Sunday, November 03, 2013

Makin Susah Rakyat Makin UMNO Bertapak


Makin Susah Rakyat Makin UMNO Bertapak

UMNO dan BN hanya menang di kawasan rakyat susah. Di kawasan rakyat senang, BN Kalah. Semakin susah rakyat main mudah UMNO bertapak, demikian ucapan Tim Presiden PAS Tuan Haji Muhd Sabu di Sungai Limau Dalam sebentar tadi. Penulis yang tekun mendengar amat bersetuju dengan hujah berkenaan.

Modus operandi dan taktik berzaman UMNO adaah menyerah bantuan atau sogokan wang secara one off. Wang one off pastinya lumayan jika diguna untuk 2 atau 3 hari. Jika wang itu dinilaikan perbelanjaan selama 5 tahun ia hanya buih di lautan, tiada harga.

Namun one off inilah yang menjadi kegilaan sebilangan besar pengundi Melayu yang rata-rata di kalangan orang luar bandar dan susah.

Jika rakyat makin membangun, makin maju, makin celik, maka modus operandi UMNO ini tidak relevan dan UMNO serta BN pasti bungkus rapi. Sebab rakyat yang agak sederhana pendapatan, yang ber ada di bandar atau tidak terlalu susah tidak bergantung harap dengan wang one off UMNO. Mereka terima wang, tetapi undi belum tentu.

UMNO tersepit antara perlu mengekalkan kesusahan rakyat dan mengekalkan strata sosial masyarakat luar bandar yang sederhana atau rendah demi mengekalkan kuasa dan pengundi mereka atau memajukan negeri seperti mana yang mereka laungkan dalam manifesto pilihanraya. Ayat pembangunan dan ayat maju adalah ayat tetap kempen UMNO. Jadi jika smua rakyat maju, bangun dan kaya pasti mereka celik dan lawan UMNO. Inilah yang menjadikan UMNO dilema.

“Lihat sahaja di Sarawak dan Sabah. Kenapa dua negeri ini menjadi fix deposit UMNO-BN? Semua kerana dua negeri ini adalah negeri pendalaman, negeri orang susah” jelas Tim Presiden lagi.

Jadi apa yang UMNO lakukan selama ini adalah menjanjikan projek segera di kawasan pilihanraya kecil. Kemudian pembangunan itu ditangguh atau dilengahkan sehingga menjelang pilihanraya seterusnya atau terus dilupakan. Ada puluhan projek yang diisytihar dalam PRK tetapi hanya pembohongan tanpa dilaksanakan.

Dalam merealisasikan agenda pembangunan, sambil-sambil perayu undi UMNO akan selitkan wang ‘bantuan’ yang nilainya hanya ratusan ringgit dan pastinya idak sampai sebulan ia akan habis. Rakyat akan maju, moden, membangun dan kaya dalam masa sehari dua sahaja. Inilah tektik UMNO.

Lihat sahaja janji kerajaan BN untuk beri BRIM RM1000 pada kempen pilihan raya umum lalu kini tinggal RM650 sahaja. Bukankah pembohong namanya.

Ya PAS tiada wang  untuk suntik wang one off sebagaimana amalan UMNO malah ia bukan suatu cara pemerintahan yang baik. PAS Kedah sebaliknya meminta agar kerajaan  pusat menetapkan harga lantai kepada pengilang-pengilang yang membeli padi dari pesawah bagi tujuan membela nasib mereka. PAS Kedah juga mendesak kerajaan menetapkan harga dari RM750 satu tan kepada RM1150 satu tan. Harga subsidi padi wajar dinaikkan dari RM248 kepada RM372 untuk satu tan bersamaan RM3.72 sekilo.

Inilah cara membantu rakyat. Subsidi padi kali terakhir hanya dinaikkan oleh Dato’ Seri Anwar pada tahun 1990 sahaja. Sehingga kini pesawah hanya anak tiri kerajaan.



Sebelum pulang daripada ceramah tadi penulis sempat melihat sehelai dua banner bantuan one off Mukhriz kepada para nelayan pula. Mungkin bantuan itulah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini apabila  mengumumkan bantuan sebanyak RM500,000 untuk membaiki jeti nelayan di Sungai Limau serta RM743,900 untuk bantuan rakyat.



UMNO akan terus memberi ikan bukan kail, jala atau pancing. UMNO tidak mahu rakyat pandai usaha. Kaum Cina rata-rata tidak bergantung dengan subsidi, bantuan itu dan ini. Kaum Cina bebas membuat keputusan tanpa paranoid. Mereka sanggup mengundi siapa sahaja yang tertera pada kerta undi selama ini kerana mereka tidak harapkan wang seratus dua untuk kekal mandiri hingga kini.

Pilihanraya ini (Sungai Limau) tidak mengubah siapa perdana menteri. Tidak mengubah kedudukan Menteri Besar. Namun ia adalah pilihanraya maruah rakyat. Maruah rakyat menilai wang RM 650 dengan tanah, masa depan dan bukti mereka menolak pemborosan, ketirisan, rasuah yang didedahkan mealui laporan Ketua Audit Negara 2012 yang lalu demikian mutiara kata terakhir TUan Haji Muhd Sabu tadi.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng 2013

Saturday, November 02, 2013

Sibuk Pilihanraya Sungai Limau, kaum India jangan dilupakan.


Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
1 November 2013- Batu Gajah

Tidak lupa kepada Kaum India. YB Radzi Zainon telah mengadakan suatu majlis penyampaian sumbangan makanan asas untuk beberapa keluarga kaum India yang memerlukan sempena Deepavali.

Majlis ini diadakan di Pusat Khidmat ADUN Sungai Rapat Ara Payung Batu Gajah.

" Walaupun semua jentera PAS sedang menumpukan fokus kepada perjuangan untuk kekalkan kemenangan kerusi DUN Sungai Limau, namun hal kebajikan kaum bukan Islam sempena perayaan mereka tidak akan kita lupakan. Saya juga akan ke sana (Sungai Limau) petang ini selepas selesai urusan bersama rakyat DUN Sungai Rapat ini" , ulas YB Radzi selepas taat majlis.

Menurut YB Radzi juga BN memang hanya menumpu fokus kepada sesuatu kaum hanya untuk tujuan pilihanraya. 

"Misalnya peruntukan kaum Melayu di Sungai Limau seramai 25 323, mereka habiskan  RM15.32j iaitu  Purata RM605 seorang. Manakala kaum Cina seramai  1842 orang  mereka hulurkan  RM2.7j iaitu purata RM1466. Tetapi untuk kaum India yang hanya seramai 15 orang, 'elek' (tiada)", jelas YB Radzi lagi. 




Saya Datang Untuk Bantu Menangkan Calon PAS - Encik Simon


Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
2 November 2013- Sungai Limau

"Saya datang hanya untuk melihat PAS menang di DUN Sungai Limau", demikian tekad Encik Simon daripada DHPP Kawasan Gopeng.

Beliau semasa ditemuramah menyatakan walaupun kerja kempen bagi beliau tidak ketat dan berat, namun ada beberapa jemputan untuk beliau bersama pengempen kaum bukan melayu di Sungai Limau hari ini.

