DANA DARI PROKSI UNCLE SAM UNTUK PARTI POLITIK MALAYSIA
Susunan
: Muhammad Nuruddin Bashah (Tim Jabatan Strategik DPPN Kedah)
Sumber Utama :
c) Tulisan
Nile Bowie dalam : http://www.globalresearch.ca
d) Blog
CheDet.com
e) Russia
Today
f)
Siasatan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
g)
Menteri Luar
Negeri Malaysia Anifah Aman
h)
Boleh rujuk
nota-nota kaki dalam kertas ini di mana
ada sumber tertera.
1.
Dana Amerika untuk proksi Liberal Malaysia
·
Terkini pengakuan
Presiden Insititut Republikan Antarabangsa (IRI), Daniel Twining mengaku
terlibat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dengan kolaborasi (kerjasama) mereka
bersama pihak pembangkang sejak 2002 yang ketika itu dikenali sebagai Pakatan
Rakyat dan kini dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH).
·
Amerika dan
proksinya memiliki banyak track records pengkhianatan merosakkan kestabilan
politik dan social dalaman negarta yang dicampurtangannya.
·
Tindakan PR dan
NGO tertentu yang kini giat mempromosi liberalism, pluralism beragama dan LGBT
adalah bermula dengan memasukkan anasir dalam Malaysia yang menjadi ‘pintu
masuk’ atau ‘tapak’ bagi pergerakan yang menjurus kepada campur tangan politik
asing.
2.
PAS difitnah dana UMNO 90 juta
Kaedah politik yang digunakan PH sebelum PRU adalah Red Herring iaitu pengalihan
tumpuan isu untuk mengaburi mata rakyat terhadap skandal mereka sendiri sebelum
dihidu rakyat. Kini skandal dengan IRI telah terdedah (selepas menang) tetapi
apa mereka peduli kerana mereka kini memiliki kuasa dan mutlak pula terhadap
media mainstream. Maka red herring akan berlaku lebih dahsyat untuk menutup
kelemahan PH.
Red
Herring-Fallacy ad Hominem (Menyerang Menyerang Karakter Orang Lain untuk
Mengalihkan Isu)
Red
Herring-Scapegoating (Penggunaan “Kambing Hitam” untuk Mengalihkan Isu)
Red
Herring-Direct Diversion (Pengalihan Isu Secara Terus dengan Menyaman Pihak
Lain atau ambil tindakan untuk
Mengalihkan Isu atau Nampak diri benar-benar telus)
·
Pakatan Harapan
bermatian menyerang karektor dan susuk tubuh TGHA dan PAS secara amnya untuk
mengalih isu atau menutup kedurjanaan mereka dalam berurus niaga dengan Yahudi
dengan menggunakan isu dana juga tetapi dipalitkan kepada satu sumber yang
ambiguity (samar).
·
Sarawak Report
sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta.
·
Husam Musa antara
yang ghairah mempromosi kempen fitnah 90 Juta mengakui ada transaksi melalui
Affin Bank namun tidak Berjaya
menggerakkan SPRM menyiasat PAS hingga kini[1]. Sumber lihat
video : https://www.youtube.com/watch?v=KcyOJ1Kp9yE
·
Soalan Hanipa
Maidin (Amanah-Sepang) sama ada SPRM atau polis akan menyiasat dakwaan Sarawak
Report yang PAS menerima RM90 juta daripada “pihak tertentu” dan status
siasatan itu.
·
Datuk Paul Low,
maklumat yang diterima SPRM berhubung dakwaan itu tidak jelas dalam dalam
jawapan bertulis pada 9 Mac “Daripada
penelitian Jawatankuasa Menilai Maklumat SPRM, didapati maklumat yang diterima
tidak jelas dan tiada unsur yang membolehkan siasatan dibuat terhadap PAS”[2]
·
Ahmad Fadhli Shaari (Pas- Pasir Mas) meminta
pengesahan Tony Pua (DAP-Damansara) sama ada Pas menerima dana 1 Malaysia
Development Berhad (1MDB). Pua berkata, "Saya tiada maklumat, saya minta menteri jawab," katanya agar
soalan itu diajukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. (Pakar strategic DAP
sendiri tiada perisai bagi jawapan yang diminta mendadak menyerlahkan isu 90
juta adalah fitnah[3].
