Monday, November 05, 2012

Kajian : MENANG SAMAN BUKTI SIAPA BENAR SIAPA SALAH


Kajian : MENANG SAMAN BUKTI SIAPA BENAR SIAPA SALAH
Tujuan kajian ini dilakukan
  1. Mengumpul senarai kejayaan saman yang difailkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap kezaliman dan penipuan serta aktiviti fitnah yang dilakukan oleh pemimpin dan media pro kerajaan BN.
  2. Membuktikan bahawa sistem mahkamah sivil (bukan hukum Islam) juga membuktikan aktiviti pihak yang zalim dan berniat jahat.
  3. Rakyat perlu diberi penerangan isu-isu kejayaan saman ini, isi kandungan kes dan komentar Hakim yang membuktikan UMNO-BN wajib ditolak rakyat walauapun Hakim tidak membuat penghakiman atas wazan politik.

A.      Saman ISA
1.       5 pemimpin Pakatan Rakyat dianugerahkan pampasan sebanyak RM 4 juta kerana ditahan secara salah dibawah ISA pada 2001.

2.        Keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan itu juga, mengesahkan kenyataan penulis beberapa hari lepas bahawa Hakim diperingkat Mahkamah Tinggi sudah dibebaskan dari cengkaman kerajaan dan dengan itu lebih bebas dalam membuat keputusan.

3.       2 Oktober 2012- saman yang difailkan oleh beliau bersama empat orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 2001 terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

4.       Mahkamah telah memutuskan bahawa penahanan Saari, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Dr Badrul Amin dan Badaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 2001 adalah tidak sah, bermotif politik dan mala fide (berniat jahat). (Bukti UMNO-BN jahat!)

5.       Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilanya menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai ganti rugi teruk serta RM25,000 sebagai gantirugi saman fitnah.

B.      Saman Fitnah UTUSAN
1.       30 Ogos 2012 Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur perintah  Utusan Melayu (M) Bhd bayar gantirugi kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin isu berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Fakta : UTUSAN tiada peguam sejak awal kes menunjukkan sombong dan angkuh!

2.       8 Oktober 2012- Utusan Malaysia mohon maaf kepada MP Sepputeh Teresa Kok kerana fitnah yang disiar Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008

3.       22 Jun 2012- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintah bayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng. RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah. Utusan Melaysia menulis pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

4.       14 Disember 2011- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang isu berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember 2010. Utusan beri pampasan RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Utusan  menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’.

5.       14 Oktober 2011- Mahkamah Tinggi arah Utusan Malaysia bayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad artikel  fitnah disiarkan 2009. Artikel Utusan bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September 2009.

6.       12 Mei 2012 Utusan Malaysia mohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam  Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  Utusan dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.


C.      Saman Tuduhan Pengganas Presiden PAS



D.      Saman Fitnah terhadap DSAI

1.       19 Jun 2012 - DSAI menang kes saman fitnah terhadap Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan menerima wang sebanyak RM60 juta di Mahkamah Tinggi kuala Lumpur.
a.       Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

b.      Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.
c.       DSAI  mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

d.      Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

e.      Memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen.

f.        Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.


2.       18 Ogos 2005  - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan tuntutan gantirugi sebanyak RM4.5 juta kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku, Khalid Jefri (50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM).
a.       Hakim-  Dato' Hishamuddin Mohd Yunus.

b.      Penulis buku, Khalid Jafri Bakar Shah, 65, dan isterinya Rozihan Abdul Ghani merupakan penerbit Media Pulau Lagenda -buku tersebut mengandungi fitnah terhadap Anwar.

c.       Hishamudin berkata, bayaran yang begini besar adalah luar biasa di Malaysia tetapi itulah nilai yang wajar berdasarkan tuduhan yang dibuat terhadap Anwar dalam buku itu dalam kedudukannya yang begitu tinggi ketika itu dan tidak adanya permohonan maaf dan penyesalan dari defendan.

d.      Kata Hakim, buku itu telah disebarkan kepada kesemua perwakilan dalam perhimpunan agung Umno pada bulan Mei 1998 dan Defendan dan lain-lain pihak yang berkonspirasi dengannya telah berjaya mencapai matlamat mereka Dan Hakim anggap Karier politik plaintif (Anwar)telah hancur hasil dari penerbitan buku ini


