah 3 tahun bergelumang dalam alam blogger. Dari blogdrive ke wordpress hingga ke blogspot saya menerokai alam ini dengan satu sahaja tekad.....
Peserta muda dari sekolah Rendah dan Menengah Al Itqan (seliaan JIM)
Ni saya lah siapa lagi. Bersama laptop Lenovo yang dah tenat walaupun baru 2 tahun pakai. Sempat beri sediki sahaja pandangan mengenai teknikal blogger pada hari itu.
Kak Zah (Pegawai PPD Timur laut P.Pinang), bukan guru tadika....
Ini kak Latifah peneraju aspirasi remaja Islam P.Pinang. Kini hendak berdakwah melalui penulisan juga.
Saya menulis blog adalah untuk bersaing dalam media elektronik yang sarat dengan bahan bacaan yang tidak membina minda berguna. Saya menulis kertas kerja, pendapat dan penulisan separa ilmiah dan hanya memasukkannya ke dalam blog apabila diperkenalkan oleh seorang sahabat saya. Saya tidak tahu pun pada ketika itu bahawa blog adalah diari peribadi dan cerita pengalaman hidup yang ditulis secara santai. Saya ingatkan ia adalah web biasa. Walau apa pun saya adalah penulis bukannya pakar IT. Disebabkan itu blog saya dahulu tidak lawa mana pun. Saya hanya ingin menulis dan terus menulis. Membaca berfikir, diskusi dan terus lagi menulis.
Blogger JIM, saya harap kalian memiliki aspirasi, jatidiri dan niche (ruang) sendiri untuk menjadikan bahan tulisan anda sebagai competative advantage berbanding blog insan yang mungkin tidak menggunakan unsur agama sebagai medium dan substensi. Jadikan pandangan anda sebagai pemberat kepada kemenangan dakwah Islam walau atas apa nama dan skop penulisan anda. Jika ia hanya tulisan santai, jadikan tulisan itu sebagai pendorong kepada KERJA dan AMAL Islami walau di mana anda berada.
Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgist Engineer
Prima Metal SDN BHD Ipoh.
Labels:
NGO_JIM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