·
Lantaran itu PR
sebelum wujudnya PH benar benar ghairah menentang APCO walaupun wujud kebenaran
kerjasama dengan APCO mendedahkan Malaysia kepada anasir Amerika dan Yahudi.
Namun keghairahan itu berasas apabila tindakan yang sama dilakukan oleh DAP dan
NGO tertentu (pro liberal) yang menerima
dana IRI dalam masa yangs ama kuat menyokong PR/PH.
3.
Latar belakang DANA Asing
·
Nile Bowie[4] (Penganalisis
politik dan juga seorang jurugambar yang kini menetap di Kuala Lumpur)
mendedahkan dana asing Amerika kepada pembangkang Malaysia untuk menjatuhkan
kerajaan atas nama projek demokrasi.
·
Fakta di bawah
bersumberkan tulisan Nile Bowie
bertajuk “US seeks allied regime in Malaysia as millions funnelled to opposition”
di https://www.rt.com yang dipapar pada 12 Apr, 2013 melalui pautan : https://www.rt.com/op-ed/us-malaysia-opposition-politics-771/
·
USAID memberi
dana kepada NED manakala NED menyalur kepada IRI dan NDI untuk dana langsung
kepada pro pembangkang Malaysia sebelum ini.
·
Kejatuhan
populariti parti pemerintah era Najib
telah membuka peluang kepada National Endown for Democracy (NED) untuk
meningkatkan populariti Pakatan Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA'
Apa itu NED?
·
NED, adalah
sebuah yayasan yang berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah
menyokong inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di
luar negara.
·
NED menyediakan
lebih daripada 1 juta dolar Amerika bagi membiayai pelbagai projek di Malaysia
setiap tahun.
·
NED telah kerap
dikritik kerana campurtangan mereka secara terang-terangan dalam
program-program bersifat politik disamping penglibatan secara terus dari tokoh
politik kanan Amerika dalam yayasan berkenaan.
·
NED melalui IRI
membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak asasi manusia dan
laman web berita yang condong ke arah pembangkang.
Apa itu IRI?
·
IRI atau Institut
Antarabangsa Republikan / International Republican Institute telah menerima
dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu
"parti politik dan para pemikir
mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka."
·
Pada 2013 IRI
dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang
cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel
dan konflik Amerika Syarikat di luar negara. Jadi lihat signifikan pro
pembangkang sebelum ini dengan gerakan anti Gaza dan sebagainya.
·
Pakatan
Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan
raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan
Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima USD 802,122 pada tahun 2010 untuk
bekerja dengan "pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk
menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber
lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi
mereka". (sikap ambil berat proksi Amerika terhadap NGO?parti pro mereka)
·
NED mendapat
pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi Amerika Syarikat
yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan selain ianya juga merupakan
sebahagian daripada agensi dibawah Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang
NED, yang mereka salurkan kepada negara-negara asing itu datangnya daripada
dana awam yang dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat.
·
Kebanyakkan
pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut Republikan
Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal
Antarabangsa (NDI).
Apa itu NDI?
·
NDI (The National
Democratic Institute for International Affairs) / Institut Demokratik
Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi
membiayai projek-projek mereka di Malaysia.
·
Menurut laman web
rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel parlimen peringkat negeri di
Selangor dan Pulau Pinang" kerana "parti-parti pembangkang mempunyai
pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli parlimen yang dipilih
pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam proses parlimen perlembagaan
."
·
Bersih yang
dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika
Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari agensi berkaitan dengan
kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan Open Society Institute, yang mana OSI
diketuai oleh jutawan Yahudi George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang
senator di dewan negara dan juga bekas tokoh pembangkang, pernah mengeluarkan
kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan menganjurkan
perhimpunan Bersih.