Imam Zukikli Tafsiron iaitu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional turut bersama dalam rombongan UPU Taman Taufik PAS Gopeng di Rumah Operasi Selengkoh sejak semalam lagi. 

" Sebenarnya terdapat beberapa lagi ahli DHPP Gopeng di kalangan kaum India ingin hadir namun tidak kesampaian kerana menyambut Deepavali hari ini. Namun saya amat terharu dengan kesungguhan kaum bukan Islam di bawah seliaan saya ini yang begitu giat untuk melihat Islam memerintah neara secara adil dan telus", ulas Imam Zulkifli kepada Unit Media Adun Sungai Rapat.

Dalam masa yang sama YB Radzi Zainon juga bersama berkempen dan turun padang dengan ditemani Ketua Penerangan PAS Gopeng Saudara Shahrul Puadi. Menurut saudara Shahrul, kehadiran mereka sejak semalam menyaksikan kerja keras di pihak UMNO utuk membawa turun wang-wang sgokan kepada pengundi tegar PAS.

" Allah bersama kita, Insya Allah saya mendapat maklumat PAS Kedah sendiri mengerahkan jentera kawasan lain yang arif tentang kebudayaan dan cara hidup orang Kedah untuk mengepung wanita dan puteri UMNO untuk mengganggu pengundi kita. Pada saya juga kenyetaan Mukhriz untuk menajdikan DUN Sungai Limau sebagai DUN angkat kerajaan adalah tindakan seorang pembohong yang hanya melembut hati rakyat hanya kerana PRK bukan kerana ikhlas membantu rakyat Sungai Limau", kata Ketua Penerangan lagi.





Thursday, October 31, 2013

Bajet 2014 Cakap Besar; Subsidi Rakyat Hilang Juga


Bajet 2014 Cakap Besar; Subsidi Rakyat Hilang Juga

Kata Perdana Menteri semasa membentang Bajet 2014, tahun 2013 akan menyaksikan perkembangan ekonomi sebanyak 4.5 hingga 5 peratus. Manakala KDNK negara pada 2014 dijangka oleh Perdana Menteri sebanyak RM 34 126 berbanding tahun 2009 hanya RM 24879.

Ada beberapa fakta lagi dinyatakan oleh Perdana Menteri untuk menunjukkan betapa makmurnya negara di bawah seliaan UMNO dan BN. Melihat kepada muqaddimah teks ucapan Bajet 2014 menyebabkan rakyat seperti saya bertanya.

Apa rasionalnya segala subsidi dikurang atau dihapuskan? Apa rasional GST dilaksanakan? Dan apa pula rasionalnya rakyat digesa berjimat cermat?

Apa guna cakap besar dalam bajet sedangkan subsidi ditarik juga. Kerajaan tidak pula mendedahkan berapa hutang negara dan hutang isi rumah yang dutanggung rakyat.

Hanya dalam perenggan ke 18 sahaja Perdana Menteri mengakui negara turut menerima tempiasan pengucupan ekonomi walaupun kemudiannya bercakap besar kembali mengatakan ekonomi negara terus mapan.

Kelihatannya kerajaan menjadi peka secara mendadak terhadap kesihatan rakyat walaupun tatkala berhadapan dengan rangkaian makanan segera yang juga memudaratkan, kerajaan menjadi lemah kerana mereka adalah syarikat gergasi yang boleh membaham kerajaan kita tambah-tambah menjelang termeterainya TTPA kelak.

Lebih menarik janji Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pengurangan subsidi gula berjumlah RM442 juta tahun ini akan dibelanjakan untuk bidang kesihatan kepada rakyat. Jadi beliau muali menabur janji dengan melupakan tindakan rakyat yang mencatat dan menyimpan dokumen kenyataan media beliau. Beliau berkata misalnya dalam kaedah perbelanjaan kerajaan  pada tahun hadapan, kerajaan  akan bina 50 klinik 1Malaysia, 30 klinik desa dan (melatih) 6,800 jururawat yang baru. Ini adalah janji umum. Menabur janji tanpa ada blue print atau kertas kerja yang baik.

Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat agar berjimat cermat sejurus kerajaan mengisytihar pengurangan subsidi gula, perlaksanaan GST dan kenaikan harga minyak sedangkan kerajaan dan BN berleluasa menghabiskan wang negara.

Berdasarkan jawapan di Parlimen, bil utiliti di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana mencecah lebih RM2.5 juta untuk tahun 2012.  Daripada jumlah itu, RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bayaran bil air.

Lebih menyedihkan penyokong UMNO BN cukup buta dan tuli untuk menilai tindakan memotong subsidi oleh kerajaan yang didokongi parti kesayangan mereka  tetapi pada masa sama kerajaan bijak ini juga membiarkan pembaziran bernilai RM6.5 bilion seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Adakah akses inernet tidak mampu memberi kefahaman kepada para penyokong ini semua?

Kerajaan kesayangan mereka juga membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut serta menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak 2008.

Bayangkan hanya RM 78.32 juta dibelanjakan untuk seorang makhluk sahaja sedangkan RM 442 juta adalah untuk 28 juta rakyat Malaysia ! Jika dikira sekitar RM 16 setahun sahaja untuk seorang rakyat.

Rakyat terpaksa  bayar kos akibat rasuah, pembaziran, tiada kawalan dalam pembelian dan lemah dalam kawalan logistik dan pembekalan agensi kerajaan. Laporan Audit wajar dicetak dan diedar ke ke dai-kedai kopi yang dikunjungi penyokong UMNO BN agar mereka kembali cerdik.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng 2013

Tuesday, October 29, 2013

Tangkap Rasuah RM 50- SPRM Masih Gagal Baiki Indeks Korupsi Malaysia



Tangkap Rasuah RM 50- SPRM Masih Gagal Baiki Indeks Korupsi Malaysia

Hebat! Mungkin itu antara kalimah yang bermain dibibir pembaca Kosmo hari ini apada akhbar itu menyiarkan berita tangkapan kes rasuah melibatkan nilai RM 50!

Kecil atau tidak nilaian rasuah itu, tindakan  lelaki Singapura yang didakwa cuba merasuah RM50 kepada anggota polis menyebabkan beliau  diberkas ketika diperiksa dalam satu sekatan di Jalan Persekutuan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi kelmarin dan beliau bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun. 

Lelaki malang itu sebenarnya menjadi malang apabila percubaan rasuahnya terkantoi (terbotol atau terkanjai) kerana operasi sekatan jalan raya berkenaan turut  disertai anggota dan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 beliau boleh menerima hukuman 20 tahun penjara dengan denda sebanyak RM 10000 atau lima kali ganda suapan atau mana yang lebih tinggi.

Ya, melihat kepada kerajinan dan kegigihan SPRM dan polis Indeks Rasuah tidak sepatutnya hanya naik ke tangga 54 berbanding tangga 60 tahun lepas. Sepatutnya daripada 176 buah negara malaysia layak menduduki tangga ke 20 berbanding hanya naik 6 tangga. Dalam Indeks Korupsi 2012, Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Brunei dan Singapura. 

