Tuesday, September 25, 2018

ISU BERKAITAN MALAYSIA BAHARU


ISU BERKAITAN MALAYSIA BAHARU

Muhammad Nuruddin Bashah
Fixed deposit Pakatan Harapan
·         PH menang dan akan kekal menang jika mereka menjaga kelompok gejala social berikut:
o   LGBT
o   Liberalisme/Pluralisme
o   Sekularis yang menentang institusi agama dan pendidikan Islam
o   Golongan anti perlembagaan, anarkis, pro republic
o   Syiah
·         Kelompok ini boleh dianggap penyakit masyarakat kerana mereka terkeluar daripada norma maysrakat Malaysia yang sedia ada yang menjunjung Rukunegara, perlembagaan dan toleransi beragama sejak selepas Merdeka.
·          Kelompok ini adalah kelompok ‘sub-culture’ atau sub-budaya yang terkeluar daripada nilai yang dipegang masyarakat umum rakyat Malaysia.
·         Nilai social adalahkonsepsi mayarakat tentang baik buruk, positif dan negatif dan untung rugi yang dikongsi majority rakyat serta diiktiraf semua bangsa dan agama dan ia adalah suatu yang perlu dipertahan kerana menjamin keamanan Negara selama ini.
·         PH akan mendiamkan diri atau akan mempertahan kelompok ini kerana selama kempen mereka adalah mereka berasaskan pola pengundi dan paradigm majority pengundi mereka semata-mata.  Ideologi mereka adalah berasaskan budaya paling popular yang mengundi mereka dan ia akan dipertahankan.
·         Inilah petaka besar yang merosakkan social Negara kita jika PH tidak disingkirkan.

99% janji PH berorientasikan ekonomi, kenapa sosial pula yang dipugar
·         Ini misteri yang mulai ditanyai majoriti netizen yang pada awalnya sanggup mengundi PH.
·         Mengapa janji reform ekonomi yang ditabur tetapi sosial yang giat ingin dipugar, dirombak seolah berdendam dengan sistem sosial sedia ada dalam negara.
·         Contoh beberapa tindakan mendadak yang melibatkan pembawaan budaya alienasi yang terasing dan mencabar kestabilan sosial.
o   Akjtivis PH yang mulai lantang kempen menentang sistem Beraja yang sekian lama memayungi keamanan negara. Walaupun bukan atas tiket PH mereka sebenarnya berani sejak kemenangan PH dan tiada sebarang tindakan tegas kerajaan menutup mulut mereka.
o   Pensyarah Syiah dan pejuang LGBT  telah diberi ruang menulis secara rasmi dalam media cetak.
o   G25 mula meracau mengeluar kenyataan pelik tentang syariah seolah membuka nanah di badan yang bertahun disimpan. Kebencian kepada syariah dipamerkan[1].
o   Tun M minta sunni menerima keberadaan  syiah atas alasan keamanan. Sebagai Perdana Menteri yang majoriti rakyat ahli sunnah, ayat perlu dijaga agar keluarkan kenyataan yang menguntungkan ahli sunnah bukan sebaliknya walaupun atas alasan keamanan[2]. Dahulu 2013  Tun M mengaku bahawa Syiah yang berkembang di Malaysia akan bawa perpecahan di kalangan rakyat. Kini menerima mungkin akibat desakan puak syiah yang juga menganut liberalisme dan merupakan fixed deposit undi PH[3].
o   Pengiktirafan golongan Seksualiti Merdeka, Islam Liberal dan LGBT oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan tindakan kerajaan yang mendiamkan diri terhadap NGO pro budaya songsang tanpa ada keseriusan menanganinya.
o   Qadiani menang sejurus selepas PH kuasai negara. Iktiraf Qadiani sebagai ajaran sesat yang bebas mengamal agama mereka yang menjadi fitnah dan kekeliruan di kalangan rakyat.
o   Mengiktiraf peperiksaan UEC[4] menjadikan pendidikan negara bangsa seperti Malaysia memiliki dwi sistem pendidikan yang bakal merosakkan sosial dan integrasi sosial yang sekian lama dipupuk pasca 13 Mei[5].
o   Ghairah mengkaji JAKIM yang menjadi musuh utama liberalisme sebelum kemenangan PH. Alasan memperkukuh dan sebagainya hanya lesen awal mengganggu gugat kerja kerja JAKIM[6].
o   Ghairah liberalkan bahasa kebangsaan dengan memulakan tindakan kenyataan rasmi kementerian dalam tulisan Mandarin.

·         Hal ini adalah kerana tulang belakang PH adalah laras politik dan NGO yang telah lama berkempen menantang sistem sosial sedia ada dan mereka menunggang mood rakyat yang menentang korupsi BN dengan mengapikan isu ekonomi sedangkan niat tujuan mereka asasnya adalah sekularisasi sosial dan merabahkan Islam sebagai agama utama negara ini.
·         Lantas bahasa, institusi, organisasi, pendidikan dan apa sahaja yang menjadi core bagi Islam akan diperangi secara terbuka dan kesempatan 5 tahun ini penting bagi mereka untuk melestarikan hasrat asas kelompok ini.

