Tuesday, September 25, 2018

100 Hari Malaysia Baharu Wawancara Bersama DS TG Hadi Awang Di Astro Awani



100 Hari Malaysia Baharu Wawancara Bersama DS TG Hadi Awang Di Astro Awani[1]
Rumusan bebas Jabatan Strategik DPPN Kedah[2]
1.      PAS menjulang Islam sebagai perjuangan utama
Muqaddimah Tuan Guru mengalukan kemenangan dan mengakui soalan moderator bahawa kemenangan ini juga memberi limpah kekuatan kepada PAS khususnya. Tuan Guru menyebut kubu asal PAS sememangnya Kelantan dan  Terengganu. Hari ini pemilih memilih dalam keadaan demografi kerusi PH tidak selaras/seimbang kerana 60% daripada pengundi adalah umat Islam. PH menang tetapi mereka perlu perhatikan beberapa perkara utama selain merebut kemenangan iaitu Perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi, dan kelebihan bumiputera dalam majoriti . Tuan guru mengaris hasrat PH satu, iaitu hanya menjatuhkan Barisan Nasional (hal ini jelas berbeza dengan PAS yang berhasrat berpilihanraya mengubah sistem mungkar kepada Islam dalam keadaan Islam diutamakan). Kerusi kemenangan perlu diperhatikan dari aspek Melayu bumiputera yang sememangnya majoriti serta kedudukan agama Islam. Inilah pasak utama pemerhatian PAS dalam Gagasan Sejahtera dan inilah justifikasi PAS bersendirian bersama Gagasan Sejahtera sahaja. Tuan guru juga menyebut kelainan ideologi yang ada dalam komponen PH dan ini pada penulis seolah signal jelas mengapa ketidaklancaran pentadbiran PH seawal hari kemenangan berlaku.
2.      King Maker politik demi Islam
King Maker adalah penentu bagi sesuatu keputusan dalam sesebuah organisasi dan ia bermisi. Misi PAS jikapun tidak menguasai Putrajaya PAS masih mampu menjadi kuasa pemutus, pendesak bagi iau-isu melibatkan Islam khususnya. PAS bertanding 158 Parlimen dan mensasarkan sekitar 40 kerusi Parlimen. (Invoke badan kajian tidak saintifik sehingga menyasarkan PAS kalah kesemuanya) Bila diaju soalan adakah PAS berpuashati dengan kemenangan hanya 18 kerusi Parlimen, Tuan guru mengubah persepsi penonton kepada melihat ketidakjayaan KPI mendapat 40 kerusi kepada fakta lain kekuatan PAS iaitu PAS bersendirian (hanya dengan parti kecil) berjaya memperolehi undi 2 juta berbanding parti lain yang bergabung. Tuan guru mengakui walaupun hanya 12 kerusi Bersatu, kuasa King Maker kini di tangan Tun Mahathir walaupun di Pahang, Perak dan Kedah PAS jadi King Maker. Tuan Guru mengariskan bahawa ‘suara PAS’ wujud dibanyak negeri kerana menang walaupun satu kerusi DUN dalam beberapa negeri. Inilah semangat dakwah sebenar Harakah Islamiyyah yang menekankan jurubicara ummah (suarakan isu Islam, dakwah) dan Islam selain bercita-cita merangkul kekuasaan.
3.      Menguasai undi umat Islam - aim utama PAS
Apabila diaju soalan berkenaan PAS seolah meninggalkan kejayaan bersama PR dahulu, Tuan Guru menegaskan satu aim yang tidak diminati politikus mutakhir ini iaitu isu penguasaan undi Melayu dan undi orang Islam. Tuan Guru mengakui kekuatan UMNO dahulu adalah penguasaan ini. Manakala bagi Tuan Guru Pakatan Harapan masih belum dapat "trust" pengundi umat Islam melihat kerusi bukan Islam yang dimenangi lebih ramai daripada kerusi Islam. Pada penulis, bagi politik Machievilli PH sememangnya tidak khuatir ketidakseimbangan demografi wakil rakyatnya serta tidak memasukkan agenda perlunya undi Melayu Islam sebagai teras utama pentadbiran kerana ideologi sekular liberal yang wujud sesama komponen PH. Tuan Guru mengakui politik membujur lalu melontang patah bukan pilihan PAS. Senario sebenar rakyat, politik yang mempengaruhi mereka ialah  3M iaitu  Money, Media dan Machinery/Management. Sedari 1960an Prof Zulkifli Mohamad telah buka non muslim untuk bersama PAS namun tertangguh akibat ketidakterimaan kaum melayu dan agenda ini diterus di Kelantan pada era 1990an.
Konsep federalisme perlu diperkukuh dan tiada budaya membuli negeri yang bukan sebulu politik perlu berlaku seperti diera Perdana Menteri keempat daulu. Tuan Guru menyatakan sekiranya konsep federalisme dipegang kuat maka tidak ada masalah yang terlalu besar akan timbul. Lantaran itu  PAS sambut janji royalti dikembalikan ke Kelantan dan Terengganu dan inilah yang sewajarnya kerana ia adalah hak dua negeri berkenaan. Penyokong PH yang muda tidak hidup zaman 1990an, atau yang dewasa tetapi terasuk ideologi PH akan menafikan hak royalti dua negeri ini yang bukan isu politik kepartian tetapi hak rakyat negeri berkenaan berdasarkan undang-undang.
4.      Islam bukan agama ritual sahaja