3.       Ternyata Khairi Jamaludin membuat fitnah.
a.       16 Januari 2013- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  bersetuju kes saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar diselesai di luar mahkamah.
b.      Khairi  menarik semula kenyataan fitnah ke atas beliau.
c.       di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
d.      Kes saman fitnah RM100 juta difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007 kerana Khairi mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
e.      Kenyataan ini antara lain mendakwa Anwar adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
E.       Zunar menang saman
  1. 31 Julai 2012 - Zulkiflee SM Anwar ( Zunar)  menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain kerana merampas 66 buku dan satu lukisannya pada tahun 2010.
    1. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
    2. Pada 15 Jun 2011, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden kerana merampas 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
    3. Hakim Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.
  1. Saman Mustafa Ali menang
1.       7  September 2009 - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menang samannya ke atas kerajaan dan polis.
  1. Kerajaan setuju bayar RM50,000 sebagai gantirugi kerana menahan beliau di bangunan Parlimen 11 Julai tahun 2007.
  2. Diputuskan oleh  Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim P.S. Nathan.

  1. Mustafa mengemukakan saman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
  1. Saman terhadap Pimpinan PR ditolak Hakim
  1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah) tolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno P.Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.
    1. Karpal Singh kata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
    2. Zainal Abidin fail saman pada 24 Oktober 2011, terhadap KM dan media elektronik Keadilan Daily  didakwa fitnah cuba mengaitkan Umno dengan demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta tuduhan  cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun 2010.

Muhammad Nuruddin Bashah
Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

Kenyataan Media Presiden PAS - SYRIA :RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG

Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara Arab di Asia Barat, bersempadankan Lubnan dan Laut Mediterranean di sebelah barat, Turki di utara, Iraq di timur, Jordan di selatan dan negara haram Israel di sebelah barat dayanya. Syria adalah termasuk di kalangan negara Arab yang turut menerima arus perubahan kebangkitan rakyat. Umum menyangkakan bahawa sepatutnya perubahan akan lebih mudah berlaku di Syria berbanding negara lain kerana rakyat majoriti besarnya iaitu 74% adalah muslim-sunni manakala kerajaannya pula dikuasai oleh golongan minoriti Alawi (lebih kurang 3 % – 4 %) berideologikan sosialis Parti Ba’ath paling kiri di kalangan negara Arab.

Dari segi hubungan dengan negara jirannya, terdapat tanda-tanda sejak awal yang menunjukkan adanya hubungan sulit antara Syria sendiri dengan negara Barat dan negara haram Israel, walau pun secara zahir sikapnya menunjukkan keras terhadap mereka khususnya Israel. Namun yang nyata ialah sejak awal sehingga kini, Syria tidak menjadi sasaran serangan terbuka daripada Israel seperti yang dialami oleh Lubnan, Iraq dan Sudan. 
Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh, bahawa adanya kerjasama melalui beberapa tindakan membantu pihak Barat apabila menghalang dengan keras terhadap pengaruh politik Islam yang menjadi ancaman terbuka kepada Israel dan Barat, disamping Syria mendapat dukungan kuasa besar Rusia dan China. 
Kebangkitan rakyat berlaku sejak awal 80-an yang dipimpin oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Pada ketika itu, Bandar Hama yang paling kuat pengaruh Islam menjadi mangsa kekejaman. Puluhan ribu rakyat menjadi korban mangsa kezaliman kerajaan Parti Ba’ath Alawi pimpinan Presiden Hafez al-Assad (1970 – 2000). Media tidak membuat liputan, manakala negara Arab lain dan jirannya diam membisu. Maklumat hanya melalui berita kecil dalam ruang yang sempit. Majoriti rakyat bermazhab Sunni bernaung dan berpijak di atas bara yang membakar. Kalangan ulama yang berani dan pemimpin anti kerajaan terpaksa menjadi mangsa dipenjara, ada dibunuh dan ada yang hidup dalam buangan di luar negara. Hanya kalangan yang menyembunyikan diri atau membisu boleh menyelamatkan diri. Adapun kalangan pengampu mendapat liputan yang sebaik-baiknya dan diletak ditempat penting dalam urusan agama Islam untuk menjadi topeng melindungi kesesatan dan kezalimannya. 