Berbohong dalam banyak isu melibatkan ekonomi
·         PH dan juak kepimpinan mereka sejak sebelum kemenangan asyik berkempen bahawa merekalah juara ekonomi dan pakar ekonomi.
·         Namun selepas menang satu demi satu pembohongan, manipulasi persepsi ekonomi dan mainan retorik ekonomi dimainkan seperti orang sasau.
·         Antaranya:
o   Tindakan menubuhkan Tabung Harapan yang memalukan dan hanya menghilangkan keyakinan pelabur Malaysia.
o   Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara melulu menyatakan, hutang Kerajaan Persekutuan kini telah melebihi angka RM1 trilion, jauh lebih tinggi daripada angka 51% berbanding KDNK yang dilaporkan oleh kerajaan sebelum ini. Sepatutnya hutang kerajaan sahaja diambil kira iaitu RM 686 billion. Kenyataan meulu adalah untuk memburukkan BN dan ianya membawa kesan besar kepada pelabur asing. Inilah tindakan ‘pandir’ PH yang mengaku pakar ekonomi.
o    Kos projek ECRL yang semakin tidak masuk akal dan meningkat dari RM55 billion ke RM70 billion dan alhirnya mencecah RM81 billion.
o   Pihak Bank negara mengakui Malaysia jauh daripada Bangkrap malah kian meningkat ekonominya[7]. Ini menunjukkan kempen PH dahulu adalah menipu.
o   Sekap jarang mengatakan barang harga tuyrun sehingga 30-50% selepas GST dimansuh. Juga bercakap umpama pimpi9nan UMNO jugag iaitu menuduh perniaga pula yang menaikkan harga barang[8].
o   Terpaksa melakukan ‘one off payment’ seperti BRIM juga walaupun dikeji sebagai dedak sebelum menang PRU 14 kerana sedar BRIM amat diperlukan rakyat.
·         PH terus berbohong dan gagal dalam hal ekonomi yang dibanggakan sebagai bread and butter mereka yang cerdik pandai apabila melakukan tindakan:
o   Tidak menurun harga minyak
o   Tiada KWSP suri rumah
o   PTPTN tidak mansuh
o   Tol masih kekal
o   Tarif elektrik meningkat – domino harga barang akan melambung
o   TEKANAN kerajaan Pakatan Harapan ke atas 1.6 juta penjawat awam untuk menyumbang ke Tabung Harapan melalui CUEPACS

PH anti perlembagaan
·         Aktivis suarakan mahu mansuh sistem beraja dan tiada penafian serius kerajaan PH dalam isu ini
·         Semangat perlembagaan dan perjuangan bahasa kebangsaan boleh dikatakan tiada malah mahu mencabar bahasa eka negara daripada fungsi asal menyatukan rakyat dengan satu bahasa rasmi yang menyatukan sosial. Tindakan ini menghasilkan kelompok etro sentrik yang memandang rendah amalan umum yang mengamal perpaduan melalui bahasa eka negara.

Ghairah ingin kekal kuasa bukan tunaikan janji kepada rakyat
·         Keghairahan Anwar Ibrahim mahu tawan Kelantan Terengganu sejurus pembebasannya melambangkan nafsu serakah yang cukup memalukan seorang yang mahu digelar sebagai wira negara. Sedeang banyak agenda besar yang perlu diselesai mereka galak mahu melancar perang terhadap negeri yang paling stabil dan aman pembentukan kerajaannya pasca PRU 14 lalu.
·         DAP ghairah tawan Kelantan dan mahu buat cawangan di Kelantan tanda tuan sudah kurang percaya kerpada khadam mereka PAN. Tuan mahu sendiri turun padang raih sokongan melayu di Kelantan walaupun atas nama kempen demokrasi kononnya. Sedang kerajaan yang dipeganag tidak mampu baiki sosial rakyat mereka hanya mahukan kuasa sahaja.
·         BTN ingin dipugar dan dimansuh oleh Menteri Sukan kerana ia bateri kuat yang mengecas semangat faham Rukunegara dan perlembagaan yang menjadi musuh kepada PH. Jika hasrat mahu diubah modul agar adil terhadap pembangkang sebelum ini mungkin boleh diterima berbanding mahu dimansuhkan dengan harapan generasi anarki yang berkiblatkan maklumat tanpa tapisan sebagai deposit utama kemenangan mereka.
·         Operasi tukar nama APAD, Klinik 1 Malaysia dan sebagainya. Sedangkan banyak agenda ekonomi gagal dilaksana mereka beralih kepada serangan regim lama agar mereka juga kekal lama seperti BN.



[1] Cadangan pemindahan hari tersebut dijalankan melalui sebuah petisyen ‘Saturday Reformist Jumaah’ yang dipercayai diketuai oleh seorang kolumnis akhbar Malay Mail Online,Farouk A Peru. Pemindahan solat Jumaat kepada hari Sabtu itu juga menurutnya dapat mengurangkan beban golongan pekerja awam dan pekerja swasta.



Bukan setakat itu sahaja, beliau turut meminta orang ramai tidak kira agama ataupun orientasi seksual (golongan LGBT) untuk bersama- sama mengerjakan Solat Jumaat.
[3] Pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam yang pada ketika ini sudahpun lemah kerana perbezaan fahaman politik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, beliau menegaskan, ajaran berkenaan perlu disekat agar tidak menular dalam masyarakat Islam kerana amat berbahaya sehingga boleh mencetuskan permusuhan seperti mana berlaku di beberapa negara luar.



