MAHATHIR: PANDANG SARWANYA TENTANG POLITIK ISLAM ISLAM
Disusun oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
1.
Konsisten
hina Tuan Guru Nik Azizi
a)
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad,
sehubungan itu mengingatkan kepada Mahathir bahawa PAS melawan Umno kerana
dasar.
b)
Tun
Mahathir sen diri yang lawan pemimpin Umno kerana laba dunia (dedak).
c)
Wataknya
tidak ber ubah seolah-olah masih berkuasa, manakala ter baru, beliau turut
mengutuk bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu Tuhan
mencarut, walau pun isu itu sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau
hidup. PAN yang menyepi sahaja.[1]
2.
Menyindir
usaha syarikat penerbangan mahu patuh syarak
a)
Kata
Mahathir Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB)
tidak perlu untuk mengikut jejak langkah Rayani Air yang memperkenalkan konsep
patuh syariah.
b)
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad mendakwa, konsep patuh syariah yang diperkenalkan itu hanyalah untuk
mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.
c)
“Kita dapati pemiliknya bukan orang
Islam. Jadi orang bukan Islam yang patuh pada ajaran agama Islam ada juga. Dia
dapat keuntungan daripada agama Islam. Sekarang ini, macam-macam benda orang
cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.
d)
“Tidak payah (ambil tindakan yang
sama seperti Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep
patuh syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain.”
e)
“Benda itu sebenarnya tidak patut
timbul. Negara Islam yang penduduknya 100 peratus Islam juga tidak suruh buat
macam itu (hentikan menghidangkan alkohol sewaktu penerbangan).”
f)
“Kita
hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tidak pakai tudung
pun Islam juga. Orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya
kata orang itu tidak Islam. Adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan
kita lebih Islam?.[2]
3.
Mahathir
menyempitkan ruang Islam di zamannya
a)
Zamannya penghantaran pelajar-pelajar dari Sekolah
Agama Rakyat (SAR), Maahad Tahfiz dan Pondok ke Universiti Al-Azhar, Mesir,
telah disempitkan.
b)
Pada
tahun 2000, kerajaan telah memperkenalkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Kesannya selepas itu, Al-Azhar tidak lagi mengiktiraf sijil-sijil SAR, Maahad
Tahfiz dan Pondok, termasuk institusi pendidikan Islam yang sebelumnya ada
kerjasama atau MoU dengan Al-Azhar.
c)
Kerajaan
Malaysia pimpinan Dr Mahathir mendesak hanya pemegang sijil STAM sahaja
diterima.
d) Perkara ini terus berlanjutan apabila kerajaan
Malaysia mula menetapkan bahawa mereka yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja
boleh melanjutkan pelajaran. Tidak lagi seperti dahulu di mana pelajar yang
memiliki sijil agama mengikut ketetapan Universiti Al-Azhar bebas untuk
berdaftar dan menjalani penilaian terus oleh Universiti, tanpa perlu disaring
oleh kerajaan. Hal ini dipercayai kerana kebanyakan graduan Al-Azhar dan
univeristi Timur Tengah yang lain didapati menentang pemerintahannya.
4.
Sokong
anti hadis
a)
Sikap
anti beliau terhadap Islam yang tulen terserlah apabila beliau membela seorang
berpemikiran anti-Hadis bernama Dr Kassim Ahmad.
b)
Dr
Kassim Ahmad adalah orang yang menolak hadis Nabi dan yang terakhir
berpandangan tiada syahadah atau persaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w. dalam kalimah syahadah[3].
5.
Persempadanan
semula 2003 beri kuasa kepada bukan Islam
Tindakan Tun Dr
Mahathir Mohamad melakukan persempadanan semula pada tahun 2003 menyaksikan
kuasa penentu kemenangan bukan lagi berada di tangan pengundi Melayu,
sebaliknya di tangan pengundi bukan Melayu.
Felo Utama
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Pengarah Pusat Kajian
Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman
Yusoff, berkata perkara itu adalah antara dosa terakhir dan terbesar Mahathir
kepada bangsa Melayu sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
pada Oktober 2003.
Katanya,
persempadanan semula itu menyebabkan banyak kawasan campuran dan tidak menambah
kawasan penduduk Melayu sedangkan kawasan mereka yang sepatutnya ditambah.
"Ini
menyebabkan pengundi bukan Melayu menjadi penentu kemenangan di dalam pilihan
raya umum sehingga sekarang.
