Tuesday, April 07, 2009

Barisan nasional atau barisan melayu?

Boleh jadi sasau BN dibuatnya apabila memikirkan cara menarik sokongan bukan melayu. Peralihan kuasa dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Exco BN yang kekurangan bukan melayu menyebabkan hampir kesemua rakyat bukan melayu menolak BN. BN bukan lagi lambang kesatuan semua kaum.
Perpaduan dan slogan bersatu padu demi keamanan bukan lagi isu maut BN. Malah mereka perli pula Palestin dengan mengatakan jika tidak sokong BN dan bersatu padu, Perak akan menjadi Palestin! Isu Palestin cukup menyedihkan jiwa rakyat Perak, kini mudah sahaja dipersendakan oleh BN dalam kempen mereka.

Zahid Hamidi terpaksa menggunakan tarian wanita seksi untuk menarik perhatian rakyat bukan melayu. Mereka sudah jenuh memerli Cina yang dikatakan perkudakan Nizar, mereka persendakan Cina sebagai komunis, dengan mudah pula tarian seksi akan mengalih perhatian mereka? Jawapnnya rakyat berbangsa Cina kini lebih 'cerdik' politik dari melayu. BN bukan lagi mewakili pelbagai kaum.


Muhammad Nuruddin Bashah

Kampung Boyan Taiping

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)