Mantan diplomat Amerika yang menulis makalah mengenai Fundamentalisme di Asia Barat sejak dua puluh tahun lalu, mendedahkan pengetahuan Barat yang mendukung demokrasi dan hak asasi manusia, bahawa mereka tahu dan faham kedudukan di Syria. Pihak Barat menyedari bahawa kerajaan minoriti Alawi Parti Ba’ath menguasai majoriti golongan Sunni yang kuat beragama dan betapa Hafez al-Assad dan anaknya berlakon sembahyang dan berbagai ibadat yang tidak ada dalam ajaran Alawi, demi menghalang kumpulan Islam yang menjadi ancaman paling bahaya kepada Israel dan kepentingan Barat. 
Dalam senario sebegini, Bashar al-Assad pula bermain politik talam banyak muka, apabila dari satu sudut dilihat membenarkan para pejuang Palestin daripada Hamas dan Jihad, membenarkan Syria menjadi laluan bantuan pihak tertentu kepada Palestin dan Hezbollah dengan bebas, bahkan diberi kemudahan membuka pejabat, pusat latihan dan kemudahan yang lain; manakala di satu sudut yang lain mempunyai hubungan sulit dengan Barat dan Negara haram Israel. Adapun seluruh negara Arab yang lain tidak memberi tempat dan peluang sepertinya. Sebaliknya pula Bashar al-Assad mengharamkan kumpulan Islam yang sama sekiranya terdiri daripada rakyat Syria sendiri.

Kebangkitan rakyat yang berwajah Islam, secara demonstrasi aman pada awalnya mendapat sambutan rakyat. Tiba-tiba mendapat perhatian dunia luar khususnya negara Barat yang ada kepentingan masing-masing dan Israel, sama ada pergantungan sumber tenaga petrol dan gas, atau pergantungan dengan negara Zionis yang berpengkalankan di negara haram Israel. Dua perkara yang dianggap rukun hidup kepada barat : Minyak dan Israel. 
Setiap pengamat politik yang insaf wajib melihat kepada aspek yang penting tersebut, sebelum menentukan sikap yang adil dan istiqamah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama parti-parti Islam di negara lain mengadakan wacana khas bagi menangani isu ini. 
Kami berpendapat bahawa Regim Bashar wajib diturunkan oleh rakyat Syria dan digantikan dengan kumpulan Islam tulen dengan proses demokrasi yang sebenarnya dan adil. Campur tangan asing hendaklah ditentang habis-habisan. Kerajaan Islam Iran juga hendaklah menarik sokongannya terhadap regim yang zalim itu, demi menjaga maruah negara itu kepada umat Islam. Negara-negara Arab dan berjiran seperti Turki pula jangan menjadi hamba kepada negara Barat yang menjaga keselamatan Israel, minyak dan gas, dan bukannya ikhlas terhadap rakyat Syria yang dizalimi. Barat bukan sahaja dilihat bahkan terus bertindak dengan menunjukkan usaha mereka yang jelas untuk mencari pemimpin pro Barat yang lebih menjaga kepentingan mereka selain daripada Bashar, dan bukannya melihat kepada kepentingan 74% umat Islam di Syria. Selagi pemimpin yang dikehendaki oleh pihak Barat ini tidak berhasil, maka Bashar akan terus dikekalkan, kerana mereka berpendapat bahawa kedudukannya lebih baik di kalangan yang zalim itu daripada yang lain. 