·
Menurut Aziz,
Yayasan yang berpengkalan di Amerika telah merangka gerak kerja dan
menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan
pemantau kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan
kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan itu
adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini,"
·
Tunku Aziz yang
turut mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar Amerika
sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya. Sehingga kini
tiada penafian dari pihak BERSIH dan DAP.
·
Aziz juga
mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk menyalurkan
sokongan kepada kempen politik beliau. Kata Aziz Anwar menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk
mendapatkan dana ini.
4.
NGO penerima dana asing
·
Nile Bowie juga
menulis dalam tulisan bertajuk “US
attempting regime change in Malaysia: Fact or fiction? (Op-Ed)” pada
setahun sebelum artikel di atas 26
Disember 2012 melalui pautan : https://www.rt.com/op-ed/us-malaysia-regime-change-871/
·
Dahulu Mahathir
juga pernah MENUDUH organisasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, National
Endowment for Democracy (NED) dan Institut Masyarakat Terbuka (OSI) memegang
niat tersembunyi untuk mempengaruhi politik domestik Malaysia melalui pembiayaan NGO dan kumpulan tempatan
yang secara langsung dikaitkan dengan pakatan pembangkang Pakatan Rakyat Anwar
Ibrahim.
·
Dalam artikel
bekas perdana menteri (ketika itu) yang
diterbitkan di New Straits Times, sebuah akhbar utama, Mahathir menuduh
pembiaya George Soros dan organisasinya, Institut Masyarakat Terbuka, untuk
"mempromosikan demokrasi" di Eropah Timur untuk membuka jalan untuk
penjajahan oleh kewangan global modal.
·
Di Malaysia,
NGO-NGO berprofil tinggi dan saluran media telah menerima pembiayaan daripada
organisasi OSI dan NED.
·
Malaysiakini- Premesh
Chandran, ketua eksekutif media alternatif yang paling menonjol di negara ini, Malaysiakini, adalah penerima anugerah George Soros’s Open
Society Foundations / Yayasan Terbuka Masyarakat George Soros dan
melancarkan organisasi berita dengan bantuan $ 100,000 daripada Bangkok-based
Southeast Asian Press Alliance / Perikatan
Akhbar Asia Tenggara (SEAPA) yang berpusat di Bangkok, satu lagi organisasi yang ada kaitan dengan Jabatan
Negara AS.
·
Malaysiakini
telah mendapat tekanan daripada wartawan tempatan kerana kekurangan ketelusan
dalam pengurusan kewangan dan keraguan dalam mendedahkan nilai sahamnya. Di
samping itu,
·
SUARAM- sebuah
NGO yang mempromosikan hak asasi manusia, telah menimbulkan kritikan berat
terhadap pembiayaan dan struktur organisasinya. Suruhanjaya Syarikat Malaysia melancarkan siasatan ke Suara
Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang dikaitkan dengan Suaram, dan
mendapati ia saluran untuk digunakan
untuk menerima dana dari NED.
·
Kedutaan Jerman
di KL dilaporkan mengakui bahawa ia telah menyediakan dana untuk projek Suaram
pada tahun 2010. Menteri Luar Negeri
Malaysia Anifah Aman diikuti dengan membuat kenyataan yang kuat kepada Duta
Besar Jerman dan mengisytiharkan bahawa tindakan Jerman dapat dilihat sebagai
campurtangan dalam urusan domestik yang berdaulat negeri.
·
Pemimpin parti
Bersih Ambiga Sreenevasan mengakui bahawa organisasinya menerima pembiayaan
dari NDI National Democratic Institute dan OSI the Open Society Institute.
·
Ambiga Sreenevasan
sendiri telah menjadi penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk anugerah
International Women of Courage Wanita Keberanian Antarabangsa, dan hadir di
Washington DC pada tahun 2009 untuk menerima anugerah itu secara langsung dari
tangan Michelle Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton. Walaupun
organisasi Ambiga Sreenevasan mendakwa bukan partisan dan tidak berpolitik,
ahli-ahli pembangkang politik Malaysia secara terbuka menyokong gerakan itu,
dan ada juga yang hadir di demonstrasi.