"Malah,
kedudukan ini juga tidak boleh diubah kerana memerlukan majoriti dua pertiga untuk
memindanya. Sekarang Barisan Nasional sudah hilang majoriti dua pertiga
ini,"[4]
Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad atas apa yang didakwa beliau menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.
Hadi menegaskan
kuasa politik Islam menjadi lemah walaupun negara ini terdiri daripada 65
peratus umat Islam manakala orang bukan Islam hanya 35 peratus.
"Namun
kuasa politik Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Puncanya ialah strategi
perdana menteri yang lalu Tun Mahathir Mohamad yang mengambil strategi untuk
menyingkirkan PAS.
"Yang mana
strategi ini makan diri Umno dan makan diri Islam sendiri, yang perlu
diperbetulkan oleh kita semua," katanya pada satu ceramah di Marang pada
Jumaat lepas.
Rakaman video
itu dimuat naik oleh Terengganukini.
Hadi berkata
Mahathir melakukan strategi memecahkan kawasan pilihan raya, di mana kawasan
yang mempunyai pengundi Islam lebih besar berbanding kawasan yang boleh
dimenangi Umno.
"Apabila
dipecahkan kawasan pilihan raya bagi menyingkirkan PAS, maka kawasan-kawasan di
Terengganu, Kelantan, Kedah, utara Perak, yang kuat orang Islam, pengundi
80,000 hingga 100,000.
"Kawasan-kawasan
yang Umno kuat, satu parlimen 20,000 hingga 30,000. Putrajaya 16,000. Tujuannya
bagi memenangkan Barisan Nasional," katanya[5].
6.
Mahathir
lepaskan Kassim ahmad dari ISA dan pertahan anti hadis
Muzakarah
Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995 telah mengharamkan buku Kassim Ahmad
bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula. Malangnya Mahathir mempertahankan beliau
dan menuduh orang yang menentangnya sebagai tidak mampu berhujah. Perkara ini
dijelaskan Dr Mahathir selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun
Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 18 Februari 2014:
“Dia dilabelkan
sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang dikata.Kita lihat di
sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain.[6]”
Sehingga hari
ini, Dr Mahathir masih dengan sikapnya yang sama. Beliau antara yang menolak
pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS. Kenyataan terbaru masih
menghina hukuman hudud yang disyariatkan Allah di dalam Al-Quran.
7.
Kaitkan
Najib dengan susuk Tubuh Nabi
laporan polis dibuat terhadap Tun Dr Mahathir
Mohamad ekoran kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dengan Nabi Muhammad.
Presiden
Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, Mohamad Rafi Awg Kechik mendakwa perdana
menteri keempat itu melakukan kesalahan bawah Seksyen 298 dan Seksyen 298A Kanun
Keseksaan serta Akta Hasutan 1948.
"Kenyataan
Tun Dr Mahathir ini adalah bertujuan untuk mengelirukan serta menimbulkan
perasaan resah dan kurang senang umat Islam serta masyarakat Malaysia
seluruhnya.
"Kerana
beliau telah cuba menyamakan pelantikan seorang manusia biasa melalui proses
pilihan rakyat yang berlaku dengan ketentuan Allah SWT, dengan pelantikan
seorang nabi dan rasul yang dibuat oleh Allah SWT sendiri," kata Mohamad
Rafi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.
Mahathir dalam
sidang media di kongres tahunan DAP pada Ahad berkata pemimpin Umno seolah-olah
menyamakan perdana menteri dengan nabi apabila merujuknya sebagai pilihan
Allah.
Mahathir
dilaporkan sebagai berkata mengulas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang
berlangsung di PWTC minggu lalu.
Mengulas lanjut
Mohamad Rafi berkata kenyataan Mahathir itu juga jelas memperlekehkan dan
menghina nabi.
Katanya, ia
ekoran kenyataan Mahathir bahawa "Nabi pun tidak mempunyai 2.6 bilion
dalam akaunnya".
"Perbuatan
mengheret nama Baginda Rasulullah ke dalam kemelut politik dan isu yang masih
sedang disiasat, bersifat memperlekeh dan menghina Nabi serta umat Islam di
negara ini.[7]
Presiden Kelab
Generasi Ilmu 1Malaysia, Datuk Syahrin Md Jamaluddin berkata, kedudukan
Rasulullah sebagai kekasih ALLAH dengan darjat yang tertinggi tidak sepatutnya
dieksploitasi oleh ahli mahu pun pemimpin parti demi kepentingan politik
mereka.