Negara Arab, Turki dan Iran pula sepatutnya bersatu menghadapi negara haram Israel, bukannya berkhilaf dalam isu Syria sehingga terperangkap dengan agenda musuh timur dan barat. Semua pihak perlu kembali kepada sejarah secara ikhlas, meninggalkan kepentingan mazhab, fanatik perkauman dan kerusi singgahsana masing-masing. Ingatlah bahawa semua negara besar itu turut terlibat dalam penubuhan negara haram Israel tahun 1948, dan masih terus mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sehingga kini. Mereka jugalah yang terus membuat desakan supaya negara Arab dan Islam untuk menerima Penyelesaian Two State Solution, antaranya menerusi Persidangan Annapolis pada November 2007; yang membahagiakan dua negara iaitu satu untuk Zionis dan satu untuk Arab Palestin (satu pembahagian yang zalim dan khianat).

Sekiranya negara-negara Arab, Iran dan Turki saling menyatukan sumber tenaga manusia, sumber semula jadi di perut bumi dan teknologi yang sudah mencapai kemampuan menghadapi cabaran, maka sudah tentu ancaman negara haram Israel ini dapat diatasi. 
Hingga kini kita masih terus menunggu setakat mana pencapaian Resolusi Makkah daripada sidang kemuncak OIC yang berlangsung pada bulan Ramadan lalu. Penyelesaian sebenar hanya akan dicapai apabila OIC dibebaskan dari berkiblat ke arah kuasa asing dan mula berkiblatkan Kaabah di Makkah. Perhatikan sehingga mana usaha penemuan susulan OIC di kalangan empat negara penting terdekat dengan masalah yang sedang berlaku iaitu : Mesir, Turki, Arab Saudi dan Iran. Atau adakah Syria akan atau sedang turut menjadi medan ujian senjata kuasa barat dan timur, di mana negara-negara jiran menjadi pengkalan bekalannya, dibayar pula dengan duit dan minyak Arab, akhirnya yang kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang.
Penyelesaiannya ialah memperkasakan OIC, supaya benar- benar mewakili umat Islam. Syria adalah medan paling sesuai supaya dipulangkan hak kepada rakyat dengan pilihanraya adil secara langsung di bawah kendalian OIC. Pemimpin negara menjadi ujian sama-sama beramanah atau bersedia jadi pengkhianat dan menerima hukum Allah Yang Maha Adil.


Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Sunday, October 28, 2012

Haji Mab-Beruk


Haji Mab-Beruk
Kata Ibnu  Al Manzur Mabrur berasal daripada istilah al-bir dalam kitab Lisan Al Arab iaitu kebaikan dan ketaatan.
Kata Imam Nawawi. Haji Mabrur ada tanda iaitu orang tersebut tidak lagi suka maksiat dan menjadi baik dari sebelumnya.
Kata ImamAl Ghazali , Tanda Haji mabrur adalah kembali dalam keadaan zuhud penuh berharap terhadap akhirat dan bersiap-siap bertemu pemilik kaabah.
Imam Sheikh Ali Al Khawwas pula tanda haji mabrur ia kembali dengan sifat mahmudah dan tidak berebut-rebut hal keduniaan (seperti sebelumnya)
Di Malaysia ramai balik haji…buka aurat…masuk TV
Ada yang menikah di Mekah menutup aurat..bila di tanah halal cepat-cepat buka aurat…
Ada yang balik Haji hina isteri Nabi…kata saya tidak hipokrit saya adalah saya pergi haji ke tidak saya tetap saya….
Ada yang pergi haji bodyguard keliling pinggang…
Balik masih zalim, menipou dan mengkhianati kepimpinan…
Haji mereka buka Haji Mabrur..itu Haji Mab-beruk
Muhammad Nuruddin Bashah

Saturday, October 27, 2012

Hudud sahaja diperjuang ….syariat Islam lain di mana?


Hudud sahaja diperjuang ….syariat Islam lain di mana?