Lampiran
tulisan lain Nile Bowie (bahasa Inggeris dan terjemahan disediakan)
*Sila
lihat nota kaki untuk rujukan yang wujud
THE US SPONSORED “PROTEST
MOVEMENT” IN MALAYSIA
https://www.globalresearch.ca/the-us-sponsored-protest-movement-in-malaysia/30588
Protests rocked the streets
of the Malaysian capital of Kuala Lumpur on Saturday, April 28, as an estimated
25,000 people took to the streets in support of Bersih [1], an organization
fighting to reform the nation’s electoral system.
The
organization refers to itself as ‘The Coalition for Clean and Fair Elections’,
comprised of 84 Malaysian non-governmental organizations (NGOs) that form a
‘coalition of like minded civil society organizations unaffiliated to any
political party’ [2]. The recent rally follows two previous mass demonstrations
in November 2007 and July 2011, as organizers renew their demands for the
Malaysian Election Commission to resign before the 13th General Elections
scheduled for June 2012 [3]. Although the coalition claims to be devoid of
political affiliation, the movement is fully endorsed by Malaysia’s main opposition
leader, Anwar Ibrahim and the Pakatan Rakyat political coalition he oversees.
Following
documented cases of United States-based organizations funding pro-opposition
civil society groups associated with civil unrest in Russia [4] and the Middle
East [5], Chairperson Ambiga
Sreenevasan acknowledged that the Bersih coalition received financial support
from the National Democratic Institute (NDI) and the Open Society
Institute (OSI) [6]. An article published in the New York Times
entitled “U.S. Groups Helped Nurture
Arab Uprisings” reveals organizations such as the National Democratic
Institute receive funding from the National Endowment for Democracy (NED), a recipient of funds directly from the US Congress [7]. The Bersih Coalition has also received
support from the US-based Freedom House [8], an NGO that receives
direct funding from the US State Department [9]. While concern over electoral
corruption and the various legitimate grievances of Bersih supporters may be
entirely justified, the coalition’s association with opposition Political
parties and groups financed by the United States government suggests
subversion.
Malaysia’s former Prime
Minister Dr. Mahathir Mohammed has warned that the ruling Barisan Nasional
party is targeted for regime change due to its stance on Israel and criticism
of US policy, while condemning Anwar Ibrahim for his close ties to Paul
Wolfowitz and other adherents of the Project for the New American Century
(PNAC) [10]. Furthermore, Mahathir
has accused the United States of using currency manipulation and US-funded NGOs
to orchestrate the kind of destabilization needed to install a compliant proxy
government [11]. Dr. William Robinson explains the subversive methods
of conducting regime change through “democracy promotion” in his book,
‘Promoting Polyarhcy,’ “In Latin America, in Eastern Europe with the Velvet
Revolutions, in Africa, in the Middle East, really all over the world, the U.S.
set up these different mechanisms now for penetrating these civil societies in
the political systems of countries that are going to be intervened and to
assure the outcome is going to be pleasing to Washington’s foreign policy
objectives” [12].
Eva Golinger, a researcher
who has been investigating the democracy promotion efforts of the United States
offers, “Millions and millions of U.S. tax payer dollars go every year into
funding for political organizations and campaigns in different countries in the
world that promote US agenda. Most U.S. citizens are unaware of the fact that
that is how their money is being spent, to meddle, and to influence and to
interfere in other nation’s affairs” [13]. While the demands of the Bersih
coalition appear to be coherent and apolitical, the convergence of its
leadership with the opposition political establishment provides Anwar Ibrahim
and Malaysia’s opposition front Pakatan Rakyat with the means to mobilize
demonstrators under the benign common cause of “clean and fair elections.” The
initial Bersih demonstration in 2007 has become widely credited for Pakatan
Rakyat’s record gains in the 2008 Malaysian elections, where the opposition
coalition usurped power in five states and won 82 parliamentary seats [14].