"Banyak
lagi individu atau orang lain yang boleh dikaitkan kalau mahu berpolitik,
jangan cemarkan kedudukan mulia Nabi Besar junjungan kita dengan isu-isu remeh
temeh.
"Apatah
lagi kita perumpamaan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam dan seolah-olah
menjadi bahan lucu," katanya.
Beliau berkata
demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir
Mohamad yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan
isu 1MDB dengan Rasulullah.[8]
8.
Mahathir
penolak Hudud sejak 1994.
PADA 15 Julai
dalam tahun 1994, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad telah secara rasmi menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II
Kelantan 1993 (EJKSII 1993) kerana menganggap ia adalah undang-undang yang
zalim.
Dr Mahathir
mengirimkan surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz Nik Mat untuk memaklumkan pendirian Keajaan Pusat terhadap perlaksanaan
hukum syariat di Kelantan.
Terdahulu, pada
8 Jun 1994, Menteri Besar Kelantan telah menyerahkan surat rasmi Kerajaan
Kelantan kepada Perdana Menteri untuk memohon kebenaran perlaksanaan syariah di
Kelantan.
Semenjak PAS
memerintah Kelantan pada Oktober 1990, PAS telah menyatakan komitmennya untuk
melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau lebih terkenal dengan hukum
hudud.
Pada 18 Oktober
1991, sebuah Jawatankuasa Semakan dan Perlaksanaan Undang-undang Negeri
Kelantan telah ditubuhkan untuk menggubal undang-undang syariat di negeri tersebut.
Setelah melalui
pelbagai peringkat penggubalan, pada 13 Ogos 1992, Majlis Syura Ulamak PAS
telah meluluskan draf undang-undang hudud tersebut. Ia kemudiannya diseminarkan
kepada pelbagai pihak, termasuk parti-parti pembangkang.
Akhirnya, pada
25 November 1993, Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II Kelantan telah
diluluskan oleh DUN Kelantan. Pada 15 Mei 1994, Sultan Kelantan telah
memperkenankan enakmen ini untuk dilaksanakan.
Ekoran kelulusan
EKJSII 1993, Dr Mahathir pada 25 November 1993 telah mempertegaskan bahawa
Kerajaan Pusat akan mengkaji undang-undang tersebut sama ada menepati syariat
atau tidak.
Pada 3 Mac 1994,
dalam satu ucapan di Nilam Puri, Presiden Umno itu secara terbuka menolak
EJKSII 1993 kerana didakwa tidak adil. Media massa pada 4 Mac 1994 melaporkan
ucapan Dr Mahathir yang menyifatkan "hudud PAS tanpa ijtihad" dan
"hukum hudud PAS tidak Islamik".
Dr Mahathir juga
dilaporkan mendakwa undang-undang yang digubal oleh PAS itu adalah untuk
kepentingan politik PAS. Kerajaan Pusat menurut laporan akhbar akan menubuhkan
badan khas yang melibatkan pakar-pakar agama dan undang-undang untuk mengkaji
EKJSII 1993.
Dengan sikap
keras Perdana Menteri yang bertegas untuk tidak membenarkan Kerajaan Kelantan
melaksanakan undang-undang jenayah syariah tersebut serta menuduhnya sebagai
"Hudud PAS", pada 21 Mac 1994, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah
mengunjungi Pejabat Perdana Menteri dan menyerahkan salinan enakmen tersebut
kepada Dr Mahathir.
Apabila Sultan
Kelantan memperkenankan enakmen tersebut pada 15 Mei 1994, Dr Mahathir pada
keesokkannya mempertegaskan sikapnya untuk tetap menolak hudud.
Pada 8 Jun 1994,
Menteri Besar Kelantan menghantar permohonan kepada Perdana Menteri untuk
membenarkan Kelantan melaksanakan EJKSII 1993, tetapi ada 15 Julai 1994, Dr
Mahathir secara rasmi bukan sahaja menolak pelaksanaan hudud yang didakwa zalim
itu, tetapi mengugut untuk mengambil tindakan ke atas Kelantan jika berkeras
mahu melaksanakannya[9].
9.
Beri
alasan tolak hudud PAS bukan hudud al Quran
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang
terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan
oleh Pas.
"Saya tolak
hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan
antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui
pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN)
di sini hari ini.
