Wednesday, September 11, 2013

Khidmat Pemeriksaan Kesihatan cara Aura di Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat



Khidmat Pemeriksaan Kesihatan cara Aura di Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat
Medan Gopeng- 11 September 2013

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi  Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat

Bukan sahaja seorang pemimpin dan motivator yang baik, YB Radzi Zainon juga merupakan pengamal dan penyokong kuat perubatan Islam alternatif serta banyak memperomosi penggunaan produk halal dan baik untuk masyarakat sebelum beliau mencebur diri dalam arena politik.



“ Menggunakan produk halal adalah fardhu bagi kita semua, malah berusaha mencari penawar penyakit berasaskan sunnah dan perubatan Islam adalah suatu keperluan memandangkan tidak semua penyakit mampu ditangi melalui perubatan konvensional” jelas Radzi semasa memperomosikan program pemeriksaan berasaskan kaedah aura di pejabat beliau.

Antara produk aktiviti Pusat Khidmat terkini yang dijalankan oleh beliau dan jawatankuasa Pusat Khidmat adalah Program Pemeriksaan Kesihatan Kaedah Magnetik Aura yang akan diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) beralamat , No 20 Jln Lpgn Terbang,Medan Gopeng, Ipoh. Masa program percuma ini diadakan adalah pada jam  2.30 hingga 6.00 petang
pada  14 September 2013 Hari Sabtu. Tetamu yang akan menjayakan program ini adalah Dr Hj Abd. Karim, daripada Johor.

“Bawalah pesakit-pesakit dari cawangan/kawasan anda untuk mengetahui masalah kesihatan mereka. Pusat khidmat akan cuba membantu sekadar yang termampu”  pesan beliau kepada semua rakyat DUN Sungai Rapat.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)