Rujukan penulis melalui Laporan Asia-Pacific Fraud Survey Report Series 2013, menunjukkan di Malaysia 39% responden mengatakan rasuah dan amalan rasuah berlaku secara meluas di negara ini.

Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu daripada negara-negara yang paling korup dan disenaraikan sebagai sebuah negara yang paling mungkin untuk mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran apabila keadaan ekonomi yang sukar. Hal ini jelas menunjukkan  bahawa Unit Pengurusan Prestasi kerajaan (Pemandu) telah gagal dalam peranannya. 

Kini Malaysia, bersama-sama dengan China, mempunyai tahap tertinggi rasuah di rantau Asia Pasifik.

Apa masalah dalam Indeks rasuah di Malaysia?

Rata-rata rakyat celik boleh menjawab persoalan ini iaitu kerajinan dan kemampuan SPRM hanya dalam kes-kes minor, kes tidak berprofil tinggi malah kes yang tidak melibatkan mudarat besar seperti rasuah yang melibatkan penyelewengan para pemimpin atasan. SPRM hanya bersilat di kalangan rakyat lemah, yang rasuahnya juga haram dan jijik tetapi kurang kesan dahsyat berbanding kes-kes jerung  PKFZ misalnya.


Bukti kegagalan SPRM membantu mengubah Indeks Korupsi Malaysia telah dibongkar oleh Tun Mahathir sendiri selepas Pemilihan UMNO 2013 lalu. Kata mantan Perdana Menteri yitu adalah berkenaan politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno. Malah kata beliau yang bersedih atas kekalahan anaknya merebut kerusi naib Presiden UMNO, adalah rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.

Bagaimana satu badan seperti SPRM tidak memberi fokus kepada parti politik utama yang memegang negara berbanding hanya menangkap ikan-ikan bilis sahaja. Adakah tindakan itu mampu mengubah persepsi dunia terhadap kadar penipuan dan rasuah Malaysia?

Laporan -laporan seperti CPI, Global Corruption Barometer mahupun laporan Asia-Pacific Fraud Survey sebenarnya sejajar dengan initipati hasil pendedahan Laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Membeli barangan dan menuntut bayaran dengan harga berlipat ganda, menyeleweng dana projek, projek terbengkalai, menukar misi projek adalah antara korupsi biasa penjawat awam agensi dan  kementerian di Malaysia.

Jika kita meneliti Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kesalahan rasuah bukan kerana meminta atau menerima suapan semata-mata. Malahan korupsi seumpama mengemukakan tuntutan palsu juga suatu kesalahan yang amat serius mengikut . Banyak pihak tidak sedar bahawa membuat tuntutan lebih masa atau perbatuan atau pembelian yang berlebihan atau yang sebenarnya tidak wujud juga kesalahan rasuah.

Jadi laporan Ketua Audit Negara 2012 tersebut adalah sepatutnya meringankan kerja SPRM, mereka hanya perlu bertindak kerana teah ada pihak menyiasat bagi pihak mereka. Malang apabila SPRM hanya mampu menyebut bahawa jika tiada laporan kepada mereka, mereka tidak akan siasat. Perlu laporan apa lagi? Setakat ini SPRM hanya memberi komitmen 15 kes akan disiasat. 

Tahun lalu Bagi Laporan Ketua Audit Negara 2011, hanya sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah yang menyaksikan  lima orang pegawai kerajaan telah dikenakan tindakan tatatertib. Kementerian diketuai oleh siapa? Tiada tindakan tatatertib atau hukuman sebaliknya menteri korup diraikan dan dipilih sebagai pemim[in UMNO sekali lagi tahun ini. 



Harapan rakyat pasti berkecai jika hasil kes profil tinggi berakhir seperti kes PKFZ. Berlainan pula dengan kes melibatkan negeri Pakatan Rakyat. Suspek yang belum bersalah disiasat hingga maut!

Hal ini lebih buruk dengan pendedahan di Parlimen bahawa SPRM masih gagal menyelesaikan kira-kira 99.3 peratus kes rasuah walaupun menerima peruntukan hampir RM1 bilion, sejak tahun 2009.

Sekadar bergembira dengan berita rasuah RM 50 yang bakal membawa hukuman penjara 20 tahun itu, tidak cukup untuk SPRM membantu baiki imej Malaysia yang kian tercalar  ditambahi dengan pendedahan Tun Mahathir.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng

Sunday, October 27, 2013

Utamakan Syiar Bukan Politik-kempen murahan UMNO di Sungai Limau


Utamakan Syiar Bukan Politik-kempen murahan UMNO di Sungai Limau

'Syiar Islam lebih penting dari politik' demikian tajuk salah satu berita Sinar Harian yang penulis akses melalui talian. Sekaligus minda dan kefahaman penulis menolak segera tajuk berita ini kerana ia adalah bercanggah dengan kebenaran dan hakikat istilah yang digunakan.

Perkara yang ingin disentuh di sini adalah istilah Syiar Islam dan Istilah Politik atau nama lain Siasah.

Menjadi lumrah pemimpin, ketumbukan, kultus, parti atau firqah sekular untuk menjenamakan agama dengan istilah Syiar sedangkan syiar adalah sebahagian kecil daripada sistem agama Islam itu sendiri.

Majoriti ulama’ meletak istilah syiar sebagai perlambagan atau simbol yang menampilkan keizahan dan kekuatan Islam. Kubah masjid, penampilan seni islam, pakaian Islam, penampilan umat ilam, musabaqah Al Quran atau apa sahaja aktiviti yang menaikkan nama Islam dinamakan syiar.

Namun dalam kefahaman yang mendalam segala syariat yang diamal sehingga menjadi simbolik kewujudan Islam dan keutuhannya juga dianggap syiar demikian dinyatakan oleh Al Qaradhawi dalam kitabnya Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam.

Golongan sekular atau golongan yang canggung dengan kesyumulan Islam tidak gemarkan istilah syariat. Istilah syariat memerlukan komitmen. Komitmen melaksanakan Islam secara kaffah (menyeluruh), kewajipan menegakkan kekuasaan islam atas nama syariat Islam bukan atas nama ketuanan melayu atau ketuanan bangsa lain.

Hal ini menyebabkan para menteri Malaysia kekok menyebut syariat. Maka mereka menjadi penyokong syiar sahaja. Matlamat perjuangan UMNO juga untuk syiar Islam bukan memperjuangkan syariat secara menyeluruh.

Justeru   mengungkit jasa kerajaan pusat memberi bantuan kepada institusi keagamaan di negeri Kedah dijadikan bahan kempen di DUN Sungai Limau, maka jasa menaikkan syiar di Kedah menjadi topik kempen Timbalan Perdana Menteri kita.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan membantu sekolah agama dan pondok yang memang memerlukan bantuan walaupun rakyat Kedah yang tidak pekak mahupun tuli cukup jelas tahu bahawa UMNO yang kini kembali menguasai Kedah sedang menjalankan dasar menindas perkembangan pengajian islam yang PAS dan Pakatan Rakyat bangunkan 5 tahun sebelum ini.