[4] Pengiktirafan UEC berlandaskan bahasa Cina dan kurikulum negara asing ialah satu pencabulan terhadap identiti negara ini yang telah dinyatakan dalam perlembagaan.Ia juga satu pengkhianatan terhadap pejuang awal negara yang menetapkan dasar-dasar pendidikan negara. Pengiktirafan UEC akan mengubah landskap pendidikan negara apabila bahasa Melayu tidak lagi diletakkan sebagai syarat utama. Kurikulum asing dari negara luar juga bermakna sistem dan syarat sedia ada seperti kelayakan kelulusan bahasa Melayu sebagai tidak relevan kerana boleh diatasi dengan syarat lain. https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/iktiraf-uec-dedah-penipuan-besar-ph/
[5] Pendidikan percuma, iktiraf UEC jika HARAPAN menang https://www.malaysiakini.com/news/387371
[6] Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekumpulan ulama yang berpengetahuan luas tentang agama sedang membincangkan peranan Jakim  dalam negara sama ada akan dikekalkan atau tujuan asal penubuhannya diteliti semula. Kerajaan  ada minta kumpulan ulama yang ada pengetahuan mendalam mengenai agama untuk bincang peranan Jakim dalam negara sama ada ia (Jakim) akan dikekalkan  seperti sekarang atau tujuan asalnya akan dihidupkan semula. Ini kenyataan melambangkan skeptikal kerajaaan terhadap JAKIM dan ia bukan bernada positif ikhlas mahu menaiktaraf atau menjulang JAKIM.
[7] Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa panjang. Prospek ekonomi negara kekal sihat berdasarkan lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negera yang rendah dan penampan modal yang kukuh dalam sistem perbankan. http://www.kosmo.com.my/terkini/bnm-yakin-prospek-ekonomi-negara-kekal-positif-selepas-pru-1.672364#.WvjzBD4zCQQ.twitter
[8] Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berpendapat kemungkinan berlaku unsur sabotaj di pihak peniaga yang sengaja mengenakan harga tinggi berbanding harga pasaran bagi barang keperluan pada Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini. http://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2018/05/431029/mungkin-peniaga-sabotaj-naikkan-harga-barang
Menteri Per­tanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan bahawa kenyataannya berhubung harga barang makanan telah turun antara 30 hingga 50 peratus baru-baru ini dibuat secara umum. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-barang-turun-30-50-peratus-dibuat-secara-umum-8211-salahuddin-1.692698#ixzz5L3yttSD2  


KEMATIAN AKIBAT ARAK: MENUNGGU ALASAN 'MANIS' KERAJAAN


KEMATIAN AKIBAT ARAK: MENUNGGU ALASAN 'MANIS'
KERAJAAN

Kerajaan PH seumpama kerajaan BN kelihatan masih gagal membendung gejala penagihan arak. Malah lebih teruk kini arak out specification dengan kandungan alcohol yang terlalu tinggi mula menular.
Terkini disahkan sekurangnya 15 lelaki disahkan meninggal dunia dan 33 lagi dimasukkan ke hospital dipercayai akibat keracunan arak sekitar kawasan Lembah Klang sejak dua hari lalu dan terdiri daripada warga asing dan warga tempatan. Dilaporkan kini masih ada 33 lagi mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh (15 orang), Hospital Kajang (15 orang), Hospital Selayang (seorang), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (seorang) dan Hospital Shah Alam (seorang) kerana mengalami simptom yang sama.
Mereka dipercayai meminum tiga jenis arak yang dikenalpasti iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey.
Pihak PAS melihat bagaimana Undang-undang yang sedia ada masih tidak berkesan menghalang penyeludupan arak beralkohol tinggi yang bukan sekadar mabuk malah membunuh cepat para peminumnya.
Malaysia yang pernah didedahkan sebelum ini sebagai Negara rangking ke 10 dunia peminum arak. Beberapa tahun lalu didedahkan Malaysia telah berada di ranking ke-10 negara konsumer arak terbesar duniadan disahkan oleh Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.
Jika ditinjau kesannya setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah dengan arak murah semurah RM 3 yang juga mengandungi kadar alcohol yang tinggi serta pernah didedah oleh majalah Mastika sekitar tahun 2009 lalu.
Saya juga melihat disaat Menteri kewangan dan Perdana Menteri mencanang bebanan ekonomi Negara dan hutang Negara yang berbilion, kerajaan juga perlu menilai tahap kerugian negara kepada sektor perubatan yang membelanja wang besar untuk merawat penyakit yang sengaja di cari seumpama ketagihan arak ini. Kes kanser peparu, sakit jantung, kanser hati adalah antara perawatan yang berpunca masalah ketagihan arak.
Saya mengajak kesemua kaum dan agama bersatu menentang gejala ketagihan arak malah Islam amat mengawal penggunaan arak seiring dengan nilai ketamadunan dan kewarasan rakyat yang menjaga diri, akal dan nyawa masing-masing. Semua agama tidak mahu pasangan atau anak beranak mereka mati sia-sia melalui gejala penagihan arak yang membazir dan merosakkan sistem social negara.
Saya juga mahu melihat kelantangan kabinet menyelar gejala dan permasalahan ini seumpama mereka mengeji dan memperlekeh isu sebat cara syariah di Terengganu. Adakah mereka hanya kerajaan yang bertuhankan nafsu yang hanya skeptical dan alergik dengan perlakukan bersyariat semata-mata atau benar ikhlas mahu menyelematkan dan memartabatkan taraf rakyat mereka sendiri.
YB Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ahli ParlimenSik/Timbalan YDP PasKawasan Sik
19 September 2018