Anwar Ibrahim served as
Deputy Prime Minster from 1993 to 1998 under the administration of Dr. Mahathir
Mohamad; the pair disagreed on the utilization of recovery methods during the
1997 Asian Economic Crisis, leading to Ibrahim’s dismissal. While Mahathir
introduced sovereign currency controls on the Malaysian ringgit to prevent
currency speculation, Ibrahim denounced Mahathir’s economic policies and
portrayed himself as a freedom fighter for the free market [15]. Following his
stint as Deputy Prime Minister, Ibrahim served as Chairman of the Development
Committee of the World Bank and International Monetary Fund (IMF) in 1998,
while appearing on the payroll of Dick Cheney’s Foundation for the Future and
George Soros’ International Crisis Group [16]. Furthermore, Anwar Ibrahim
served as a panelist at the National Endowment for Democracy’s “Democracy
Award” [17].
The Bersih coalition has
rejected a raft of reforms announced by Malaysian Prime Minister Najib Razak,
including the establishment of parliamentary select committee on electoral
reforms and amendments to the Peaceful Assembly Act following widespread
condemnation of Putrajaya’s crack down on July 2011’s Bersih 2.0 rally from the
international press [18]. The heavy-handed conduct of Malaysian security officials
has worked to further strength international condemnation of Malaysia’s
nationalist regime, as well as alienating the well-intentioned participants of
Bersih rallies. Unlike the Bersih rally in July 2011, the recent demonstrations
provoked armed clashes between protestors and police with cases of violence on
both sides. Although police barricaded the area surrounding Dataran Merdeka
(Independence Square) where the rally was scheduled to take place, violence was
not used until demonstrators attempted to cross police barricades into the
Square.
The security situation
deteriorated as defiant protesters refused to disperse, prompting demonstrators
to overturn a police vehicle [19]. Protesters and black-shirted police
officials threw broken bottles, pieces of metal and concrete slabs towards each
other, prompting police to fire tear gas and water cannons at demonstrators,
causing hundreds to disperse into side streets [20]. While footage of the
recent police crackdown circulates throughout international media, Malaysia’s
ruling Barisan Nasional party is again the subject of international criticism.
As public discontent grows with the administration of Prime Minister Najib
Razak, the unpopularity of the Malaysian ruling party has set the stage for the
victory of Anwar Ibrahim’s Pakatan Rakyat opposition coalition. As the United
States shifts its military focus to the Pacific Region, Anwar Ibrahim’s
adherence to western political institutions will likely warrant the continued
nurturing of unrest in Malaysia until the opposition successively usurps power.
Notes:
[3] Ibid
[13] Ibid
[18] Bersih tarnishes
Najib’s reform credentials; say foreign press, The
Malaysian Insider, April 29, 2012
[19] Larger Bersih
turnout, but violence may play into Umno’s hands, The Malaysian Insider, April
29, 2012
[20] Ibid
Nile Bowie is an
independent writer and photojournalist based in Kuala Lumpur,
Malaysia; Twitter: @NileBowie
Terjemahan Bahasa Melayu
05 MEI 2012
BY NILE BOWIE
TERJEMAHAN DARI globalresearch.ca Protes menggegarkan jalan-jalan
di Kuala Lumpur Malaysia pada hari Sabtu, 28 April, kira-kira 25,000
keluar ke jalan raya untuk menyokong Bersih [1], sebuah organisasi yang berjuang untuk
reformasi sistem pilihan raya Malaysia.
Organisasi yang mengelar diri mereka 'Gabungan Pilihanraya
Bersih dan Adil', yang terdiri daripada 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
membentuk 'gabungan masyarakat sivil yang berfikiran bebas dan tidak berkaitan
dengan mana-mana parti politik'[2].
Perhimpunan
baru-baru ini berikut dua demonstrasi besar-besaran sebelum ini pada November
2007 dan Julai 2011, penganjur memperbaharui permintaan mereka supaya (pegawai)
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum
ke-13 yang dijadualkan untuk Jun 2012 [3].