Hal ini dikuatkan hujah  dengan pengisytiharaan beberapa hujah Ulama’ Kedah Menolak BN pada April 2013 yang lalu. Nadwah yang dihadiri lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung di Alor Setar menyatakan bahawa ;

1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,

2. Sentimen perkauman sempit  semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara.

4. Status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah.

5. Membenarkan politik lucah, politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi,

8. Membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah, dan banyak lagi resolusi dan ketetapan Nadwah yang mengajak rakyat Kedah faham serta sedar berkenaan petaka yang sedang di bawa oleh ‘bagasi Penjajah’ bernama UMNO.

Beliau turut mengimbas pertemuannya dengan pimpinan sebuah pondok di Batu 16 Yan awal tahun ini yang mengeluh kerana diabaikan di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Kenyataan Muhyidin yang menyokong syiar dan kononnya tidak mengutamakan politik jelas suatu kenyataan yang cukup jahil bagi seorang individu berketurunan ulama’ seperti beliau.

Politik adalah syariat Islam malah ia adalah syarat utama kelangsungan segala ibadat, syariat dan amal Islam umat islam.

Kata Al Qaradhawi dalam kitabnya Agama dan Politik,

“ Salah satu sasaran orang sekular adalah jangan sampai agama Islam memiliki negara yang secara terang terangan mengatasnamakan keislamannya, berani mengangkat bendera keislamannya, menerap hukum-hukum islam terhadap umat islam, menyampaikan risalah Islam dan membela tanahair di hadapan musuh-musuh Islam. Menurut mereka Islam hanya mengandungi spiritual, tidak lebih daripada ajaran yang mengatur hubungan agama dan tuhannya....”

Jika syiar Islam hebat, musabaqah menang saban tahun sekalipun tidak berguna jika urusniaga riba menjadi keutamaan, perlaburan judi dan arah menjadi sumber rezeki penjawat awam, hukum jenayah Islam tidak mahu dilaksanakan sebaliknya dihina dan seolah-olah dianggap Tuhan pencipta kanun berkenaan tidak pandai.

Mengungkit pemberian kerajaan pusat dengan mengatakan UMNO mengutamakan syiar berbanding politik hanyalah tindakan yang menampilkan hakikat perjuangan UMNO.  UMNO lah yang sebenarnya menggunakan subjek agama untuk politik. Semasa menjemput penyanyi seksi K-Pop dengan bayaran jutaan ringgit tidak pula pemimpin UMNO mengaitkan isu dosa dan pahala. Itu buktinya subjek agama bukan subjek perjuangan UMNO.

Jika bukan kerana pembubaran DUN Sungai Limau, mahukah UMNO menyalurkan bantuan kepada sekolah pondok hanya sepanjang pilihanraya kecil itu sahaja? Malah lebih malang sekolah agama yang sama dikunjungi Muhyidin semasa kempen PRU ke-13 lalu da hanya kini susulan kunjungan dilakukan. Jika tidak, mestilah UMNO hanya hadir 5 tahun akan datang untuk berlakon mengambil berat tentang sekolah dan pengajian agama.

Di Kedah mereka berkempen isu syiar. Di Kelantan disebabkan rakyat Kelantan rata-ratanya mengaji dan faham agama, mereka katakan pula Islam yang kami ingin bawa membawa kemajuan dan pembangunan. Hujah dan kempen mereka berbolak balik, pragmatik dan jelas niat sebenar hanyalah politik untuk diri sendiri.

Al-Quran mengesahkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh para Rasul sejak Nabi Nuh AS sehinggalah Rasul akhir zaman Muhammad SAW menghadapi penyelewengan akidah dan politik.  Politik menjadikan syariat itu dinobatkan.

Kata Presiden PAS melalui Harakahdaily, “Dalam aspek agama berlakunya syirik dalam perkara akidah dan ibadah. Dalam aspek politik lahirnya ketua negara yang berlagak tuhan serta golongan al-mala’ yang berkuasa mutlak, menolak syariat Allah dan mencipta undang-undang dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah Taala”.



Atas dendam politik Mukriz dan BN Kedah sanggup tanggung pembayaran gaji pekerja KUIN seramai 268 amat mendukacitakan pengundi BN sendiri yang faham isu KUIN.

Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong juga adalah tidakan menyusahkan dan mengundurkan pendidikan Islam di Kedah.


Tindakan Mukhriz juga bercanggah dengan kempen indah Muhyidin apabila BN Kedah membeku projek Pusat Tahfiz Sains. Maahad Tahfiz Sains Darul Aman diperuntukan tanah seluas 30 ekar  bersama penyediaan pelan bangunan di Pulau Tuba dan ianya dijangkakan siap dan boleh memulakan sesi pengajian pada tahun 2015. Kini kita hanya menunggu para kontraktor menarik diri akibat penangguhan yang tidak munasabah sekaligus menyaksikan impian Tan Sri Ustaz Azizan membangunkan generasi sains celik Al Quran di Kedah berkubur.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media Pusat Khidmat ADUN Sungai Rapat

Saturday, October 26, 2013

Pengawal Tembak Pegawai Bank- Sekali Lagi Isu Korupsi jadi Subjek


Pengawal Tembak Pegawai Bank- Sekali Lagi Korupsi jadi Subjek

Pengalaman penulis dengan isu ‘arm guard’ yang menembak mati pertama kali ada semasa bertugas di salah sebuah kilang foundri terkenal di Ipoh. Kes mencuri besi yang menjadi-jadi sepanjang kilang beroperasi malah ramai pekerja melihat pencuri dengan selamba menceroboh kilang dan ada yang tidak berani membuat laporan kerana ada pencuri yang membawa senjata tajam bersama. Dalam kes yang berlaku sekitar 2 tahun lalu di Ipoh, ‘arm guard’ berkenaan terpaksa melepaskan tembakan kerana penceroboh berkenaan membawa senjata tajam. Pada penulis ia adalah wajar.

Dalam kes malang yang menimpa Allayarhamah Norazita Abu Talib Pengurus AM Bank USJ Sentral 2 ia berlainan. Ia isu harapkan pagar, pagar makan padi. Kekejaman pembunuh alias perompak dan penjenayah malah penipu (kerana IC palsu digunakan) mendapat kutukan jutaan rakyat Malaysia. 

Isunya siapa yang memilih ‘pagar’ berkenaan. Siapa yang menggajikan ‘pagar’ berkenaan. Kenapa individu dengan IC pasu boleh diambil bekerja sebagai ‘arm guard’ yang rata-rata syarikat memilih pesara komando atau tentera yang jujur serta arif dalam hal persenjataan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, 3 ahli keluarga pembunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, diberkas pada lewat hari Rabu lalu. Turut dirampas, wang tunai RM20,000 dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan. Insya Allah doa rakyat agar pembunuh alias penipu dan perompak berkenaan dapat ditangkap sesegera mungkin tanpa ada sebarang masalah.

Lebih pantas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan kenyataan membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian berkenaan. Kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim syarikat (yang dirahsiakan nama) berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.



Bagaimana ‘pagar’ yang diharapkan itu boleh diambil bekerja walaupun tanpa memiliki lesen senjata api?