POLITIK DAKWAH PAS

POLITIK DAKWAH PAS
_Oleh: Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Pusat._
https://t.me/nasrudinhassan
1. *Politik Dakwah* adalah satu kriteria dari 7 kriteria Budaya Politik Matang dan Sejahtera *(BPMS)* yang dibudayakan oleh PAS dalam gerakkerjanya.
2. Politik Dakwah menjadikan *PAS bersikap terbuka* kepada siapa jua pihak, individu dan parti yang mahu mendekati dan berkerjasama dengan PAS.
3. Sementara mereka yang menjadikan PAS sebagai musuh dan sering dijadikan sasaran fitnah, *PAS sabar mendepani mereka dan tidak akan mengalah dalam menghadapi serangan mereka* yang bertali arus.
4. Muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Terengganu kali ini menyaksikan *satu sejarah yang menggilap budaya politik dakwah PAS* apabila PAS mengundang pemimpin UMNO ke muktamarnya setelah sekian lama bermusuh di pentas politik negara.
5. Perkembangan terbaru ini adalah hikmah yang sangat besar kepada politik negara ekoran jatuhnya kerajaan UMNO dan BN setelah mereka memerintah negara lebih 60 tahun lamanya.
6. Pendekatan terbaru PAS dengan konsep _Ta'awun Siasi_ (kerjasama politik) bersama UMNO dan *merealisasikan politik dakwah* dalam gerakkerja politiknya adalah berpaksi pada tuntutan Islam yang selama ini menjadi dasar PAS.
7. Sementelah UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS, maka PAS membuka pintu kerjasama dan mengajak mereka berdiri atas prinsip _Ta'awun A'la Birri wa Taqwa_ (kerjasama di atas kebajikan dan tunduk kepada Allah swt.)
8. Terdapat pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Terutama pihak dari kompenan Pakatan Harapan (PH). *Lalu mereka menyerang, memfitnah dan maki hamun* kononnya PAS telah lari dari dasar perjuangan asal apabila bekerjasama dengan UMNO.
9. Persoalannya, *PAS yang bekerjasama dengan UMNO, kenapa mereka pula yang resah dan kelam kabut* ?Bukan kah mereka mahu mengalahkan PAS ? dan menawan Kelantan serta Terengganu ? Jika kerjasama PAS dan UMNO ini merugikan PAS, *sepatutnya mereka menyokong usaha kerjasama ini.*
10. Mereka dilanda resah, *justeru kerjasama ini merugikan mereka bukan merugikan PAS.* Sementelah PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti kompenan mereka tidak stabil.
11. *Ahli dan pimpinan PAS yang Istiqamah dan komited dengan Amal Islami Insyaallah tidak tergugat dengan segala propaganda dan politik laga yang dicetuskan oleh mereka.*
12. Sebaliknya meneruskan perjuangan melandasi halatuju PAS yang jelas ke arah mencari Mardhatillah, memugar kekuatan ummah, memperjuangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dan negara dengan Islam.
_Sejahtera Bersama Islam._

PAS MENYOKONG PENUH PENEGASAN PERDANA MENTERI

PAS MENYOKONG PENUH PENEGASAN PERDANA MENTERI
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat, yang merangkumi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.

PAS juga menyambut positif ketegasan Tun Mahathir mengkritik pembentangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan amalan LGBT bahawa nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat.

Sehubungan dengan itu PAS dengan ini tuntas menolak sebarang cadangan atau tindakan dalam apa jua bentuk bagi mempertahankan amalan LGBT, termasuk mempertikaikan undang-undang yang bertujuan untuk mencegah dan menghukum mereka yang terlibat dengan amalan LGBT.

PAS tegas dengan prinsip bahawa sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin negara Malaysia mestilah mempunyai akhlak yang baik dan budiman dan tidak terlibat langsung dengan gaya hidup songsang dan luar tabii. Pemimpin yang dipilih haruslah berakhlak mulia, berintegriti dan mempromosi gaya hidup fikrah semulajadi yang telah ditentukan oleh Allah SWT, tuhan yang mencipta manusia.

Pemimpin perlu menjadi model baik bagi rakyat yang dipimpinnya dan ia bertanggungjawab di dunia dan akhirat.

*Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man.*
*Timbalan Presiden PAS,*
*Ahli Parlimen Kubang Kerian.*
*22hb Sept 2018.*

Sunday, February 26, 2017

HIMPUNAN H355 MEMBENAM DEFINISI MALAYSIA NEGARA SEKULAR


HIMPUNAN H355 MEMBENAM DEFINISI MALAYSIA NEGARA SEKULAR
Muhammad Nuruddin Bashah
Jabatan Strategik DPPN Kedah
“Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujangpalu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakanpinggang dihambalang dengan batu matikan.”
– Batu Bersurat Terengganu, 22 Februari 1303
Ramai yang memberi komentar berkenaan impak Himpunan H355 pada 18 Februari 2017 yang lalu. Sama ada ia membincang dari aspek mandiri politik (survival) PAS atau membincangkan impak himpunan terhadap sesuatu decision making di negara ini atau pun terus menulis mengkritik seolah tindakan berkenaan hanya show of atau manifestasi politik pop semata-mata.

Penulis melihat daripoada beberapa intipati ucapan para orator sepanjang himpunan berkenaan dan penulis membuat sedikit kesimpulan sendiri bahawa isu Malaysia bukan sebuah negara sekular perlu dikumandangkan. Malaysia adalah bumi yang mampu dilaksana 100% undang-undang syariahnya serta rubu’-rubu’ feqahnya tanpa was-was.

Penulis optimis menyatakan Malaysia adalah darul Islam berdasarkan pembacaan buku Negara Islam karya Nik Azran Mohamed walaupun mungkin belum layak digelar Daulah Islam.

Malaysia adalah tanah yang subur untuk disemai dengan agenda,amalan dan syiar Islam. Ia bukan negara fasad dan total menidakkan Islam. Ia tanah umat Islam selaku majoriti dan memiliki peruntukan undang-undang yang jelas menunjukkan Malaysia negara yang beragama.Namun ia berlawanan dengan konsep sebenar negara Islam iaitu Istiah Daulah Islamiyyah sebagaimana dikupas lengkap oleh Sheikh Wahbah Az Zuhaili iaitu pelbagai syarat lengkap untuk sesebuah negara berge;ar daulah islamiyyah. Ya, Malaysia belum bergelar Daulah Islamiyyah tetapi ia jelas Darul Islam. Ia memiliki persejarahan perundangan dan estetika, norma dan budaya Islam yang cukup membumi, berakar berabad lamanya.

