Showing posts with label non-muslim dalam pas. Show all posts
Showing posts with label non-muslim dalam pas. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Pemerkasaan Kelab Penyokong PAS Perak: usaha dakwah siasah PAS

YB Mohd. Zainuddin Mohd.Yusof (Lubok Merbau) yang menerajui Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak memang benar-benar menumpahkan kepakaran dan karismatik beliau sebagai bekas pegawai kerajaan dalam kerja buat beliau sekarang. Buktinya, pendekatan aspek pra-mesyuarat(pre-council) yang diadakan telah meminimakan perbincangan remeh-temeh dari berlaku dalam mesyuarat sebenar. Saya menerima tempiasan aura pengurusan baru ini sejak berada di Perak ini. Sumbangan dan garapan idea dari perwakilan LPN seluruh Perak sebentar tadi (di pejabat Perhubungan Negeri Perak) menunjukkan PAS kini semakin menerapkan aspek profesionalisme dan pengurusan atur Lajnah yang SMART dan efesien.
Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diperjuang sehingga menjadi Dewan Penyokong PAS. KPP ini telah berjaya menambat sebegitu ramai bekas ahli Gerakan termasuk MCA dan MIC untuk bersama menyokong agenda Islamik PAS. Malah ahli PKR dan DAP yang berminat dengan dasar PAS juga ada yang menyertainya.
Terharu saya apabila mendengar beberapa sahabat bukan Islam menyuarakan bahawa mereka sedia ditadbir secara Islam melalui pengurusan KPP! Inilah politik Islam. Siasah yang mendekatkan diri dengan golongan bukan Islam sekaligus menggalakkan interaksi dan pemahaman Islam secara benar dan absah. Konsep Rahmatal Lil Alamin diperluaskan dan diulang-ulang juga oleh kaum bukan Muslim dalam KPP.
Saudara Nazri Sahat adalah Setiausaha Lajnah ini di peringkat Negeri Perak dan saya adalah penolongnya di peringkat negeri dan di peringkat kawasan Gopeng. Nazri turut membantu YB Zainudin menyiapkan modul pengkaderan dan pentarbiahan untuk warga lajnah dan golongan peserta/ahli bukan Muslim. Banyak modulnya. Antaranya adalah modul memperkenalkan perjuangan PAS, dasar Islam dalam PAS, perbandingan agama (sekaligus menafikan tomahan PAS tiada kerja dalam dakwah kepada bukan Muslim), modul pemahaman budaya hidup Melayu, Cina, India, modul hak bukan Islam di Malaysia serta hak Islam di Malaysia, serta modul yang paling menarik perhatian saya adalah modul pemahaman antara aktiviti keagamaan (ritual) serta bezanya dengan aktiviti kebudayaan. Hal ini memudahkan orang Melayu memahami masyarakat lain melalui perspektif agama serta menggalakkan penglibatan dan keharmonian tanpa ada lagi simptom islamofobia.
Saya bercadang untuk membina modul tambahan iaitu modul menjawab tuduhan terhadap Islam serta mengenengahkan aspek bagaimana yang dikatakan sebagai penghinaan terhadap Islam. Aspek ini akan membantu bukan Muslim menghindarkan tindakan tertentu yang boleh mencarik sensitiviti umat Islam sekaligus menghalang perpaduan berlaku.
Jelas. Saya bersetuju dengan modul sebegitu kerana UMNO dahulu memanipulasikan kejahilan orang Cina dengan mengatakan PAS akan mengkhatankan mereka jika PAS berjaya berkuasa kelak. Orang Melayu dituduh syirik apabila membawa lilin sedangkan ia perkara biasa bagi orang Cina Muslim di China. Kejahilan ini perlu dimusnahkan melalui aktiviti pengkaderan dan pendidikan LPN yang bernas dan sihat ini. Saya merasakan jika hal ini dipraktikkan di negeri majoriti bukan Islam seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia boleh membawa satu perubahan besar, iaitu politik mencerahkan Islam.
Terdapat juga modul memasyarakatkan ahli PAS melalui aktiviti NGO. Saya mendapat tahu Cikgu Azmi,Presiden TERAS sendiri akan menjadi mentornya. Tiada apa lagi yang dapat saya katakan selain modul tersebut pasti berjaya dengan sentuhan hemah dan wibawa oleh Cikgu Azmi kelak.
Saudara Nazri dan saudara Khalilul (Setiausaha Eksekutif Pejabat PAS) adalah individu yang banyak mengintegrasikan NGO dengan PAS serta menubuhkan banyak NGO yang menjadi sayap kanan dan kiri PAS Perak. Saya mulai belajar daripada mereka.
Moga Islam terus berkembang melalui tindakan futuristik, tersusun dan berstrategi yang kita bersama garapkan. PERAK boleh menjadi makmal bagi kajian perlaksanaan dakwah yang komprehensif sebegini.
Pada saya Lajnah Perpaduan Nasional paling layak menerajui agenda 1 Malaysia menggantikan UMNO.
Muhammad Nuruddin Bashah
Penolong Setiausaha
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak.

Thursday, October 02, 2008

Misi Kemanusiaan Banjir Balik Pulau(Bahagian 1)

Semalam 1 Syawal bersamaan 1 Oktober 2008, Skuad Unit Amal Balik Pulau bersama sebuah Storm dan sebuah lori Amal, menjelajah seluruh Balik Pulau mencari serta membantu mangsa-mangsa banjir.