Sekitar jam 3 pagi semalam (Pagi Raya Aidil adha) saya yang sedang bersiap untuk pulang ke kampong  terfikir suatu persoalan dan memerlukan jawapan yang segera untuk saya jadikan hujah.
Saya hanya teringat kepada Ustaz Nasrudin Tantawi (guru dalam talian)  sahaja untuk saya tanyakan ‘stand’ dan persepsi PAS dan Pemuda PAS Malaysia  berkenaan isu yang ingin saya utarakan.
SMS saya kepada beliau pagi itu berbunyi begini:
Salam ustaz, Al Qaradhawi ada menulis dalam kitabnya Masyarakat Islam Yang unggul bahawa Hudud bukan satu-satunya penyelesaian kepada permasalahan social dan jenayah malah ia ada;ah juzuk daripada perjuangan syariat Islam. Malah Persatuan Ulama’ P.Pinang juga telah menganjurkan Seminar dan wacana berkenaan Hudud dan bersetuju Hudud adalah wajib tetapi bukan satau-satunya penyelesaian. Jadi apa pandangan PAS berkenaan persepsi umum yang mungkin menganggap PAS hanya membawa matlamat hudud seolah-oleh tiada  pakej lain. Kita (PAS) kaffah (berjuang secara holistik ) tetapi imej dan pembawaan mungkin perlu upgrade…Apa pandangan ustaz?...”
Ustaz menjawab SMS dan diterima sekitar jam 7.51 pagi raya.
“ Salam, benar hudud bukan satu-satunya penyelesaian. Bahkan ia satu penyelesaian yang dating dalam satu pakej syariat yang lengkap dann syumul. Kita pun tidak pernah menyebut hudud satu-satunya penyelesaian. Kita juga tidak hanya memperjuangkan hudud semata-mata. Sebab itu dalam perlembagaan PAS tidak menyebut perkataan hudud tetapi disebut sebagai (perjuangan menegak) Al Quran dan Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS. Rujuk perlembagaan Fasal 5(1) dan fasal 7(1). Hudud hanya undang-undang dalam aspek jenayah. Hanya melibatkan jenayah zina, curi, arak, murtad dan rompak. Namun ia suatu alternatif  yang muktamad kepada kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Ia juga perlu dilaksanakan sungguhpun aspeknya kecil. Sama seperti tayamum. Hanya ada 2 ayat tayamum dalam Al Quran. Namun ia wajib dilaksanakan sebagai alternatif apabila ketiadaan air atau anggota wudhuk uzur dan terhalang untuk sampai air. Menolak dan menafikannya tetap merosak dan menggugurkan iman. Walaupun nisbah yang kecil berbanding keseluruhan Alquran. Sebagaimana ia juga wajib ditegakkan sekalipun ia bukanlah satu-satunya penyelesaian dalam Islam. Persoalannya kita mesti melihat spesifik kes. Kalau kita nak cari penyelesaian dalam kes jenayah seperti zina, buang bayi, rompak samun dan seumpamanya, maka hududlah penyelesaiannya kerana yang berzian bukan tak tahu hukumnya haramyang mencuri bukan tak tahu ianya salah dan haram. Maka dalam kes ini bukan pengajian ilmupenyelesaian sebab mereka sudah tahu sudah ada ilmu, penyelesaiannya pada undang-undang. Kerana mereka gagal hidup dengan ilmu mereka. Undang-undang perlu mendidik mereka. Kalau masalah timbul dalam kes rumahtangga seperti bercerai makapenyelesaiannya ppada munakahat. Begitulah seterusnya. Justeru islam merangkumi ibadat, munakahat, muamalat dan jenayat. Berjuang untuk undang-undang sahaja menjadikan kita sempit.Perjuangan kita syumul untuk tegakkan keseluruhan sistem hidup islam. Rujuk usul pertama dalam Rukum Baiah Al Fahmu Imam Hassan Al Banna.

Daripada sms ini saya bercadang untuk jadikan satu kertas kerja….Kerajaan Kelantan lebih daripada layak untuk melaksanakan Hudud atas hujah Kelantan telah berusaha dalam perlaksanaan juzuk Islam sebelum bercadang pula melaksanakan undang-undang jenayah. Insya Allah Enakmen Hudud kelantan dan terengganu akan dijadikan rujukan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Majlis Tindakan DUN  Sungai Rapat (PAS)
Parlimen Gopeng