Walaupun
gabungan itu mendakwa tidak mempunyai fahaman politik, pergerakan itu
sepenuhnya disahkan oleh pemimpin pembangkang utama Malaysia, Anwar Ibrahim dan
parti-parti politik pembangkang yang diketuainya.
Berikut didokumenkan kes organisasi Amerika Syarikat yang
membiayai NGO pro-pembangkang bertopengkan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil
(NGO) yang berkaitan dengan rusuhan awam di Rusia [4] dan Timur Tengah [5].
Pengerusi
Bersih Ambiga Sreenevasan mengakui bahawa gabungan Bersih menerima bantuan
kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society
Institute (OSI) [6].
Satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York
Times bertajuk "Kumpulan AS menyemai
kebangkitan Arab" mendedahkan organisasi seperti National Democratic
Institute (NDI) menerima pembiayaan dari National Endowment for Democracy (NED,
yang menerima dana langsung dari Kongres Amerika Syarikat [7].
Gabungan
Bersih juga telah menerima sokongan dari Freedom House yang berpangkalan di
AS [8], sebuah
NGO yang memperolehi pembiayaan terus daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat [9].
Walaupun
kebimbangan mengenai rasuah pilihanraya dan rungutan pelbagai pihak, penyokong
Bersih sewajar faham dengan dana Amerika Syarikat kepada NGO tersebut dan
parti-parti pembangkang, ia subversif.
Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad telah
memberi amaran bahawa kerajaan Barisan Nasional menjadi sasaran perubahan rejim
(regime change) disebabkan pendirian negara itu ke atas Israel dan kritikan
terhadap polisi Amerika Syarikat, manakala mengutuk Anwar Ibrahim kerana
hubungan rapat beliau dengan Paul Wolfowitz dan penganut lain Projek New
American Century (PNAC) [10].
Mahathir
juga menuduh Amerika Syarikat menggunakan manipulasi mata wang dan NGO yang
dibiayai untuk mencipta ketidakstabilan (destabilization) yang diperlukan untuk
mewujudkan kerajaan proksi pro Amerika [11].
Dr. William Robinson menjelaskan kaedah subversif Amerika
Syarikat menjalankan perubahan rejim melalui "promosi demokrasi" di
dalam bukunya, 'Promoting Polyarhcy', "Di Amerika Latin, di
Eropah Timur dengan Revolusi Velvet, di Afrika, di Timur Tengah, di seluruh
dunia sebenarnya, Amerika Syarikat mewujudkan mekanisma yang berbeza sekarang
ini untuk menembusi masyarakat-masyarakat sivil (NGO) dalam sistem politik
negara yang mereka ingin campur tangan dan bagi membolehkan hasilnya nanti
memudahkan objektif dasar luar Washington "[12].
Eva
Golinger, seorang penyelidik yang telah menyiasat usaha promosi demokrasi
Amerika Syarikat memberitahu, "Berjuta-juta
dolar wang pembayar cukai AS pergi setiap tahun ke dalam dana untuk organisasi
dan kempen politik di negara-negara yang berlainan di dunia yang mempromosikan
agenda AS.
"Kebanyakan
rakyat Amerika Syarikat tidak menyedari hakikat bahawa bagaimana wang mereka
dibelanjakan, untuk mencampuri, untuk mempengaruhi dan untuk campur tangan
dalam hal ehwal negara lain "[13].
Walaupun
Bersih muncul koheren dan tidak terlibat dalam politik, namun dengan kepimpinan
yang sebahagian besar mempunyai kaitan politik dengan Anwar Ibrahim dan
pembangkang Malaysia ia telah memberikan satu kemudahan untuk bersama-sama
menggerakkan penyokong di atas semangat yang sama ""pilihanraya
bersih dan adil".
