Thursday, April 02, 2009

Terus mara Lajnah Perpaduan Nasional

Terus mara Lajnah Perpaduan Nasional

Perjalanan kempen oleh Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan non muslim berjalan dengan lancar. Lajnah Perpaduan Nasional Perak tadi mendapat semangat langsung melalui kehadiran YB Dr Mujahid sendiri di Markaz Lajnah Perpaduan Nasional dan NGO Perak.




Saya berulang alik dari Ipoh ke Kampung Boyan, Taiping hampir setiap hari hingga menjelang pilihanraya kerana saya bekerja malam di kilang. Hanya sebahagian siang sahaja saya berkesempatan berada di sana. Namun ia masih tiada halangan besar kerana semua penggerak ‘sporting’ dan rancak bekerja siang dan malam.



Esok ( Khamis 2 April) akan diadakan sidang media JAMAIY Perak di Ipoh untuk menjelaskan kedudukan NGO dalam usaha mempertahankan pembubaran DUN serta mempromosikan Kempen Cintai Bahasa Melayu anjuran NGO-NGO Islam.



Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgist Engineer
Prima Metal SDN BHD.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)