Thursday, October 25, 2012

KAJIAN ISU YURAN KAMPUS DAN KEWAJARAN PENGHAPUSAN PTPTN


KAJIAN ISU YURAN KAMPUS DAN KEWAJARAN PENGHAPUSAN PTPTN


Rasional hapus PTPTN
  • Isu penghapusan PTPTN rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. Najib memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Danaharta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.
  • Sudut pandang lain;
    • PTPTN bukan wajib dipinjam, ia optional disamping biasiswa negeri dan JPA.
    • PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran kampus yang tinggi.
    • PTPTN tetap perlu dibayar kerana ia hutang pelajar bukan sekadar meliputi kos pengajian tetapi duit makan, prepaid, HP, motosikal/kenderaan dan sebagainya.
    • Jika PTPTN terus dihapus hutang, untung kepada pelajar yang berhutang. Akar punca isu adalah kadar kos pengajian tinggi. Pakata rakyat perlu fokus akar permasalahan pendidikan. Aspek hajiat dan tahsiniat seperti wang digunakan untuk beli motosikal atau HP ia bukan asas utama untuk ditekankan oleh PR.
    • Mahasiswa berhujah kerana melihat senario kronisme BN;  “jika kerajaan boleh bail out GLC dan kroni, kenapa tak mampu beri pendidikan percuma atau minimakan kos pengajian atau tolong ha[uskan hutang PTPTN yang masih ada?”