"Demonstrasi Bersih pada awal tahun 2007 telah
dikreditkan secara meluas untuk keuntungan pembangkang dalam pilihan raya umum
2008 Malaysia, di mana pakatan pembangkang telah merampas kuasa di lima negeri
dan memenangi 82 kerusi Parlimen [14].
Anwar Ibrahim telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana
Menteri dari 1993 hingga 1998 di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad;
pasangan itu tidak bersetuju ke atas penggunaan kaedah pemulihan semasa Krisis
Ekonomi Asia 1997, yang membawa kepada pemecatan Anwar. Manakala Mahathir
memperkenalkan kawalan mata wang yang mengikat ringgit untuk mencegah spekulasi
mata wang, Anwar mengecam dasar ekonomi Mahathir dan menggambarkan dirinya
sebagai pejuang kemerdekaan bagi pasaran bebas [15].
Anwar pernah menerima gaji dari Yayasan Masa Depan
(Foundation for the Future) yang dikaitkan dengan Dick Cheney (bekas Naib
Presiden Amerika Syarikat) dan juga Kumpulan Krisis Antarabangsa kepunyaan
George Soros '[16]. Selain itu, Anwar
Ibrahim telah berkhidmat sebagai ahli panel National Endowment for Democracy's
(NED) bagi "Anugerah Demokrasi" [17].
Gabungan
Bersih telah menolak cadangan pembaharuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri
Malaysia Najib Razak, termasuk cadangan jawatankuasa terpilih Parlimen bagi
reformasi pilihan raya dan pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman berikutan
kritikan meluas cara Putrajaya berdepan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada
Julai 2011.
Tidak seperti perhimpunan Bersih pada Julai 2011, demonstrasi
baru-baru ini, pertempuran berlaku selepas polis diprovok penunjuk perasaan
berakhir dengan kes-kes keganasan ke atas kedua-dua pihak. Walaupun polis
menutup kawasan sekitar Dataran Merdeka (Independence Square) di mana
perhimpunan itu dijadualkan berlangsung, polis tidak menggunakan keganasan
sehingga penunjuk perasaan cuba untuk menyeberangi pagar keselamatan polis ke
Dataran.[18]
Situasi keselamatan yang memburuk selepas penunjuk perasaan
berdegil enggan bersurai, sehingga ke satu tahap mendorong mendorong mereka
untuk menterbalikkan kenderaan polis [19].
Penunjuk
perasaan membuang botol, kepingan logam dan batu (concrete slabs), menyebabkan
polis menembak gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan [20].
Manakala
rakaman tindakan keras polis baru-baru ini beredar di seluruh media
antarabangsa, Barisan Nasional parti pemerintah Malaysia sekali lagi berdepan
kritikan antarabangsa. Rasa tidak puas hati berkembang dalam pentadbiran
Perdana Menteri Najib Razak, parti pemerintah Malaysia tidak popular dan
menyediakan pentas bagi kemenangan pakatan.
Dan
Amerika Syarikat kini mengalihkan fokus ketenteraannya ke Rantau Pasifik,
kepatuhan Anwar Ibrahim kepada institusi politik barat yang mungkin akan
menjamin politik Malaysia terus bergolak sehingga pembangkang berjaya mengambil
alih kuasa.-5/5/2012 TERJEMAHAN BEBAS OLEH HELME HANAFI
RENCANA
ASAL DI
Nota:
[3] Ibid
[13] Ibid
[18] Bersih
tarnishes Najib’s reform credentials; say foreign press, The Malaysian Insider, April 29, 2012
[19] Larger
Bersih turnout, but violence may play into Umno’s hands, The Malaysian Insider, April
29, 2012
[20] Ibid
Nile Bowie adalah penulis bebas dan pengulas hal ehwal
semasa yang berpusat di Singapura. Asalnya dari New York City, ia telah tinggal
di rantau Asia Pasifik selama hampir sedekad dan sebelum ini menjadi kolumnis,
selain bekerja secara aktif di organisasi bukan kerajaan dan industri kreatif.
Dia boleh dihubungi di nilebowie@gmail.com.