Malaysia bukan sebuah negara sekular. Ia adalah negara yang cuba disekularkan oleh agenda pensekularan tinggalan penjajah baik dalam bentuk parti politik, NGO, badan perniagaan serta individu pemikir, intelegensia yang berakar umbikan sekolah pemikiran sekular. Ia juga disalah anggap sebagai sekular oleh kaum bukan Islam yang belum mengenali penuh apa itu Islam. Selagi ada sikh mampu berserban, wanita india bersari di jabatan kerajaan sahlah Malaysia bukan sekular. Tetapi ia bukan negara agama lain. Ia adaah negara yang menjulang Islam sebagai agama rasmi. Inilah bezanya negara sekular dan negara beragama seperti Malaysia.

Negara Sekular

Mengikut sarjana Barat, makna negara sekular ialah sebuah negara yang ditadbir dan diuruskan tanpa wujud sebarang pengaruh agama mahupun unsur-unsur keagamaan. (Rujuk Madeley John T. S. dan Zsolt Enyedi, Church and State in Contemporary Europe: The Chimera of Neutrality). Secara mudahnya negara sekular terbangun di atas satu doktrin bahawa agama harus dipisahkan terus daripada urusan politik dan pentadbiran kenegaraan.

Ini bermakna sebuah kerajaan sekular tidak boleh sesekali menggunakan dana negara untuk sebarang program, polisi mahupun dasar yang memberikan kelebihan kepada mana-mana agama. Demikianlah asas-asas negara sekular yang banyak diamalkan di kebanyakan negara di Barat, bahkan di negara majoriti umat Islam seperti Turki, Algeria, Tunisia dan Lebanon hingga dimaktubkan dalam Perlembagaan masing-masing.

Negara sekular seperti Perancis, Turki dan India menyatakan dengan jelas dalam perlembagaan mereka bahawa negara itu adalah negara sekular tanpa merujuk kepada sebarang agama.

Hujah pejuang sekularisme Malaysia
Mereka membawa hujah  Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan - semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.


Peruntukan undang-undang Malaysia mampu dijadikan negara Islam

Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengisytiharkan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan tanpa menafikan hak agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.
Lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong yang dimulakan dengan ungkapan ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ sebagaimana disebut dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan istimewa Islam dalam negara ini juga dizahirkan dengan adanya peruntukan lain seperti dalam Fasal (4) Perkara 11 berkenaan dengan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan penganut agama Islam oleh undang-undang Negeri dan Persekutuan.
Dalam Fasal (2) Perkara 12 tentang hak berkenaan dengan pendidikan, adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan, menyenggarakan, membantu dalam menubuhkan atau menyelenggarakan institusi Islam atau membantu untuk mengadakan ajaran dalam agama Islam serta melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu.
Malaysia bukan Negara Sekular. Tiada didalam Perlembagaan Persekutuan menyebut Malaysia sebuah Negara Sekular. Perlembagaan Malaysia juga tidak menyebut Malaysia sebagai Negara Teokratik. Tetapi undang-undang Syariah dilaksanakan hanya kepada Muslim dan tidak kepada bukan-Muslim.
Malah, dengan pindaan Perlembagaan pada 1988 menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengganggu keputusan Mahkamah Syariah, sekali gus menaikkan kedudukan agama Islam dan Mahkamah Syariah walaupun ada kalangan masyarakat tidak berpuas hati dengan kedudukan Perkara 121 (1A)
Sewaktu Perlembagaan Persekutuan ditulis ketika pembentukan Malaya 1957, agama Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak awal 1400-an dan pihak British tidak mahu mengubah perkara tersebut demi menjaga kepentingan Raja-Raja Melayu walaupun kuasa Mahkamah syariah diperkecilkan kuasa oleh Portugis, Belanda dan British. Perlu diketahui Portugis mengwesternisasi Tanah Melayu 130 lamanya manakala Belanda selama 160 tahun manakala British sekitar 160 tahun lebih.
Walaupun Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman ada menjelaskan dalam satu sesi Parlimen bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam dan peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan hanyalah untuk tujuan rasmi negara, itu hanyalah pandangan beliau. Jelasnya dalam Perlembagaan Persekutuan  tidak sama sekali menyebut negara ini sebagai negara sekular.
Pakar undang-undang Perlembagaan seperti Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Dr Abdul Aziz Bari, Dr Shamrahayu Abd Aziz, Dr Khairil Azmin Mokhtar dan Dr Farid Shuib Sufian semuanya bersetuju Malaysia bukan sebuah negara sekular sebagaimana yang terdapat di dalam kajian-kajian ilmiah mereka.