Penulis tidak mahu mengheret isu ini kepada pertuduhan rawak mengaitkan Datuk itu dan Datuk ini dengan syarikat keselamatan berkenaan. Hal itu masih samar.

Cuma dalam hal sebegini, rakyat yang ‘sedar’ dan celik serta berfikiran waras rasa semakin terancam berada dalam negara sendiri. 

Ya KDN sekarang sibuk mengaudit secara menyeluruh terhadap 125 buah syarikat-syarikat keselamatan yang memiliki ‘arm guard’ yang berdaftar bawah  Lesen Agensi Persendirian. Namun yang pelik dan aneh adakah audit hanya dilaksanakan selepas negara kecoh dengan kes zalim ini? Atau ia memang polisi yang mantap dan tegas di bawah seliaan KDN sedangkan rata-rata rakyat faham polisi kerja ‘agensi kerajaan’ seperti KDN.

Sebenarnya pendedahan demi pendedahan Ketua Audit Negara cukup memahamkan rakyat betapa korupsi adalah punca segala petaka dalam negara. Ia bukan soal ISA dimansuhkan yang mengakibatkan jenayah meningkat seperti mana kepercayaan sesetengah pemimpin negara kita.

Dalam Laporan Ketua Audit 2012, dinyatakan 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang. Ya Pak Menteri  telah beri amaran agar isu ini tidak dimanipulasi, diheret dalam media sosial atau jadi topik perbahasan awam. Kita juga tidak pasti bagaimana senjata hilang da mungkin ada kesilapan yang tidak disengajakan. Persoalannya adalah isu pemantauan.

Rakyat tidak akan percaya KDN mampu memantau sejumlah besar syarikat yang memiliki ‘arm guard’ dengan mudah jika melihatkan prestasi korupsi, penyelewengan dan ketirisan dalam Laporan Audit Negara 2-3 tahun kebelakangan ini.

Sistem pengadilan, penguatkuasa dan agensi kerajaan sudah dilihat berlumpur di mata rakyat malah ia menjadi buah mulut antarabangsa. 

Polis memang cekap menangkap penjenayah malah kecekapan polis Malaysia boleh dianggap setanding dengan kehebatan polis Israel dan Amerika Syarikat dalam hal mengesan penjenayah. Lihat bagaimana kes Canny Ong dan Noor Suzaily Mukhtar diselesaikan. Ada titik nokhtah.

Tetapi bagaimana dengan kes skandal PKFZ? Mahkamah Tinggi  telah melepas dan membebaskan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan pembelian tanah seluas 335.8 hektar berjumlah RM1.08 bilion bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). 

Dr Ling telah dibebaskan, siapakah pula yang harus dipersalahkan di atas kehilangan wang negara sebanyak RM 12 bilion?

Begitu juga kes pembunuhan paling tragis iaitu dibom dengan bom C4 yang tidak boleh didapati melalui pasar malam. Namun kes ini buntu seolah-olah polis tidak mampu mencari bukti lagi. Atau dalam bahasa yang awam fahami, polis tidak mampu heret individu yang mengarah dua polis untuk terlibat dalam pembunuhan Altantuya malang tersebut. Jadi kesimpulannya Altantuya bunuh diri dengan mengembom diri sendiri sedangkan cara mudah bunuh diri bagi seorang wanita muda adalah menelan pil tidur, lompat ke dalam laut atau duduk di rel keretapi, lebih efisyen dan mudah. Akan tetapi itulah yang berlaku. 

Statistik jenayah yang menurun bukan tiket untuk kerajaan menutup mida rakyat mengenali hakikat sebenar taraf keselamatan dan keamanan di negara kita. Jika di Amerika Syarikat kadar jenayah dan tembak rawak menjadi-jadi. Natijahnya syarikat senjata dan persatuan senjata NRA mengaut keuntungan menjual senjata besar-besaran secara online ala-ala jualan langsung. Rakyat Amerika sendiri menolak kempen Obama untuk mengharamkan atau mengawal pemilikan senjata peribadi kerana rakyat Amerika sendiri tidak yakin dengan tahap keselamatan di bawah negara polis dunia tersebut.

Kini mungkin simptom ketidakyakinan itu menular ke nagara kita. Buktinya hari ini permintaan terhadap pengawal peribadi bersenjata meningkat berikutan insiden tembakan. Kebanyakan tokoh perniagaan terkemuka, melanggan kira-kira 600 pengawal peribadi terlatih di negara ini. Bagaimana rakyat ingin yakin jika senjata polis juga tidak direkod dengan baik?

Kes pengawal keselamatan yang sedang diburu ini juga menjadi perhatian rakyat kerana isu IC palsu. Rakyat tahu IC palsulah syafaat besar yang memenangkan BN di Sabah malah di Semenanjung. Pendedahan berkenaan kerakyatan mudah kepada warga asing tidak terjawab. Penjenayah Sulu juga sukar dibenteras kerana kemampuan warga Sulu dari Filipina mendapatkan IC palsu dengan mudah.

Persoalan ang ditimbul oleh Ketua Penerangan PAS Pusat cukup baik untuk direnungi;

Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

Bagaimana bayaran gaji dan KWSP dibuat?

Apakah penjenayah itu mempunyai akaun Wang Simpanan Pekerja KWSP.

.Sekiranya penjenayah tersebut dikatakan memiliki IC palsu, jadi berapa lagi yang pengawal keselamatan dapat bekerja dengan menipu IC mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng

Friday, October 25, 2013

Adun Sungai Rapat Ziarah Rakan Karib Sultan Azlan Shah di Batu Gajah

Adun Sungai Rapat Ziarah Rakan Karib Sultan Azlan Shah di Batu Gajah

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

24 Oktober 2013- Ipoh

Berbual mesra dan bertukar pandangan dengan rakan karib Sultan bukan suatu kenangan biasa sebaliknya ia adalah suatu peluang yang jarang dicapai oleh sekalian rakyat Perak.

Pada 24 Oktober YB Radzi Zainon berkesematan beramah mesra dengan Tuan Hj. Pandak Ahmad b. Hj. Alang Saad, 84 tahun di Batu Gajah semasa program jelajah menyantuni rakyat yang kebetulan singgah di Batu Gajah.

Haji Pandak Ahmad yang merupakan rakan sepermainan  Paduka Seri Sultan Perak sewaktu membesar bersama sama di Daerah Batu Gajah sejak umur 11 tahun lahir pada tanggal 25 Mei 1929 , di Kg Tersusun Jln Gopeng, Bt. Gajah.

Lebih mearik Haji Pandak juga pernah belajar Al Quran juga bersama sama Baginda Sultan  dengan bergurukan Tuan Hj. Mohd Yusof, di Sekolah Melayu Bt Gajah hampir saban  petang.


Istimewanya Haji pandak di hai Sultan terbukti semasa Sultan Azlan menjadi Yg. Dipertuan Agung, Haji  Pandak Ahmad sempat menziarahi baginda di Istana Negara tanpa melalui surat menyurat dan protokol yang ketat.