Tuan Guru sepertimana yang ahli PAS hadamkan dalam usrah usrah, menjelaskan erti Islam yang perlu rakyat Malaysia fahami iaitu bukan sekadar ritual ibadat tetapi meliputi aspek kehidupan ekonomi, politik dan akhlak yang luas. Menyokong Islam bukan sesempit menganut Islam sahaja. Islam lebih sempurna berbanding ideologi anutan rakyat Malaysia. Misalnya Tuan Guru jelaskan disebalik rakyat yang sibuk berekonomi secara liberal kapitalisme dan ada yang cenderung sosialisme, di sana ada sistem ekonomi Islam yang berbeza dengan dua sistem ini dan inilah yang perlu difahamkan kepada rakyat. Bila ditanya berkaitan kejayaan plan ekonomi PAS, Tuan Guru memfokuskan aspek akhlak dalam menterjemahkan ekonomi Islam yang ditawar PAS apabila PAS diisytihar parti zero rasuah dan tiada siasatan rasuah. Ini asas kepada kejayaan berekonomi kerana asas ekonomi Islam adalah Rabbani, telus, jujur, tiada riba dan sebagainya dan bukan sekadar simbol simbol ekonomi atau retorika yang menyedapkan pendengaran pengundi sahaja.
5.      Menjawab tuduhan persepsi PH - isu sumber dana PAS
PAS berpuluh tahun memiliki ahli komited dengan derma dalam setiap program PAS dan ia kekal hingga kini. PAS juga memiliki institusi pendidikan yang menyumbang kepada kewangan parti, ahli yang berharta yang boleh menyumbang total melebihi 90 juta. Isu yang gagal melalui proses perundangan jelas mudah ditolak tetapi gagal lagi dicungkil dari minda umat Islam.
6.      PAS hanya membawa Islam undang-undang dan keras dan  suka melabel berbanding membawa nilai Islam?
Tuan Guru jelaskan Islam ini agama dan banyak hukum yang ada disegerakan, dilakukan secara istiqamah dan ada yang tertangguh tetapi masih berhukum wajib. Ada konsep rukhsah dan azimah. RUU 355 kan tetap diperjuang oleh PAS untuk perlaksanaan Kelantan dan Terengganu dan ia tanggungjawab PAS selaku parti Islam. Tuan Guru jelaskan berbeza pendapat dan idea boleh selagi mana dalam keadaan yang baik tiada ekstrimisme. Golongan yang keluar dari PAS, isu Nik Omar terpulau tidak timbul apaila dilihat dari aspek sosial, yang berbeza memang akan kelihatan terpinggir dalam sesebuah organisasi. (ini rencah gelagat organisasi dan ia tidak pelik) Tuan Guru juga mengakui akhlak adalah teras utama dalam politiknya walaupun digambar oleh musuh politik sebagai hanya membawa agenda undang-undang hudud. Tuan Guru mengakui hilangnya integriti di kalangan Islam menjadikan agama ini dipandang rendah dan berbeza dengan integriti di Eropah misalnya. Hal ini menunjukkan lensa PAS memerhatikan nilai dalam politik, sosial dan ekonomi bukan seksdar label, brand, undang-undang sebegaiamana yang dituduh. Bukti PAS bukan sekadar perjuang undang-undang hukuman untuk bawa Islam  ialah, PAS mengakui konsep sumbangan suami 2% dalam KWSP malah Islam meletak tanggungjawab leboh besar dan tanggungan lebih besar kepada suami. Di lihat disini semua polisi, kempen, janji, manifesto, PAS melihat dalam kaca mata syariah, akhlak  dan aqidah, dan kesemua berlapikkan Islam. Hal ini cuba diubah persepsi oleh pihak yang tiada ‘competetive advantage’ ini (iaitu kemampuan bersandar dalil dan Islam) dengan menggelar PAS perguna dalil, PAS tunggang agama dan sebagainya. Apabila moderator berulang kali cuba mencungkil wajah PAS dalam menghadapi ketirisan, dengan soalan adakah PAS masih konsisten menentang penyelwengan 1MDB dan sebagainya jelas usaha PAS melaung anti korupsi ada yang berjaya ditelenggelam dengan kempen persepsi buruk musuh PAS yang kononnya PAS tidak memperjuang menentang korupsi yang disepakati seluruh rakyat. PAS cuba diperlihat menentang arus. Dalam hal ini Tuan Guru jelaskan prinsip asas Islam memang menentang korupsi walaupun PAS bersifat positif menerima kebaikan warisan BN dan juga menentang penyelewengan warisan BN. Malah PAS sejak Suruhanjaya Reid telah lama memperjuang Islam dan nilai moral dalam pentadbiran.
Tegas berprinsip
Bila ditanya tentang kapasiti Majlis Syura dan ada suara mempertikai wewenangnya, Tuan Guru jelaskan kepentingan Majlis Syura berkuasa besar kerana ia menjaga dasar PAS. Jika keputusan semua melalui majorti sekiranya ajk PAS tidak memahami dalil dan nas bagaimana dengan masa depan prinsip PAS. Inilah uniknya PAS yang bermajlis syura. Tuan Guru juga jelas berprinsip menyatakan PAS bertaawun dengan sesiapa sahaja, dengan DSAI, dengan DAP jika salam dihulur semula semuanya atas prinsip Islam sahaja.

BPJ SP 29 Mei 2018


[1]Astro Awani Isnin, 28 Mei 2018, 2 petang.
[2]Penulis adalah Muhammad Nuruddin Bashah Exco DPPN Kedah. Penulisan ini adalah bersifat khulasoh dan ada penambahan ulasan penulis untuk kefahaman jelas intipati ucapan Al Fadhil Presiden PAS.

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)