Pejuang Islam pra mereka telah mempengaruhi isi kandungan Perjanjian Ried

Penulis merujuk tulisan daripada PEMBINA yang membongkar polemik sekularosme dalam Suruhanjaya Reid. Majoriti peneliti undang-undang Malaysia merujuk tulisan Tommy Thomas yang bertajuk “Is Malaysia is an Islamic State?” yang dibentangkan di Malaysian Law Conference ke-13.  
Menurut Tommy Thomas, terdapat satu kenyataan tegas di dalam Laporan Suruhanjaya yang menyebut kedudukan agama Islam tidak akan menggangu kesekularan negara ini. Beliau telah memetik Laporan Suruhanjaya Reid pada perenggan 169 secara tidak benar. Perenggan ini menyebut:
“We have considered the question whether there should be any statement in the Constitution to the effect that Islam should be the State religion. There was universal agreement that if any such provision were inserted it must be made clear that it would not in any way affect the civil rights of non-Muslims – ‘the religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practicing their own religion and shall not imply that the State is not a secular State’.”
Menurut perenggan ini, Suruhanjaya Reid telah membuat satu penegasan kedudukan islam sebagai The Religion of Malaya tidak akan mengganggu status sekular negara ini. Sebenarnya, kenyataan ini salah, telah diubah maksud,  dan dibuang ayat yang tidak diingini. Kenyataan sebenar perenggan 169 telah dibuang satu ayat yang telah mengubah secara langsung status sekular negara ini iaitu:
We have considered the question whether there should be any statement in the Constitution to the effect that Islam should be the State religion. There was universal agreement that if any such provision were inserted it must be made clear that it would not in any way affect the civil rights of non-Muslims. In the Memorandum submitted by the Alliance it was stated – “the religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practicing their own religion and shall not imply that the State is not a secular State.
Ayat “In the memorandum submitted by the Alliance it was stated” telah memberi kefahaman bahawa status sekular Malaysia hanyalah sekadar cadangan ataupun laporan verbatim dari rekomendasi Parti Perikatan sendiri. Namun perikatan tetap mencadang Islam ada;ah agama rasmi dan ini menunjukkan status sekular gugur. Terdapat banyak bukti tidak tercatat bahawa pejuang Islam dalam PAS, Hizbul Muslimin dan sebagainya mempengaruhi cadangan Parti Perikatan yang masih memiliki golongan ulama di dalamnya ketika itu.

Kondisi syariah di Malaysia menurut Dr Aziz Bari.
Pemerintah mengguna hujah escapisme, anggap perlaksanaan syariah banyak rukhsah dan boleh ditangguh kerana tidak sesuai.
Istilah sekular tiada dalam perlembagaan negara. Hanya ada dalam kertas putih Constitutional Proposals For The Federation of Malaya, London, HMSO 1957.
Akta parlimen boleh digubal atau dipinda. Bergantung kepada kehendak dan usaha parlimen.

Halangan perlaksanaan undang-undang Islam (jenayah) 
Menurut Dr Abdul Aziz Bari, beberapa peruntukan undang-undang memang perlu dipinda. Bermakna ruang melaksana Islam di Malaysia tetap ada.
Akta Mahkamah Keadilan 1964.
Kanun Kesiksaan
Kanun Acara Jenayah
Akta Keterangan 1950
Akta Mahkamah Syariah 1984
menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak melebihi 5 ribu ringgit atau sebat tidak lebih 6 sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman itu. (3,5,6)
Bidang kuasa ini masih rendah atau sempit jika dibandingkan dengan bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama. Akta Mahkamah Rendah 1948 memberi bidangkuasa jenayah kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama menjatuhkan hukuman sehingga sepuluh tahun penjara atau rotan 12 kali atau gabungan kedua-dua.
Akta Undang-undang Sivil 1972
Kini ia menjadi ‘hub’ mengaut common law ke dalam mahkamah sivil Malaysia.
Perlu dipinda untuk mengimport prinsip Islam dalam akta ini.
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Parlimen menggubal undang-undang dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama manakala Dewan Undang Negeri menggubal undang-undang dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Perkara jenayah terletak di dalam item 4 Senarai Persekutuan. Jika undang-undang hudud tertentu seperti mencuri ingin digubal oleh Dewan Undang Negeri Pindaan terhadap Item 4 ini perlu dilakukan terlebih dahulu.
Bandar Puteri Jaya 8.49 malam
24 Februari 2017

Sunday, November 27, 2016

PROFESIONAL PRO PAS KEDAH TEKAD MENANGKAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA

PROFESIONAL PRO PAS KEDAH TEKAD MENANGKAN PARTI PAS DALAM PILIHANRAYA

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 26 NOV 2016

Pemuda PAS Kedah berjaya menghimpun nseramai 50 orang anak muda berlatar belakang kerjaya profesional dalam program Himpunan Profesional Muda PAS Kedah di Emerald Puteri Hotel Sungai Petani petang tadi.

Menurut Peguam Ibrahim Ismail Exco Lajnah Profesional Dewan Pemuda PAS Kedah, program ini julung kali diadakan oleh Pemuda PAS Kedah dalam usaha menyelaraskan para pendokong dan penyokong PAS di kalangan tenokrat, profesional dan berlatar belakang akademik.

“ Kami menghimpun sejumlah besar pendaftaran di kalangan peguam, doktor, pensyarah swasta, jurutera, pengurus industri, arkitek dan akauntansekitar 100 nama walaupun yang ahdir pada petang ini hanya 50 orang sahaja. Namun ia satu tapak asas untuk lonjakan seterusnya PAS menyediakan barisan kepimpinan profsional yang teguh mempertahan syariah Islam serta memiliki wawasan agenda kebajikan rakyat dan kemasyarakatan. Malah rata-rata peserta hari ini juga merupakan aktivis NGO, program amal dan kebajikan”, jelas beliau yang juga merupakan pengarah program berkenaan.

Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau mengingatkan para profesional untuk mendapat maklumat berkenaan PAS dari suber parti itu sendiri serta mengelak sikap terburu menyebarkan berita yang tidak beretika. Beliau menyeru para profesional yang hadir agar memainkan peranan memenangkan parti berkenaan dalam pelbagai aspek yang mampu berdasarkan kisah burung kecil yang berusaha memadam api bear yang membakar Nabi Ibrahim.

“ Kita orang Islam, jika kita tidak mahu pertahan Islam, jangan kita halang orang Islam lain menjaga agama Islam” tambah beliau sebagai penutup perasmian.