Selepas sahaja menunaikan solat sunat aidilfitri, Ketua Unit Amal balik Pulau, saudara Roslan mengarahkan pemuda-pemuda PAS serta anggota UA berkumpul di Pejabar Pemuda sekaligus membahagikan tugasan dan menyiapkan peralatan. Kali ini bertuah kerana angora UA yang berpengalaman di Acheh dan Afghanistan turut hadir membantu berkongsi kepakaran.

Menyaksikan kesusahan dan kerosakan harta benda dan persiapan raya, cukup ,menginsafkan kami sekalaigus mematikan terus nafsu ghairah ingin bersuka ria serta berjalan-jalan seperti rutin saban tahun.






Alhamdulillah, ada ahli PAS yang menyumbang makanan serta ada keluarga mangsa yang bersedia menjamu kami walaupun kehadiran kami adalah tidak berbayar. Setiausaha Pemuda Balik Pulau saudara Fahmi sempat juga menjelaskan misi kebajikan PAS melalui Unit Amal ini serta pentingkan Islam disebar luas dibumi Pulau Pinang ini kepada keluarga mangsa.

Ada satu keluarga yang bertanya kepada saya kenapa kerajaan tidak hantar warga asing untuk buat kerja bantuan di hari raya ini. Saya jelaskan bahawa ini bukan misi kerajaan pusat mahupun negeri. Ini kerje Parti Islam. Kami jelaskan juga pada raya haji tahun lepas, kami berada di Johor selama seminggu membantu mangsa di sana secara sukarela.

Pada kami, raya kali ini cukup bermakna sekali….































Jadi pasar malam. dapur mereka rosak serta penuh digenangi air. Mereka memasak beramai-ramai di tepi jalan hadapan rumah. ini Mangsa di Kuala Jalan Bahru. Ladang sawit berhadapan Pejabat Parlimen Balik Pulau.

Pendita Bitara
1 Syawal.


Tentera Merah PAS Balik Pulau, bersedia

Di Bulan Syawal....perjuangan perlu diteruskan......kami Pemuda PAS Balik Pulau atas tiket Unit Amal balik Pulau, diminta menantikan panggilan kecemasan untuk membantu mangsa banjir....semangat harakiyyah Islamiyyah membakar dada -dada pemuda di sini....menanti dan terus bersedia......tentera Merah jamaah PAS berkhidmat untuk ummah dan masyarakat.

Taqabbalallah Minni Wa Minkum, Salam I'dul Fitr dari kami Unit Amal Balik Pulau untuk seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan.

Pendita Bitara

Saturday, August 16, 2008

Non-Muslim dalam PAS; akan menyemarakkan lagi dakwah

Saya ada berbual dengan rakan-rakan saya mengenai halatuju dakwah PAS. Antara topik yang agak hangat dibincangkan di peringkat cawangan-cawangan terutama dalam usrah kecil ialah mengenai status keahlian non-muslim jika benar ia terlaksana dalam PAS. Ada yang berhujah pro dan kontra dan saya bersetuju dengan kesemua hujah mereka. Pada saya mereka berbahas kerana pengalaman mereka yang luas, keterlibatan yang bersungguh-sungguh dalam dakwah PAS serta mereka bercakap atas keilmuan mereka masing-masing.

Saya ada menghubungi Ustaz Dr.Mujahid Rawa iaitu AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Parit Buntar mengenai kes ini. Beliau adalah antara individu awal yang berjuang untuk mempromosikan idea ini agar non-muslim diberikan hak untuk menjadi ahli penuh PAS. Beliau adalah pejuang yang gigih memperjuangkan Kelab Penyokong PAS. Terlalu ramai ahli Kelab ini yang memberi sokongan padu agar pemerintahan Islam PAS terlaksana di Malaysia. Mereka lebih gemarkan PAS berbanding MCA, MIC malah ada yang juga memilih PAS berbanding DAP. Ini adalah usaha yang positif.

Ustaz Mujahid berhujah bahawa golongan non-muslim akan diberikan keahlian dalam PAS serta akan berada dalam Lajnah khas yang berasingan dengan ahli Islam yang lain memandangkan gerak kerja agama adalah khusus untuk kaum Muslim sahaja.

Bukankah PAS didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah? Parti politik selalunya akan menerima sesiapa sahaja untuk menyertainya. Lantaran PAS adalah Harakah Islamiyyah yang berteraskan dakwah Rasul, maka tidak sesuai golongan non-muslim menjadi tenaga penggerak (amilin) yang wala’ kepada kepimpinan Islam. Mereka perlu Islam sepenuhnya barulah boleh menjadi rakyat kepada pemimpin gerakan Islam secara total. Akan tetapi mereka masih berhak menjadi ahli ‘parti PAS’ sebagai ahli parti politik.

Bukankah suatu berita gembira apabila golongan non-muslim memohon unuk menjadi ahli PAS? Bukankah ia suatu yang menggembirakan apabila non-muslim bersedia mendokong kepimpinan Islam, meletakkan perlembagaan Islam di atas mereka serta bersedia dengan segala arahan parti? Bukankah mereka akan lebih memahami Islam apabila dekat dengan sistem Islam yang tulen malah jauh daripada penyelewengan dan penistaan fakta oleh media massa dan bahan bacaan terbitan umum yang prejudis terhadap Islam? Di sinilah peranan kita. Kita tidak memusuhi golongan bukan Islam malah berhasrat bersahabat karib dengan mereka selagi mereka patuh dan akur dengan kepimpinan Islam yang adil.


Pendita Bitara
GIANT Bayan Baru

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)