"Kebetulan hari tersebut adalah hari jumaat, maka baginda menjemput saya  menaiki kenderaan Istana Negara bersolat jumaat di Masjid Kg Batu, KL. Selepas itu bersantap pula bersama sama baginda di Istana Negara dan inilah kenangan terindah saya selaku rakyat negeri Perak", jelas Haji Pandak .



Sebelum pertemuan dengan hai Pandak tersebut, YB  Radzi telah menziarahi empat buah rumah golongan kurang berkemampuan dan miskin untuk menyampaikan sumbangan beras dan barang keperluan dapur di sekitar Kampung Ara Payung.   






Pada kali ini Santun Kedai Kopi (SKK) berlokasi  di kedai Bonda, Kg Ara Payung. Empat orang wakil penduduk dari Villa Sanctuary, Sri Rahmat terus saja mengemukakan masalah dan aduan mereka di situ apabila mereka singgah dan minum bersama-sama Ust Radzi. 

 Makcik Hatijah yang baru kehilangan suami beberapa bulan dulu turut menjemput Ust Radzi membacakan tahlil untuk arwah suaminya pada pagi ini setelah mengetahui Ust Radzi datang ke Kg Ara Payung hari ini.




Sebelum selesai aktiviti seharian YB Radzi singgah ke Hari Kantin Sekolah Menengah Al Hidayah Rapt Setia Ipoh.

Wednesday, October 23, 2013

Rawatan Kerohanian & Gangguan Dalaman Diri



JEMPUTAN ISTIMEWA
"Rawatan Kerohanian & Gangguan Dalaman Diri"
Pada: 26 OKTOBER 2013 (SABTU)
Masa: 9.30 PAGI  - Sesi Penerangan dan disusuli rawatan

Tempat: Kedai Us Radzi@ Al Wahida Markerting/ Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sg Rapat, No. 20 Jln Lpgn Terbang, Medan Gopeng IPOH.

Ketua Perawat: Tn Hj Abd. MUTHALIB (PAK TALIB)

PAKEJ KHAS: RAWATAN SAKA HANYA RM100 - INSYAALLAH SEKALI RAWATAN SELESAI.
Segera ke Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sg Rapat (Medan Gopeng) untuk pendaftaran

Lawatan YB Radzi Berkesan Selesaikan Masalah Tangki Bocor


22 Oktober 2013- Changkat Larang 

Indah Water Konsortium pada hari ini  telah menghantar kontraktor untuk membaiki dan menyelenggara  kebocoran tangki air di Tmn Desa Pinji.

Air tangki bocor yang telah  susulan lapuran dan pendedahan yang dibuat sejurus lawatan ADUN Sungai Rapat YB  Radzi Zainon.

"Sebenarnya  tangki air ini adalah  tanggungjawab Indah Water dan pihak saya telah mengambil inisiatif untuk membuat pendedahan dalam media alternatif untuk menyelesaikan permasalahan ini. Insya Allah tindakan Indah water yang positif amat diharapkan, jelas  YB radzi sebelum kehadiran kontraktor berkenaan di  Taman Desa Pinji. 

Menurut seorang penduduk tempatan Saudara Haris Yunus terdapat  3 kebocoran di tangki besar berkanaan serta laporan keada phak bertanggungjawa telah lama diajukan. Sekitar 20 meter sahaja erdapat surau,  dewan serbaguna dan rumah penduduk yang pasti akan membahayakan jika tidak diselesaikan.

"Kepada pihak yg berkenaan dan pada YB utz.Zainol kami penduduk Taman Desa Pinji mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan anda semua bagi menyelesaikan masaalah yg kami hadapi ini...semoga slogan Rakyat didahulukan akan terus di laksanakan" ucap saudara Raziman Razlan sebagai mewakili ucapan para penduduk.


Monday, October 21, 2013

Jadikan kali ini kali ke 10- Ir Amiruddin



21 Oktober 2013- Sungai Limau

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Sejak Pilihanraya bermula tidak termasuk pilihanraya tahun 1955, DUN Sungai Limau atau nama lamanya DUN Sala adalah DUN yang sinonim dengan PAS. 

"Daripada sekian lama pilihanraya umum, PAS berjaya mengekalkan kemenangan 9 kali manakala UMNO hanya berjaya menguasainya sebanyak 4 kali sahaja. Dan kehadiran Tuan-tuan dan puan-puan daripada negeri Perak ini adalah untuk merealisasikan hasrat kami jentera PAS Kedah untuk menjadikan kejayaan PAS kali ke 10" ucap ADUN Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah semasa merasmikan majlis silaturahim jentera Pas UPU Simpang 3 dan Selengkoh dengan para petugas dari negeri Perak kelmarin.

Ir Amiruddin yang juga merupakan ketua pembangkan Dewan Undangan Negeri Kedah turut menyatakan bahawa para petugas perlu bersiap sedia untuk menghadapi jentera UMNO tempatan yang dibantu oleh UMNO Bahagian Padang Terap bersama UMNO Negeri Sabah yang akan menjadi perayu dan pengempen sepanjang bertugas di UPU berkenaan.

DUN Sungai Limau memiliki 19 UPU dan petugas PAS Perak akan beraksi memastikan UPU yang mengalami peningkatan undi UMNO ini kembali menjadi UPU tegar PAS.

Ir Amiruddin juga menyeru agar para petugas menjalinkan ukhuwah serta menyatakan pilihanraya kecil merupakan suatu medan tarbiah dan ukhuwah yang efisyen.

"Telah ramai yang berbesan sepertimana petugas PAS Sungai Limau dengan petugas daripada Besut suatu ketika dahulu. Malah ada yang sanggup datang memanggil kenduri dari Besut ke Kedah semata-mata jalinan silaturahim yang tercetus sepanjang bertugas di medan pilihanraya kecil.

Ustaz Nazri Din selaku wakil jentera PAS Perak pula mengucapkan terima kasih kepada pihak cawangan dan UPU yang sanggup menginfak rumah tanpa bayaran kepada jentera. Beliau turut menekankan betapa kerja yang rapi lebih baik daripada bekerja keras terutama dalam menghadapi politik pragmatis UMNO.

" UMNO memiliki barisan jentera yang paling tidak tahu malu dan jemu. Jika kita berjaya sasarkan 700 pengundi dalam culaan mereka rupanaya berjaya melebihi beberapa ratus daripada kita hanya melalui kegiatan cula dan perayu undi yang tidak kenal malu dan jemu. Di Perak ada kawasan tertentu berjaya ditamatkan saluran satu dalam masa beberapa jam selepas pengundian bermula kerana mereka pergi ke setiap rumah warga emas tanpa gagal", jelas beliau.

Ustaz Nazri juga menyatakan kerjasama erat perlu dilakukan antara petugas Perak dengan petugas tempatan untuk melicinkan kerja kempen dan ziarah. Antara kawasan yang hadir untuk gelombang pertama ke DUN Sungai Limau adalah Kawasan Lumut, Tanjung Malim, Teluk Intan, Gopeng dan Tapah.