Program juga disrrikan dengan majlis penyampaian anugerah Khidmat Profesional Kemasyarakatan kepada Dr Khairul Fikri anggota NGO PAPISMA yang aktif dalam misi kemanusiaan di Syria, Anugerah Ikon Profesional Muda Kedah jurutera  Saifuddin @ Nakhaie Hassan seorang jurutera projek yang aktif dalam kerja amal, Anugerah Jasa Profesional Jurutera Mukhtar Suhaili jurutera projek Shell yang juga merupakan Bendahari Pemuda PAS Malaysa sertaAnugerah Muslimah Profesional Kedah Suhaidah Saloman Paris seorang kas pelajar terbaik King College London.

Sebagai penutup himpunan, satu sesi dialog ilmiah bersama Tuan Haji Sanusi Mohd Nor Timbalan  III Pesuruhjaya PAS Kedah serta saudara Mukhtar Suhaili diadakan secara dua hala.












Sunday, September 25, 2016

PEMUDA PAS SUNGAI PETANI TEKAD KEMPEN UNTUK RAIH SOKONGAN PINDAAN AKTA 355




Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI-25 SEPT 2016

Exco Dewan Pemuda PAS Sungai Petani menyatakan hasrat dan tekad akan berusaha menjalankan kempen dan advokasi untuk memahamkan masyarakat berkenaan rang Undang-Undang Pindaan akta 355 yang bakal di bawa oleh Presiden Parti itu bulan hadapan di Parlimen.

“Sehingga kini pihak kami telah bersama PAS Sungai Petani melaksanakan beberapa agenda memperomosi agenda ini yang bakal memberi manfaat kepada umat Islam iaitu memartabatkan Mahkamah Syariah. Kami bakal bersama Pemuda PAS Kedah menganjurkan Program Wacana Akta 355 di Emerald Puteri Hotel pada 1 oktober akan datang pada jam 8 malam yang bakal membariskan panel seperti Dato’ Che Abdullah Mat Nawi  Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Balachandran Gopal Krishnan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Peguam Wan Rohimi Wan Daud JUHAM PAS Pusat serta Cikgu Haji Mohd Azmi abd Hamid Presiden Teras Pengupayaan Melayu dan program ini bterbuka kepada semua”, jelas Mohad Izzwan Ismail Ketua Pemuda PAS Sungai Petani.

Dewan Pemuda PAS bersama para imam, siak dan bila beberapa masji9d dan surau kini  juga giat mengumpul tandatangan untuk memorandum memohon YB Ahli parlimen Sungai Petrani agar bersama mendokong agenda yang bermandaat untuk umaah ini dan ianya bakal diserahkan pada minggu hadapan.

Pemuda Sungai Petani dalam mesyuarat khasnya semalam menetapkan program edaran risalah yang akan di adakan di beberapa lokasi pasar malam untuk memberi maklumat sebenar berkenaan agenda ini yang tidak sama sekali akan menimbulkan ketegangan kaum , hak beragam bagi kaum bukan Islam seperti yang digembar gempurkan.

Thursday, September 15, 2016

PELAJAR PONDOK TIDAK MENGGANAS PUN TETAP DIGERUNI MUSUH ISLAM

Muhammad Nuruddin Bashah
Lajnah Strategik DPPN Kedah

Tulisan ini bukanlah bermaksud membela pandangan Dr Asyraf wajdi secara membuta tuli sebaliknya cuba berlaku adil dalam berbahas isu yang beliau ketengahkan. Cuma kenyataannya yang inginkan kurikulum pendidikan agama diberi pendefinasian semula beberapa aspek yang boleh mendorong kepada eksrimis perlu dilihas secara meluas. Dan kenyataan beliau sebenarnya jika tidak diberikan kefahaman kepada masyarakat akan memenangkan hujah sekularis dan liberalis yang telah lama mengaitkan institusi pondok dengan gejala militan, ekstrim dan merlampau batas ala-ala Amerika Syarikat.



Kenyataan yang dimaksudkan dinyatakan dalam bulan September 2016 apabila Dr Asyraf Wajdi ketika berucap di Mesyuarat Agung ke 39 Guru-Guru Agama Malaysia Barat di Kota Bharu meminta kerajaan mengkaji sistem pondok untuk mengelakkan lahirnya golongan radikal dan pelampau. Penulis percaya nada ucapannya sejajar dengan kenyataannya sebelum ini.

Pada 8 Ogos 2016  disiarkan kenyataan beliau dalam Sinar Harian bahawa beliau berpendapat kurikulum pendidikan agama Islam di setiap peringkat di negara ini perlu diteliti semula bagi menangani fahaman ekstremis. Beliau bukan anti pondok sebaliknya meminta  pendefinasian semula bagi maksud istilah jihad agar vmemberi makna atau memahamkan masyarakat apa sebenarnya jihad kerana jika didefinisikan oleh kelompok berkepentingan seperti pengganas, mereka akan memanipulasikan istilah jihad itu.

Sebenarnya kenyataan beliau yang memberi fokus kepada sekolah pondok yang menaikkan kemarahan ramai pihak. Manipulasi istilah dan interferen kefahaman sebenar istilah jihad berlaku apabila dakwah ekstimis disebar melalui media sosial, bahan elektronik. Maka pemanmtauan yang sebenarnya adalah pelru diberi pemusatan kepada dakwah media sosial dan bahan e-buku yang sukar dipantau selama ini bukannya pondok.

