Thursday, April 02, 2009

Ketua Kampung turut digantung tak bertali.

Ketua Kampung turut digantung tak bertali.

Di Perak, rompakan kuasa bukan sekadar merampas Bangunan Perak serta jawatan MB. Perompakan oleh regim radikal BN juga meliputi sikap mereka yang menggantung tak bertali status ketua kampung yang dilantik oleh rakyat baru-baru ini.


Watikah kuasa yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Kampung yang dilantik ini adalah hingga tahun 2010 tetapi mereka telah dinafikan hak elaun sejak bulan 2 yang lalu apabila penggulingan kuasa berlaku di Perak.


Menurut sumber dari salah seorang ketua kampung di Perak, beliau sendiri telah bertanya status mereka di pejabat SUK namun tiada jawapan yang memuaskan.


Kalau kita fikir secara mendalam, kita akan faham bagaimana keputusan boleh mereka buat walaupun hasrat di hati untuk buang semua sisa-sisa kesan pentadbiran Ir Nizar. Selagi DUN belum bersidang, sebarang keputusan yang mereka lakukan hanyalah melalui proses ‘illegal’. Rakyat pasti akan menghukum BN dalam Pilihanraya Bukit Gantang walaupun hukuman menang di Parlimen itu tidak setimpal dengan kelakuan lanun mereka.


Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)