Nasib Pendidikan Islam di bawah UMNO VS DAP

......................Nasib pendidikan Islam di Kedah pasca Mei 2013..........


media UMNO berkata PAS Kedah seleweng duit dana Tahfiz kerana itu PAS pun ggal siapkan Tahfiz ini dan serahkan kesalahan kepada Mukhriz. Sebenarnya projek 15 juta tidak mungkin siap dalam setahun kecuali Stadium Terengganu kerana dicipta untuk runtuh. Projek ini dijangka siap dalam masa tiga tahun lihat di sini:-




Perhatikan ini pula....


BERITA YANG DI SEMBUNYIKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 ... KERAJAAN PR PULAU PINANG AKAN BINA SEBUAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA!!!!

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng yang dituduh oleh para juak UMNO sebagai anti Islam dan Melayu semalam telah meluluskan untuk membina sebuah Koleh Islam Antarabangsa di Pulau Pinang.

Cadangan Reka bentuk banguna yang terbal di bina di atas Lot Pt 260, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah pun di luluskan oleh kerajaan PR Pulau Pinang.

Lengkap dengan Blok Asrama, Rumah Warden, Dewan Serbaguna, Kantin, Kompleks Sukan yang mengandungi Kolam Renang,gymnasium, Futsal dan gelanggang Tenis ... Kompleks Pentadbiran terdiri dari Pusat Sumber, Auditorium, Pejabat, Bilik Tutorial, Makmal Komputer dan Makmal Sains.


Muhammad Nuruddin Bashah

Pembangkang dalam Sistem Demokrasi bukan Khawarij

Tahun 2012 saya pernah menulis tajuk :

ADAKAH PERJUANGAN PEMBANGKANG KONTEMPORARI TIDAK MENURUT SUNNAH? 



Adakah perjuangan parti pembangkang Khawarij iaitu pemberontak yang wujud sejak zaman Saidina Ali?

Majalah Al Ustaz Isu No 19 ada mencatat:

Para fuqaha ada meletak syarat bughah (penderhaka) ialah sekumpulan kumpulan muslim yeng mengangkat senjata menentang pemimpin Muslim yang adil. Serta memiliki kekuatan Shawkah atau Manaa'h berdasarkan takwilan fasid.

Maka definisi ini (melabelkan pembangkang sebagai khawarijI adalah tidak sesuai dikiaskan untuk pembangkang (yang ikut jalan demokrasi)

Bayangkan apabila UMNO kalah di kelantan. Adakah UMNO pula layak digelar khawarij di Kelantan atas alasan Kerajaan Tuan Guru melaksanakan Islam. Tiada sesiapa pernah melabel UMNO Kelantan sebagai Khawarij.

Posting ini ditaip kerana menjelang pilihanraya kelak, seminar berkenaan ulil amri, bughah dan khawarij akan dianjurkan oleh ILMU (Ulama' UMNO) yang memanipulasikan beberapa hadis sahih untuk mendapat ganjaran dunia yang UMNO berikan.

Muhammad Nuruddin Bashah

Saturday, October 19, 2013

Sokong Kehidupan Manusia Lain Adalah Bakti Yang diajar Islam - Radzi Zainon




Sokong Kehidupan Manusia Lain Adalah Bakti Yang diajar Islam - Radzi Zainon
17 Oktober 2013- Sungai Rapat 

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Unit Media ADUN Sungai Rapat)

Aktiviti YB Radzi hari ini bermula dengan program rutin yang beliau laksanakan lebih 5 tahun sebelum ini iaitu Santun Kedai Kopi  atau dikenali sebagai SKK. Kali ini beliau bersama rombongan Pusat Khidmat hadir ke sebuah  gerai di sebelah klinik bidan Kampung Seri Rahmat.  Penerima sumbangan Pusat Khidmat kali ini adalah  En Mohammad bin Md Dayan untuk dana bantuan baik pulih gerai. YB Radzi juga menyeru kepada pihak budiman, dermawan untuk bersama menyalurkan dana kepada Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat yang cukup aktif menyalurkan bantuan kepada yang 'berhak'.

Selesai sesi pada jam 9 pagi itu, YB  bertemu pula dengan  rakyat di Pusat Aduan UPU Ara Payong.        

Selepas menerima beberapa aduan dan mendengar permasalahan rakyat, pihak Pusat Khidmat bertemu dengan Puan Maizana  bt Nordin yang memerlukan bantuan dana. Beliau yang memiliki  15 orang anak , 6 sedang bersekolah, dan masih ramai yang masih  kecil-kecil.

Puan Maizana pernah dibantu oleh Pusat Khidmat PAS Sg Rapat serta mendapat bantuan bina rumah sumbangan Baitulmal tahun 2008 serta  sumbangan pembaikan rumah BSN sebanyak RM5000 pada tahun sama.

Hasrat keluarga ini adalah untuk berdikari demi kelansungan hidup 15 anak mereka.
YB Radzi telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan untuk meringankan serba sedikit bebanan mereka. 


Saudara Hazimin apabila ditanya berkenaan pandangan beliau terhadap YB Radzi berkata, 

YB yang saya  kenali ciri-ciri Hassan al Banna. ..ada pada ustaz (YB).
Allah kurniakan serba boleh.
Tak lupa (kenangan) bersama YB.
Dakwah kedai kopi di kedai mamak.
Lebih kurang 3 orang(kaum) India bukan islam dengar dakwah ustaz (YB) di kedai kopi.
Saya tak kan tinggal kan ustaz (YB)..
Ini le saya ambil kesempatan sebagai drebar ustaz (YB). 

Apa yang telah diungkap oleh Saudara hazimin Basah juga merupakan kata-kata  yang sama mahu diungkap oleh rata-rata rakyat Sungai Rapat yang telah mengenali beliau.









Wednesday, October 16, 2013

Pesakit Kronik Desa Perlancongan dikunjungi ADUN Sg Rapat



12 Oktober 203- Sungai Rapat

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Pengidap penyakit kronik adalah antara sasaran kebajikan yang termasuk dalam senarai lawatan dan perhatian Pusat Khidmat YB Radzi Zainon sebelum beliau bergelar wakil rakyat lagi.

Sekitar jam 9.00 pagi, bertempat di Desa Perlancongan, kumpulan Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat telah mengunjungi rumah Saudara Mohd Azrul yang mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan semasa bermain futsal.

Pihak YB radzi telah menyampaikan sumbangan wang tunai untuk meringankan beban mangsa selain berusaha menghebahkan Tabung Khas untuk keluarga beliau membeli susu untuk beliau. Susu berkenaan berharga agak mahal kerana nutrien yang tinggi diperlukan untuk beliau sepanjang proses pemulihan. 

Untuk meringankan beban mangsa, para pembaca dan sesiapa yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Amri Bin Rahman Shah BSN- 08001-41-00003024-6 .

Pihak pusat Khidmat juga akan menghebahkan no akuan ini melalui media cetak lain.








Sunday, September 29, 2013

Upah Perunding Asing; Tanda BN Tidak Mampu Tadbir Negara


Upah Perunding Asing; Tanda BN Tidak Mampu Tadbir Negara

Inferior, lemah self esteem atau westomania, itulah antara ungkapan yang boleh diberikan kepada pemimpin Malaysia yang galak mengupah konsultan luar untuk membuat beberapa polisi dan dasar di negara kita.
Bertepatan dengan pandangan Presiden MAPIM Tuan Haji Azmi Abd Hamid, apabila   diumumkan di Parlimen bahawa Kementerian Pendidikan melantik  sebuah syarikat perunding McKinsey and Co dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  ianya boleh dianggap suatu skandal besar yang melibatkan halatuju tarbiah dan pengacuan minda intelek dan sahsiah anak-anak Malaysia!