Mengapa penulis tidak bersetuju jika Dr Asyraf dilabel sebagai anti pondok kerana pada 25 Ogos 2015  telah disiar pandangan beliau bahawa hasil pemantauan terhadap 172 institusi pengajian Islam berteraskan pondok di negara ini mendapati mereka tidak terlibat dengan kegiatan ekstremisme mahupun militan. Dr Asyraf melalui , Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) membuat pemantauan itu selepas terdapat ancaman Kumpulan Islamic State (IS) turut menyasarkan Malaysia untuk melaksanakan agenda mereka[ http://www.sinarharian.com.my/nasional/172-sekolah-pondok-tak-terlibat-ekstremisme-1.423403 ].

Malah pada 22 Jun 2016 beliau menyiarkan pandangan betapa Pondok pengajian agama Islam di seluruh negara wajar dikekalkan dan diperkasakan bagi memastikan tradisi keilmuan yang menjadi sumber kekuatan umat Islam, terus mekar untuk generasi akan datang.

Menurut beliau Islam bermula daripada institusi pondok. Ia sudah mempunyai kekuatan dan terkenal sejak dahulu lagi  katanya kepada pemberita selepas melawat Madrasah Diniah Bakriah Pasir Tumboh yang asrama muslimahnya musnah dalam kebakaran pada 17 Jun lalu.
Sebenarnya ada kenyataan menteri lain yang perlu diberi fokus kerana kenyataan berkaitan isu sekolah terlalu islamik memberi konotasi negatif yang mudah dimanipulasi oleh musuh Islam.

Sebelum ini Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengisytiharkan kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”, menekankan Malaysia ialah negara Islam yang moden.

Sebenarnya Mahdzir memberi respon kepada  laporan FMT yang memetik Prof Teo Kok Seong, yang berkata kajian mendedahkan ibu bapa bukan Islam tidak selesa dengan unsur keagamaan di sesetengah sekolah seperti bacaan doa ketika perhimpunan sekolah. Hal ini menyebabkan kata laporan berkenaan ibu bapa bukan Islam tidak mahu anak mereka belajar di sekolah kebangsaan. Jadi untuk menguimbangi kehendak bukan Islam maka isu terlalu islamiuk menjadi perhatian para menteri.

Memang bagi sekolah yang pelajarnya bukan 100% muslim janganlah dipaksa pelajar bukan Islam mendengar ayat al quran yang dipasanag melalui speaker berjam lamanya. Setakat doa dan azan di surau rasanya tidaklah mencabul kebebasan dan ketenteraman kaum bukan Islam. Malah jika dalam industri sekalipun jika bekerja di kilang/syarikat yang milikan bukan Islam ada juga pekerja terpaksa menunggu berdiri tegak tatkala pengurusan melaksanakan aktiviti keagamaan mereka. Hal ini biasa. Majoriti akan membentuk suasana dan biah. 

Banyak kes disiplin dikurangkan apabila para guru menerapkan doa wajib perhimpunan, solat berjemaah yang diwajibkan, kelas pemulihan al Quran dan pembacaan doa dalam kelas. Malah ada sekolah menggunakan wirid mathurat untuk dibacakan bersama para pelajar di waktu pagi. Hal ini banyak boleh ditanya kepada para guru-guru yang bertugas di sekolah kebangsaan yang berguru besarkan para pendakwah atau latar belakang tarbawi.

Pendidikan Islam moden sebenarnya menghakis banyak amalan kerohanian, zikir, hizib dan disiplin ayat-ayat pembenteng dan ayat perlindungan yang menggerunkan musuh Islam suatu ketika dahulu. Lantaran itu institusi pondok yang masih mengekalkan aktiviti membaca zikir, wirid, ratib dan hizib perlindungan, ayat perang yang menguatkan semangat dan ianya tinggalan Imam besar seperti Imam Syazili, Imam Nawawi, Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan para sahabat Nabi. 
Belajar pendidikan islam di sekolah biasa tiada amalan wajib yang membenteng diri mereka, akhlak, dan aqidah mereka melainkan bermain di sekitar kognitif menjurus ke arah peperiksaan semata-mata. Inilah kejayaan sekularis mencabut ruh daripada sistem pendidikan Islam. Pondoklah yang masih mengekalkan kaedah lama tradisi pembelajaran yang melibatkan kognitif, akal, jasmani dan latihan hati dan amalan yang menguatkan. Lantaran itulah anak-anak pondoklah yang pertama menyahut serun jihad Tok janggut, Takku Paloh dan Sheikh Abdul Samad Palembang memerangi penjajah.

Mujurlah ada Ikhwanul Muslimin yang menjelmakan hizib-hizib tariqat dalam, bentuk yang mudah dan ringkas iaitu wirid al Mathurat yang terkenal itu. Maka merasalah pelajar sekolah agama kerajaan membaca wirid pembenteng yang menguatkan rohani mereka. Inilah yang ditakuti musuh. Maka barat melabelkan Imam Al Banna sebagai pengganas dan wirid al Mathurat perlu diharamkan di Mesir. Akibatnya wirid ini menjadi siir suatu ketika. Dibawa masuk ke Malaysia dan kampus serta kolej-kolej. Kini banyak sekolah bukan agama menikmati nikmat beramal al Mathurat.

Barat tidak marah jika kita belajar agama. Yang dimarahinya adalah jika ada amalan kerohanian, latihan riadah jiwa, praktikal amali ilmu syariah dan penobatan undnag-udnang syariah secara total. Inilah yang dibenci Barat.

Kepada pihak kerajaan mohon telitilah pandangan majoriti dalam mengeluar kenyataan agar tidak mengguris hati para umat Islam yang mendokong nada selama ini. Hormatilah agama Islam agama rasmi Malaysia kerana umat Islam juga menerima ritual agama lain yang dilakukan di sekeliling kita hjari ini

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)