Perhatikan Misi dan Visi PTPTN;
Fungsi
• Menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman.
• Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.
• Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Visi
Menjadi sebuah institusi kewangan dengan sumber kewangan sendiri bagi pembiayaan pendidikan pada tahun 2025.
Misi
Mengurus kumpulan wang bagi tujuan pendidikan tinggi.
Objektif
Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.
  • Jika dasar Yura percuma atau minima, PTPTN tidak perlu meletak misi dan visi untuk menyediakan tabung pendidikan tinggi kerana pelajar tidak menghadapi masalah dengan kos kampus.
Berapa mahasiswa terlibat dan jumlah pinjaman PTPTN
  • 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun.
  • Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
  • Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)
  • Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.
  • Seramai 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.
  • Sejak penubuhannya pada 1997 sehingga 28 Februari 2011, pinjaman telah diluluskan dengan nilai RM38.15 bilion sementara bagi tahun 2011 sahaja, PTPTN telah meluluskan sejumlah 238,722 bilangan pinjaman dengan peruntukan sebanyak RM6.04 bilion.
  • Berdasarkan angka September 2011, jumlah PTPTN yang belum dibayar oleh pelajar adalah 3.3 bilion.
Berapa syarikat GLC kerajaan bailout
  • MAS rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM1.2 billion.
  • Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa tangan kerajaan menyokong syarikat ini?
  • Dari kes sebegini mahasiswa mengambil satu analogi bahawa kerajaan mampu menyediakan pendidikan tinggi percuma atau kadar yuran pelajaran dan yuran kolej kediaman yang lebih minima sehingga mahasiswa tidak lagi perlu berhutang untuk ke menara gading!
  • Tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd mencatatkan kerugian antara tahun 2005 hingga 2009 (PM Najib)
  • Najib berkata semua syarikat GLC tersebut tidak menerima sebarang tindakan menyelamat atau "financial bailout" daripada kerajaan. "Sebaliknya sebarang bantuan kewangan adalah melalui insentif yang sedia ada berdasarkan garis panduan dan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri yang berkenaan. Secara pinsipnya, berdasarkan amalan tadbir urus korporat terbaik selaras dengan Buku Hijau (Meningkatkan Kecekapan Lembaga Pengarah) di bawah Program Transformasi GLC, sebarang tindakan terhadap syarikat tidak sewajarnya diambil oleh kerajaan. (PM Najib)
  • Realiti? syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times  bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.
  • Mahathir membuktikan negara ada wang yang banyak untuk bantu syarikat gergasi. Jadi petanda bahawa kerajaan mampu beri pendidikan tinggi percuma kepada rakyat;
    • Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
    • Pembelian saham Technology  Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
    • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
    • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS
    • Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang
    • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai 1.8b
    • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta
    • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
    • Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain
    • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
  • Selain itu wang negara boleh dijimatkan jika tiada ini;
    • Projek Menara 100 tingkat
    • kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.
    • PERMATA (Rosmah); projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.
Berapa pendapatan Negara
  • Malaysia berada dalam kedudukan ke-32 / ke-33 dalam ranking jumlah pendapatan negara di dunia - sama dengan jumlah pendapatan negara Singapura walaupun Singapura jauh lebih sedikit rakyatnya berbanding Malaysia.
  • Malaysia berada dalam kedudukan ke-65 dalam ranking pendapatan per kapita di dunia - berada di bawah purata pendapatan per kapita di dunia.
  • RM 28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa. (Laporan Audit Negara 2009)
  • Untung Petronas, lebih RM90 bilion.
  • Jika ketirisan wang negara (peruntukan kerajaan) dapat dikawal, Rm 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu menghapuskan hutang PTPTN 3.3 bilion  (jika Pakatan Rakyat ingin menghapuskan hutang PTPTN yang tertunggak).
  • Jika PTPTN tidak dihapus atau dikekalkan sebagai Qardul Hasan, tidak menjadi masalah bagi Pakatan rakyat untuk menghapus yuran Kampus atau meminimakan yuran sehingga pelajar tidak lagi mencari PTPTN.
Bagaimana cara hapus PTPTN
  • Apa kata pimpinan PR
    • Pemuda PKR (AMK) desak Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) diganti dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa. (Malaysia kini 2010).
    • DSAI berhujah untung Petronas RM 90 bilion mampu menghapuskan hutang PTPTN. 
    • Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata tidak  hapuskan terus skim PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading sebaliknya merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara. Kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat bawah hingga tertinggi. Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju di Eropah seperti Jerman yang menyediakan pendidikan percuma, tetapi kita boleh bandingkan dengan Turki di mana mereka mampu melakukannya,” (SINAR HARIAN 2 APRIL 2012)
  • Dalam aspek tadarruj- dihapuskan PTPTN mungkin agak terlalu drastik.
  • Beberapa cadangan boleh diberikan oleh Pakatan Rakyat
    • Penghapusan cas petadbiran (riba’) atau sebarang cas terhadap peminjam, jadikan PTPTN sebagai QARDUL HASAN sahaja.
    • Hapuskan beberapa yuran tambahan Universiti yang membebankan seperti yuran perpustakaan, pengangkutan dan yuran makan asrama(Kolej kediaman).
    • Minimakan yuran peperiksaan dan yuran pendaftaran.
    • PTPTN menjadi tidak relevan bila keupayaan mahasiwa untuk ke kampus tanpa dibebankan dengan bayaran yang melampau. Akhirnya PTPTN akan termansuh sama sekali.
  • Masalah-masalah PTPTN (contoh kes)
    • PTPTN update lembab dan lambat, sistem kemaskini paling buruk;  Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN.