Ia bukan suatu hal yang remeh atau boleh diambil ringan.

Apakah itu konsultan dan mengapa perlu mengupah konsultan? Konsultan atau perunding diperlukan jika sesuatu perkara atau projek memerlukan kehendak-kehendak piawaian tertentu yang hanya mampu dilakukan leh perunding atau konsultan yang terlatih (certified). Jika ianya tidak memerlukan piawaian tertentu di peringkat antarabangsa sepertimana menyediakan halatuju pendidikan negara sendiri yang berdaulat, mengapa perlu menghulur sampul wang kepada konsultan barat yang jelas mengalirkan wang keluar negara.

Saya sertakan senario ringkas. Jika di kilang, jika pihak Jabatan Penyelenggaraan (maintenence) mampu menyediakan sesuatu projek, baikpulih atau pemeangan mesin baru tanpa memerlukan konsultan, pihak ketiga yang sediakan ia adalah KPI terbaik untuk jabatan berkenaan. Tetai jika ada pengurus penyelenggaraan hanya tahu mengeluar quotation (sebut harga) hanya tahu mencadang pihak ketiga tertentu untuk selesaikan tugasnya, pengurus berkenaan jelas tidak efisyen atau lebih bahaya beliau telah korup.

Isu konsultan atau perunding atau isu pihak ketiga sama juga dengan isu peraih. Peraih ikan atau peraih hasil tani misalnya suatu ketika dahulu pernah menekik darah petani dan nelayan dengan harga jualan yang tidak munasabah. Hal ini menyebabkan kerajaan menyediakan FAMA, PERDA, MARDI untuk membantu mengurangkan pengaruh orang tengah dalam memasarkan hasil kerja rakyat bawahan. Malah kerajaan juga menggalakkan para penani untuk cuba mejual sendiri hasil mereka untuk mendapat keuntungan yang optima.
Bagitu juga dalam isu konsultan negara.

 Dalam hal pembelian kapal selam misalnya, korupsi seolah-olah cuba dilindungi sehingga generasi muda di kampus pun mulai ‘dangkal’, atau lemah otak sehingga tidak memahami isu korupsi dalam pembelian kapal selam negara. Pihak ketiga dalam pembelian kapal selam yang  melibatkan pembayaran RM 510 juta adalah tindakan kepimpinan lanun yang menghabiskan wang negara dan menggadai masa depan negara. Cuba menjadi hero dalam setiap pilihanraya dengan menabur wang jutaan ringgit, menjadi hero membantu jerung-jerung kepitalis aristokrat dengan memberi habuan komisyen itu dan ini, konsultan itu dan ini, adalah tindakan yang jelas merupakan sikap bermuka-muka, pragmatik atas kepentingan sendiri dan tidak menghiraukan kesan kepada sosio kehidupan rakyat akan datang.

Perdana Menteri kita berkata, transformasi sistem pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 perlu terus maju seiring dengan dasar transformasi negara. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang antara lain bertujuan menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Adakah para pemikir di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi atau sekurangnya para profesor di Malaysia sudah kering akal, tiada produktiviti  atau lembap untuk menyediakan laporan yang dikehendaki oleh Perdana Menteri?

Tidak cukupkah peluang Kementerian Pendidikan mendapat khidmat nasihat antarabangsa daripada pakar-pakar seperti UNESCO, yang telah menyediakan laporan terperinci mengenai pembangunan kurikulum, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, pendidikan guru, latihan dan pendidikan teknik serta pentaksiran murid?

Tidak cukup jugakah usaha Panel Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin juga telah menyediakan laporan hasil daripada mesyuarat-mesyuarat Townhall yang telah diadakan di 14 negeri?

Malah tidak percayakah kerajaan BN dengan PEMANDU yang ditubuhkan oleh mereka sendiri dalam  melaksanakan Makmal Pendidikan dengan sokongan pasukan NKRA Pendidikan. Makmal tersebut kini diketuai oleh pakar-pakar tempatan daripada Kementerian Pendidikan termasuk daripada Institut Aminuddin Baki.
Menjemput perunding luar tambahan pula berkaitan dengan Yahudi seumpama APCO boleh juga dianggap mengundang penjajah dalam bentuk yang baru (neo-colony). Nampaknya sejarah tidak mengajar pemimpin kita untuk berhati-hati dengan agenda penjajah bentuk baru. Suatu ketika Francis Light atas nama peniaga KHTI dijemput ke Kedah sebagai perunding, konsultan mendamaikan konflik diRaja. Stamford Raffles juga dijemput atas alasan yang sama iaitu sebagai konsultan menyelesaikan konflik dalaman. 

Akibatnya penjajah menyekolahkan pemimpin kita. Perjanjian demi perjanjian dibuat atas nama nasihat dan konsultasi politik dan polisi. Dalam sedar atau tidak, api sekam penjajah terus menjarah tanahair Melayu sehinggalah tanah ini bergelar tanah jajahan British.

Cukup sahih jika rakyat skeptikal dan marah dengan pembayaran yuran konsultasi kepada syarikat seumpama APCO dan kini pula McKinsey and Co. Itu hak rakyat untuk menyoal justifikasi dan keperluan yang mendesak sehingga tangan Barat atau setidaknya air tangan Yahudi berhak menentukan imej, dasar dan polisi negara.

Jika ditinjau daripada sumber wikipedia McKinsey & Company ialah sebuah firma perundingan pengurusan sedunia yang tertumpu kepada penyelesaian isu yang berkaitan dengan pengurusan atasan. McKinsey berkhidmat sebagai penasihat kepada perniagaan, kerajaan dan institusi terunggul di dunia, serta diiktiraf sebagai firma yang terunggul dan paling berprestij dalam industri perundingan pengurusan.
Rakyat mempersoal dan juga mempertikaikan mengapa pula sebuah firma konsultasi bukan pakar pendidikan telah dilantik sedangkan kerajaan mempunyai ramai pakar yang mampu melaksanakan tugas tersebut.

Tidak ada apa yang mampu dibangunkan oleh McKinsey selagi tangan politik mencengkam kampus, kadar peruntukan penyelidikan daripada KDNK yang jauh lebih rendah berbanding negara lain, selagi mana agenda perkauman dimainkan di beberapa kampus payungan UMNO serta beberapa tindakan kegeringan intelek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. 

Kesimpulan yang mampu disemat adalah ketidakmampuan BN memerintah, membina polisi jangka panjang dan menyelesai permasalahan dalam jabatan-jabatan kerajaan jelas kelihatan dengan kehadiran konsultan asing ini. Kebergantungan dengan orang tengah dalam sebarang perundingan antara negara adalah petanda korupsi yang kian parah. Menggajikan konsultan Yahudi untuk menasihati imj negara adalah lambang sejarah pemimpin melayu menjemput penjajah berulang kembali.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)