Beliau berkata
hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada
hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
"Saya tidak
boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia
tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak
adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua
bulan," katanya.[10]
Berkeras tidak
mahu tarik balik kenyataan menghina Hudud.
“Kalau hendak
potong tangan orang pun mestilah adil kerana di negara kita ini ada kaum Cina,
India, Melayu, Islam dan bukan Islam. Jika semua orang Islam yang buat salah
kena potong tangan sampai kudung tetapi orang bukan Islam sahaja yang masih
mempunyai tangan, bagaimana pulak itu?[11]
25 1 0 27
Dr M yang pecah
belahkan pembangkang, kata PAS
Idris Ahmad
menasihatkan Dr Mahathir belajar cara menjadi pembangkang terlebih dahulu,
sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
PAS hari ini
menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti itu memecahbelahkan umat
Islam melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan presidennya
Khamis lalu.
Sebaliknya,
Idris Ahmad berkata, bekas perdana menteri itu yang memecahbelahkan
pembangkang.
“Macam mana RUU
355 memecahbelahkan orang Islam, kalau orang tak ikut dia (Dr Mahathir) anggap
PAS memecahbelahkan (Islam)? Dulu pun sama, anggap PAS macam itu selama 22
tahun.
“Sekarang dah
jadi pembangkang nak kata (PAS) memecahbelahkan juga. Sejarah membuktikan Dr
Mahathir yang memecahbelahkan (pembangkang). Contohnya wujud PKR,” katanya
kepada FMT hari ini.[12]
10.
Mahathir
tetap alergik dengan PAS
Tun Dr Mahathir
Mohamad menolak untuk membawa PAS bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan
mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinannya boleh mengalahkan
PAS dalam pertembungan pelbagai penjuru.
Dalam ucapannya
yang dilihat bertujuan melemahkan usaha berterusan Presiden PPBM, Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk menarik kerjasama parti Islam itu, bekas Perdana Menteri
itu juga menolak kemungkinan pakatan kerjasama antara PH dan PASdalam Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dr Mahathir
menzahirkan keyakinan bahawa pakatan PH dan PPBM sudah mencukupi untuk
mengalahkan Barisan Nasional (BN)[13].
11.
Mahathir
anggap RUU 355 pemecah belah ummah
Rang
undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 atau RUU 355, yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
semata-mata bertujuan memecahbelahkan orang Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menegaskan RUU 355 tidak
mempunyai kaitan dengan agama Islam.
“Sebenarnya (RUU
355) ini bukan ada kaitan dengan agama Islam. Agama Islam tidak menyusahkan
kita membuat sesuatu untuk memecahbelahkan orang Islam, ia digunakan untuk
politik sebuah parti.
“Dalam negara
kita ada masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama, kita mesti sensitif
terhadap agama lain kerana dalam Islam kita kena menghormati agama lain dan
kita tidak boleh memaksa orang berasa takut kepada Islam,” kata beliau selepas
menghadiri Program Hardtalk di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini,
malam tadi.[14]
12.
Ucapan
keramat Mahathir mengina Syariat dan perlaksanaan syariat
l
Dr.
Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. "Sapa tau
janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak
tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit
macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita
berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau
sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak
cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak
dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa
tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air
banyak...(di) padang pasir".
l
Dr.
Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah
kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh
agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".
l
Dr.Mahathir
Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat
ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga
sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya
ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
l
(Mahathir
Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam,
Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina
Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang
diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997
ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di
Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke
bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini
tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita
memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
l
“Saya
bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam
ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh
mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main
senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah
berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi
– pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa
‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” –
Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
l
"Bagaimana
kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana
mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak
cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai
rakyat berbilang kaum dan agama."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)
l
"Perlaksanaaan
hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh
bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan
dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak
dikenakan."
(Dr. Mahathir
Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)
l
"Jika
mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri
atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang,
seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah
mereka boleh buat atau tidak."
(Dr. Mahathir
Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)
l
"Al-Quran
perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)
l
"Saya
akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional
tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr. Mahathir
Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno,
1994)
l
"Kerja
yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan
mentadbir."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
l
"Sukar
dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus
Islam".
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
l
"Kita
(Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha
melaksanakan hudud."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
l
Melaksanakan
hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar
kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
l
"Apabila
hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,
nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan
ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh
meneruskan kerja."
l
(
Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
l
"Saya
cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
l
"Hudud
tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
[6]http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-mahathir-pertahan-kassim-ahmad-sindir-pihak-buat-laporan-polis-30370