    • PTPTN respon lambat; Tidak laksanakan Piagam PTPTN : Memberi jawapan segera ke atas sebarang pertanyaan/ aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan/ aduan diterima.
    • PTPTN berleluasa melebihi Bank ; PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun. 8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.
    •  
Benarkah Negara pendidikan percuma akan mundur
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:
Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran  pengajian)
  • Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia (pendidikan pengajian tinggi percuma atau minima)  adalah suatu janji asas yang sesebuah kerajaan adil perlu nyatakan kepada rakyat.
  • Libya (era Gaddafi) pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.
  • Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan, negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dihasilkan.
  • Malah mahasiswa yang kurang hutang terhasil akan menjadikan mereka lebih terfokus untuk memajukan industri bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiawa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.
Negara maju bagaimana polisi pendidikannya
  • Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ;
    • Sweden
    • ,Norway
    • Finland
    • Arab Saudi,
    • Kuwait
    • Cuba
    • Sri Lanka
  • Mahyudin Yasin dedahkan malaysia berada di tangga 21 dalam Indeks Daya Saing Global yang dikeluarkan oleh Laporan Ekonomi Dunia bagi tahun 2011-2012.
  • Hakikatnya :
    • tidak ada pemenang Hadiah Nobel tunggal yang merupakan seorang warganegara Malaysia
    • tidak ada sebuah universiti Malaysia antara 200 Universiti terkemuka di dunia.
    • Berikut adalah data yang tidak didedahkan oleh Muhyiddin:
      • * Kualiti Pendidikan Rendah (tangga ke-21)
      • * Pendaftaran Pendidikan Rendah (tangga ke-61)
      • * Pendaftaran Pendidikan Menengah (tangga ke-101)
      • * Pendaftaran Pendidikan Tertiari (tangga ke-66)
      • * Kualiti Pendidikan Matematik dan Sains (tangga ke-23)
      • * Kualiti Sekolah Pengurusan (tangga ke-27)
      • * Akses Internet di sekolah-sekolah (tangga ke-36)
      • * Ketersediaan Perkhidmatan Penyelidikan dan Latihan (tangga ke-18)
      • Dalam hampir semua langkah-langkah lain terhadap pendidikan, menduduki tempat yang lebih rendah daripada 21.
      • Malaysia di tangga ke-101 (dari aspek Pendaftaran Pendidikan Menengah) meletakkan kita di bawah Thailand (Rank 94), Indonesia (Rank 91) Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN
Langkah awal Pakatan Rakyat (cadangan)
  • Apabila BN menghapus hutang kroni menggunakan duit negara, ia bukan alasan kuat untuk kita timbang tara dengan mengatakan bahawa hutang PTPTN juga wajib dihapuskan kerana hutang kroni bukan menggunakan peruntukan tetap melainkan mengambil bahagian peruntukan rakyat lain untuk kroni.
  • PTPTN adalah simptom akibat tradisi korperat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga terpaksa bergolok gadai.
  • PTPTN perlu diselesaikan dari akar umbi dan secara menyeluruh untuk mengelakkan bebanan kepada kerajaan pakatan Rakyat selain menyediakan kebajikan untuk rakyat.
  • Langkah paling mudah Pakatan Rakyat boleh hapuskan dahulu ujurah atau apa sahaja cas perkhidmatan. Mudahkan mahasiswa membayar hutang melalui pembayaran pokok sahaja.
  • Langkah seterusnya adalah menghapuskan yuran kampus.
  • Jumlah ketirisan sekitar RM 20 bilion sebenarnya mampu menyediakan pengajian percuma kepada mahasiswa tempatan. Namun untuk mendapat wang itu hanya melalui langkah Pakatan rakyat membenteras rasuah. Contoh; Lihat sahaja kerajaan Selangor telah ada tambahan simpanan wang sebanyak RM 200 juta pada 2011 kerana langkah benteras rasuah da berjimat cermat tapa boros. Akibatnya Selangor berjaya memberi banyak kemudahan dan pulangan kepada rakyat. Hal ini sama sahaja dengan Pulau Pinang yang hanya memberi imbuhan kepada rakyat selepas kerajaan negeri berjaya mengumpul keuntungan hasil pentadbiran bersih dan telus. Jadi di peringkat nasional, wang untuk menghasilkan pendidikan percuma boleh diperolehi oleh pakatan Rakyat melalui sifir pentadbiran yang sama, bukan melalui boil out drastik sehingga menjejas kestabilan ekonomi Pakatan Rakyat kelak.
  • Selain itu Pakatan Rakyat boleh hentikan suntikan wang ke dalam GLC kroni BN yang banyak menghisap wang negara. Wang yang jimat ini boleh dipulangkan kepada yuran pengajian tinggi.
  • Semestinya kerajaan Pakatan rakyat perlu hentikan program buang duit seperti PERMATA dan aktiviti baik pulih pejabat, kereta YB dan sebagainya yang diamalkan oleh BN. Semua wang ini mampu menanggung pengajian tinggi rakyat.
  • Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading lagi.
  • Contoh pengiraan Universiti Malaya
    •  = 20,000 orang pelajar yuran sebanyak RM3,000 setahun.
    • RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.
    • Jumlah IPTA terkini 20 buah : 1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, 4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, 6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang, 7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL, 8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, 9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak, 10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah, 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, 12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9, 13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor, 14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu, 15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, 16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka, 17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis, 18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu, 19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan, 20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL
    • 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta (RM 1.2 bilion)
  • Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian syarikat kroni tidak dilakukan serta wang tiris dikawal dan wang untung Petronas diurus secara telus.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)