Tuesday, September 25, 2018

KEMATIAN AKIBAT ARAK: MENUNGGU ALASAN 'MANIS' KERAJAAN


KEMATIAN AKIBAT ARAK: MENUNGGU ALASAN 'MANIS'
KERAJAAN

Kerajaan PH seumpama kerajaan BN kelihatan masih gagal membendung gejala penagihan arak. Malah lebih teruk kini arak out specification dengan kandungan alcohol yang terlalu tinggi mula menular.
Terkini disahkan sekurangnya 15 lelaki disahkan meninggal dunia dan 33 lagi dimasukkan ke hospital dipercayai akibat keracunan arak sekitar kawasan Lembah Klang sejak dua hari lalu dan terdiri daripada warga asing dan warga tempatan. Dilaporkan kini masih ada 33 lagi mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh (15 orang), Hospital Kajang (15 orang), Hospital Selayang (seorang), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (seorang) dan Hospital Shah Alam (seorang) kerana mengalami simptom yang sama.
Mereka dipercayai meminum tiga jenis arak yang dikenalpasti iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey.
Pihak PAS melihat bagaimana Undang-undang yang sedia ada masih tidak berkesan menghalang penyeludupan arak beralkohol tinggi yang bukan sekadar mabuk malah membunuh cepat para peminumnya.
Malaysia yang pernah didedahkan sebelum ini sebagai Negara rangking ke 10 dunia peminum arak. Beberapa tahun lalu didedahkan Malaysia telah berada di ranking ke-10 negara konsumer arak terbesar duniadan disahkan oleh Pertubuhan kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan rakyat Malaysia menghabiskan lebih RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.
Jika ditinjau kesannya setiap tahun, 30% kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol. Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah dengan arak murah semurah RM 3 yang juga mengandungi kadar alcohol yang tinggi serta pernah didedah oleh majalah Mastika sekitar tahun 2009 lalu.
Saya juga melihat disaat Menteri kewangan dan Perdana Menteri mencanang bebanan ekonomi Negara dan hutang Negara yang berbilion, kerajaan juga perlu menilai tahap kerugian negara kepada sektor perubatan yang membelanja wang besar untuk merawat penyakit yang sengaja di cari seumpama ketagihan arak ini. Kes kanser peparu, sakit jantung, kanser hati adalah antara perawatan yang berpunca masalah ketagihan arak.
Saya mengajak kesemua kaum dan agama bersatu menentang gejala ketagihan arak malah Islam amat mengawal penggunaan arak seiring dengan nilai ketamadunan dan kewarasan rakyat yang menjaga diri, akal dan nyawa masing-masing. Semua agama tidak mahu pasangan atau anak beranak mereka mati sia-sia melalui gejala penagihan arak yang membazir dan merosakkan sistem social negara.
Saya juga mahu melihat kelantangan kabinet menyelar gejala dan permasalahan ini seumpama mereka mengeji dan memperlekeh isu sebat cara syariah di Terengganu. Adakah mereka hanya kerajaan yang bertuhankan nafsu yang hanya skeptical dan alergik dengan perlakukan bersyariat semata-mata atau benar ikhlas mahu menyelematkan dan memartabatkan taraf rakyat mereka sendiri.
YB Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ahli ParlimenSik/Timbalan YDP PasKawasan Sik
19 September 2018

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)